aku tatau nak mula dari mana.
ok la
bismillah....
minggu ni best. sebab ada 2 hari cuti. walaupun aku harapkan semoga bos kasi cuti berderet (selasa santak ke khamis sebab bos sambut deepavali), tapi beliau tak kasi cuti pun, aku tetap rasa best. sebab 2 hari aku tayah gi ofis. huhu. terasa macam time study dulu. manjang nak tenung kalendar sebab nak tengok bila cuti. sekarang ni walaupun aku cuti ofis kl, aku still tak cuti ofis shah alam. punya gigih wat part time. yelah, part time kan bayar per hour, maka aku sedor diri sikit nak kerja kuat so dapat byk sikit. walaupun penat. walaupun isnin satu hari tak tido, santak ke selasa kol 6ptg baru jmp katil. tapi aku tetap jugak gi. ini kalo OT, tah bape banyak aku boleh claim. padahal ofis kl kerja dia boleh tahan rilek. contoh terbaik is, aku tengah menaip entri ni dikala waktu kerja. hahaha.
ofismate aku yang aku pernah wat 'open discussion' dengan dia pasal kerja bgtau, kalau u bangun pagi2, and u feel like u dont want to go to work, then it's a sign actually. untuk cari kerja lain.
to be honest, itu yang aku rasa. takde mood. padahal datang ofis aku duduk je pun. tak guna anak tekak, tak guna tenaga sangat. tapi still takde mood. sampaikan hari ahad ritu, boleh pagi2 bangun, aku bangun secara terkejut and terkebil-kebil. ingat balik. eh, hari ni hari ape? ahad? oh.bestnyaaaa...
and bila hari untuk gi kerja, aku takkan nak siap awal2. aku suka nak rushing2 last minute. kalo bangun awal sekalipun, aku boleh melepak buat benda slow2. mcm pagi tadi, aku sempat layankan running man 3 episod. tapi aku tgk byk skip2 la sbb nak cepat. heh. nak cepat la sangat. still kol 8 jugak aku bersiap. 8.45am baru aku gerak. sampai ofis 9.20am gitu.one of the reason aku serik nk dtg awal is because few time aku experience menunggu di tepian tangga. walaupun tingkat 4, aku tak kosser nak turun lepak kedai mamak. dengan beg laptop bagai. so, aku hny dudukkk je la tunggu dengan ketiak berpeluh. deemmmm betul.
tapi other reason would be aku tak minat. takde feel nak gi keje.
nak kata org2 ofis kat sini jahat ke, buli aku ke, aku rasa tak la. biasa2 je. cuma feeling tu. huh. bab2 feeling ni mmg payah nak cerita. tapi sila la bayangkan sendiri. aku kerja ni separuh hati je rasa. aku datang pun nak completekan attendance. mula2 kerja, aku rasa aku boleh buat since aku akan gain experience. tapi sekarang rasa mcm tak boleh je. bila gi audit, aku lebih byk blurr daripada kerja. bukan la aku tak buat langsung tapi aku tak feel mcm tgh wat audit. aku tatau nak tanya apa. padahal ada je audit steps diaorg bagi untuk each assignment. bila kena wat working paper, lagiiiii aku rasa cam hareem. aku tulis ape yg aku observe masa kejadian, ada je yg tak kena. aku rasa macam "apee lagi yang kau nakkkkk la?"
standard la tu kan kerja kau kena review tapi aku rasa leceh je nak prepare paperwork. semak je kepala nak fikir ayat, nak susun ayat nak express apa yg aku observe . aku nak nombor la woiii. aku kalo jumpa nombor macam stimm sikit. aku bukan la tereer math sangat ke hape, tapi aku prefer lagi mengira dpd ko suruh aku membaca or research. serius aku tak berkenan.
ada hari2 (*mcm hari ni), aku rasa nak berhentiiii je kasi notis 24 jam. tapi cam kejam sangat plak. company aku SME je. staff tak ramai. so, kalo sorang takde, memang kacau la audit planning diaorg.
and nak kata berbaloi ke tak kerja ni, as aku entry level, maka takde la rasa wow sangat. lagi2 bukan la company besar.
so, kesimpulannya aku adalah sedikit confuse and stress disini memikirkan nasib aku. esok da tahun baru islam and lagi 47 hari nak tahun baru kafir. macam mana ni weih nasib aku?
lagi 47 hari lagi nak deadline aku punya probation. tapi aku still tak rasa cinta dengan kerja aku. aku bukan nak kerja untuk sehari dua, tapi insyaallah umur panjang bertahun2 lagi. ya Allah, permudahkan la urusan aku ini...jika rezeki ku dilangit, turunkanlah. jika di bumi, keluarkan lah. jika jauh, dekatkan lah...
aku tak sukaa feel macam ni. serius tak sukaa. >_<
No comments:
Post a Comment