Friday 30 November 2012

kerja, kerja, kerjaa?

today ada evaluation for confirmation.
macam2 feeling ada. tapi yang pasti aku tengah confuse sekarang ni
kerja sekarang provide apa yang aku request before- travelling (bosan noks dok ofis sajo. lemas!!), 5 days working day, minimum basic salary as requested, tak mengadap benda yang sama je hari2.
tapi after 5 months kat sini, i see those things from different perspective.

firstly, travelling is for work. takdela istilah berjalan2 cuti2 malaysia ke apa seperti yang guwe sangka (orang kuat main memang ingat yang seronot2 je le T_T ). and client2 kitaorang bukannya dekat kawasan tarikan pelancong ke apa, ada yang dekat pendalaman. so, memang takde motip la nak feeling cuti2 ni.

untuk working hours, so far takdela aku kena kerja on weekend. kalau ada pun dapat email review jela.  tapi itu biasanya aku memang fail nak bukak email on weekend sebab kerja lagi satu and err....aku tak reti nak setting microsoft outlook kat laptop untuk email ofis. hehe. yang laptop ofis ni memang depa dah setting. tapi aku tak kosser nak bawak balik laptop ni hari2. sakit bahu T_T. and balik  pun paling lewat 8pm. itupun optional la kan since OT takde. kalau kerja banyak, memang nak tak nak kau kena balik lewat. the past few weeks memang aku balik lewat pun, sampai kena halau (read: orang yang pegang kunci nak balik) mainly because hujan. few times je sebab kerja. kalau outstation, lagi seronot balik awal sebab ikut ofis hour client.

pasal tak mengadap benda yang sama tu very subjective. lain client, lain audit scope, lain approach.tapi tetap jugak la kena perah otak nak buat working paper.benci. sebab aku tak reti nak berpuitis karang ayat. aku tak  suka ayat2 formal text book ni semua. (that explain a lot kenapa aku melulu buat keputusan after SPM untuk tak sambung science stream but opt for accountancy. text book is my sleeping pills) kalau kau suruh aku kira2 ke apa, dari pagi sampai esok paginya aku ok je. tapi apakan daya kan, benda yang kita nak, tak semestinya kita dapat. eh. haha.
bila aku dapat review from senior, mesti aku akan terus macam blurr. working paper internal dengan external odit ni tak sama (dulu aku ingat sama). tapi walaupun dah tau tak sama, still tak reti jugak. bukan aku la kan nak cepat blurr time kerja like previous2 kerja aku. tapi syabas la kerja ni menjadikan aku blurr dan terasa dungu yang amat (tak sampai hati nak cakap diri bo**h. macam kasar nau sampai taip pun nak tersentap). so as conclusion, walaupun tak mengadap benda yang sama, tapi aku tidakla rasa passion sangat.hewhew

basic salary memang as requested la kan. cukup atau tak tu very subjective bergantung pada how aku manage la kan. sebagai insan yang lemah ini, memang biasanya aku terbabas dari budget T_T ke aku yang budget rendah sangat? tapi tu takpe la kan since diaorang cakap after one year salary akan revise balik.

cuma sekarang concern aku is aku punya minat. benda kalau kau tak cinta, bila pikir nak kena mengadap hari2 memang rasa alahhaaiii la kan. eh. ni bukan concern tapi lebih macam mengeluh je? agagaga...
pastu benefit2 kat sini. SME memang kau tak boleh nak expect banyak and that fact aku memang dah lama sedar before aku sign contract lagi. kalau nak compare dengan well established blue chip company memang waaayyyy much different. seperti semut dengan gajah. tapi kalau nak compare dengan company2 semut yang sekufu, aku rasa benefit adalah standard. buat masa nii, aku postpone dulu niat nak resign ni dulu since sorang ofismate aku dah tender resignation letter. tak sampai hati diaorang tak cukup resources. lagipun aku belum ready lagi. nak cari kerja lain, resume kena mantopp dulu kan. kalau setakat 5 months probation, bukan experience namanye....semoga aku bertabah la hendaknya...and mana tau in few months time, aku terfall in love dengan kerja sekarang kan? macam aku fall for kfc (memang la aku selalu kata kfc penat la, kena part time sebab nak survive la, tension sebab budak2 la tapi still aku sayang nak tinggalkan sayang tu kan love? hehehe. aku punya niat nak benti kfc memang dah lama. waaayyyy back masa 2010 lagi kot. ni sebulan lagi nak 2013. amik kau tak ke lama) macam aku fall for TOP ke. eh. boleh ke? boleehhh je kalau nak jadikan contoh. yelah, dulu aku tak suka kpop2 ni. sebab group yang aku terjumpa dulu semua jambu. jambu is not my style. sekaliii dalam ramai2 yang kejambuan, ada yang comel and cool. terus nak mengadap je muka dia selaluu.  pastu terus boleehh dengar lagu2 kpop (tp still memilih taleh dengar yang lembik2 punya suara). ni aku tengah dengar 2PM kat utube. belum pening lagi since diaorg tak berapa nak jambu sangat and lagu2 rancak.





Wednesday 28 November 2012

keep fallin

belum makan, tengok beliau konfirm kenyang.  cer citer macam mana nak buat kerja dengan tenang kalau telinga asyik nak dengar lagu2 beliau. tu takpe lagi. pastu tangan asyik la tergoogle gambar kekasih gelap ku ini. oh. pengsaann~~

let picture do the rest of the talking =P









kita merancang, Tuhan menentukan
pergh. looks whose talking?
semalam nak balik awal hujan
hari ni, hujan dan kerja yang boleh tahan banyak.
kepala dah mabuk ni  meredah hujan.
pastu jadual kepci pun dah plan, kena masuk jugak.
oh, mintak nyawaaa..................................

Tuesday 27 November 2012

kepala yang pening

nak demam. pening kepala. terus dah nak merencana untuk MC tomorrow. eh. kalau malas tu mengaku je la kan???
pening maybe sebab tadi skip lunch. hebat katonyo. dah heavy bfast kengkonon perut boleh bertahan. tapi apakan daya. saya insan biasa punyai perut luar biasa. sudah pakai PB bagai masih terasa lapar bergelora.  kol 5 dah rasa macam tak best. nasib ada nestum. jadilah nak alas perut walaupun tak sampai 10% pun beralas.
ingat nak lari balik awal la. teringat2 ceklet Daim kat rumah. Dila dah balik from Langkawi. dapat la Daim sepeket, hershey sepeket. takleh banyak2 nanti kencing manis. heh.
barang dapur pun nak kena top up T_T. malas nye nak melangkah ke tesco. tapi tesco jugak la pilihan hati kalo nak beli barang basah pun.

dalam pening2 melawan perasaan lapar, sempat jugak la layan BigBang Dokumentari. tak full pun tengok sebab tengah ada kerja and rakyat ofis pun ramai. kalau tak, konfirm itu je aku hadap. ni jugak reason kenapa aku tak turun lunch. layan daripada ep. 9 sampai 11. mengalir jugak la air mata. it's not easy to achieved what they have achieve today. old story? lantakkkk. aku kan baru nak jatuh chenta dengan kpop2 ni. so far telinga aku masih memilih lagi la nak dengar lagu yang bukan layu-layu. and muka penyanyi taleh nak jambu sangat nanti aku pening. maybe sebab dah register dalam kepala, makhluk jambu comel adalah wanita. so, kalau group lelaki (obviously sebagai wanita normal, aku akan search group laki dulu)yang terover jambunye serius halwa telinga aku taleh digest. matiklah kan adik2 semua kpop fan T__T

TOP yang dulu pun memang dah hensem di mata aku. inikan sekarang. born in 1987 meaning he's my sunbaenim/ oppa. sukee...okla. nak berangan sensorang dapat jmp TOP.


Monday 26 November 2012

the insignificant

turning one year older, there's so much i wish for. to continue having a good health, having a good wealth, having more patience and find my mr right. and the most important is to continue feeling grateful for anything that Allah has set me thru. 
nothing much to proud of as at this age despite the fact that i've been independent from the 1st day i set my foot in higher institution, i havent yet achieve things from my wishlist. still struggling to keep pace with others from my age, but it seem the harder i try, the greater the distance.
................................................................................................................................................
having so much emotion in myself leaving me feeling like a time bomb. bakal meletup je bila2. 
in the end of the day, what i longing for was an answer. an honest one to keep myself at peace.
without it, i cant really going thru the day without assuming, thinking and even blaming myself for what had happened. it indeed eating me inside out. wishing that everything will turn out to be stagnant and i can scream my lung out. for real. 

having someone whom u thought was a friend, who will accept you regardless when you are at your best or at your worst state of mind and situation was a bless. 
but having someone that u didnt know his status whether he is still your friend or an enemy hurt every bit of the heart. to know that he is somewhere near but unreachable. to not know what actually been running in his mind. and i'm not okay.
.......................................................................................................................................................

i thought to myself, you can endure it for another year! yet, didnt plan to spill out everything to someone else that is so dear to me. and now i might risk another friendship at stake. what a fool!!

sekarang ni nak nangis. nangis sehabisnya. dan kemudian hilang?

Friday 23 November 2012

durian


semalam rejeki duriann..
aku takdela gila durian. ada aku makan, takde aku ok je.
cuma bila da ada depan mata, memang aku makan betul2.
atok aku cukup gila kan durian. walaupun mata tak berapa nak nampak, hidung tu tajam je bau. dan2 time tu jugak dia suro kau bukak derian. kengkadang dia request nak bubur kacang itam + durian. eh. betul ke tajuk dia?? hehe. wan aku ni selalu tak sampai hati. mulut kemain bebel2. tapi tangan sibuk hidangkan durian kat atuk. kemain lagi selera. nasik memang tak sentuh dah. tak padan dengan kencing manis. pastu minum air masak sikit punya payah. 
lepas tu, wan aku plak hobi dia, kopek durian, masuk tuppuware, simpan peti sampai lupa nak makan.
bila dah takde feel nak makan derian, dia start buat tempoyak plak. 2,3 balang jugak dalam peti dia. 
nak nampak aku beli tempoyak, setahun sekali pun belum tentu. selalu aku poww je wan. hahaha. tempoyak mantah tu kau gaul dengan cili api tumbuk, makan dengan nasi memang terangkat
kalau sambal tempoyak pun pehhh...konfirm pemusnah diet!!
eh panjang plak mukadimah.hoho

semalam lepas dinner terus ain ajak gi makan derian. 
macam tau2 je kan masa odw balik aku laluu  depan orang jual derian. masa tu terus datang teringin, mengidam segala. 
nak beli, tak kosser nak angkut naik motor. pastu satu hal plak kalo rumah berbau. 
nak makan kat kedai, sensorang plak. nanti syahduu je rasa
so, orang dah ajak memang aku on je la. walaupun memula sedikit segan sebab yang ajak ktorg tu bakal adik ipar beliau. kira aku tak bpe kenal la.
tapi dah dihidangkan derian depan mata, segan semua tu aku postpone kejap.
dengan subway yang belum sempat hadam, pastu sumbat derian, memang sengkak perutt
hari ni terasa penangan macam nak demam je. T_T
tapi kalau dapat durian seulas dua lagi, aku ok jeeee. dasaar!
anyhow, lately sana sini orang update pasal durian crepe. sedapp gila ke? feeling sejibik macam derian betul ke? tapi awat macam mahal? seketui tu tiga RM. padahal derian longgok 4 bijik seploh ringgit. maafkan saya. darah akauntan tu lajuu memang sejati dalam diri. semua benda pun kira...heee....


p/s: member gi langkawi, sudah ku order coklat. lama tak menyopping coklat. since kerja sini, ada je yang bawak coklat. so aku tak sempat nak rindu or craving coklat. ni dah alang2 orang gi langkawi, aku terus paksa beliau jadi volunteer untuk bawakkan coklat. hehehe

Thursday 22 November 2012

zzzzzz

lunch: nasi sesenduk. asam pedas ikan pari yang memang pedas terangat, ulam raja, sambal belacan yang tak sentuh sebab ikan da pedas gile.

result: PB aku rasa mencengkam je. sikit lagi macam nak tercabut cangkuk dia. oh, dan tak lupa kemengantukan berganda.


walaupun begitu, suka sebab tempat makan kali ni menepati citarasa. oh. sudah. jangan aku teringat-ingat dah la yer. silap haribulan membelon lagi aku.
-------------------------------------------------------------------
sekarang kenapa aku rasa hitz.fm dah tak best? suka nau pasang lagu remix. pening aku.
elok2 aku nak dengar, terus mati napsu. 
ni aku nak layan bigbang kat utube.
korean group yang lain aku belum minat.
maybe sebab i is setia pada yang satu iaitu TOP. *muntahla. tak kecik ati pun* haha
--------------------------------------------------------------------
aku nak tido ni. port takde plak. padahal kepala da weng. cuaca plak hujan. sejukk je feeling2 membuta.
zzzzzz~~

Wednesday 21 November 2012

tangan gatal stalk orang 
saje carik penyakit
>_<

menyesal tu tak la. tapi macam ralat berpanjangan je?


blurr is my middle name?

minggu ni kan
setiap pagi nak gi kerja, aku akan ingatkan diri sendiri untuk renew license
thanks to polis yang buat road block last week
lantas aku pun jadi alert bahawasanya lesen nak mati sebab bday nak dekat
kan sekarang diaorg buat lesen mati time besday
kalau lupe jugak memang kau saja jela tu nak buang duit bayar denda

so, tadi kemain la nak turun lunch kengkononnya sebab boleh sekali harung renew lesen
ape kaitan tah makan dengan lesen kan. ni semuaa alasaaan....hewhew
da kenyang semua, aku dengan konfiden milonye gi kaunter myeg and cakap nak renew
nasib baik la tokey tu check. dia kata, eh, u punya mati 2013.
yang aku plak blurr. aik, aku rasa macam dah setahun aku renew
tengok balik, eh, betuulll la..
bulan 7 itu hari masa dia mati, aku dah renew untuk setahun. kira date mati lesen is next year punya besday laa..
apesal tah aku ni sekarang kemain lagi blurr.
nak kata bizi, yelakot. bizi pikir. tapi mata dengan tangan gi layan fb la, blog la.
padahal aku boleh tahan banyak kerja.
mood menten jee mood tak kosser.
tak kosser nak buat apa2.
mak aku kata aku ni kuat sangat berpikir
habis tu macam mana?
aku belum jumpa lagi button untuk stop berpikir kat diri aku ni
kot2 ada sesiapa tau kat mana boleh jumpa button pause berfikir, sila inform aku ye
aku nak beli.
mungkin boleh la kot nak aku pause berfikir, bagi aku kerja.
tapi dengan syarat kerja yang aku minat ler
eh, siap bersyarat bagai plak.

bulan doblas punye audit assignment dah kuar date.
so far 3 minggu tu aku da fully book
macam tak bagi aku can je nak tender surat resign
surat dah redi je ni
tinggal lagi kerja takde. huhuu
aku tak rasa aku berkembang (selain badan) kat sini.
macam mana nak explain pun aku tak reti
pura2 je la korang faham yer

january tahun depan pun da naik nama aku weih
apekah semua ini?? jangan2, saya tak terlibat dengan mana2 artis. eh?
company kecik ni ada pro and cons dia. so far yang cons nye banyak dah aku jumpa
tapi aku rasa half of it penyumbangnye adalah diri sendiri
dah genap nambulan aku kerja sini nanti aku evaluate balik perasaan ini
eh, lagi bape hari je kan nak habis probation?

semalam aku punya earphone sudah k.o
so pagi tadi adalah pagi yang suram tak dapat dengar suara TOP
ni aku dah beli baru. gigih mencari earphone kengkonon semangat sikit buat kerja dengar suara beliau






*gambar2 adalah ihsan orang ramai di google


hensem. kacak. kiut. comel. bergaya. tinggi. putihh.
itu belum aku cakap sore dia macho...wahh...pengsaaann~~~~~~~~~~~
TOP!! saranghea 

Tuesday 20 November 2012

cerita November (2)

kan aku da kata best bila purak2 bizi is ko takkan perasan jam pukul berapa, hari ni hari ape, tarikh bpe haribulan walaupun jam aku siap sedia ada letak tarikh apetah lagi spender semalam kaler ape pun makan masa aku nak ingat.
best kan? jadi orang hilang ingatan ni.
benda sedih pun kau boleh anggap wujud tak wujud je
pehh. kemain intro macamkan kau ni bizi nau. wakaka

minggu lepas suda berjaya membizikan diri dengan kerja gile2 sampai stress sendiri.
tapi gamaknye minggu ni aku tak bape nak bizi
and hari ni pun dok layan blog orang lebih dari wat kerja. tsk. tsk..
so, tetiba tersedar diri yang hari ni 20hb!
lagi 10 hari je lagi nak habis November
cepat2 la habis bulan sablas nii
tanak dah aku teringat-teringat benda bukan2  yang buat aku ralat or sedih ke ape
nanti sia2 je mengalir air mata.
bukan ada orang amik kesah pun kan?
kau emosi sensorang. kau pujuk sensorang.
tetapi,
terima kenyataan dengan melupakan dua benda yang berbeza ok.

masa memang main peranan besar dalam melupakan.
tapi berapa lama masa yang nak kena amik itu?? wallahualam

minggu ni, minggu depan and minggu lagi satu, so far dah confirm dapat jemputan orang kahwin
and so far belum ada aral yang menghalang maka aku bertekad gigihkan diri pergi
masa2 macam ni la aku nak jumpa kawan2 pun
dapat la update gosip barang satu duaa
lepas tu mula la masing2 tengok masing2
dan tanya soalan cepumas- siapa next?? hehe.
budak2 terendak ni berderet da kawin so soalan tu memang ranking pertama
agak2 yang single tu mula la tunduk, or habis2 daring jeling orang sebelah and tunjuk kat dia.
selepas beberapa kenduri yang aku gi sebelum ni, memang sentiasa la ada jawapan sebab masing2 da plan. amboii laju korang ye. lek la. doplohpat mudaa lagi (*ciri2 jawapan orang tak laku)

soalan kedua wajib is- kau bila lagi??
kau tu boleh refer pada sapa2. si anu ke, aku ke sapa2 la yang join upacara gosip itu
dan jawapan standard aku bagi so far is- takpela aku bagi kengkawan lepas.
memang aku tak kretif pikir jawapan. cikgu BM aku dulu garang sangat. itu pasal BM aku tak geliga.
takpela, ada lagi 3,4 hari lagi ni aku nak pikir jawapan baru. yang gempak.
lepas ni kalau soalan tu tuju kat aku, aku nak jawab- boifren aku kat Korea lagi. bizi buat konsert. nanti aku suruh dia datang Malaysia pinang aku.......................................................

agak2 kalau tak kena boo, maunye kena lempar dengan kerusi. angan2 taknak kalah.

p/s: marilah nak layan utube. dengar bf aku, TOP nyanyi. haha. bagi can aku nak berangan jappp

p/s/s: dah kol 6 petang. loceng pulang sudah berbunyii



hopefully malam ni mimpi beliau =P




TOP ada ciri2 lelaki idaman aku

aku suka makan. kalau tak caya, tengokla size
setakat ni, ape jenis makanan memang aku tak tolak
ko bagi aiskrim, aku memang suka
ko bagi coklat, terus aku cair
ko bagi aku masak lemak cili api + sambal belacan, terus aku kensel diet untuk hari ni
tak penah aku nak tolak
melainkann....................................
kalau aku ternampak cara2 masak yang tak berkenan kat mata aku
termakan sekali takpe lagi. untuk aku order lagi, thanks but no thanks..

kat ofis aku biasa makan kat satu tempat ni,
aku suka mee rebus dia. sedaapp
until one day ni, aku order. pastu lambat.
pastu hujaan, meja makan dah basah. 
so, ktorg decide nak bungkus
aku pun berdiri la depan kedai makcik mee rebus ni nak tunggu makanan
sambil tunggu, sempat la aku tengok cara2 dia siapkan mee rebus ktorg
peh. selamba pakai tangan nok. sikit tak pakai glove.
bare hand okeih
amik mee pakai tangan itu, letak cili, potong telur, letak bawang goreng semua pakai tangan ituu
pastu nak bayar, dia lap2 je tangan kat apron pastu amik duit. haiihh
da la aku baru je lepas audit scope food safety kan >_<
tapi makan jugak la kan da sampai ofis. sambil kepala cuba fikir hal2 lain
syukur jugak la dia tak pakai tangan kiri buat cebuk tu. 
kalau tak, hazab jugak aku nak makan.

yelaah aku tau aku bukan super clean punya orang
tapi jangan kasi aku nampak la kan
atleast kalo pakai glove sedap sikit mata aku tengok
ini sesedap anak tekak je pakai bare hand.
dan kedai mee rebus tu kecik je macam stall gitu
so, takde sinki. eh. sinki adalah tapi jauhh
aku rasa macam mustahil aje makcik tu seminit sekali nak gi basuh tangan
tapi, aku cuba bersangka baik. mungkin tangan makcik tu da celup dettol, so bebas kuman
*mata juling keatas*

makanan, kalau sedap macam mana pun,
tapi depan2 mata aku kau buat tak senonoh, memang lepas tu aku tak makan dah
itu hari, sebab da order, da bayar. maka aku try set kat otak ni makcik tu pakai dettol
tapi hari2 nak suro set kepala macam tu, kirim salamm jela ye
lepas2 tu, aku redho jela pandang menu mee rebus dia. nama aku nak order, tunggu la sikit hari lagi aku hilang ingatan ye.

iye, aku tau kalau makan kat kedai yang ala-ala stall ni, bukan le bersih manapun
tapi as long as aku tak nampak, dan persekitaran stall tu senonoh je, maka aku bersangka baik jela yang diaorang ni sediakan makanan dalam suasana yang bersih...
bukan ape, kalau makanan yang tak bape nak bersih penyediaannye
silap hari bulan, makan diri weyyy...
sakit perut, cirit birit. sape yang tanggung?? ahkakk jugak.
and makanan tu bukan percuma. ahkakk jugak yang bayarnye

setiap penyedia makanan, memang tak boleh direct contact dengan makanan ok
lantak la kau nak kata air tangan kau delicious ke ape
tapi tangan tu kau pegang duit, kau terpegang bontot, kau buat garuk2 badan bila gatal
kalau mandi ok lagi. kalau tak mandi, dah satuu hal lagi plak.
tangan kita ni walaupun kecik, macam2 benda lekat bukan la kita perasan

kalau makan kat luar, biarla aku duduk jauuhh sikit dari dapur dia daripada selera aku matik kejung T_T
macam member aku, dia punya detail sampai satu tahap, makan kat kedai mamak,
air dia order air tin je. reason being that dia ternampak mamak tukang buat air tu tangan berdakiii
phewwww.....aku pun tertengok. dan terus minum 100plus je.
sekarang ni pesen aku kalau order air kat luar, limau suam tu aku akan cakap siang2 tanak bijik
sebab ape? sebab limau tu dia perah pakai tangan...dia da pegang pastu sesedap rasa campak limau tu dalam air. pastu tangan tu jugak la kau buat lap meja, lap muka...

begitu ye peniaga makanan sekalian. 
walaupun tangan kau dimata kau adalah bersih 
tetapi bila nak sediakan makan, janganla direct contact dengan makanan
buat naya orang je. dah la orang tu bayar. buatnye dia balik, sakit perut ke ape, macam mana?

oh, btw ni antara video TOP.
lame. i know. orang lain berzaman korean fever
aku ni baru terhegeh2 nak suka. tapi bukan semua lagu dia aku layan. lagu yang suara ala2 macho je aku layan. wakaka. nak tinggi, putih, suara macho macam la kau kurus kennn?



btw, ciri2 lelaki idaman aku tu bukan semua la budak ni ada. telinga tindik, rambut kaler2 bukan ciri idaman ok.
tinggi
putih
hensem sedap mata memandang
pandai rapping (aku kalau dengar dia rapping, melopong teruss walaupun kejadah satu pun tak paham..haha)

tapi aku tau ciri2 aku ni si TOP jeling pun idok. matiklah sempat tu nak letak harapan. haha.

p/s: sorry aku tatau nak bagi tajuk ape. kang letak tajuk food hygiene macam geli je. tak sesuai

Monday 19 November 2012

mekdi, makan dan TOP

sana sini orang cerita pasal boikot.
paling ketara boikot McD
honestly speaking, oleh kerana rumah aku adalah rumah kampung yang tv takde, apetah lagi Astro
maka aku memang tak tahu menahu pasal Israel serang Gaza
thanks to Yahudi-claim channel- facebook, kerana aku dapat update pun kerana orang lain update

i was amaze on how aggressive some people could be in showing off their emotion
sampai ada yang tak logik
contohnye " 1 like= sebiji batu dibaling kepad Rejim zionis"
oh, tapayah la kot nak print screen bagai untuk proof kan sebab konfirm korang pun da jumpa benda ni kan
usaha bukan setakat klik je beb
tapi usaha kena la doa, hulurkan bantuan
ko klik like pun ko klik via fb.
pelik betul aku boikot separuh2
lain la ko up kan, ini adalah update terakhir saya di fb kerana saya hendak memboikot mekdi, fb dan sekutu-sekutu amerika yg sewaktu dengannya. jom la ramai2 follow saya dan kita masuk frenster. haha. baru logik sikit.

tapi masing2 pun ada pandangan tersendiri kan
itu aku tak nafikan

cuma bagi aku,
kalau betul nak boikot, biarlah perangi habis-habisan
sebab isu boikot mekdi, barang2 amerika ni semua bukan isu baru
takkan nak tunggu Palestin kena serang baru nak boikot???
lepas perang habis, kau pun isi perut kau balik dengan spicy mcChicken.
yang itu memang sedap. taleh dinafikan.
tapi aku lebih gila dengan aiskrim dia. eh.

aku punya point is, kita ni hangat2 chicken shit je
hari ni kau marah, kau geram, kau share la segala jenis boikot
esok2 kau dah reda, kau pun tak segan silu beratur beli
tak semua la tapi kebanyakkan kita memang gini.

sebelum kau nak boikot, kau kena fikir jugak
apekah nasib bangsa2 Islam kita yang kerja mekdi ni?
(aku amik contoh mekdi sbb ini boikot yang paling ekstrem kat fb)
da alang2 ajak boikot, kau bagi sekali la cadangan peluang pekerjaan untuk staff2 yang terlibat ni.
ini idookk. kau tau nak kondem je. cuba kau yang jadi staff mekdi. apekah perasaang dan planning masa depan. janganlah senang berkata banyak lagi peluang kerjaya. memang betul. tapi ada staff yang da bertahun2 berbakti, tiba2 kena cari kerja lain. tak ke menganiaya namanya??
kalau kau rasa tak sanggup nak makan, jangan makan.
dan sambil2 tu bagi la sekali cadangan untuk improve masa depan diaorang.
dan untuk orang yang suka share2 tak tentu hala, tapayah la nak eksyen sangat.
kau ada ke menderma hulur bantuan??

aku pernah terbaca kat mana tak ingat
pasal boikot2 ni,
beliau cakap, daripada boikot beria-ia dan jejaskan ekonomi orang yang tak bersalah,
lebih baik kita menderma hulur bantuan.
duit tu boleh terus guna direct bantu rakyat Palestin beli makanan, ubat-ubatan
tapi kalau kau setakat boikot saje, kesan tu hanya si Israel ni rasa after few years. ape dia kisah kau boikot sekarang kan? dia da ada peluru, da ada meriam, da memang redi je bila2 masa nak serang.

point aku is, kalau nak boikot, biarlah berterusan
tahun ni kau jihad tanak makan mekdi, tanak pakai da seluar levi's, tanak stabak,tanak apa2 yang ada2 unsur amerika semua kau tanak. tahun depan pun biarlah sama. tahun lagi satu pun sama. dan seterusnya.
4,5 tahun lepas kemain lagi korang boikot. lepas Israel da berhenti bedil, kau kemain bedal consume balik. itu pasal, after 4,5 years kita boleh tengok kampeni2 macam ni still wujud lagi and semakin berkembang kat Malaysia.

jangan la jadi seperti aku, cakap tak serupa bikin
tahun lepas kata nak kurus, tahun ni pun azam nak kurus
tapi kalau dapat makanan, bersinar-sinar mata

bila tengok gambar2 aku yang full, segan dengan diri sendiri.
lemak nak kumpul, bukan main lagi senang.
tapi kalau kau tanak, nak buang dia sikit punya hazab.

eh. cakap pasal makan,  aku nak cite pasal food hygiene. tp itu nanti la.
sekarang ni aku tengah nak siapkan kerja sambil dgr utube-bigbang somebody to love.
sori aku bukan k-pop fanatik fan. aku cuma minat si TOP since dia muncul kat Family Outing
da la tinggi, putih, sore sedapp macho plak.

monday blues

oh. monday yang bluesss

dulu2 masa jadi student, aku tak bpe nak paham kenapa nak monday bluess
sebab aku punya bluess is setiap kali naik daripada cuti. ngehehehe...
kalo da cuti lamaaa tu, rasa beraat je mata nak bukak nak gi kelas.

pastu bila aku kerja full time kfc kejap,
aku still tak bpe nak faham since aku off satu hari je seminggu.
and alternate OD plak tu. meaning, minggu ni cuti isnin, minggu depan maybe selasa.
jarang sangat aku dapat cuti on weekend. sebab weekend la bizi.

tapi since aku da kerja betul2 ni, otak aku da boleh proses betul2 apa itu monday blues
bak kata orang ganu, da more understeng. haha..
tapi kalo da dasar malas nak kerja tu kan
hari2 pun ko rasa bluess melainkan hari coti.
(eh, tercakap pasal diri sendiri plak)

tapi hari ni aku tak bape nak blues.
semangat gila pun tak jugak
cuma diri lebih rela dan bersedia nak gi kerja.
maybe sebab weekend aku agak bosan. hewhew
elok2 aku da siap awal, gerak awal
tetiba dekat Bulatan Kayangan ke mana tah
hujaannn rahmat pun turun dengan lebatnya...
otak da set nak cakap Alhamdulillah syukur.
tapi hati dok kata "nate beruk betul aku punya seluar hujan tertinggal kat rumah"
so, bayangkanla hujan lebat gila, badan ko selamat tapi tetiba seluar ko basah lencun.
serius tak best. seluar kecik, seluar besar semuaa basah. terus rasa down.
ini cara2 kalo aku sampai Hartamas, mau kena gelak dengan orang2 ado2 kat sini.
dah la baju hujan pun tersipu2 je tutup badan. aku pun tatau la bila masa beliau koyak T_T

so, aku terus msg Admin Officer aku kata masok lambat and acik patah la balik rumah
rupanya area rumah aku belum start pun hujan.
bila benti kat trafic light, aku sorang je la tersipu2 dengan baju hujan tak semenggah, dengan kasut basah, seluar basah, badan gigil2. orang lain rilekkk je.
da tukar apa yang patut, siap google keadaan cuaca yang aku  rasa tapayah google pun takpe sbb tak menolong sangat. aku pun vroommla ke ofis balik.
nasib baik hujan da renyai2...
belum panas buntuit kat ofis, hujan pun start lebat kat kl.

bersyukur la aku sebab selamat sampai and sempat lepas daripada hujan kat kl.

lepas ni aku berazam supaya takyah nak semangat sangat gi ofis
lenkali buat muka dekk je, konfirm tak hujan. wakakaka.


Sunday 18 November 2012

there goes my weekend

weekend yang agak leisure...
sebab aku off from part time...heee...
which aku suka tapi tak suka sangat
suka la sbb tak tensi. tak penat 
tapi tak suka sbb takde income

actually aku da plan off day ni dari minggu lepas lagii
pagi sabtu settle hal motor, tghri sikit jadi kameraman 
petang gi lepak rumah member kat kelana jaya...
tapi plan hanya tinggal plan jeee....
pagi aku tak boleh gerak sbb hujann...ya ampuunn
lebat gile plak tuu...
kol 2 baru boleh kuar rumah lepas hujan redaa.
so, of course pre-convo shooting terbabaass jugak. 
tapi sebab aku da janji dengan mereka2 ni,
maka gigihkan jugak la diri pergi. dengan beg besau nye sbb konon nak teruss gerak K.J and tido sana

ekceli aku bukan le terreer nau nak amik gambar. let alone suro orang posing macam2. tambah plak ada org yg aku tak  bpe rapat pun join...so, iolls is malu...diaorg ni plak nak tunggu aku cakap 'buatla aksi pape' baru la buat. 
kalo tak, kakuu je cam kayu..haiyaaa T__T
walaupun lepas hujan, tapi badan still berpeluh cam kambingg. 
gitu giniii terbabas sampai kol 6.30pm....padahal, motor tak settle lagi ni!!
aku nak servis and bayar motor sekali harung je kat workshop seksyen 15 tu.. 
tak main aku workshop lain. ritu aku eksiden pun aku hantar sana. 
tayar pancit kat highway pun aku hantar sana. 
sebab satu, senang la sambil dia servis, sambil tu aku boleh bayau terus duit motor.
dua, sebab aku da biasa sana, so tak bpe nak caya workshop lain. heh. bajeett...
tapi aku memang paranoiid sikit bab2 gini. and lagi satu, kengkadang workshop area sini memang boleh tahan cekik darah....

lepas je settle motor, teruus aku zasss ke K.J dgn penuh rasa bersalah sebab aku janji kol 5
hwaaa...da la bukan selaluu aku tak kerja on weekend. 
da sampai bawah rumah member aku, baru la check henpong ada sms kata kensel
beliau nak gi melawat bakal mak mertua tgh sakit...
mula2 sedih la jugak. tapi since beliau bagi aku hadiah besday, maka tak jadi la sedih. 
haha. senang je nak pujuk aku rupanya =P

so, malam tadi aku balik shah alam semula. 
pagi ni, terbangun lewatt, pastu kensel gi career fair kat pwtc =(
duduk la aku kebosanang kat sini..huhu....

jumaat itu hari, 1st time aku rasa bengang tahap dewata masa kerja part time
selama ni, aku kena maki dengan customer ke, penat kerja ke, product takde ke, aku bebel2 pastu aku buat jugak. 
tapi kali ni seriuus rasa nak punch out on the spot je. 
manager on duty boleh buat bodoo je product takde? 
tak jantan langsung. aku paling menyampah betul
as a front counter, aku yang deal direct dengan customer. bukan diaorg.
and kalau aku talehh complete my job sebabkan orang2 lain buat tahik, memang aku taleh terima. 
bukan ngko yang nak kena menjawab. 
dengan customer ramai nak mams. 
aku punya marah ni sampai aku tatau nak cakap ape lagi dah. 
last2, aku tinggalkan aje semua.kalau ada komplen, ko jawab sendiri la yer.
aku tak hingiin nak jawabkan bagi pihak kau. 
sorry aku bukan kerja nak jadi pencacai kau walaupun aku ni dalam organisational chart consider as kuli je.
aku buat kerja aku, kau pastikan kau buat kerja kau. kalau kau rasa benda ni simple, 
ape kata, tukar tempat dengan aku??? kau jadi cashier, aku gi belakang standby ape yang patut.
boleh ke kau menjawabb dengan customer??????????
nak je aku tender 24jam notis.
serius team member sekarnag tak best...

eh. tetiba nak cite pasal benda2 tensi plak. 
meh la layan gambar pre-convo budak2 ni..
aku plak naik jeles tengok gambar diaorg.
tetiba rasa macam nak grad balik je.
dulu, masa aku pre-convo, masing2 syok sendiri je. kau amik gambar aku, aku amik gambar kau.
tapi diaorg ada kameraman sendiri....
gambar aku ada pun da last2 masa kamera kat tangan orang lain. 













macam tak caya je kan masing2 da nak grad. macam sekejap je masa berlalu.
semoga korang berjaya dalam ape jua kerjaya korang in future nanti~~

Wednesday 14 November 2012

esok cuti lagi yeay!


aku tatau nak mula dari mana.
ok la
bismillah....

minggu ni best. sebab ada 2 hari cuti. walaupun aku harapkan semoga bos kasi cuti berderet (selasa santak ke khamis sebab bos sambut deepavali), tapi beliau tak kasi cuti pun, aku tetap rasa best. sebab 2 hari aku tayah gi ofis. huhu. terasa macam time study dulu. manjang nak tenung kalendar sebab nak tengok bila cuti. sekarang ni walaupun aku cuti ofis kl, aku still tak cuti ofis shah alam. punya gigih wat part time. yelah, part time kan bayar per hour, maka aku sedor diri sikit nak kerja kuat so dapat byk sikit. walaupun penat. walaupun isnin satu hari tak tido, santak ke selasa kol 6ptg baru jmp katil. tapi aku tetap jugak gi. ini kalo OT, tah bape banyak aku boleh claim. padahal ofis kl kerja dia boleh tahan rilek. contoh terbaik is, aku tengah menaip entri ni dikala waktu kerja. hahaha.

ofismate aku yang aku pernah wat 'open discussion' dengan dia pasal kerja bgtau, kalau u bangun pagi2, and u feel like u dont want to go to work, then it's a sign actually. untuk cari kerja lain.

to be honest, itu yang aku rasa. takde mood. padahal datang ofis aku duduk je pun. tak guna anak tekak, tak guna tenaga sangat. tapi still takde mood. sampaikan hari ahad ritu, boleh pagi2 bangun, aku bangun secara terkejut and terkebil-kebil. ingat balik. eh, hari ni hari ape? ahad? oh.bestnyaaaa...

and bila hari untuk gi kerja, aku takkan nak siap awal2. aku suka nak rushing2 last minute. kalo bangun awal sekalipun, aku boleh melepak buat benda slow2. mcm pagi tadi, aku sempat layankan running man 3 episod.  tapi aku tgk byk skip2 la sbb nak cepat. heh. nak cepat la sangat. still kol 8 jugak aku bersiap. 8.45am baru aku gerak. sampai ofis 9.20am gitu.one of the reason aku serik nk dtg awal is because few time aku experience menunggu di tepian tangga. walaupun tingkat 4, aku tak kosser nak turun lepak kedai mamak. dengan beg laptop bagai. so, aku hny dudukkk je la tunggu dengan ketiak berpeluh. deemmmm betul.
tapi other reason would be aku tak minat. takde feel nak gi keje.

nak kata org2 ofis kat sini jahat ke, buli aku ke, aku rasa tak la. biasa2 je. cuma feeling tu. huh. bab2 feeling ni mmg payah nak cerita. tapi sila la bayangkan sendiri. aku kerja ni separuh hati je rasa. aku datang pun nak completekan attendance. mula2 kerja, aku rasa aku boleh buat since aku akan gain experience. tapi sekarang rasa mcm tak boleh je. bila gi audit, aku lebih byk blurr daripada kerja. bukan la aku tak buat langsung tapi aku tak feel mcm tgh wat audit. aku tatau nak tanya apa. padahal ada je audit steps diaorg bagi untuk each assignment. bila kena wat working paper, lagiiiii aku rasa cam hareem. aku tulis ape yg aku observe masa kejadian, ada je yg tak kena. aku rasa macam "apee lagi yang kau nakkkkk la?"
standard la tu kan kerja kau kena review tapi aku rasa leceh je nak prepare paperwork. semak je kepala nak fikir ayat, nak susun ayat nak express apa yg aku observe . aku nak nombor la woiii. aku kalo jumpa nombor macam stimm sikit. aku bukan la tereer math sangat ke hape, tapi aku prefer lagi mengira dpd ko suruh aku membaca or research. serius aku tak berkenan.

ada hari2 (*mcm hari ni), aku rasa nak berhentiiii je kasi notis 24 jam. tapi cam kejam sangat plak. company aku SME je. staff tak ramai. so, kalo sorang takde, memang kacau la audit planning diaorg.
and nak kata berbaloi ke tak kerja ni, as aku entry level, maka takde la rasa wow sangat. lagi2 bukan la company besar.
so, kesimpulannya aku adalah sedikit confuse and stress disini memikirkan nasib aku. esok da tahun baru islam and lagi 47 hari nak tahun  baru kafir. macam mana ni weih nasib aku?
lagi 47 hari lagi nak deadline aku punya probation. tapi aku still tak rasa cinta dengan kerja aku. aku bukan nak kerja untuk sehari dua, tapi insyaallah umur panjang bertahun2 lagi. ya Allah, permudahkan la urusan aku ini...jika rezeki ku dilangit, turunkanlah. jika di bumi, keluarkan lah. jika jauh, dekatkan lah...

aku tak sukaa feel macam ni. serius tak sukaa. >_<

Wednesday 7 November 2012

Cerita November.

Am I still living in the past, keep haunted by the past-ghost?
Cant I just wake up in the middle of November, not thinking all those things that makes me regret and sad?
All this while, I've been busy or pretending to be busy. and i thought after a while all the sad things will fade away. 
...............but it didnt........................ 
this memories is not like food that have expiry date. or it's not like motor vehicle that will eventually become obsolete. it keeps running in my head and it feel like as if everything happened yesterday. 
I believe different people would have different way of handling this sort of things
and I wish I have a strong way to overcome this feeling. 
Am already planning my part time schedule for this month. 
Tentatively, i'll be quite busy inclusive public holidays. and also thanks to various wedding invitation. 
so. yeay!! i'm busy and can avoid thinking necessary things. huuu...
..........................
eh, this had randomly came across my mind thou emotionally and physically i'm not ready, at times i feel that maybe i should get married soon. heh. so that i'll have someone to take care of instead of keep reminiscing others random people that will makes me sad. 
tapi acik takoott. takott keciwa. hoho. 
and it's not going to be fair for my husband if i were to marry him to replace my memory. 
i want to sincerely love him before giving my vows of living happily ever after with the man i called husband.
.................................
heh. okla. stop cerita kawin2 ni. ape tah. geli je. haha.
elok la aku fokus pada kerjaya dulu kan......
sorry ye terpoyo sikit tetiba nak cakap omputih kat sini. 
aku kalo tgh emosi memang kengkadang suka taip dlm omputih walaupun aku tau grammar terabur. kalo omputih baca, mesti geleng kepala. tapi ada aku kisah?? 
.....................................
cepat la November habis. even bulan ni bulan birthday aku *eh, terhint plak*
biar la November cepat habis.
takde la aku ni sedih sangat. 
ke...
Should I went for rehab?
ada ke rehab utk org emo??
hmm....ada. 
masa aku tgh sedih menchenta-ik ex aku dulu
kan orang sekeliling macam pulau kan aku. mengeji aku semua kan?
aku lebihkan masa solat dan mengaji
walaupun bertatih jugak. ye, aku ni byk lagi yang kurang. tapi sbb aku rasa Tuhan Maha Mendengar
maka, aku jadi kuat nak tempuh semua ujian masa tu
dan Dia bagi aku petunjuk satu persatu sampai aku celik hati dan cukup kuat nak take action


sekarang ni, solat pun culas. heh. 
korang doakan aku boleh berubah ye. tak semudah berkata-kata ok. 




Tuesday 6 November 2012

melaka dan saya

This week aku fulltime kat Seremban. heh. takpenahpenah
ada audit kat Beranang, so untuk save masa, energy and monieh,
better stay Seremban. lagi dekat.
kalau aku gerak dari Shah Alam, meeting point dekat Saujana Height ke mana tah. dekat2 dengan Kajang nun. kira the nearest la. tapi not for me. kematu aku nak rempit dalam patpuloh minit gitu
tu belum kira sesat, hujan, jem...
pastu dari meeting point ke tempat client makan lagi patpuloh minit lebih jugak
and back and forth adala dekat 4 jam aku spent atas jalan raya T__T
dengan cuaca sekarang asal petang je hujan. asal hujan je petang. nak kuat semangat redah hujan lagi
pastu sampai s,alam konfirm pitam. badan penat, tido mesti nak awal. bangun pun kena awal.
namau la saya. biar aku penat sekaliii je
dok seremban aku dapat jimat dalam 2 jam gitu. tapi pagi tadi FAIL. banyak kali da outstation. tenung google maps pun tah bape kali tah. tapi manjang jugak sesat.
pagi tadi aku dari seremban, tak nampak la exit beranang. kalo R & R Beranang aku nampak la. last2 teramik exit Semenyih-Bangi.
pastu aku tak konfirm jalan, tanya la orang. sekali akak tu kata kena kuar balik highway, amik exit beranang. yang aku tak tanya habis2 kuar arah seremban or kl. so, meluluuuu je ke arah kl. habis la aku terlepas sampai kajang selatan sana. da konfirm silap, aku pusing exit Semenyih-Rinching ke ape tah. masa tu baru sedor diri tak pakai TnG tapi pakai cash. sebab senang nak tny toll gate boy tuhh. beliau cakap exit Semenyih-Bangi pastu follow signboard Beranang. along the way tu ada jugak la aku berenti tanya auntie ni. alih2 tgh drive, tetiba da nampak je signboard Kawasan Perindustrian Beranang. masuk2 je nampak logo client. aik, magik gila. haha. time lunch, borak2 dgn staff, rupanya exit Mantin lagi senang. haihh...
ampuunnn Geografi failll.....

hurmm... Sabtu ritu aku gi Jasin pun sesat jugak. T___T
padahal elok je pengantin design map bagai. siap aku letak kat sunshade kete konon senang nak refer. heh
sepatutnya aku gerak awai tapi konon nak gi interview la pung pang pung pang last2 kol 1 lebih gerak. konon bajet sampai kol 2 lbh la. hoiihh. sekali kol 3.30 baru jumpa jalan. itu nasib la tanya tiga pat orang. kalo ikutkan hati, aku da patah balik da. wawawa.
aku je la terkedek2 sorang2 sebab budak2 terendak semua da sampai awal dan lepak lama gila dan akhirnya da balik. sedih T__T
da jmp pengantin salam2, elok aku tengah sentap. eh. santap. ada lone ranger dtg. heh. saspen je mcm org nak ngorat kan. hahaha. padahal budak terendak jugak. beliau lagi gigih dari Yong Peng terus ke Jasin semata-mata memenuhi permintaan kawan2.
sembang punya sembang, hujan plak makin lebat. tapi takkan nak stay kan. org pun da start kemas2 meja. takkan ko da poyo je lepak situ. maka bertolak la kamiorg. mula2 ingat nak balik. tetiba ada budak melaka ajak lepak. maka ke McD MiTC la kita....
1st time aku sampai mcD sana. tak sampai setahun bukak. tapi orang kemain nye ramai. dengan student nye lagi... aku member2 melaka boleh tahan jugak ramai tapi tak bercontact jeee... itu yang tiap kali turun melaka rasa forever alone!
dari lepak ber-4 jadi ber-6. pastu up jadi ber-7. mehla aku tepek gambar cilok dari fb. kang bosan plak asyikkk la bebel tapi gambar nan ado. heh. ampuunn aku henpong tak canggih. aku plak bukan stail nak berkepit dengan kamera. so, kalo aku cerita tu, pandai2 la korang guna skill imgainasi masing2. korang kan hebat. hehehe
kamera girl adala gf salah sorang jejaka howt di atas *tangan di bahu* 
tadaaa...gambar kiri bawah sekali tula kamera girl ituu..dgn jejaka tak bpe howt ituu..

*gmbr kat atas aku rasa muka cam kurus je. ni pipi tembun plak. ni smua pasal teknik pembayangan org gemuk di sebelah aku lettew *pandang langit* haha... nama beliau hafiz. masih aktif mencari calon. boleh contact agen- ida 0137*****8


rancak je berbual tak pasan da malam. kol 11.30pm jugak aku gerak balik. huh. masa tu baru kau tau malam. baru tau takut. baru kenal cuak. tadi kemain borak mcm 24jam siang.

dengan hujan gerimis. aku da sejuk gilos dalam kete. kang off ekon rasa lemas plak. pastu mula la rasa syahdu nak tinggalkan melaka. melaka ni tempat aku lepak2 zaman kurus2 dulu. dalam tempoh aku nak kenal dunia, aku rasa melaka la byk ajar aku. kat melaka jugak aku kenal ramai kawan. ditipu ex-boifren pun kat melaka. makan ikan bakar sodap pun kat melaka. makan asam pedas terangkat pun kat melaka. pestime makan coconut shake pun kat melaka. sampai sekarang aku tak penah makan lagi. sebab tadee tukang bawak. heh. experience jual buah kat kolej pun masa aku kat melaka.

sedih la sebab ada kenangan aku rasa aku tak realise how valuable it is until ia hilang...
dan ada kenangan takkan mampu aku ulang. contoh mcm makan coconut shake tuuu...or mcm pulun habis2 utk final yr. or mcm stay up gila2 instead of berangan dan kuat tido masa SPM. banyaakk weihh yg aku rasa aku hilang kat sana. macam separuh diri aku ada kat sana.
tapi kalau diberi peluang untuk ulang balik, thanks but no thanks. emotionally penat dan tak sanggup. dan aku tak rasa aku mampu take risk untuk mengubah jalan cerita aku untuk jadi lebih baik dari sekarang...biarlah aku da lepas. watpe nak seksa diri sendiri dengan perkara2 emotional??
tapi kot ye pun, satu je la aku teringin sangat nak ubah- BERAT BADAN. hahahaha. eh. serius la ok. zaman  kurus menjadi besar aku tu bermula di melaka. sebab malas eksasais dan jaga makan.
mana tau kalo aku maintain je, tah2 boleh jadi model mcm kim kardashian? melentik je badan. haha. okbai

Friday 2 November 2012

muka kurus?

Hari Ahad lepas
kan ada in-formal gathering family belah mak aku
(in-formal ko pakai baju biasa2. kalo formal, pakai chantek2. lagipun in-formal ni hampir semua tapi tak semua ada)
so, borak2 la dengan cousin aku ni
da lama ktorg tak jumpa
since dia fly gi Edinburgh last year
tetiba boleh plak tercerita

Beliau: Aku ada sorang kawan ni. MACAM KAU jugak la. Muka kecik je bujur2 macam tu. Tapi badan dia besar. Kalau amik gambar, dia lebih suka amik gambar muka....*yada2*

Me: ............*terkedu tapi kepala angguk2

heh. bongok betul aku rasa. nak cakap aku besar la ni? Tskk...*nangis*

panngg!!!!  itula dia. masih menidakkan kenyataan.

Tapi memang betul pun, aku ni kalo tengok muka tak nampak la sangat lelemaks tu macam byk
tapi cuba kau intai tang perut ke, peha ke, peh.... bahagia lelamaks sekalian berumah disitu
aku memang kalau demok  naik berat, mula la seluar jadi ketat dulu. padahal baju ok je
stress je aku. lagi2 kalo beli baju kurung pasang siap.
kalo nak chantek, beli baju size M, kain size L
tapi kalo nak perasan kurus, aku redah jela beli baju size M.
ehem. jangan terpedaya ye kawan2.
size tu ikut cutting jugak. kalo beli kebaya size M, itu adalah seperti mimpi jadi kenyataan
ini aku cerita baju kurung pahang/ biasa.
and biasanya kedai tak standard size M dia.
contoh, kedai A punya size M, standard macam kedai B punya size S.
so, kalo nak beli kat kedai A, terkebil2 jugak la aku kat situ tak reti nak pilih
pastu bila da fitting, mula la tersipu2 plak. heh. sebab malus size guwe besarr..

itu pasal ada orang prefer tempah je teruuss.. konfirm ngam2 chantekk je kat badan
tapi itu kalau nasib kau baik jumpa tailor yang senonoh sikit.
aku ada la few pengalaman tak best yg tailor aku sendiri2 cari punya
first masa aku kerja kat KPJ dulu.
ada sorang akak tu kata dia boleh jahit. siap sekian2 hari
aku ingat makan berminggu2 jugak la tunggu dia punya jahit
padahal tu bukan peak period (read: bukan musim raya/kawin)
last2 dapat kat aku, kain dia haram tak best nak pakai
padahal lipat tepi cam biasa je. lipatan tak sama besar, lengan pendek, baju pun atas paras lutu
so, nampak aku ni selebeett je.
masa aku kat Segamat plak, aku pernah sekali try tempah baju
budus. tah macam mana akak tu ukur aku tatau la.
kemain lagi charge aku mahal sebab kata kain tu susah nak potong la ape.
last2 aku pakai sekali je
sebab dia geleber. tau ape tu geleber? bahu baju tu lebih dari bahu aku
so, nampak la macam aku ni besar semacam. pastu nampak macam baju pinjam
so, aku campak baju tu dalam almari. da bertahun tak nampak. tatau mana pigi.
kat melaka tak pernah tempah sebab tak habis explore. aku dok sana sekejap je
kat Shah Alam pun tak pernah lagi walau da nak masuk 4 tahun aku kat sini
tak sempat satu, tak berani pun satu. sini orang charge kaw2 punye...mencik
lagipun aku bukan slalu nak pakai baju kurung. aku kan gi kelas, gi kerja naik motor
kejadahnye nak pakai baju kurung buat terseksa badan je kan

and my fav ada sorang makcik ni kat Seremban.
mak kepada junior colleague mak aku
jahitan kemas, harga berpatutan dan pakai baju pun sodap


tengok la i punya baju terletak je kan??

few years back aku da takde tempah kat makcik tu  
last time aku ingat aku gi tempah

makcik tu cakap "oh, yang ni macam da pernah tempah dulu kan. makcik ada ukuran kamu yang dulu. tapi badan kamu macam da naik sikit. macam kena amik ukuran baru"

mak aku (*tiap kali pun aku bawak beliau. sebab aku tiap kali pun asyik je lupa rumah makcik ni yang mana satu) " a'ah. dia semenjak kerja KFC ni memang badan naik sikit"

aku: *sengih je la yang mampu*

makcik dengan tali tape dia: hmmm...macam mana la boleh naik ni. badan kamu yg DULU makcik ingat da cantik da. sedap2 je. kena la kurangkan makan nasi ke, jangan makan sangat kfc tu...*yada2*

oihhh..terus sentap. huh...
tapi sentap bukan la reason aku tak tempah dah kat beliau
lebih kepada sebab aku tak lama tak balik
kalau balik pun sekejap sekejap je

.........................................................................................................

hmpphh...mula just nak cerita je pasal cousin aku jee
ini da meleret sampai tempah baju
kot biarkan japgi tercerita plak pasal makcik tu punya anak lelaki hensem. eh
alaaahh...puji pun salah ke?? 

jam da kol 6 lebih ni.
aku kena gerak sekarang! 
kang da gelap lagi bahaya.
aku kan da mula jadi pentakut sekarang T_T





Thursday 1 November 2012

Jillian dan saya

Tersinggah facebook page Jillian Micheals.
Dulu time aku duduk dengan wan masa cuti sem
Peghak sikit dapat jumpa tv. haha.
Rumah aku dah bertahun tv takde.
Abg aku yang 2nd tu dia consider as OKU.
Macam down syndrome tapi bukan ye kawan2.
Masa kecik2 mak aku kata dia demam panas terlampau
tu yang jadi gitu.
so, dia punya speciality is mengamuk
heh. jangan tatau orang macam ni pun ada hati dan perasaan tau
kalau mak aku nak keluar jenjalan ke, gi tesco ke, pastu tengok adik2 kemain bersiap
dia pun sibukkkk nak ikut sekali
most of the time memang slaluu kena tinggal
almaklum kete kecik,
so, dia bengkekk jela. nanti kalau balik rumah siap sedia la mental dan emosi
kalau termarah dia sikit pun, sebab dia tengah bengkekk, kau boleh tengok la dia bersilat
elok2 tv tu tak kacau dia, dia boleh terbalikkan meja tv tu
itu jela pun paling hebat. bnda lain alhamdulillah dia tak terbalikkan
kalau tak, habis la petiais segalanya
itu yang tiga pat kali jugak la tukar tv
last2 give up!
akak aku pun pernah jugak belikan tv sebab boring
tapi itu pun tak selamat
so, memang da makan bertahun la rumah takde tv
nasib la ada tenet. so, takde la boring sangat
and adik2 aku takde la nak hadaaap je tengok tv tapi tak belajar.

dia punya nak citer kenapa takde tv tu je da makan satu perenggan.
memang tak heran la kalo dulu time BM suro buat rumusan, aku kemain payah lagi nak siap on time and patah perkataan tu memang slaluuu akan terlebih

so, masa kat rumah wan tu, ada tv, astro pun ada
memang rancak la aku layan The Biggest Loser
versi Amerika punya. terkagum2 aku tengok orang sebesar-besarnye
boleh jadi slim melim dalam masa 3 bulan
provided dia workout like hell dan jaga makan
gulp. tertelan air liur aku cakap pasal makan
kalo wan aku da start gaduh nak tengok cite melayu
aku terpaksa la surrender
tapi biasanya ada ulangan. astro kan rajin nak ulang2 ni
so, aku tak bape nak heran sangat kalau nak beralah dengan wan
biasa pagi2 lepas bfast, da mandikan atok, da jemur baju, da sapu sampah sesikit
atok or wan aku konfirm akan tido balik kejap.
wan aku tido siap dengan tasbih nak berzikir
atok aku tido siang pun siap dengan bantal peluk bagai
so, keje aku da ringan la tinggal lagi nak masak tengah hari dan layan astro
itu yang boleh sempat layan ulangan TBL.
dan aku memang kagum tengok perut si jillian tu
padahal da jadi mak2
aiseyyman. aku tengok perut sendiri pun malus

itulah alkisahnye mcm mana aku boleh terminat dengan minah ni
..................................................................................................................................................................

ini aku da lama tak layan TBL sebab tak jumpa tv
tu yang jadi terkedu bila tgk FB page si Jillian
aku kagum dengan beliau sampai la nak jdkan beliau role model
ye, sila gelakkan saya
ada hati nak kurus tapi tgk TBL sambil golek2
kdg2 sambil makan
apekah ertinya semua ni??
ertinya awok memang tak motivate pun nak kurus
T__T
mari nangis kerana kedegilan diri sendiri

Hiking Fuji 2019 for the first time

Assalamualaikum.... Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part. 31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up be...