Friday 28 December 2012

craving for cakes.
yup. plural. lebih dari satu
dah terbayang2 2,3 jenis dalam kepala.
apekah petanda ini???

anyway, line tenet kat rumah adalah macam siput
so aku decide to have a pre-year end speech
to officially end my 2012 post,

selamat tahun baru uollss....

isnin boss sudah declare cuti. haruslah sukaa
kepada sesiapa yang harus bekerja hari isnin ini,
harap bertabah. dan terus tabah untuk tahun depan....wahhh...looks who's talking
ekceli, aku ni ha yang perlukan semangat dari korang2 yang terbaca entri ini
untuk doakan aku semoga menjadi insan yang lebih tabah.
i really need that...

nope. aku takde plan nak gi celebrate kat mana2 ke.
just like last year, and the previous2 year before
aku hanyalah melepak di rumah
kerana saya tak reti bersosial. maluuu

sebagai penutup tirai
mari kita mulakan dengan bismillah..

semoga tahun depan (2013) ida semakin tabah
dan semakin kurus
dan semakin murah rejeki
dan teruuss hepi
dan dapat jumpa TOP lelaki idaman
dan semoga segala target dan hajat dikabuli.
amin......

btw, aku still tak reti nak edit gambau.
ingat nak edit gambau aku dengan TOP. wakaka. ok. tak kelakar.
rilex ye TOP's die hard fan yang lain
bila 'bermadu' ni kita kena lebih banyak bersabarr....
so, di atas sudah ada gambar aku
maka aku akan just upload gambar beliau
yang aku rembat hasil gugelan.
ate, jumpa pun idok...sobs T__T

makhluk Tuhan paling cekci =P

rindu


Gambar legend time SPM.

baru balik dari pantai klebang. itu pun dah rasa macam the best event ever. T__T
Stumble into this picture masa tengah go thru classmate punya fesbuk. 
well, those time were hard (at least for me). different teaching style, stress tak dapat catch up study,  member sekolah lama meninggal after a week lepas cakap dengan dia (and to add some drama, he died because of ragging kat sekolah and happened that my so called 'abang angkat' masa tu tersenarai sebagai orang kena tuduh)

aku kan nampak je tuff, tapi emosi lebih. 
so, benda kecik (sekarang rasa kecik. at that time, consider as besar jugak la-for me) pun boleh jadi emo... hahaha. padahalll sebenarnye ko stress study kan??? yelah, budak2 sekolah aku ni gilo bijak2. terus rasa macam am i at the right school?? pastu pakai system pointer plak. pehh.... pastu tampal kat notice board. peh....lagi la rasa la macam dumbass gile. 

tapi apa-apa pun, despite the feeling nak tukar sekolah, aku tak tukar pun 
which i'm glad in many ways =)
sebab sini aku belajar banyak benda. most of it was survival
gila kau setiap kali nak gi makan kat teres teratai, mesti pegang sesuatu senjata macam batang mop ke sebab nak halau monyet. oih. monyet ni kalau sekor dua boleh tahan lagi. tapi ini dia datang bawak famili. pastu garang2 plak tu. 
and in return, ktorg gegirl kalau makan mesti ajak geng...haha

that time, mak aku memang jarang nak bagi duit belanja sebab alasan ada teres teratai. 
so, nak tak nak kau kena pergi la. larat ke mentekedarah biskut je tiap masa?? me nehi..
biskut, megi tu semua consider makanan ringan sewaktu pura2 stay up memalam. nasi tetap kena makan.
lagi satu, kalau balik dari prep, berlarii macam tak cukup tanah sebab nak kejar supper. 
oih. supper kalau roti dengan sardin, stone gila makannn. baju kurung prep tadi tak tukar lagi, tapi memasing bersila rebut2 makan. abang teres tu kengkadang strict tak bagi amik roti banyak2. so kena la share2 berapa yang ada...lagi satu beger. beger dia roti dengan daging je. tapi itu pun berebuttt jugak.....nikmat makan rebut2 ni lain daripada makan yang berhidang. lagi thrill. 

bfast aku dan ikha's all time fav was nasi lemak. nasi dia walaupun nasi kawah, tapi lemak dia pehh.... tapi bukan hari2 nasi lemak. bila dapat, barulah dinamakan luck. 
nak lagi 'luck' dan nampak bijak, tanya je junior2 yang gi bfast awal. 
dengar nasi lemak terus berdesuupp siap. hahaha. 
ada sekali tu, ikha bangun lambat tapi since bfast nasi lemak, dia insist jugak gi. kol 7.20am baru terhegeh2 nak makan. assembly pun ponteng. bila nak gi bangunan akedemik, baru macam, alamak cane yer?? terhendap2 memasing nak naik kelas. 
lunch pulak yang paling terbaikk is hari jumaat. mesti spesel. nasi tomato la, nasi ayam la. tak kisah la nasi apa pun tapi lauk confirm ayam. hari2 lain tu bergantung pada nasib. 

monyet tu kalau gossip mesti kata 'ekeleh, asyik2 dia je yang gi makan. takde orang lain ke kita boleh attack' 

eh. ini bukan nak cerita pasal survival, tapi dah macam entri makan plak. hahaha. oh well *jeling peha*

aku yang dolu2 gila comot. dan masih comot lagi...hahaha....cuma yelah, takkan aku nak tepek muka comot selalu kat sini kan..

anyway, jumpa gambar ni tadi terus rasa rinduu....
masa tu, masalah yang kau ada is macam mana nak study bagi pandai gila babss
atau macam mana nak hadapi perasaan yang rasa kekurangan
atau macam mana nak atasi perasaan berdebar2 bila lalu sebelah crush *oh, aku dulu pernah ada crush. jangan salahkan mata yang melihat, tapi salahkan diri yang gatal...awww =P
atau paling2 pun macam mana nak kelihatan garang depan junior. haha. 

aku rinduu untuk rasa free macam dulu
gatal2 aku ada crush pun, tak pernah berboyfriend sebab diri comot so tak semak pikir soal hati perasaan la bagai.
aku rinduu segala-galanya masa belajar........
menjadi innocent lagi naive.  
dan mengenangkan banyak perkara aku pernah regret dulu, buat aku lagi rindu. 

classmate aku dulu gila annoyingly bising dan pandai. oh rindu 
cikgu plak super awesome "kegagalan awak bukan bermakna penamat dunia. ok. simpan kertas ujian dan start chapter baru" lepas tu pandang aku. tapi aku tak rasa apa. hahaha.  yepp... cuz i know well that i'm a total looserr in chemistry. lagi satu was;
me: cikgu saya ngantok
cikgu zakpar: kalau ngantok, tidooo
me: zzzzzz...

padahal aku duduk depan sekali kot. tapi dah beliau izinkan, haruslah aku tidak membantah. hahahah.....aku ada tebiat kalau dok asrama, esok mesti macam ngantok gilo. macamkan malam tadi tak tido. over badan ni mengada. 

pastu time merentas desa, orang lain lari, aku pun lari.....tapi selalu rasa hebat tak warm up, 10 minit lepas tu terus sloww...sloww...dan berlenggang kangkung. 
gila tak mengamalkan gaya hidup yang cergass...*sekali lagi jeling peha

boys class aku ni memang macam itu jugak la 5 0rang je untuk 2 taun. itu jugak la yang dikutuk, itu jugak la yang dikeji, itu jugak la yang dipuji. sorang dah kawin pun. 
girls plak aku tak hengat bpe orang. rasanya, ada lagi kot yang takde. tapi entahla, gambor kelas yang full, tatau pegi mana. majalah sekolah pun tatau katne. ntah2 mak aku dah bagi orang recycle. 
pompuan, 3 orang dah kawin. yang lain ada yang aku dah dapat jemputan untuk thn depan. 
walaupun tak rapat sangat, tapi still aku rindu.

dengan semua tiny bits things yang buat memori aku macam hari ni. 

the least yang aku  boleh buat sekarang is tengok gambar dan senyum sensorang....

ini lagi gambar random


Tuesday 25 December 2012

ranting~~~

takde apa sebenarnye nak tulis. cuti tak gi mana2 melainkan kerja.
 kengkadang aku taleh terima diri sendiri yang gilo ni. kerja sampai sakit2 pinggang. sakit badan. terus buat aku rasa tuaaa yang amat. >.<
tapi bila tak kerja kang boring plak.
so, secara tak sedar laju je aku plan jadual kepci ni...
ntah. rasa macam, boleh kott. sempat kott nak setel semua benda by jan nanti.
nak siapkan working paper, study.
tapi bila dah plan rasa macam, whatttt?? apsal aku macam tak terurus je ni?
macam kelam kelibut je life aku nih? sobs. sobs.
once dah plan ko kena commit la kan. sekali sekala taleh masuk tu boleh di terima. tapi dah selalu sangat, orang pun boleh jadi tak suka...
bila kenang2 balik, may nanti genap la 3 tahun aku part time kepci.
dekat store tu, ktorg jela part time yang paling lama.
macam tak sedar masa berlalu....
dari sehari ke sehari rasa nak berhenti
tapi belum cukup kuat lagi wehh...
kita tengok dulu macam mana 2013 nanti. boleh ke i go on dengan 2 kerja
dengan kerja yang satu ni require aku untuk travel. takdela tiap2 minggu tapi
banyak kali jugak la kan. so, bila outstation, aku taleh kerja part time
so, ada perasaan bersalah kat situ.
yelah, kengkadang bebudak ni mana ada off day. dah macam bangla kerja.
eh. serius la. aku pernah interview bangla dekat somewhere kat tempat client
beliau ni guard. kerja 365 hari okeehhh....just tukar2 shift je. mau cuti kalu,
potonggg gaji....
so, bila kenangkan bebudak ni ada yang tak dapat off day, kalau seminggu tu, aku selitkan la jugak satu or dua hari kerja full. atleast, yang belum cuti boleh mencutikan diri.
gituuhh. bukan nak kata aku ni baik ke hapa. cuma benda2 kecik macam ni la yang buat aku susah nak berhenti
kepci ni susah senang aku dengan dia tau. since aku study lagi. dari takde motor
sampai ada motor. sampai la tergolek dokk eksiden pun aku still dengan kepci.
ada orang kata tak berbaloii sebab gaji sikit.
tapi, nak suro aku berniaga ke join bisnes ke hapa, sorri ai tak reti.
dah pernah buat dan taknak lagi. kalo nak bisnes biar barang sendiri, sendiri usaha
kalo nak suro part time tempat lain, bgtau sikit tempat mana yang allow ko untuk kerja 2,3 hari sebulan je.
hahahaha....aku boleh yer. sebab..entah. sebab dah otaii kot. hahhaha...
senang cerita kerja ini jela yang aku reti buat. yang lain tak reti. tak biasa.
and lagipun some memang dah macam family aku kat sini.
entahla. susah nak cakap bonding aku dengan kepci ni.
tapi, azam tahun baru, tahun depan aku mesti berhenti. bagi peluang untuk diri sendiri rehat2
fokus pada kerja yang betul2 ituu...
tahun depan bulan berapa, idokk la hamba tau..
kita tunggu boss yang kerja betul ni announce confirmation aku, gaji naik ke idok,
kalau idok, kita go for plan B. iaitu BERHENTI.....wakakka.. oh. ok. tak kelakar
anyway, merry christmas pada yang menyambut nye...
aku tak sambut krismas. cuma kalau orang nak bagi hadiah tu, i sambuuttt je. haha

Wednesday 19 December 2012

wedding lagi


The ever gorjes pengantin and hubby


~The perasan gorjes pengantin's friend~

ni wedding hari ahad lepas. ihsan pern dengan ainul.... gambau dengan pengantin ada dalam kamera si ain. itu aku tatau tahun bila boleh dapat. 
tahpape je senget badan padahal orang lain pandang depan. saje taknak orang tau diri kau lebar kan. agagaga... gambar pun taleh nak besar2 sangat bagi nampak efek diri ini kecik. 
the wedding was held at Kampung Pengantin, Jln Genting Klang. nice je...pengantin lawa, dewan cantik, tetamu2 pun gojes. tetiba aku rasa very the awkward sebab aku datang simple aje. T___T

kenapa tah dengan aku. gamaknye selalu sangat minum air semut kot. aku tanya orang jalan ke sana, google bagai, member pun dah bagi instruction kata kena lalu bulatan pahang, lalu area setapak and ekceli pernah je gi rumah k.uya kat setapak tapi tetappp jugak la sesat. 2,3 kali tanya orang. ikutkan nak nangis dah sebab penat kerja siang, malam sesat pulop... tapi, member bukan kawin tiap tahun. beliau dah besar hati jemput, kita haruslah besar hati datang. 
sampai2 orang dah half way makan. manusia punya la ramai. aku duduk semeja dengan mereka2 ni tapi makanan sudah yilekkk... sob. sob. sape suro lambat...

anyhow, misi adalah jumpa pengantin bukan makan ( ko tak suka makan kan ida?*sarcasticly*)
pengantin sangat la gojes. 7 years ago pun gojes jugak tapi maybe sebab lama tak jumpa, bila jumpa like "wahhhhh........chantekknyaa"
tahniah Anis Afiqah for your wedding. Kamu sangat chantek, sangat padan. semoga dimurahkan rezeki dan kekal bahagia hingga ke syurga. 
this wedding kira penutup jemputan from kengkawan for 2012. dah ada pun yang jemput untuk bulan 1 tahun depan. aiyooo...
ada 2 upcoming invitation next year from people dalam gambar itu. selagi dijemput, takde aral insyaallah aku datang. 

Monday 17 December 2012

pagi isnin yang great *tangan didada*


Eh, tatau la nak geram ke nak marah ke. Aku punya henfon ni boleh kira satu hari berapa kali je bunyi. 

Kengkadang memang tak bunyik langsung since aku bila da perasan bizi, malas la nak bersms ke hapa ke. So, kalau masuk ofis or gi tempat client ke, memang aku tak teringat nak silent. Ni hari ni ada kat ofis, hp mcm biasa masuk laci. 
Satgi ada la seseorang ini call. Tak cukup sekali, 3 KALI plak tu. 1st aku tak dengar sebab aku dok melayan bigbang pakai earphone. 2nd aku perasan hp bunyik, bila tengok caller, aku kelamkelibut aku terus cancel. 3rd lepas aku cancel dia call balik. terus aku sms kata tengah kerja. kalau tak sms agaknya, mau gigih lagi call sampai letih.
Faham2 la hari bekerja kalau tak angkat call, mestilah tengah kerja. Sms sudaaaaa. Tak perlu la call banyak2 kali melainkan memang betul2 emergency. Tapi aku sure punya ini bukan emergency tapi sesaja call nak Tanya khabar sebab yang tukang call tu my so called ‘abang angkat’. Macam tak cukup abang kan nak berangkat bagai. Huh. Ekceli yang declare angkatnya parents beliau, so indirectly beliau pun terangkat la sekalii. Eh. Gigih plak explain.

and kebetulan orang ofis ni tatau la tension ke, bizi sangat ke or emosi tak stabil ke tengah review file pastu tengah ‘mengamuk’. Bila dengar hp aku bunyik terus jerit silennnnnt!!! Tak pasal2 aku sekali kena tempias.  Bila kena marah sebabkan perkara2 kecik ni terus mood spoil. Spoil lagi2 Sebab ada orang yang mungkin tak perasan calendar hari ni hari bekerja and main call je sebanyak kali yang mungkin, sampai aku yang tengah kusyuk buat kerja free2 je kena sembur. Tah pape je. 

Malam tadi gi wedding reception classmate Terendak dulu. Habis2 kfc, jumpa si dya dila kejap, balik rumah siap2 and gerak gi kl. sesat barat seperti selalu and sampai pengantin tengah makan. takpela as long as jemputan kengkawan aku cuba penuhi selagi terdaya. so, gitu gini balik kol 12 am. sampai shah alam catching up dengan bebudak ni, dengan ain sekali tau2 da kol 3am. pastu pagi bangun gigih basuh baju manual (tah bila tuan rumah nak repair washing machine pun aku tatau. janji oktober 2011. ni nak masuk 2013 dah makcik...adohaii). dah otw gi kerja, patah balik sebab ic tinggal. pastu dtg ofis plak stress. alahai. cant monday be really nice to me? guess monday blues wasnt exist for no reason kan. grrrr......

Oh, btw aku terasa macam nak belah2 je badan. Seorang ida gi kerja, seorang ida gi study, seorang ida gi tido, seorang ida gi bersosial. Serius aku rasa macam banyak benda aku tertinggal T_T
Bukan mengeluh ke apa tapi tahla, mungkin aku ni tamak kot. Semua benda nak buat. Tak cukup 1, nak buat 2 kerja….ke time management aku yang fail sebenarnye??? agagaga. tak suka perasaan macam ni. Buat aku jadi pening je....

Thursday 13 December 2012

just 2 min to feel grateful.

for the past 5 months aku da pergi like 10 audit kat 10 different place/client. and most of the client adalah kilang. merasa la masuk kilang gula2 la, construction la, kotak la, paper bag la, and most of the employee yang bekerja adalah foreign workers dari bangladesh, vietnam, nepal. regardless whatever normal perception yang aku pernah ada towards them, bila sendiri depan mata tengok, rasa bersyukur yang amat. mereka ni datang jauh- dari family dari kawan2, dari tanah tumpah, untuk bekerja kat suasana yang asing, yang belum tentu untung nasib. datang2 sini bukan boleh demand, 'eh, aku nak kerja kat kedai mamak la. boleh makan free' or 'eh, aku tak nak kerja construction. sakit badan'. tak ok. semua agent yang uruskan. 
kesian aku tengok muka diaorang gila penat. berpanas, berhujan, bersejuk. kerja minimum 9 jam. kengkadang terpaksa OT sampai 12, 16 jam. tapi gaji ciput(ini kes odit HR la boleh tau). boleh la nak kata itu setimpal dengan education la apa la, tapi confirm ke kita diaorang ni takde education? ntah2 lagi bijak dari kita. kita kalau pergi tempat diaorang belum tentu boleh survive. cuma mungkin nasib mereka je kurang baik. negara tak develop sangat, peluang kerja terhad, kos hidup tinggi dsb. 
so despite merungut sana sini, lepas tengok diaorang2 ni, terus rasa insap. rasa bersyukur yang amat. walaupun jeles tengok kawan2 ada yang dah beli kereta besar sana sini, bercuti, shopping bagai, bila fikir balik keadaan aku takde la teruk sangat. hari2 tak pernah nya tak makan, tak pernah nya tak mandi, tak pernahnya tak minum. benda2 basic semua cukup. rasa tak cukup tu sebab selalu rasa nak lebih. nak macam si anu tu, nak macam si sally gi bercuti, nak ada kereta macam si jenny, nak itu, nak ini. 
ni semua kes compare dengan orang yang ado-ado. bukan la tak boleh, bagus compare ni macam orang kata bagi semangat kat diri sendiri tapi bukan la sampai rasa sesuatu. nak explain tak reti tapi korang fahamla kan sesuatu itu sesuatu yang tak elok. 
takpala kan, mereka ni semua hanya tunjuk apa yang diaorang ada. nak share happiness bukan nak eksyen ke apa. aku baru beli buku kat big bad wolf pun nak cerita kat sini, inikan kalau beli gucci. kan...

takpela, walaupun aku masih lagi pakai kereta 2 tayar-takde bumbung, walaupun aku punya hp, stok takde batu, kita boleh baling je hp ni kat anjing (eh, kenapa kalau hp2 legend mesti kita cakap stok baling anjing?? kenapa bukan stok baling pencuri ke. apa anjing tak comel? ada jugak yang comel okeihhh....fluffy je macam kucing jugak. cuma yelah, haraamm nak belai2 macam kucing) tapi still cukup untuk gerak mana2, untuk msg2, calling2. badan aku selain daripada demok, masih lagi sihat. kalau suro jogging seround masih boleh mampu. masih boleh berjalan. boleh melihat. banyak benda yang aku ada, orang takde. bila merasa tak cukup itu sebenarnya, Tuhan tarik nikmat hidup. 

macam bulan lepas, aku rasa macam eh, boleh survive ke bayau itu ini. tapi Alhamdulillah, mampu je survive. cuma kena bersederhana la. bila aku spend kan sesuatu tu, dengan niat betul2 kerana Allah, rasa mudah je. rasa tenang je. cuma aku masih lagi dalam tempoh cobaan untuk terus2 niat kerana Allah T__T
tapik kalau boss kata naik gaji tu Alhamdulillah sangat2. aku tak de la nak reject kan. ngehngeh. 

semoga Allah cukupkan apa yang kurang. dekatkan apa yang jauh, mudahkan apa yang susah. tenang hati yang gundah. semoga aku lebih menjadi orang.eh. menjadi orang yang bersyukurr...

=P

gambar terbaru yang aku kopi pes dari google. melting~~~ 

12.12.12

Orang lain buat entry nombor best, kau pun nakkk...
tapi orang lain ada idea nak tulis ape, kau nan adooo..
ape tah yang special tarikh ni aku pun tatau. yelah. nombor cantik. so?
ingat lagi tahun lepas 11.11.11 berebut orang nak kawin la, nak tunang la on that day.
tapi aku tetap tak rasa apa. kali ni pun tetap tak rasa apa.
been bizi (*mata keatas) this week. sekarang aku tengah menaip kat Chemor, Perak.
di hari yang cantik tarikhnya, aku tengah mengodit orang, buat paper work mana yang patut
cuma still rasa gatal tangan nak buat entri kengkonon nak up to date dengan orang lain. heh.

next month aku punya odit schedule pun pack. mintak nyawa weihh.. aku rasa company ni macam bagi terlalu banyak kepercayaan kepada saya yang masih merangkak-rangkak ini.
tapi this is part of learning. u would always starts from zero. takde nye kau lahir2 dah tau pegang kalkulator. tau prosedur itu ini. takkkk....kalau lahir2 dah reti, memang la sesuatu.

anyhow, last weekend sangat tidak membazir waktu. sesuatu yang mem-vanggakan untuk homie person macam aku. fuh. fuh . *kembangkan idong
pagi saturday, lepas hantar akak aku gi flora damansara, terus aku heading to seremban.
tidak sesat sanggat. wahh. lagi vangga...takde guna talian hayat. wahh...lagi idung kembang rasa nak lempang.
on the way tu aku singgah bangi. makan2, lepas tu gi beli barang2 nak buat cookies kat kedai yang aku cakap itu hari. takk. aku tak hingat resipi. googleee pun idoook. ape yang aku beli is benda basic yang aku rasa mcm boleh buat campak2 dalam cookies nanti. tepung, 1 kg of coklat compound, cocoa powder, marjerin, almond (ni beli sebab aku suka.), brown sugar, milk powder, pastu ada la 2,3 benda lagi. aku dah lupa tajuk dia. ok la ngam2 rm60 aku boleh dapat banyak barang. gambar is takde sebab i is cameraless.

dari situ, terus menghala ke the mines untuk big bad wolf book fair...dari bangi aku tau pun sebab memang on the way balik dari odit ritu memang lalu. nama nak suro aku tau sendiri jalan tu memang tak la...dalam 3.30 macam tu sampai la MIECC. punya la banyak kereta, banyak rakyat, banyakkkkk peluh menitik, semuanya banyak la. luckily this time punya fair parking berbumbung. kalau dekat MAEPS tu lagi berpeluh ketiak nak menapak dari parking ke hall.
buku memang banyak gila. perasaan masa tu rasa macam nak lompat2 aje tengok buku banyak. tapi kalau nak compare to last year, this year aku rasa sangat macam serabut sikit susunan dia. dengan buku berterabur atas lantai, bawah meja, pastu meja macam nak roboh. huh. memang scary. padahal masa tu baru 2nd day. aku rasa maybe because of the 'mission 63' thingy. orang tak putus2 keluar masuk then diaorg cant really kemas elok2. and...buku nora roberts tak banyak =( or aku tak jumpa tatau la...semangat okeih aku pusing2 from one section to another. ada yang tersepak buku atas lantai, ada yang nak tersepak orang yang melepak2 tengah2 alam...very the mencabar. pastu ada plak tetiba sorang budak 5,6 years kot tetiba je nangis. kuat gila plak tu. tapik bapak (*aku saspek bapak jalan dengan anak la kan. kalau anda adalah abang, maka maafkan la saya....) budak tu rilek je belek buku. tahpape je. aku rasa budak2 yang kecik2 sangat ni tak sesuai nak bawak tempat crowded macam ni. lepas tu mesti nak spend masa lama2 belek buku. budak2 lama sikit, bosan kang mula la cranky. lepas tu meragam, merengek pastu melalaakkk. (oh. aku bercakap berdasarkan pengalaman menjadi kakak kepada 8 orang hadek2.) tapi kalau budak jenis well-behave tu cite lain.
oh, anyway, tunggu mak aku datang from seremban, pusing2, belek2 gitu gini, kol 8.30 baru keluar dari exhibition hall. hasil rembatan 10 novel, 1 comic book and 1 cupcakes book= RM97. wah... pengsan sebab murah gila. untuk really enjoy book fair macam ni, memang kena spend 1 whole day untuk really puas hati. ni pun ada sikit tak puas hati sebab rasa macam ada yang tak habis cover. tapi that day aku spend setengah jam nak keluar dari basement parking ke ground floor. setengah jam ok! belum lagi from ground floor nak ke jalan besar. kematu buntooot. kereta ramai gila pastu drive manual plak, rasa macam nak tercabut kaki. so, dengan kerja gitu gini, untuk pergi lagi memang acik tak sanggup T_T. penatt..
sampai seremban 11.30 gituu.
esok (ahad) pagi2 gigih bangun. sebab aku kan da beli barang2 baking. (*tetiba mata juling keatas) ada input haruusslah ada output. ingatkan nak mintak tolong askar2 (read: adik2) aje yang buat cookies sambil aku jadi superbiser. tapi pepagi tu memasing nak gi kelas hafazan la, nak tidoo lagi la apa la. terpaksa la sendiri buat, sendiri uli, sendiri bakar, sendiri simpan dalam perut... lepas tu mak aku  balik, gi kenduri kawin senior sekolah aku- Raja Hazwani. lepas tu hujan plakk..gitu gini, sesat sekejap baru sampai Seremban 2. member sekolah tawinn....4 beradik serentak. pengantin perempuan memang superr comel and cantik. tapi dah nama pun datang lambat, kengkawan maktab dah balik. nasib ada ikin, S.I dgn Dr. Ann teman makan..gambar ofkos nan ado. takpela, janji sempat ziarah.
macam biasa, gambar curik from ikin punya fesbuk. masa ni aku belum sampai lagi. takpe. orang tak hot, tak de kamera, memang macam ni nasib dia. asyik kena curik gambau orang. tsk. tsk
to hazwan aziz and pasangan yang gojes itu, selamat pengantin baru,semoga perkahwinan korang dilimpahi rahmat, bahagia hingga ke syurga..amin...

wah. tetiba rasa macam nak kawin..ngeh3. 
eh, da kol 12.05 am. dayymm..ni layan tibi punya pasal la tak da masuk hari baru. tapi aci la kan tajuk tayah tukar sebab aku start menaip petang tadi (rabu 12 dec) kol 4 lebih. ngeh2....
makan bertahun siapkan satu entri. mana nak curik masa, mana nak curik gambau lagi kan. eh.
untuk 2013, kena masukkan kamera as wishlist. another 18hari plus minus tido makan semua, tah bape hari je lagi untuk tahun baru....sudah ada azam???
saya tiada -_-" 
okla nighty nite. esok kena bangun awal~~~~

Thursday 6 December 2012

pfffttt....

Haila....cuti most probably akan dipostpone since 2 minggu berturut aku ada assignment. balik office sure kena prepare working paper. tengok kalendar ni macam nak tercekik...February pong macam dah full aje. T___T  and one more, next year aku gigih lagi ke nak part time di kfc yang sangat kucingtaik itu since assignment up to March memang back to back??? aku patut consider bersara jee....

Wednesday 5 December 2012

jeans tipu

lepas makan je pening kepala. banyak nau ajinomoto ke apa. 
dahla aku macam tak paham je nak review apa ni. 
lagilah bertambah mabuk.
aku rasa the biggest threat so far is diri sendiri yang blurr.grrr....how la?

aku dah apply cuti untuk tahun depan. ya. january 2013 okeih. kena bertindak pantas sebelum nama aku naik untuk mana2 audit. tapi agenda bercuti aku belum tau lagi. tak plan apa pun lagi. saja nak cukup syarat legakan hati yang bahawasanya aku akan bercuti....hewhew...

bulan 3 adik angkat aku kawin. oih. adik2 kawin dulu ni ape kes?? takde aral aku datang je tapi jauhnya kemain. kat hujung malaysia nun. kematu kalau nak drive all the way. tapi nak naik bas pun lagiii boleh tahan kematu...aci tak kalau aku pos hadiah je?? tapi kang kecik ati plak diaorang. yelah aku da berjaman tak pulang ke kampung...family sendiri pun payoh inikan family instant....i cant promise you anything la adik. 24 march tu jauhh lagi. apa2 boleh jadi dan silap2 aku kawin dulu dari ngko.hewhew... haaa, tengok tanak jugak kalah. T__T

semalam gi uptown otter seluar. on the way tu rasa apsal la macam lama sangat tak datang uptown. dah sampai baru ingat, orang ramai, keadaan  sesak, malam sejuk2 and parking terhad. benda2 macam ni la yang buat napsu aku putus nak gi uptown. berpeluh2 pastu dengan orang ramai, asap sana sini. mabuk oih mabukk.
merujuk pada title diatas, kakak aku ada point out  kedai jual seluar jeans. ada satu board dia tulis 'jeans perempuan'. terus aku cebik. itu marketing penipuuu namanya ...kalau 'jeans pompuan' kenapa aku tak muatt??? aku kan pompuannn...lain kali tulis la menjual jeans sendat dan padat. takdela aku bercahaya mata nak tengok dari jauhh bila datang dekat, salesman tak layan sebab size nan adoo....matiklah asyik nak emo. padahal diri sendiri demokk.

hurm, btw aku da tak nampak dah orang boikot mekdi kat fb. baru 2,3 minggu lepas aku nampak post macam2. apakah usaha2 itu telah terhenti dek kerana genjatan senjata? atau diaorang2 ni dah berubah fikiran? aku ingat bola je bermusim.

Tuesday 4 December 2012

....

The big bad wolf is around the corner. exsaited sikit since last year aku gi, dah hujung2 book fair, da petang, so macam tak banyak buku dan tak sempat nak belek satu2. so, kali ni sudah tau awal juga, haruslah plan untuk pergi awal..hewhew...this time around kena bawak beg yang besar sikit untuk  carry buku2 pilihan. last time aku gi, bawak recycle bag, lepas tu sangkut kat bahu. lepas tu tak sampai setengah jam, beg dah penuh, tangan pun penuh. maafkan saya kerana bersikap tamak. huhu...tadi kata ujung2 tak banyak buku, tapi penuh jugak beg kan...oh well. aku tipu. buku memang still banyak cuma pilihan tu tak la meriah sangat. aku confirm first week tu mesti lagi meriah kan...so, sebab beg tadi sangkut kat bahu sebelah je, terus bahu jadi besar. sebab sakit. kaki pun sakit.tsk. tsk. parking buntuit kat tepi2 hall MAEPS tu dan terus filter novel2 semua. aku tak pandai mana satu author best ke apa. so, most of the time i'll choose based on the cover and the summary kat buntuit buku. bila tengah filter, baru la nak belek2 satu dua chapter. mana yang tak bape nak best, kita letak tepi. nanti staff2 big bad wolf tu akan tolong simpan balikk...kalau nak suro aku simpan balik, memang merangkak la carik tempat buku2 itu...aku bukan la seorang pembaca yang serius (read: membaca bahan2 yang serius). aku tak suka benda yang protokol sangat ni. macam contohnya, baca buku bahasa dia baku gila. that's sooooo gonna be my sleeping pill. ngeh2. aku suka baca novel, feeling2 sensorang, imagine hero hensem nak mampuih, imagine aku ni la heroin yang teraniaya. hahaha...baru la boleh kurangkan stress. 

lagi satu pengubat stress is having TOP depan mata. so, marilah kita menatap wajah kekanda ku ini...kbai

entri petang sambung ke malam, bawak ke pagi. lama2 pikir, tajukk je tak reti

Minggu ni aku dekat Bangi doing audit. Tahniah (*clap2) untuk diri sendiri sebab berjaya tidak menyesatkan diri pergi ke meeting point at Endah Parade. Ye, kita kena bersikap positif ye tuan puan. Jika orang lain taknak puji, marilah puji diri sendiri......This time around aku ikut Jalan Klang Lama. Ini bukan cobaan tapi rasanya aku dah pernah ikut jalan ni on previous audit field. Senang je, amik arah ke Kompleks Sukan lepas tu direct ke Endah Parade. Maap jangan ditanya lebih2 direction kalau taknak menyesal kemudian hari kerana sesat. hewhewhew...

Alhamdulillah hari ni takde pening sakit kepala mabuk2 dah. Insyaallah kalau diberi rejeki durian lagi, aku tak tolak. Tak baik tolak rezeki (*alasan lain untuk kuat makan). Itu hari sebelum peristiwa muntah2, aku ingatkan pening sebab tak makan. So, aku pun join la kyroll and raja makan.

Diaorang makan nasi campur and kyroll punya lauk memang la all time feveret- keli masak lemak cili api. Beliau offer aku knowing that itu memang feveret and suro aku amik pinggan. Aku cakap takpe. Aku dah kenyang lagipun kepala aku tengah pening. Beliau dengan raja boleh gelakk kata "Eh, macam tak percaya je Ida tolak. Ida yang aku kenal 2 tahun ni mana pernah tolak rezeki"....pastu gelakk lagi terkekeh-kekeh. Lawak sangat la tu?? Sekali aku sekeh kepala sorang2 baru tau. Memang susah nak nampak aku tolak orang pelawa, paling busuk pun aku jamah sikit. Entah. Memang tak reti. Kalau makan, banyak mana aku amik, banyak tu jugakla aku habiskan. Susah nak tengok aku buang sebab memang dari kecik mak aku cukup pantang orang tak habis makan. Sebab tu aku kena cop kuat makan. hohoho. macamlah aku kisah kan. tapi bila demok, kena ejek baru la ada kisah...T_____T

itu hari kan masa reception si farhana kan, walaupun aku sampai dekat2 kol 4, still ada budak2 pompuan terendak yang melepak. peh. pompuan melepak macam ganas je bunyi. takdela, diaorang memang bestpren farhana, haruslah stay lama sikit, catch up dengan sesiapa yang patut. macam biasa confirm soalan cepumas naik : lepas ni sapa pulak? kau dengan si anu tu bila pulak? dan dot dot dot yang sewaktu dengannya.
aku punya standard jawapan bila member tanya: takpe, rilek dulu. aku kasi member2 lepasss...lepas tu gelak2 tanya tukang tanya plak. kalau kuangajo sikit, ko jawab dengan soalan

Q: kau bila lagi?
A: eh, tanya aku, kau tuu bila. aku tengok dekat fb kemain lagi jiwang sana sini. sapa nama boipren kau tu, Dollah ke Kasim? dah lama bercinta, bila lagi nak rasa nasik minyak..

peh...itu kalau kena dengan orang yang tengah 'terlebih hormon' silap haribulan terus sentapp..tapi nak gurau kasar biar kena pada orang...jangan orang tak kenal pun kau bantai macam tu. ada yang periuk kawah naik atas kepala.

antara jawapan2 lain yang bernas dan aku rasa jika diotter sikit, memang aku boleh gilir2 guna. mana tau member lain yang rasa forever alone itu fun,  da terguna standard jawapan kau tu kan. hewhew

1) Jika nak buat saspen "eh, aku insyaallah minggu depan" kalau member kata tatau pun "takde, aku saje nak bagi sepriass" kalau penanya adalah lurus, beliau akan akan terkejut tapi percaya. jika penanya itu bijak dan nak kantoikan bahawa kau adalah forever alone, kau pegang perut, pegi masuk jamban...5 ke 10 minit lepas tu, insyaallah kau keluar topik da tukar

2) Jika nak buat orang terkedu, "hmmm...insyaallah dalam masa terdekat ni. tapi bajet takde, so aku tengah carik sponsor. kau taknak sponsor aku ke" kalau member kata "aku pun kering dowhh" kau jawab "ha, tau punn...lagi mau tanya gua bila. lek la. kita sebaya kot. kerja pun baru setahun jagung. mana nak balas budi mak apak, mana nak capai impian yada yada yada" kau cakap je sampai penat. goreng je apa yang patut. masa2 macam ni la kita nak praktikkan ilmu bahasa malaysia masa sekolah dulu...cikgu BM kau kalau ada sekali masa tu, konfirm bangga =P

3) Jika nak buat ayat sadis "aku ni sapa la yang nak, masak tatau, menjahit tatau, muka tak cantik, badan dahla demokk. tunggu aku kurus baru kawin" konfirm orang jadi speechless kerana umum mengetahui, setelah sekian lama, kau hanya kurus di bibir je. badan  tetapp maintainn...uhukk...eh,macam jawapan sesuai digunapakai aku sorangg je.

4) Jika nak bajet2 orang bekerjaya "aku bizi la weih. tak sempat nak carik calon. kau takde ke sape2 yang boleh kenalkan kat aku. adik kau tu boleh tahan hensem. kau sudi jadi akak ipar aku?" haha. ini tak pernah try sebab kengkawan aku adik2 diaorang semua stok2 ikan bilis. kecik2 lagi...

5) agak2 nak buat drama sebabak dua, kau pusing badan, titis eyemo terus purak2 nangis "aku...aku...aku baru je lepas putus cinta" orang konfirm tak akan syak yang kau rupanya kategori forever alone. jangankan cinta, main video game dengan komputer pun kalah...eh. tercakap diri sendiri plak

6) ayat2 cliche "aku belum bersediaa lagi" yang tu, kalau masak malas, laundry sendiri malas, menjahit tak reti, apa pun tak boleh, sampai bila2 pun tak redi.

7) eh. dah la. aku da menguap2 ni. tetiba ngantukk. dah taleh pikir. jawapan2 ni suggestion je untuk orang2 single yang selalu di asak dengan soalan yang sama di setiap kenduri. pada yang dah ada calon tu, bawak2 la insap. tapayah tebiat nak pikir jawapan sebab kau dah redi. kalau tak redi, kau takde sesibuk nak kapel, nak carik calon kan? bila dah redi, tinggal set time and date je. lepas tu akad. itu yang paling basic dan simple. tapi kalau nak jugak asah bakat pikir jawapan, silaaa kan..

cuma nanti bila dah konfirm date, jangan sensegan jemput aku. insyaallah aku datang. kalau tak bawak kerabat, geng2, sorangg pun jadiii jugak. cuma antara lambat dengan cepatt je. yelah, almaklum, hal ehwal geografi ni aku lambat sikit nak register dalam kepala. memanjangg sesat. nasib baik jalan balik rumah tau. kalau idok, memang layak dibuang negeri.

oh, btw, masa lunch tadi terjumpa kedai barang2  bakeri. so, tereksaited la saya. maka terbeli la chocolate chips dia yang murah itu. bersama dengan white and strawberry choc chip. and tepung muffin instant (shortcut je. mudah ringkas dan padat. amat sesuai untuk si 'rajin') dan bread crumbs. itu cara2 ter. esok aku dah plan dengan opismate. lepas lunch nak singgah lagi. ni aku tengah google resipi. saja nak cari alasan nak beli. kalau takde alasan, aku akan rasa ini semua pembazirannnn..hahahaha...jangan risau, aku akan kerah tenaga adik2 yang ramai itu dalam production cookies...

tapikk...aku suka beli je. diaorang yang suka buat. takpe, sebagai tanda turut serta, aku dah lantik diri sendiri jadi supervisor @ manduurrr....bab2 quality control, rasa dan tesktur ni kepakarann sangat. sambil layan utube, tengok TOP oppa saya atau sambil layan runningman. memang nikmat.

Monday 3 December 2012

enty belacan. all in one

ingatkan aku
tapayah nak kengkonon cuba jalan baru
hari tu balik Seremban from Hartamas
on the way nampak la signboard LEKAS.
kemain lagi konon boleh cepat sampai..
in the end sesat barat jugak sebab masuk Kajang, aku dah tak jumpa which way nak masuk LEKAS
pusing2 last2 arah ke keyel balik. dah la bawak beg laptop yang berat. memang cari penyakit je aku ni
tah macam mana aku pusing, masuk balik PLUS. oh. sangat rasa buang masa.
sampai rumah, rumah semerbak bau durian. sebakul rupanya durian makcik aku bagi
ada yang dah kena tebuk binatang, ada yang elok lagi
so, aku takde la nak tolak rejeki durian kan
amik kau, sabtu tu terus berpinar2 kepala. sakit yang amat.
semalam tengah2 kerja pun sama. sakit kepala sampai muntah2
aku syak sebab makan durian. tapi sebelum2 ni tak pernah la sakit kepala gini
Doktor syak resdung, tapi iolls tak pernah ada history resdung
pastu doktor cakap 'tah2 awak baru lepas putus cinta'
aku gelak geleng2 kepala jela. ape kah muka mabuk aku ni sebab chenta???
idok le dokter. saya nak manja2 dengan diri sendiri pun selalu je rasa bizi
inikan nak manja2 dengan orang lain, bercinta bagai
insyaallah dah kawin aku berhenti la kerja yang satu lagi ni.
tapi belum kawin, kita rilek dulu...
pastu beliau tanya ada darah tinggi ke? idok dokter saya dulu darah rendah siap kena paksa makan hati, makan kerang.
best doktor tu suka nak buat kelakar.
tapi aku tengah sakit kepala mabuk2, takdela rasa kelakar sangat. rasa nak suro je doktor tu shadaap.haha
kuangajo je kan. syukur la dapat doktor kelako. kalau dapat doktor yang hari tu muka masam je, silap2 muntah terus depan beliau. hewhew...
doktor tu cakap mungkin aku stress. yelah kot. aku ni kan emo2 je. bila emo, stress la jadinya. haha
kepala angguk2 iyakan saja tapi dalam hati aku tetap rasa sebab durian. eh. ada ke orang pening makan durian?? adaa kot. masuk rumah bau durian, masuk kereta kakak aku bau durian. itu agaknya aku pening. tapi ntahla. semalam elokk je aku balik dari seremban-shah alam naik motor. tetiba tengah kerja boleh muntah.
after dapat ubat, terus aku mempandakan diri dengan tidoo.. pestime paksa diri tido woii sebab tanak pening2 lagi. hari ni dah la kena outstation. biar cergas sikit..

anyhow, alhamdulillah. dah settle evaluation process jumaat lepas.
tetiba malu kan. aku punya rasa diri teruk
tapi dapat review 'satisfactory'
komen is for me to improve on my communication skill.
ai kan pemalu dekat ofis.hewhewhew...
dekat opis walaupun aku yang paling besau nye, tapi aku paling muda dan paling tak banyak cakap. aku memang tak reti melainkan orang tu start dulu. tatau la apa penyakit nya. kalau on the phone ok je, provided yang orang tu pun sama gila macam aku. tapi kalau face to face, tetiba rasa tak reti...ini kalau blind date, memang konfirm tak lepas....

sorang lagi member dah kawin on the 1st dec ritu.
sesat barat aku mencari rumah (kau, pegi mana2 pun memang slalu sesat kannn T_T )
mana la nak tau kena masuk lorong kecik ke ape. rumah kampung kan memang macam bersepah sikit kedudukan. 2 kali berhenti beli kuih semata-mata nak tanya jalan. orang dah bagitau pun aku tetap jugak blurr. dengan kepala pening, hujan plak. so dari 10% terus jadi 60% blurr..nasib baik sampai rumah pengantin ada lagi...hewhew. mak beliau masak. 1st class kau. matikla pening2 pun makan tetap wajib. amik berkat katanyoo..

To my dearest Farhana Jalaludin, ex-schoolmate, ex-homeroom mate, Tahniah. aku rasa hadiah tu kad dia macam da tertanggal. sorry aku tengah pening, blurr lagi so macam tatau nak buat apa, letak je atas meja. kalau dapat hadiah tak bernama tu, insyaallah besar kemungkinan hadiah dari aku la tu....semoga jadi isteri yang solehah, ibu yang maintain comel. semoga kekal bahagia hingga ke jannah. insyaallah. aminn...

since aku tak bawak kamera, tumpang je la kamera member. and since beliau tak upload kat fb, begini lah entri aku. bogel takde gambar...aku nak letak gambar boypren aku. tapi aku belum google lagi gambar baru. wakaka. matikla die hard fan kononnye tapi google gambau pun malas. so, marilah kita curik gambar kat fesbuk yang takde muka aku sebab aku belum sampai lagi. takpe, muka aku da terpampang kat profile tu. sila bayangkan aku dicelah2 mereka2 yang gojes ini



Friday 30 November 2012

kerja, kerja, kerjaa?

today ada evaluation for confirmation.
macam2 feeling ada. tapi yang pasti aku tengah confuse sekarang ni
kerja sekarang provide apa yang aku request before- travelling (bosan noks dok ofis sajo. lemas!!), 5 days working day, minimum basic salary as requested, tak mengadap benda yang sama je hari2.
tapi after 5 months kat sini, i see those things from different perspective.

firstly, travelling is for work. takdela istilah berjalan2 cuti2 malaysia ke apa seperti yang guwe sangka (orang kuat main memang ingat yang seronot2 je le T_T ). and client2 kitaorang bukannya dekat kawasan tarikan pelancong ke apa, ada yang dekat pendalaman. so, memang takde motip la nak feeling cuti2 ni.

untuk working hours, so far takdela aku kena kerja on weekend. kalau ada pun dapat email review jela.  tapi itu biasanya aku memang fail nak bukak email on weekend sebab kerja lagi satu and err....aku tak reti nak setting microsoft outlook kat laptop untuk email ofis. hehe. yang laptop ofis ni memang depa dah setting. tapi aku tak kosser nak bawak balik laptop ni hari2. sakit bahu T_T. and balik  pun paling lewat 8pm. itupun optional la kan since OT takde. kalau kerja banyak, memang nak tak nak kau kena balik lewat. the past few weeks memang aku balik lewat pun, sampai kena halau (read: orang yang pegang kunci nak balik) mainly because hujan. few times je sebab kerja. kalau outstation, lagi seronot balik awal sebab ikut ofis hour client.

pasal tak mengadap benda yang sama tu very subjective. lain client, lain audit scope, lain approach.tapi tetap jugak la kena perah otak nak buat working paper.benci. sebab aku tak reti nak berpuitis karang ayat. aku tak  suka ayat2 formal text book ni semua. (that explain a lot kenapa aku melulu buat keputusan after SPM untuk tak sambung science stream but opt for accountancy. text book is my sleeping pills) kalau kau suruh aku kira2 ke apa, dari pagi sampai esok paginya aku ok je. tapi apakan daya kan, benda yang kita nak, tak semestinya kita dapat. eh. haha.
bila aku dapat review from senior, mesti aku akan terus macam blurr. working paper internal dengan external odit ni tak sama (dulu aku ingat sama). tapi walaupun dah tau tak sama, still tak reti jugak. bukan aku la kan nak cepat blurr time kerja like previous2 kerja aku. tapi syabas la kerja ni menjadikan aku blurr dan terasa dungu yang amat (tak sampai hati nak cakap diri bo**h. macam kasar nau sampai taip pun nak tersentap). so as conclusion, walaupun tak mengadap benda yang sama, tapi aku tidakla rasa passion sangat.hewhew

basic salary memang as requested la kan. cukup atau tak tu very subjective bergantung pada how aku manage la kan. sebagai insan yang lemah ini, memang biasanya aku terbabas dari budget T_T ke aku yang budget rendah sangat? tapi tu takpe la kan since diaorang cakap after one year salary akan revise balik.

cuma sekarang concern aku is aku punya minat. benda kalau kau tak cinta, bila pikir nak kena mengadap hari2 memang rasa alahhaaiii la kan. eh. ni bukan concern tapi lebih macam mengeluh je? agagaga...
pastu benefit2 kat sini. SME memang kau tak boleh nak expect banyak and that fact aku memang dah lama sedar before aku sign contract lagi. kalau nak compare dengan well established blue chip company memang waaayyyy much different. seperti semut dengan gajah. tapi kalau nak compare dengan company2 semut yang sekufu, aku rasa benefit adalah standard. buat masa nii, aku postpone dulu niat nak resign ni dulu since sorang ofismate aku dah tender resignation letter. tak sampai hati diaorang tak cukup resources. lagipun aku belum ready lagi. nak cari kerja lain, resume kena mantopp dulu kan. kalau setakat 5 months probation, bukan experience namanye....semoga aku bertabah la hendaknya...and mana tau in few months time, aku terfall in love dengan kerja sekarang kan? macam aku fall for kfc (memang la aku selalu kata kfc penat la, kena part time sebab nak survive la, tension sebab budak2 la tapi still aku sayang nak tinggalkan sayang tu kan love? hehehe. aku punya niat nak benti kfc memang dah lama. waaayyyy back masa 2010 lagi kot. ni sebulan lagi nak 2013. amik kau tak ke lama) macam aku fall for TOP ke. eh. boleh ke? boleehhh je kalau nak jadikan contoh. yelah, dulu aku tak suka kpop2 ni. sebab group yang aku terjumpa dulu semua jambu. jambu is not my style. sekaliii dalam ramai2 yang kejambuan, ada yang comel and cool. terus nak mengadap je muka dia selaluu.  pastu terus boleehh dengar lagu2 kpop (tp still memilih taleh dengar yang lembik2 punya suara). ni aku tengah dengar 2PM kat utube. belum pening lagi since diaorg tak berapa nak jambu sangat and lagu2 rancak.





Wednesday 28 November 2012

keep fallin

belum makan, tengok beliau konfirm kenyang.  cer citer macam mana nak buat kerja dengan tenang kalau telinga asyik nak dengar lagu2 beliau. tu takpe lagi. pastu tangan asyik la tergoogle gambar kekasih gelap ku ini. oh. pengsaann~~

let picture do the rest of the talking =P









kita merancang, Tuhan menentukan
pergh. looks whose talking?
semalam nak balik awal hujan
hari ni, hujan dan kerja yang boleh tahan banyak.
kepala dah mabuk ni  meredah hujan.
pastu jadual kepci pun dah plan, kena masuk jugak.
oh, mintak nyawaaa..................................

Tuesday 27 November 2012

kepala yang pening

nak demam. pening kepala. terus dah nak merencana untuk MC tomorrow. eh. kalau malas tu mengaku je la kan???
pening maybe sebab tadi skip lunch. hebat katonyo. dah heavy bfast kengkonon perut boleh bertahan. tapi apakan daya. saya insan biasa punyai perut luar biasa. sudah pakai PB bagai masih terasa lapar bergelora.  kol 5 dah rasa macam tak best. nasib ada nestum. jadilah nak alas perut walaupun tak sampai 10% pun beralas.
ingat nak lari balik awal la. teringat2 ceklet Daim kat rumah. Dila dah balik from Langkawi. dapat la Daim sepeket, hershey sepeket. takleh banyak2 nanti kencing manis. heh.
barang dapur pun nak kena top up T_T. malas nye nak melangkah ke tesco. tapi tesco jugak la pilihan hati kalo nak beli barang basah pun.

dalam pening2 melawan perasaan lapar, sempat jugak la layan BigBang Dokumentari. tak full pun tengok sebab tengah ada kerja and rakyat ofis pun ramai. kalau tak, konfirm itu je aku hadap. ni jugak reason kenapa aku tak turun lunch. layan daripada ep. 9 sampai 11. mengalir jugak la air mata. it's not easy to achieved what they have achieve today. old story? lantakkkk. aku kan baru nak jatuh chenta dengan kpop2 ni. so far telinga aku masih memilih lagi la nak dengar lagu yang bukan layu-layu. and muka penyanyi taleh nak jambu sangat nanti aku pening. maybe sebab dah register dalam kepala, makhluk jambu comel adalah wanita. so, kalau group lelaki (obviously sebagai wanita normal, aku akan search group laki dulu)yang terover jambunye serius halwa telinga aku taleh digest. matiklah kan adik2 semua kpop fan T__T

TOP yang dulu pun memang dah hensem di mata aku. inikan sekarang. born in 1987 meaning he's my sunbaenim/ oppa. sukee...okla. nak berangan sensorang dapat jmp TOP.


Monday 26 November 2012

the insignificant

turning one year older, there's so much i wish for. to continue having a good health, having a good wealth, having more patience and find my mr right. and the most important is to continue feeling grateful for anything that Allah has set me thru. 
nothing much to proud of as at this age despite the fact that i've been independent from the 1st day i set my foot in higher institution, i havent yet achieve things from my wishlist. still struggling to keep pace with others from my age, but it seem the harder i try, the greater the distance.
................................................................................................................................................
having so much emotion in myself leaving me feeling like a time bomb. bakal meletup je bila2. 
in the end of the day, what i longing for was an answer. an honest one to keep myself at peace.
without it, i cant really going thru the day without assuming, thinking and even blaming myself for what had happened. it indeed eating me inside out. wishing that everything will turn out to be stagnant and i can scream my lung out. for real. 

having someone whom u thought was a friend, who will accept you regardless when you are at your best or at your worst state of mind and situation was a bless. 
but having someone that u didnt know his status whether he is still your friend or an enemy hurt every bit of the heart. to know that he is somewhere near but unreachable. to not know what actually been running in his mind. and i'm not okay.
.......................................................................................................................................................

i thought to myself, you can endure it for another year! yet, didnt plan to spill out everything to someone else that is so dear to me. and now i might risk another friendship at stake. what a fool!!

sekarang ni nak nangis. nangis sehabisnya. dan kemudian hilang?

Friday 23 November 2012

durian


semalam rejeki duriann..
aku takdela gila durian. ada aku makan, takde aku ok je.
cuma bila da ada depan mata, memang aku makan betul2.
atok aku cukup gila kan durian. walaupun mata tak berapa nak nampak, hidung tu tajam je bau. dan2 time tu jugak dia suro kau bukak derian. kengkadang dia request nak bubur kacang itam + durian. eh. betul ke tajuk dia?? hehe. wan aku ni selalu tak sampai hati. mulut kemain bebel2. tapi tangan sibuk hidangkan durian kat atuk. kemain lagi selera. nasik memang tak sentuh dah. tak padan dengan kencing manis. pastu minum air masak sikit punya payah. 
lepas tu, wan aku plak hobi dia, kopek durian, masuk tuppuware, simpan peti sampai lupa nak makan.
bila dah takde feel nak makan derian, dia start buat tempoyak plak. 2,3 balang jugak dalam peti dia. 
nak nampak aku beli tempoyak, setahun sekali pun belum tentu. selalu aku poww je wan. hahaha. tempoyak mantah tu kau gaul dengan cili api tumbuk, makan dengan nasi memang terangkat
kalau sambal tempoyak pun pehhh...konfirm pemusnah diet!!
eh panjang plak mukadimah.hoho

semalam lepas dinner terus ain ajak gi makan derian. 
macam tau2 je kan masa odw balik aku laluu  depan orang jual derian. masa tu terus datang teringin, mengidam segala. 
nak beli, tak kosser nak angkut naik motor. pastu satu hal plak kalo rumah berbau. 
nak makan kat kedai, sensorang plak. nanti syahduu je rasa
so, orang dah ajak memang aku on je la. walaupun memula sedikit segan sebab yang ajak ktorg tu bakal adik ipar beliau. kira aku tak bpe kenal la.
tapi dah dihidangkan derian depan mata, segan semua tu aku postpone kejap.
dengan subway yang belum sempat hadam, pastu sumbat derian, memang sengkak perutt
hari ni terasa penangan macam nak demam je. T_T
tapi kalau dapat durian seulas dua lagi, aku ok jeeee. dasaar!
anyhow, lately sana sini orang update pasal durian crepe. sedapp gila ke? feeling sejibik macam derian betul ke? tapi awat macam mahal? seketui tu tiga RM. padahal derian longgok 4 bijik seploh ringgit. maafkan saya. darah akauntan tu lajuu memang sejati dalam diri. semua benda pun kira...heee....


p/s: member gi langkawi, sudah ku order coklat. lama tak menyopping coklat. since kerja sini, ada je yang bawak coklat. so aku tak sempat nak rindu or craving coklat. ni dah alang2 orang gi langkawi, aku terus paksa beliau jadi volunteer untuk bawakkan coklat. hehehe

Thursday 22 November 2012

zzzzzz

lunch: nasi sesenduk. asam pedas ikan pari yang memang pedas terangat, ulam raja, sambal belacan yang tak sentuh sebab ikan da pedas gile.

result: PB aku rasa mencengkam je. sikit lagi macam nak tercabut cangkuk dia. oh, dan tak lupa kemengantukan berganda.


walaupun begitu, suka sebab tempat makan kali ni menepati citarasa. oh. sudah. jangan aku teringat-ingat dah la yer. silap haribulan membelon lagi aku.
-------------------------------------------------------------------
sekarang kenapa aku rasa hitz.fm dah tak best? suka nau pasang lagu remix. pening aku.
elok2 aku nak dengar, terus mati napsu. 
ni aku nak layan bigbang kat utube.
korean group yang lain aku belum minat.
maybe sebab i is setia pada yang satu iaitu TOP. *muntahla. tak kecik ati pun* haha
--------------------------------------------------------------------
aku nak tido ni. port takde plak. padahal kepala da weng. cuaca plak hujan. sejukk je feeling2 membuta.
zzzzzz~~

Wednesday 21 November 2012

tangan gatal stalk orang 
saje carik penyakit
>_<

menyesal tu tak la. tapi macam ralat berpanjangan je?


blurr is my middle name?

minggu ni kan
setiap pagi nak gi kerja, aku akan ingatkan diri sendiri untuk renew license
thanks to polis yang buat road block last week
lantas aku pun jadi alert bahawasanya lesen nak mati sebab bday nak dekat
kan sekarang diaorg buat lesen mati time besday
kalau lupe jugak memang kau saja jela tu nak buang duit bayar denda

so, tadi kemain la nak turun lunch kengkononnya sebab boleh sekali harung renew lesen
ape kaitan tah makan dengan lesen kan. ni semuaa alasaaan....hewhew
da kenyang semua, aku dengan konfiden milonye gi kaunter myeg and cakap nak renew
nasib baik la tokey tu check. dia kata, eh, u punya mati 2013.
yang aku plak blurr. aik, aku rasa macam dah setahun aku renew
tengok balik, eh, betuulll la..
bulan 7 itu hari masa dia mati, aku dah renew untuk setahun. kira date mati lesen is next year punya besday laa..
apesal tah aku ni sekarang kemain lagi blurr.
nak kata bizi, yelakot. bizi pikir. tapi mata dengan tangan gi layan fb la, blog la.
padahal aku boleh tahan banyak kerja.
mood menten jee mood tak kosser.
tak kosser nak buat apa2.
mak aku kata aku ni kuat sangat berpikir
habis tu macam mana?
aku belum jumpa lagi button untuk stop berpikir kat diri aku ni
kot2 ada sesiapa tau kat mana boleh jumpa button pause berfikir, sila inform aku ye
aku nak beli.
mungkin boleh la kot nak aku pause berfikir, bagi aku kerja.
tapi dengan syarat kerja yang aku minat ler
eh, siap bersyarat bagai plak.

bulan doblas punye audit assignment dah kuar date.
so far 3 minggu tu aku da fully book
macam tak bagi aku can je nak tender surat resign
surat dah redi je ni
tinggal lagi kerja takde. huhuu
aku tak rasa aku berkembang (selain badan) kat sini.
macam mana nak explain pun aku tak reti
pura2 je la korang faham yer

january tahun depan pun da naik nama aku weih
apekah semua ini?? jangan2, saya tak terlibat dengan mana2 artis. eh?
company kecik ni ada pro and cons dia. so far yang cons nye banyak dah aku jumpa
tapi aku rasa half of it penyumbangnye adalah diri sendiri
dah genap nambulan aku kerja sini nanti aku evaluate balik perasaan ini
eh, lagi bape hari je kan nak habis probation?

semalam aku punya earphone sudah k.o
so pagi tadi adalah pagi yang suram tak dapat dengar suara TOP
ni aku dah beli baru. gigih mencari earphone kengkonon semangat sikit buat kerja dengar suara beliau






*gambar2 adalah ihsan orang ramai di google


hensem. kacak. kiut. comel. bergaya. tinggi. putihh.
itu belum aku cakap sore dia macho...wahh...pengsaaann~~~~~~~~~~~
TOP!! saranghea 

Tuesday 20 November 2012

cerita November (2)

kan aku da kata best bila purak2 bizi is ko takkan perasan jam pukul berapa, hari ni hari ape, tarikh bpe haribulan walaupun jam aku siap sedia ada letak tarikh apetah lagi spender semalam kaler ape pun makan masa aku nak ingat.
best kan? jadi orang hilang ingatan ni.
benda sedih pun kau boleh anggap wujud tak wujud je
pehh. kemain intro macamkan kau ni bizi nau. wakaka

minggu lepas suda berjaya membizikan diri dengan kerja gile2 sampai stress sendiri.
tapi gamaknye minggu ni aku tak bape nak bizi
and hari ni pun dok layan blog orang lebih dari wat kerja. tsk. tsk..
so, tetiba tersedar diri yang hari ni 20hb!
lagi 10 hari je lagi nak habis November
cepat2 la habis bulan sablas nii
tanak dah aku teringat-teringat benda bukan2  yang buat aku ralat or sedih ke ape
nanti sia2 je mengalir air mata.
bukan ada orang amik kesah pun kan?
kau emosi sensorang. kau pujuk sensorang.
tetapi,
terima kenyataan dengan melupakan dua benda yang berbeza ok.

masa memang main peranan besar dalam melupakan.
tapi berapa lama masa yang nak kena amik itu?? wallahualam

minggu ni, minggu depan and minggu lagi satu, so far dah confirm dapat jemputan orang kahwin
and so far belum ada aral yang menghalang maka aku bertekad gigihkan diri pergi
masa2 macam ni la aku nak jumpa kawan2 pun
dapat la update gosip barang satu duaa
lepas tu mula la masing2 tengok masing2
dan tanya soalan cepumas- siapa next?? hehe.
budak2 terendak ni berderet da kawin so soalan tu memang ranking pertama
agak2 yang single tu mula la tunduk, or habis2 daring jeling orang sebelah and tunjuk kat dia.
selepas beberapa kenduri yang aku gi sebelum ni, memang sentiasa la ada jawapan sebab masing2 da plan. amboii laju korang ye. lek la. doplohpat mudaa lagi (*ciri2 jawapan orang tak laku)

soalan kedua wajib is- kau bila lagi??
kau tu boleh refer pada sapa2. si anu ke, aku ke sapa2 la yang join upacara gosip itu
dan jawapan standard aku bagi so far is- takpela aku bagi kengkawan lepas.
memang aku tak kretif pikir jawapan. cikgu BM aku dulu garang sangat. itu pasal BM aku tak geliga.
takpela, ada lagi 3,4 hari lagi ni aku nak pikir jawapan baru. yang gempak.
lepas ni kalau soalan tu tuju kat aku, aku nak jawab- boifren aku kat Korea lagi. bizi buat konsert. nanti aku suruh dia datang Malaysia pinang aku.......................................................

agak2 kalau tak kena boo, maunye kena lempar dengan kerusi. angan2 taknak kalah.

p/s: marilah nak layan utube. dengar bf aku, TOP nyanyi. haha. bagi can aku nak berangan jappp

p/s/s: dah kol 6 petang. loceng pulang sudah berbunyii



hopefully malam ni mimpi beliau =P




TOP ada ciri2 lelaki idaman aku

aku suka makan. kalau tak caya, tengokla size
setakat ni, ape jenis makanan memang aku tak tolak
ko bagi aiskrim, aku memang suka
ko bagi coklat, terus aku cair
ko bagi aku masak lemak cili api + sambal belacan, terus aku kensel diet untuk hari ni
tak penah aku nak tolak
melainkann....................................
kalau aku ternampak cara2 masak yang tak berkenan kat mata aku
termakan sekali takpe lagi. untuk aku order lagi, thanks but no thanks..

kat ofis aku biasa makan kat satu tempat ni,
aku suka mee rebus dia. sedaapp
until one day ni, aku order. pastu lambat.
pastu hujaan, meja makan dah basah. 
so, ktorg decide nak bungkus
aku pun berdiri la depan kedai makcik mee rebus ni nak tunggu makanan
sambil tunggu, sempat la aku tengok cara2 dia siapkan mee rebus ktorg
peh. selamba pakai tangan nok. sikit tak pakai glove.
bare hand okeih
amik mee pakai tangan itu, letak cili, potong telur, letak bawang goreng semua pakai tangan ituu
pastu nak bayar, dia lap2 je tangan kat apron pastu amik duit. haiihh
da la aku baru je lepas audit scope food safety kan >_<
tapi makan jugak la kan da sampai ofis. sambil kepala cuba fikir hal2 lain
syukur jugak la dia tak pakai tangan kiri buat cebuk tu. 
kalau tak, hazab jugak aku nak makan.

yelaah aku tau aku bukan super clean punya orang
tapi jangan kasi aku nampak la kan
atleast kalo pakai glove sedap sikit mata aku tengok
ini sesedap anak tekak je pakai bare hand.
dan kedai mee rebus tu kecik je macam stall gitu
so, takde sinki. eh. sinki adalah tapi jauhh
aku rasa macam mustahil aje makcik tu seminit sekali nak gi basuh tangan
tapi, aku cuba bersangka baik. mungkin tangan makcik tu da celup dettol, so bebas kuman
*mata juling keatas*

makanan, kalau sedap macam mana pun,
tapi depan2 mata aku kau buat tak senonoh, memang lepas tu aku tak makan dah
itu hari, sebab da order, da bayar. maka aku try set kat otak ni makcik tu pakai dettol
tapi hari2 nak suro set kepala macam tu, kirim salamm jela ye
lepas2 tu, aku redho jela pandang menu mee rebus dia. nama aku nak order, tunggu la sikit hari lagi aku hilang ingatan ye.

iye, aku tau kalau makan kat kedai yang ala-ala stall ni, bukan le bersih manapun
tapi as long as aku tak nampak, dan persekitaran stall tu senonoh je, maka aku bersangka baik jela yang diaorang ni sediakan makanan dalam suasana yang bersih...
bukan ape, kalau makanan yang tak bape nak bersih penyediaannye
silap hari bulan, makan diri weyyy...
sakit perut, cirit birit. sape yang tanggung?? ahkakk jugak.
and makanan tu bukan percuma. ahkakk jugak yang bayarnye

setiap penyedia makanan, memang tak boleh direct contact dengan makanan ok
lantak la kau nak kata air tangan kau delicious ke ape
tapi tangan tu kau pegang duit, kau terpegang bontot, kau buat garuk2 badan bila gatal
kalau mandi ok lagi. kalau tak mandi, dah satuu hal lagi plak.
tangan kita ni walaupun kecik, macam2 benda lekat bukan la kita perasan

kalau makan kat luar, biarla aku duduk jauuhh sikit dari dapur dia daripada selera aku matik kejung T_T
macam member aku, dia punya detail sampai satu tahap, makan kat kedai mamak,
air dia order air tin je. reason being that dia ternampak mamak tukang buat air tu tangan berdakiii
phewwww.....aku pun tertengok. dan terus minum 100plus je.
sekarang ni pesen aku kalau order air kat luar, limau suam tu aku akan cakap siang2 tanak bijik
sebab ape? sebab limau tu dia perah pakai tangan...dia da pegang pastu sesedap rasa campak limau tu dalam air. pastu tangan tu jugak la kau buat lap meja, lap muka...

begitu ye peniaga makanan sekalian. 
walaupun tangan kau dimata kau adalah bersih 
tetapi bila nak sediakan makan, janganla direct contact dengan makanan
buat naya orang je. dah la orang tu bayar. buatnye dia balik, sakit perut ke ape, macam mana?

oh, btw ni antara video TOP.
lame. i know. orang lain berzaman korean fever
aku ni baru terhegeh2 nak suka. tapi bukan semua lagu dia aku layan. lagu yang suara ala2 macho je aku layan. wakaka. nak tinggi, putih, suara macho macam la kau kurus kennn?



btw, ciri2 lelaki idaman aku tu bukan semua la budak ni ada. telinga tindik, rambut kaler2 bukan ciri idaman ok.
tinggi
putih
hensem sedap mata memandang
pandai rapping (aku kalau dengar dia rapping, melopong teruss walaupun kejadah satu pun tak paham..haha)

tapi aku tau ciri2 aku ni si TOP jeling pun idok. matiklah sempat tu nak letak harapan. haha.

p/s: sorry aku tatau nak bagi tajuk ape. kang letak tajuk food hygiene macam geli je. tak sesuai

Monday 19 November 2012

mekdi, makan dan TOP

sana sini orang cerita pasal boikot.
paling ketara boikot McD
honestly speaking, oleh kerana rumah aku adalah rumah kampung yang tv takde, apetah lagi Astro
maka aku memang tak tahu menahu pasal Israel serang Gaza
thanks to Yahudi-claim channel- facebook, kerana aku dapat update pun kerana orang lain update

i was amaze on how aggressive some people could be in showing off their emotion
sampai ada yang tak logik
contohnye " 1 like= sebiji batu dibaling kepad Rejim zionis"
oh, tapayah la kot nak print screen bagai untuk proof kan sebab konfirm korang pun da jumpa benda ni kan
usaha bukan setakat klik je beb
tapi usaha kena la doa, hulurkan bantuan
ko klik like pun ko klik via fb.
pelik betul aku boikot separuh2
lain la ko up kan, ini adalah update terakhir saya di fb kerana saya hendak memboikot mekdi, fb dan sekutu-sekutu amerika yg sewaktu dengannya. jom la ramai2 follow saya dan kita masuk frenster. haha. baru logik sikit.

tapi masing2 pun ada pandangan tersendiri kan
itu aku tak nafikan

cuma bagi aku,
kalau betul nak boikot, biarlah perangi habis-habisan
sebab isu boikot mekdi, barang2 amerika ni semua bukan isu baru
takkan nak tunggu Palestin kena serang baru nak boikot???
lepas perang habis, kau pun isi perut kau balik dengan spicy mcChicken.
yang itu memang sedap. taleh dinafikan.
tapi aku lebih gila dengan aiskrim dia. eh.

aku punya point is, kita ni hangat2 chicken shit je
hari ni kau marah, kau geram, kau share la segala jenis boikot
esok2 kau dah reda, kau pun tak segan silu beratur beli
tak semua la tapi kebanyakkan kita memang gini.

sebelum kau nak boikot, kau kena fikir jugak
apekah nasib bangsa2 Islam kita yang kerja mekdi ni?
(aku amik contoh mekdi sbb ini boikot yang paling ekstrem kat fb)
da alang2 ajak boikot, kau bagi sekali la cadangan peluang pekerjaan untuk staff2 yang terlibat ni.
ini idookk. kau tau nak kondem je. cuba kau yang jadi staff mekdi. apekah perasaang dan planning masa depan. janganlah senang berkata banyak lagi peluang kerjaya. memang betul. tapi ada staff yang da bertahun2 berbakti, tiba2 kena cari kerja lain. tak ke menganiaya namanya??
kalau kau rasa tak sanggup nak makan, jangan makan.
dan sambil2 tu bagi la sekali cadangan untuk improve masa depan diaorang.
dan untuk orang yang suka share2 tak tentu hala, tapayah la nak eksyen sangat.
kau ada ke menderma hulur bantuan??

aku pernah terbaca kat mana tak ingat
pasal boikot2 ni,
beliau cakap, daripada boikot beria-ia dan jejaskan ekonomi orang yang tak bersalah,
lebih baik kita menderma hulur bantuan.
duit tu boleh terus guna direct bantu rakyat Palestin beli makanan, ubat-ubatan
tapi kalau kau setakat boikot saje, kesan tu hanya si Israel ni rasa after few years. ape dia kisah kau boikot sekarang kan? dia da ada peluru, da ada meriam, da memang redi je bila2 masa nak serang.

point aku is, kalau nak boikot, biarlah berterusan
tahun ni kau jihad tanak makan mekdi, tanak pakai da seluar levi's, tanak stabak,tanak apa2 yang ada2 unsur amerika semua kau tanak. tahun depan pun biarlah sama. tahun lagi satu pun sama. dan seterusnya.
4,5 tahun lepas kemain lagi korang boikot. lepas Israel da berhenti bedil, kau kemain bedal consume balik. itu pasal, after 4,5 years kita boleh tengok kampeni2 macam ni still wujud lagi and semakin berkembang kat Malaysia.

jangan la jadi seperti aku, cakap tak serupa bikin
tahun lepas kata nak kurus, tahun ni pun azam nak kurus
tapi kalau dapat makanan, bersinar-sinar mata

bila tengok gambar2 aku yang full, segan dengan diri sendiri.
lemak nak kumpul, bukan main lagi senang.
tapi kalau kau tanak, nak buang dia sikit punya hazab.

eh. cakap pasal makan,  aku nak cite pasal food hygiene. tp itu nanti la.
sekarang ni aku tengah nak siapkan kerja sambil dgr utube-bigbang somebody to love.
sori aku bukan k-pop fanatik fan. aku cuma minat si TOP since dia muncul kat Family Outing
da la tinggi, putih, sore sedapp macho plak.

monday blues

oh. monday yang bluesss

dulu2 masa jadi student, aku tak bpe nak paham kenapa nak monday bluess
sebab aku punya bluess is setiap kali naik daripada cuti. ngehehehe...
kalo da cuti lamaaa tu, rasa beraat je mata nak bukak nak gi kelas.

pastu bila aku kerja full time kfc kejap,
aku still tak bpe nak faham since aku off satu hari je seminggu.
and alternate OD plak tu. meaning, minggu ni cuti isnin, minggu depan maybe selasa.
jarang sangat aku dapat cuti on weekend. sebab weekend la bizi.

tapi since aku da kerja betul2 ni, otak aku da boleh proses betul2 apa itu monday blues
bak kata orang ganu, da more understeng. haha..
tapi kalo da dasar malas nak kerja tu kan
hari2 pun ko rasa bluess melainkan hari coti.
(eh, tercakap pasal diri sendiri plak)

tapi hari ni aku tak bape nak blues.
semangat gila pun tak jugak
cuma diri lebih rela dan bersedia nak gi kerja.
maybe sebab weekend aku agak bosan. hewhew
elok2 aku da siap awal, gerak awal
tetiba dekat Bulatan Kayangan ke mana tah
hujaannn rahmat pun turun dengan lebatnya...
otak da set nak cakap Alhamdulillah syukur.
tapi hati dok kata "nate beruk betul aku punya seluar hujan tertinggal kat rumah"
so, bayangkanla hujan lebat gila, badan ko selamat tapi tetiba seluar ko basah lencun.
serius tak best. seluar kecik, seluar besar semuaa basah. terus rasa down.
ini cara2 kalo aku sampai Hartamas, mau kena gelak dengan orang2 ado2 kat sini.
dah la baju hujan pun tersipu2 je tutup badan. aku pun tatau la bila masa beliau koyak T_T

so, aku terus msg Admin Officer aku kata masok lambat and acik patah la balik rumah
rupanya area rumah aku belum start pun hujan.
bila benti kat trafic light, aku sorang je la tersipu2 dengan baju hujan tak semenggah, dengan kasut basah, seluar basah, badan gigil2. orang lain rilekkk je.
da tukar apa yang patut, siap google keadaan cuaca yang aku  rasa tapayah google pun takpe sbb tak menolong sangat. aku pun vroommla ke ofis balik.
nasib baik hujan da renyai2...
belum panas buntuit kat ofis, hujan pun start lebat kat kl.

bersyukur la aku sebab selamat sampai and sempat lepas daripada hujan kat kl.

lepas ni aku berazam supaya takyah nak semangat sangat gi ofis
lenkali buat muka dekk je, konfirm tak hujan. wakakaka.


Sunday 18 November 2012

there goes my weekend

weekend yang agak leisure...
sebab aku off from part time...heee...
which aku suka tapi tak suka sangat
suka la sbb tak tensi. tak penat 
tapi tak suka sbb takde income

actually aku da plan off day ni dari minggu lepas lagii
pagi sabtu settle hal motor, tghri sikit jadi kameraman 
petang gi lepak rumah member kat kelana jaya...
tapi plan hanya tinggal plan jeee....
pagi aku tak boleh gerak sbb hujann...ya ampuunn
lebat gile plak tuu...
kol 2 baru boleh kuar rumah lepas hujan redaa.
so, of course pre-convo shooting terbabaass jugak. 
tapi sebab aku da janji dengan mereka2 ni,
maka gigihkan jugak la diri pergi. dengan beg besau nye sbb konon nak teruss gerak K.J and tido sana

ekceli aku bukan le terreer nau nak amik gambar. let alone suro orang posing macam2. tambah plak ada org yg aku tak  bpe rapat pun join...so, iolls is malu...diaorg ni plak nak tunggu aku cakap 'buatla aksi pape' baru la buat. 
kalo tak, kakuu je cam kayu..haiyaaa T__T
walaupun lepas hujan, tapi badan still berpeluh cam kambingg. 
gitu giniii terbabas sampai kol 6.30pm....padahal, motor tak settle lagi ni!!
aku nak servis and bayar motor sekali harung je kat workshop seksyen 15 tu.. 
tak main aku workshop lain. ritu aku eksiden pun aku hantar sana. 
tayar pancit kat highway pun aku hantar sana. 
sebab satu, senang la sambil dia servis, sambil tu aku boleh bayau terus duit motor.
dua, sebab aku da biasa sana, so tak bpe nak caya workshop lain. heh. bajeett...
tapi aku memang paranoiid sikit bab2 gini. and lagi satu, kengkadang workshop area sini memang boleh tahan cekik darah....

lepas je settle motor, teruus aku zasss ke K.J dgn penuh rasa bersalah sebab aku janji kol 5
hwaaa...da la bukan selaluu aku tak kerja on weekend. 
da sampai bawah rumah member aku, baru la check henpong ada sms kata kensel
beliau nak gi melawat bakal mak mertua tgh sakit...
mula2 sedih la jugak. tapi since beliau bagi aku hadiah besday, maka tak jadi la sedih. 
haha. senang je nak pujuk aku rupanya =P

so, malam tadi aku balik shah alam semula. 
pagi ni, terbangun lewatt, pastu kensel gi career fair kat pwtc =(
duduk la aku kebosanang kat sini..huhu....

jumaat itu hari, 1st time aku rasa bengang tahap dewata masa kerja part time
selama ni, aku kena maki dengan customer ke, penat kerja ke, product takde ke, aku bebel2 pastu aku buat jugak. 
tapi kali ni seriuus rasa nak punch out on the spot je. 
manager on duty boleh buat bodoo je product takde? 
tak jantan langsung. aku paling menyampah betul
as a front counter, aku yang deal direct dengan customer. bukan diaorg.
and kalau aku talehh complete my job sebabkan orang2 lain buat tahik, memang aku taleh terima. 
bukan ngko yang nak kena menjawab. 
dengan customer ramai nak mams. 
aku punya marah ni sampai aku tatau nak cakap ape lagi dah. 
last2, aku tinggalkan aje semua.kalau ada komplen, ko jawab sendiri la yer.
aku tak hingiin nak jawabkan bagi pihak kau. 
sorry aku bukan kerja nak jadi pencacai kau walaupun aku ni dalam organisational chart consider as kuli je.
aku buat kerja aku, kau pastikan kau buat kerja kau. kalau kau rasa benda ni simple, 
ape kata, tukar tempat dengan aku??? kau jadi cashier, aku gi belakang standby ape yang patut.
boleh ke kau menjawabb dengan customer??????????
nak je aku tender 24jam notis.
serius team member sekarnag tak best...

eh. tetiba nak cite pasal benda2 tensi plak. 
meh la layan gambar pre-convo budak2 ni..
aku plak naik jeles tengok gambar diaorg.
tetiba rasa macam nak grad balik je.
dulu, masa aku pre-convo, masing2 syok sendiri je. kau amik gambar aku, aku amik gambar kau.
tapi diaorg ada kameraman sendiri....
gambar aku ada pun da last2 masa kamera kat tangan orang lain. 













macam tak caya je kan masing2 da nak grad. macam sekejap je masa berlalu.
semoga korang berjaya dalam ape jua kerjaya korang in future nanti~~

Hiking Fuji 2019 for the first time

Assalamualaikum.... Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part. 31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up be...