Thursday 19 December 2013

Sakit Mata dan MC 3 hari

Ituari kan menghantar cousin aku ke Batu Gajah untuk wedding dia?
Sabtu lepas reception belah kitaorang kat Putrajaya
Biasa kalau gi wedding or buat aktiviti lasak, aku prefer pakai lens 
sebab takde la rimas hidung ni peluh2 semua. lagipun aku rasa gambar dengan spec menampakkan aku nerd dan tua 10 tahun. choiii...

Lepas wedding ktorg the cousins plan nak naik Broga
Sesaja je la buang peluh and lemak2 yang ada
Sekali on the way, hujan. so patah balik la ke Putrajaya
In between tu nampak Sports Centre nyinggah dulu main bowling

After that baru aku sedor wallet tinggal dalam kereta kakak aku
So dipendekkan cerita, malam kol 8 baru Nisa dapat anta aku balik rumah
Sedar tak sedar dah dekat 12 jam aku pakai c.lens

Actually aku dah mula rasa tak selesa and penglihatan tak de la terang bebenor
Tapi sebab malas, aku biorkan sampai balik

Elok je balik tu, tanggal and cuci lens macam biasa
sekali mata kiri start rasa pedih and panas 
Aku ingatkan normal la (pernah kena few times before), so takde la nak risau sangat walaupun SAKIT.

Sekali esok nye aku bangun pagi, mata dah berair je and sakit toksah cakap la plus susah nak bukak mata
So, cecepat aku call kakak aku suruh balik PJ pagi Ahad tu jugak. Giler ko seram kot....huhu
Aku cuci muka, gosok gigi dalam keadaan teraba-raba tu and bersiap-siap
Dalam kol 9 lebih ke kol 10 baru kakak and mak aku sampai
Merasa la tangan berpimpin masuk kereta sebab aku totally tak boleh bukak mata

Sampai hospital Klang, nasib baik la orang tak ramai sangat sebab aku tunggu tak sampai sejam pun
Jumpa doktor dan kena bebel sebab dia ingat aku main hantam je pakai brand cap ayam
As a result, aku kena pi buat dressing (cuci mata) 
and inject 2 kali (satu kat tangan, satu kat bahu)- which dua2 pun lebam giler. Choii

Mintak MC, doktor bagi 3 hari starting from Monday. Alhamdulillah, syukur sangat
sebab aku rasa memang dah patut pun aku kena rest. 
Semenjak dua ni asyik mengadap laptop (ofkos buat report semua ngadap laptop khen) 
so, mata and mental pun dah terbengong sikit. 

Anyway, apa yang aku nak share bukan pasal MC 3 hari tapi tak buat video pipi bulat2 tu. hahaha
Tapi sebab dah terkena ni khen, aku pun rajinkan diri mengugel sebab musabab kenapa aku boleh kena infection. 

At first, aku syak sebab masa kenduri aku dok usha orang yang buat persembahan masa kenduri Izz tu. hahaha... Aku dengan Nisa la yang dok ralit usha sebab ktorg dah sampai awal kol 11am, and sementara nak tunggu majlis selesai (and nak pi Broga), itu ajela keje ktorg. hahaha... 
Ok fine, memang nampak gatai di situ, tapi usha sampai situ jela. sebab suka tengok. bukan sebab nak buat calon suami *walaupun makcik2 sibuk tanya aku THE QUESTION* 

Kendian aku rasa maybe sebab aku pakai lama sangat

Pastu pikir balik, mungkin cara aku simpan c.lens tu yang tak betul (maybe suhu panas masa balik dari Gopeng ituari)..

Banyakk la sebenarnye kemungkinan dia. So, tadi aku ada la buat gugel sesikit pasal Infection / Mata Merah ni.

And from my reading from here and here, dan additional reading from Q&A,  ada beberapa sebab kenapa mata aku boleh merah and sakit giler:

1) Solution yang tak sesuai
Biasanya aku memang stick to RENU je tapi masa nak replenish stock, aku tak jumpa RENU kat Tesco, so aku pun beli la brand PharmaSafe. 
Ada kemungkinan aku alergik dengan solution PharmaSafe ni, which orang lain maybe tak rasa apa. Tapi, ia boleh bagi effect pada aku. But, yet ini adalah kemungkinan sahaja. untuk result alergik, aku kena refer pada Specialist - which aku tak sempat lagi nak pergi. 

2) Casing Lens yang lama  
Ok, ini tebiat yang susah nak prevent. Bukan apa, sebab casing dah ada, so walaupun aku tukar lens, tetappp la re-use casing yang lama. Of which, TAK ELOK sebenarnya. Seeloknya, tukar casing selang 3 bulan sekali (if necessary, tulis Date Used dekat luar casing tu sebagai reference). 
Logiknya sebab, lagi lama kita (read: aku lettew) pakai casing yang sama, lagi banyak mikroorganisma yang terkumpul yang tak nampak dek mata kasar yang sah2 la rabun. hewhew...

3) Lens bercampur dengan Air
Ini pun ada kemungkinan jugak sebab last aku pakai c.lens ni masa pi Gopeng ituari la...
Dari apa yang aku baca, lens dengan air is a big NO NO. PH mata kita dengan PH air adalah lain. Plus dalam air, tatau berapa banyak mikroorganisma dalam tu yang boleh terlekat dekat lens yang akhirnya akan direct ke mata. 
So, recommended kalau nak jugak pakai lens masa beraktiviti dalam air (berenang, scuba, water rafting) pakai lens yang disposable and pakai goggle supaya chances untuk air tu terkena mata kurang la. 

4) Cara penyimpanan yang salah
Sebelum sentuh c.lens, tangan mesti bersih (no chemical, no lotion, no sambal belacan or whatsoever); and sebelum simpan, kena rub gently lens tu untuk membuang anasir2 jahat yang maybe terlekat sepanjang hari. So, maybe masa aku bukak c.lens tu tangan tak berapa nak bersih, boleh jadi c.lens pun infected. Actually, benda ni berkait rapat dengan No. 1 and No.2 kat atas jugak. 

From gugel2 ni, banyak jugak la yang aku jumpa the do's and the dont's of wearing contact lenses, and other reason yang boleh menyebabkan mata merah / infected tapi kita maybe tak perasan / amik mudah (aku lettew, bukan orang lain), contohnye:  

- Pakai lens terlalu lama melebihi the recommended time (always refer to your brand). Untuk pemakaian c.lens yang terlalu lama, c.lens akan menghalang oxygen untuk sampai ke kornea mata kita. and it can stimulate new blood vessel (dalam darah ada Oxygen) untuk 'timbul' di tempat yang tak sepatutnya di mata. in long term, ia adalah sesuatuyg tidak bagus...

- Terlalu kerap menggaru mata and menyebabkan anak mata tercalar; 

- Pakai waterproof make-up (especially mascara / eyeliner). Bahayanya bila pakai make-up tebal seinci ni (especially yang waterproof), maybe ada partikel2 halus make up kita yang terlekat kat lens; and being waterproof, partikel halus tu hanya boleh dicuci menggunakan minyak or make-up remover. Since solution kita is not oil based, so that partikel halus tu akan accumulate dekat lens sampai la tatau bila;

- Tido dengan c.lens. Actually, pakai lens konsep dia lebih kurang macam ko pakai plastik atas kepala. Mula2 ok, lama2 kalau dah tertidur dengan 'plastik' sekali, kita mesti rasa lemas kan? Ha, macam tu la mata kita. Every now and then mata kita akan bernafas dan memerlukan oxygen. So, bila tido (tutup mata), oxygen susah nak sampai ke mata. lama2 dia boleh menyebabkan tak selesa dan gatal..

-Pakai c.lens melebihi the validity period. Contohnya, korang beli disposable lens tapi pakai untuk seminggu. Secara kasarnya, kita rasa takde pape. Tapi actually, that particular lens is made with specific ingredients specially for one validity period. Bila kita memandai extend validity period dia, secara tak sengaja, partikel2 or mikroorganisma akan happily melekat dekat lens and infect mata kita...


Actually, banyak lagi benda menarik pasal soft lens ni tapi aku penat nak taip bebanyak. hahaha
So, marilah kita rajinkan diri research sendiri untuk kesejahteraan mata kita sendiri ok. 
Jangan nanti dah terlambat baru nak terngadah. amboi, terus kuar peribahasa..haha...

No comments:

Post a Comment

Hiking Fuji 2019 for the first time

Assalamualaikum.... Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part. 31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up be...