Thursday 5 March 2015

Busy Bee

Sepanjang kerja sini, so far February adalah fav month aku =P
CNY baru2 ni, long shutdown 9 hari...
Walaupun kena ganti hari Sabtu, tapi bukan senang nak dapat long holiday.
bila long holiday, panjang lah langkah. hehe

kebetulan ex-roommate aku kawin 14 Feb and ofis aku dah start cuti,
so memang tak fikir lama2. terus beli tiket ke Ipoh.

Mula2 ingat nak drive sendiri.
Senang kalau nak berjalan ke sana sini
tapi aku sorang2. jauh and tak larat drive tu satu, banyak belanja plak tu.

takpe la, feeling backpacker kejap *walaupun sebenarnye aku siap mengangkut sampai 3 beg. backpacker mana bawak banyak2 beg. hewhew

aku gerak dari seremban naik bas 9am
expected sampai Ipoh jam 2 tapi terawal sejam
aku syak driver bas tu pecut. aku takde bukti pasal sepanjang jalan I is zzzzz..haha

tido adalah salah satu cara aku nak ilangkan mabuk bas.
aku ni mana boleh kalau bas ni bawak laju2 pastu langgar lobang la apa la
kang start la mabuk la muntah la pening la macam2. travel sensorang ni aku akan susahkan sapa melainkan diri sendiri? hehe
so, daripada aku bengang2 dengan diri sendiri, baik aku tido.
bangun2 je dah sampai.

sampai2 sana terus aku beli tiket ke Kangar plak.
aku dah lama plan nak datang sana. tapi, timing manjang takde.
nak amik AL, aku kedekut. haha..

Zati, kakak penantin, jemput aku kat Amanjaya pastu terus shoot ke Parit, rumah diaorang.
bersihkan diri terus siap2 ke rumah Opah before ramai2 gerak ke surau untuk nikah.
Wawa nikah petang lepas Asar dengan sekali lafaz je.
tapi suara pak imam romantic nau.
tak sempat nak feeling dengar  khutbah nikah terus dah sah! aje. haha

hp tengah charge kat rumah, jadi tungguuu jela bila tahun nak dapat gambar dari photographer..huhu..
balik tu mandi, tukar baju menolong apa yang patut.
since itu kampong orang kan, awkward sikit memula.
last2 aku banyak tolong tengok aje. hehe


tiba malam, tau je ada balance inai, mula la aku sibuk2 nak pakai
ntahla. aku pun tak paham kenapa nye yang aku suka sangat hal ehwal kawin ni.
maybe sebab best kumpul ramai2, bersibuk-sibuk mengemas itu ini
dah terbiasa since kecik, setiap kali ada majlis kat rumah wan, mesti wajib aku menolong.
dulu2 aku geram la. marah. sepupu2 aku semua dok main kejar2, tak tolong pun takpe. aku rasa asyik2 aku.
basuh pinggan aku. sapu sampah aku. potong bawang aku. cuci kuali aku.
bengkekkk je hati. haha...
tapi bila dah besar ni, terbalik plak. ada majlis je aku suka, excited bagai.
eh. pelik2 la perangai manusia ni.

dia punya excited tu sampai tahap nak busy2 je
belum tahap aku merajin asyikkk nak buat majlis / kenduri. haha
masak pun kejap sedap, kejap tak. heh

ok, mana tadi?
majlis wawa kan. focus ida. focus!

hari Ahad, lepas subuh terus ke rumah Opah wawa nak last minit pny kemas
mana yang aku reti ajela. setakat pasang alas meja, susun meja tu kalau tak reti, baik simpan jela hasrat nak kawin tu khen. (eh)


kol 10 lebih jadi driver hantar pengantin kat butik untuk mekap
kol 1 macam tu dah start berarak
nasib baik aku buat macam rumah sendiri.
siap2 makan sebelum busy..huhu
sebab tetamu tak henti2 datang...
lauk plak sedap. laju je habis T___T

aku ingat nak repeat makan petang2 sikit, tapi keciwa.
patin masak tempoyak, ayam goreng rempah, daging kicap, sup tulang and sambal belacan. pehhh... lupa segala diet






kol 4 gitu, terus shoot untuk outdoor photoshoot
shooting tepi tasik dengan kawasan lalang je
tapi best sebab cahaya terang (read: panas terik) buat gambar jadi cantik
ada few jela photoG panggil bergambar dengan pengantin
yang lain tu banyakkk gambar syok sendiri. hahaha



cakap pasal gambar ni, aku baru teringat aku takde bergambar (yang proper) dengan pasangan pengantin T___________________T
adoiyai sedih. apa yang aku busy kan on that day, aku pun tak tau....


Perlis and its peaceful scenery


Isnin plak gerak ke Kuala Perlis.
rumah mak angkat aku.
awkward sikit pasal orang yang introduce kan aku dengan family ni takde
aku ok je, tapi awkward.....haha.
dalam phone macam ok. tapi bila jumpa aku keras.
time yang tak keras time makan je. lalalala...

hari pertama menu laksa, ikan goreng, ayaq asam. paling win ayaq asam la.
makan nasi memang bertambah. ish. hancus lagi diet. haha...
malam plak ratah siput sesaja. bukan siput sedut. jenis siput ni dok dalam pasir. fresh. hoiii...heaven kot



2nd day makan ketupat daun palas dengan gulai daging... soooo sedappp tapi lupa nak amik gambar =(
cukup lemak dan masin nya.
sebenarnya dah 2 tahun aku ngidam ketupat daun palas Perlis ni
ada la jumpa ketupat ni kat bazaar Ramadhan. tapi rasa tak sama.
tak sesedap and selemak yang aku makan ni.
yang bazaar punya boleh je la layan makan tapi takleh banyak2 pasal manis.
kang tak pasal2 kena potong kaki..huhu...


 
diaorang bawak aku gi  Padang Besaq,
aku tak beli apa pun. 
duit tak ramai pun iye.
barang lebih kurang pun iye gak. tapi kalau duit banyak, barang sama pun tak jemu nak shopping khen? hahaa


kekacang kat sana murah2
tak membeli pun dalam seratus jugak habis kat kacang je. huhu
papero big box (8 kotak kecik) rm20 je
menyesal beli satu box aje.
sekejapan dah settle. huhu...



balik seremban, gi berpiknik kat Ulu Bendul
tak jauh pun dari rumah aku
tapi sebab aku kan busy? haha
so, berjaman jugak la tak mandi sana.
sesekali mandi air terjun ni memang heaven....
dah berendam sejuk2 tu, naik makan nasi lemak. pehhh...
kalau nasi lemak panas2 lagi feeling.
tapi ituari aku malas nak masak.
aku beli aje singgit sebungkus.
settle.

so, sebenarnye nak cerita jauh berjalan ke banyak makan sebenarnye ni? haha

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
balik dari long holiday, rumah bermasalah plak
adehh....
ekceli memang dah lama toilet belakang tu sumbat. tak lama lepas aku masuk rumah tu lagi dah sumbat. tapi landlord busy la, tak jumpa plumber la, apa la jadi benda tu bertangguh sampai February.
problem ni ok je lagi sebab toilet depan ada
tapi since ada budak baru masuk bilik depan,
terus terbantut segala hajat.
malam pertama dia tido situ, terus dia halaunya kitaorang mandi belakang.
kata dia, A (ketua rumah yang dah tak duduk situ since Dec) kata toilet belakang dah ok.
dah la pepagi buta lagi dah menghalau, nada nak kerek aje lepas tu fakta tak tepat. dia ingat ktorang hadap sangat toilet depan?
dia sendiri belum try, dah nak halau aje. memang buat aku hangin satu badan.

tu takpe.
balik je kerja, depan pintu ada notis
dia suronya kita guna toilet masa dia ada and dari 6.15am sampai 9pm aje.
kegilaan apa ni? aku bukan Barbie doll yang ko boleh fix kan masa nak buang air kecik, air besar semua.
even balik kerja pun kadang2 sampai rumah kol 9. takkan balik tak mandii???

N petik kata2 A, bila aku Tanya A, dia tak ngaku
lepas tu A dah siap2 cerita pasal ktorang macam2
so memang la N tu lagi kerek.

esoknya berperang besar N dengan roommate ktorg lagi sorang.
pagi2 dah jerit sana sini.
sebelum tu, N fitnah aku koyakkan notis dia. adoiyaiii adikk
kalau pun ko bengkek, Tanya elok2 tak boleh ke?
decision dekat notis tu semua buat sorang2 padahal bayar sewa sama rata!
since aku memang bersiap nak gi kerja, aku cakap elok2 je apa aku rasa
kalau layankan amarah aku ni, satu apa pun tak jadi.

on the same day, same night, habis aku belek encik gugel pasal rumah sewa
hari Ahad lepas, settle semua barang aku bawak pindah
Alhamdulillah walaupun rumah jauh sikit, duit banyak sikit keluar, tapi hati aku tenang.
seriously , selain masa yang dia set tu, aku tak kisah syarat2 dia yang lain.

aku pindah lebih pada frust dengan both landlord and ketua rumah.
and aku malas nak deal kalau ada drama gaduh2 ni lagi
and aku malas nak tahan diri minum air malam2 sebab taknak kacau N (read: guna toilet bilik dia)
and aku malas nak amik air sembahyang dekat singki sebab nak jaga privasi orang lain
paling penting, aku malas nak jadi mangsa keadaan
aku pun taktau sampai bila aku boleh bersabar.
so, sayonara.

bila aku dah sebulat hati nak pindah,
budak bilik belakang dah mengamok,
hari Jumaat hari tu landlord datang bawak repairman
katanya masalah toilet dah settle
tapi, decision has been made. pindah mean pindah.
 

Hiking Fuji 2019 for the first time

Assalamualaikum.... Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part. 31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up be...