Monday 18 November 2019

Sabah 2019 - Day 5 & 6 (29,30 July) Island hopping and pulang ke pangkal jalan

Macam biasa, pagi2 bangun awal masak untuk breakfast and bekal. 

Bekal today simple je untuk senang bawak, senang makan...

Ktorg pergi 2 kereta je sebab bapak Ainul dah balik semenanjung. 

Lepas drop family, ktorg cari parking dekat parking area Jesselton Point. Yang lain-lain bergambar sakan dekat sana. 

rasa nak picit2 je budak kecik ni
Disebabkan ktorg ramai, so ktorg rekuest charter boat (boat khas untuk family ktorg je). Harga per pax untuk 3 pulau + 4 life jacket (untuk snorkeling) + charter boat dalam RM35 +/-
Dont worry, dalam bot ada lagi life jacket untuk kegunaan semasa perjalanan dari pulau ke pulau

Nasib baik aku ada bawak ubat mabuk siap2 sebab ombak haritu sangat kuat and boat pun terhempas-hempas macam apa je. Kalau tak makan maybe aku orang pertama muntah kot. Cukup lah masa dekat Langkawi aku mabuk laut... 


Aku tengah distribute ubat mabok. Takde gambar ramai2 dalam boat sebab ombak kuat sangat tak berani nak berdiri. 
budak ni paling steady... 

Dalam 15 ~ 20min, sampai pulau pertama:


Dato Adi. pergi mana2 ada orang pegang


Wefie untuk memori

1st pulau aku tak mandi pasal nak jaga barang... So layan jelah gambar yang ada ya



Macam sedap je ni

Emmm.... dapnye pasir Sabah
1st pulau cuaca ok lagi. Mandi, makan, mandi pastu makan. Dah settle gerak ke 2nd pulau

Masa ni cuaca dah start mendung. Tapi ktorg belasah je mandi... Seronok lah layan... Dalam sejam kot, ktorg gerak nak pergi 3rd pulau...

Ktorg dah standby siap2 dekat Jeti tapi disebabkan ktorg guna charter boat, so kena tunggu boat sampai. Tunggu punya tunggu diaorang tak datang pasal cuaca kat sana dah hujan. 

Dekat jeti pun dah start angin kuat and hujan. Nak patah balik ke receptionist cuaca tak elok + orang sangat ramai stranded dekat situ. Tu yang ktorg tersekat kat situ takleh gerak...



Masing2 membelakangkan angin kuat. Adik aku pegang kain berdiri depan Adi & Umi supaya diaorg tak sejuk

Nampak tak ada pelancong lain pun buat macam ktorg

Bila angin makin kuat, apa lagi pasang la benteng macam ni nak melindungi insan-insan yang lemah terutamanya Ainul

Ni masa sampai. Cuaca elok...  Tak leh bayangkan kalau ktorg decide nak patah balik ramai2 dalam cuaca teruk. Ada yang melayang masuk laut nanti 





Selepas dekat 2 jam stranded, barulah bot ktorg sampai... Masa ni tengah jalan nak masuk bot aku ada bau something haruuummmm sangat. Hahaha.... Sekali rupanya Adi cirit. Perut sensitif salah makan sikit je sakit.
Apa lagi, terus decide nak cancel 3rd pulau and balik terus... Rugi tapi apa boleh buat kan...


Dah mandikan Adi, settle simpan barang lebih kurang terus balik homestay. Masa tu around 3 lebih... Sampai homestay, mandi and memasing terus hanyut kepenatan.

Plan asal nak shopping dekat Filipin market tapi masing2 tak bangun. Nasib baik mak aku dah borong bilis dekat Kota Belud so tak ralat sangat.

8 lebih adik aku kejutkan aku ajak gi Filipin market sebab dia nak beli amplang... Lagipun aku kan dah janji (dalam itinerary) nak gi Filipin market and mendobi... So, aku, ab & mah angkut segala baju kotor gi mendobi. Sementara baju tu basuh, ktorg singgah Filipin market. Takde apa sangat sebab diaorang dah nak tutup :(

Avocado coklat habis. Tinggal Avocado milo je. Hmmm... boleh la lepas ngidam
3 mesin ktorg guna
Nasib baik sempat borong amplang untuk budak2 ofis. 

Malam tu masa orang lain lena dibuai mimpi, aku sorang2 overtime lipat baju sebab tau esok pagi2 nak check out takut tak sempat.... Tapi masa tu tak fikir penat tapi fikir kalau tak buat, esoknya mesti kelam kabut..

Esoknya, kakak aku buatkan breakfast nasi goreng... Habiskan bahan2 yang boleh habiskan... Selebihnya bungkus.

Aku paling risau Adi takut dia cirit dalam flight. Tapi mak aku dah bagi minum air arang siap2 so perut dia dah okay sikit.

Alhamdulillah dengan sedikit jeritan dan bebelan, ktorg check out and gerak ke KKIA jam 8.30 pagi...

Dah check-in luggage, ktorg orang 1st sampai dekat gate... Flight masa tu jam 12.45 kalau tak silap. Aku ada beli in-flight meal so memang tak ajak makan dekat airport. haha... sekali bila bukak bekal (balance breakfast) masing2 berebut makan. Lapar rupanya... kahkah...

Budak ni good girl tak banyak ragam

Kemain happy... Lapar menyusu pastu ngantok tido..

Muka budak kenyang makan pasir

Selamat tinggal Sabah. See you when I see you
Alhamdulillah selamat sampai dekat KLIA around 3pm and sampai rumah pukul 4 lebih...

Overall seronok walaupun ada sakit hati, sedih, penat, stress in between... Tak tahu lepas ni bila lagi nak bercuti jauh2 dengan family. 2 orang kahwin tahun ni, 2 orang tahun depan...

Alhamdulillah, terima kasih Allah untuk peluang dan rezeki ni :)

Saturday 2 November 2019

Sabah 2019 - (Day 4 28 July 2019) Nabalu market, Kota Belud, Filipin market


Harini sama jugak kitaorang bangun awal. Siapkan bekal tengah hari sekali. 

7.30am dah siap2 dekat luar nak amik gambar

ni memasing tengah  busy angkat barang masuk kereta
9 out of 12 adik beradik. Thank you homestay anjung sari jamsari 
Bye2 Gunung Kinabalu. Baju family tajaan Cikgu Zaini

1st destination ktorg haritu adalah strawberry farm. 5min drive je dari homestay. Entrance fees RM5 

Signboard ke Strawberry farm
Wajib bergambar
Lepas bayar dan parking, ktorg dibawa masuk ke "ladang" strawberry and dibenarkan makan sebiji strawberry. Aku kemain selak2 daun dia cari strawberry, sekali ini dapat dia
alahai size dia pun
Bukan musim kot + weekend. Budak yang jaga tu cakap semalamnya dah ramai yang datang and petik. huwaaaa.... Next time aku nak pergi petik strawberry Cameron lah.

Tempat ni kecik je takde apa pun. Lepas "petik" strawberry, ktorg lepak2 minum air strawberry and makan strawberry. Tapi tu semua kena bayar lain la harap maklum. hehehe... Tapi satu benda yang aku suka, sini banyak bunga.... So sudahnya penuh bunga je album gambar aku. Korang layan jelah gambar2 yang ada:








Next destination adalah singgah Pekan Nabalu untuk beli souvenir.  Disebabkan pagi sangat ktorg sampai, hanya few kedai je baru bukak. So, takdelah shopping pun. 

Next, drive ke Polumpung Melangkap. Tengok dekat google cantik kawasan tu ada flying fox bagai. Tapi masa sampai sana, alahai ... Maybe sebab panas (ktorg sampai 10ish) or maybe sebab air dia cetek sangat so tak bernafsu nak mandi. nak main flying fox pun tak buka lagi....

image credit google
So, ktorg terus ke bandar Kota Belud singgah di Pasar Tani Kota Belud beli kuih, belacan, sayur.... Bestnya dekat sini tak ramai pelancong. So, makanan kat sini memang makanan orang local.  Tapi, kuih2 diaorang tak jauh beza pun dengan makanan semenanjung.                                                                      




Tak ingat tajuk kuih ni tapi base dia pulut and kelapa. 

tak ingat nama kuih tapi rasa dia lebih kurang je dengan semenanjung

Tadi Pasar Tani kan? Now kita gi Pasar Besar Kota Belud pulak. Kat sini banyak gila ikan bilis, seafood yang kering2. Tapi harga dia pada boleh tahan jugak (but still murah sikit dari semenanjung). Maybe sebab muka ktorg nampak sangat orang luar tu yang harga pun harga luar. hehe



Mak aku terus borong 4kg ikan bilis dekat sini. Ikan bilis dia still cantik lagi. Tapi korang tak payah la datang Kota Belud semata - mata ikan bilis. Dekat Pasar Filipin pun ada... 

Dah 12ish masing2 perut dah lapar. Tengok google ada pantai tak jauh dari situ. So, ktorg pergi lah sana.... Rupa-rupanya pantai dia bukan macam Port Dickson or Tanjung Bidara yang kau boleh berhenti mana2 and berkelah tepi pantai. In the end ktorg singgah restoran tepi jalan, order air and keluarkan bekal untuk makan. 

Angin kuat sangat time ni. Aku tengah lapar and penat drive memang automatik jadi manusia gorgon

Next, ktorg teruskan perjalanan ke homestay KK. Ktorg stay dekat Nusantara Mattwedian. Walking distance je ke Pasar Filipin. Dekat area situ macam2 restoran ada.... Apartment dia jenis bawah kedai, atas apartment. So,  banyak gila kereta so parking agak limited. Diaorang ada bagi free parking untuk 1 kereta so pandai2 lah... Rezeki ktorg masa tu dapat apartment yang besar (3 bilik, 3 bilik air) complete dengan washing machine. Dapur siap dengan stove and perkakas masak. 

Lepas check-in, mandi and rehat, malam tu ktorg keluar gi makan dekat Pasar Filipin. Since malam tu hujan, terpaksa la drive ke sana. Ktorg tak survey pun kedai mana sebab bawak abg aku (susah nak jalan jauh dalam hujan) so ktorg stop dekat 1st kedai...

Overall, makan dekat sini biasa je. Takde lah sedap gila. Bila pergi ramai2 macam tu lah kita select mana yang paling convenient untuk semua. Harga seafood murah la jugak tapi bila tambah macam2 jenis air, terasa la mahal sikit. huhu...

Nah cuci mata sikit apa yang ktorg makan






ikan 3 rasa dia paling mengecewakan



sotong goreng tepung oklah 








seketul Ainul dan pakciknya
Esok sambung island hopping pulak~~~

Hiking Fuji 2019 for the first time

Assalamualaikum.... Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part. 31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up be...