Tuesday, 6 November 2012

melaka dan saya

This week aku fulltime kat Seremban. heh. takpenahpenah
ada audit kat Beranang, so untuk save masa, energy and monieh,
better stay Seremban. lagi dekat.
kalau aku gerak dari Shah Alam, meeting point dekat Saujana Height ke mana tah. dekat2 dengan Kajang nun. kira the nearest la. tapi not for me. kematu aku nak rempit dalam patpuloh minit gitu
tu belum kira sesat, hujan, jem...
pastu dari meeting point ke tempat client makan lagi patpuloh minit lebih jugak
and back and forth adala dekat 4 jam aku spent atas jalan raya T__T
dengan cuaca sekarang asal petang je hujan. asal hujan je petang. nak kuat semangat redah hujan lagi
pastu sampai s,alam konfirm pitam. badan penat, tido mesti nak awal. bangun pun kena awal.
namau la saya. biar aku penat sekaliii je
dok seremban aku dapat jimat dalam 2 jam gitu. tapi pagi tadi FAIL. banyak kali da outstation. tenung google maps pun tah bape kali tah. tapi manjang jugak sesat.
pagi tadi aku dari seremban, tak nampak la exit beranang. kalo R & R Beranang aku nampak la. last2 teramik exit Semenyih-Bangi.
pastu aku tak konfirm jalan, tanya la orang. sekali akak tu kata kena kuar balik highway, amik exit beranang. yang aku tak tanya habis2 kuar arah seremban or kl. so, meluluuuu je ke arah kl. habis la aku terlepas sampai kajang selatan sana. da konfirm silap, aku pusing exit Semenyih-Rinching ke ape tah. masa tu baru sedor diri tak pakai TnG tapi pakai cash. sebab senang nak tny toll gate boy tuhh. beliau cakap exit Semenyih-Bangi pastu follow signboard Beranang. along the way tu ada jugak la aku berenti tanya auntie ni. alih2 tgh drive, tetiba da nampak je signboard Kawasan Perindustrian Beranang. masuk2 je nampak logo client. aik, magik gila. haha. time lunch, borak2 dgn staff, rupanya exit Mantin lagi senang. haihh...
ampuunnn Geografi failll.....

hurmm... Sabtu ritu aku gi Jasin pun sesat jugak. T___T
padahal elok je pengantin design map bagai. siap aku letak kat sunshade kete konon senang nak refer. heh
sepatutnya aku gerak awai tapi konon nak gi interview la pung pang pung pang last2 kol 1 lebih gerak. konon bajet sampai kol 2 lbh la. hoiihh. sekali kol 3.30 baru jumpa jalan. itu nasib la tanya tiga pat orang. kalo ikutkan hati, aku da patah balik da. wawawa.
aku je la terkedek2 sorang2 sebab budak2 terendak semua da sampai awal dan lepak lama gila dan akhirnya da balik. sedih T__T
da jmp pengantin salam2, elok aku tengah sentap. eh. santap. ada lone ranger dtg. heh. saspen je mcm org nak ngorat kan. hahaha. padahal budak terendak jugak. beliau lagi gigih dari Yong Peng terus ke Jasin semata-mata memenuhi permintaan kawan2.
sembang punya sembang, hujan plak makin lebat. tapi takkan nak stay kan. org pun da start kemas2 meja. takkan ko da poyo je lepak situ. maka bertolak la kamiorg. mula2 ingat nak balik. tetiba ada budak melaka ajak lepak. maka ke McD MiTC la kita....
1st time aku sampai mcD sana. tak sampai setahun bukak. tapi orang kemain nye ramai. dengan student nye lagi... aku member2 melaka boleh tahan jugak ramai tapi tak bercontact jeee... itu yang tiap kali turun melaka rasa forever alone!
dari lepak ber-4 jadi ber-6. pastu up jadi ber-7. mehla aku tepek gambar cilok dari fb. kang bosan plak asyikkk la bebel tapi gambar nan ado. heh. ampuunn aku henpong tak canggih. aku plak bukan stail nak berkepit dengan kamera. so, kalo aku cerita tu, pandai2 la korang guna skill imgainasi masing2. korang kan hebat. hehehe
kamera girl adala gf salah sorang jejaka howt di atas *tangan di bahu* 
tadaaa...gambar kiri bawah sekali tula kamera girl ituu..dgn jejaka tak bpe howt ituu..

*gmbr kat atas aku rasa muka cam kurus je. ni pipi tembun plak. ni smua pasal teknik pembayangan org gemuk di sebelah aku lettew *pandang langit* haha... nama beliau hafiz. masih aktif mencari calon. boleh contact agen- ida 0137*****8


rancak je berbual tak pasan da malam. kol 11.30pm jugak aku gerak balik. huh. masa tu baru kau tau malam. baru tau takut. baru kenal cuak. tadi kemain borak mcm 24jam siang.

dengan hujan gerimis. aku da sejuk gilos dalam kete. kang off ekon rasa lemas plak. pastu mula la rasa syahdu nak tinggalkan melaka. melaka ni tempat aku lepak2 zaman kurus2 dulu. dalam tempoh aku nak kenal dunia, aku rasa melaka la byk ajar aku. kat melaka jugak aku kenal ramai kawan. ditipu ex-boifren pun kat melaka. makan ikan bakar sodap pun kat melaka. makan asam pedas terangkat pun kat melaka. pestime makan coconut shake pun kat melaka. sampai sekarang aku tak penah makan lagi. sebab tadee tukang bawak. heh. experience jual buah kat kolej pun masa aku kat melaka.

sedih la sebab ada kenangan aku rasa aku tak realise how valuable it is until ia hilang...
dan ada kenangan takkan mampu aku ulang. contoh mcm makan coconut shake tuuu...or mcm pulun habis2 utk final yr. or mcm stay up gila2 instead of berangan dan kuat tido masa SPM. banyaakk weihh yg aku rasa aku hilang kat sana. macam separuh diri aku ada kat sana.
tapi kalau diberi peluang untuk ulang balik, thanks but no thanks. emotionally penat dan tak sanggup. dan aku tak rasa aku mampu take risk untuk mengubah jalan cerita aku untuk jadi lebih baik dari sekarang...biarlah aku da lepas. watpe nak seksa diri sendiri dengan perkara2 emotional??
tapi kot ye pun, satu je la aku teringin sangat nak ubah- BERAT BADAN. hahahaha. eh. serius la ok. zaman  kurus menjadi besar aku tu bermula di melaka. sebab malas eksasais dan jaga makan.
mana tau kalo aku maintain je, tah2 boleh jadi model mcm kim kardashian? melentik je badan. haha. okbai

No comments:

Post a Comment

Hiking Fuji 2019 for the first time

Assalamualaikum.... Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part. 31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up be...