Wednesday, 11 December 2013

Mee Rebus Ramli and Wet Caving @ Gua Tempurung

Balik from Kellie's Castle
kita check-in dulu hotel Happy Owl. 
hotel budget je uolls kat Simpang Pulai
Satu bilik ada 4 katil single, malam nak tidur kita rapatkan katil memasing
Okla untuk buat tido satu malam. 

Kalo nak hunimun, hotel gini memang tak sesuwai la
and toilet agak scary. scary bukan apa, hotel tu kat deret rumah kedai, 
memalam boleh dengar orang sebelah mandi. 
seraaammm mak. haha.. #dasarpentakut

kita leklu mandi rehat2
lepas maghrib keluar jenjalan Ipoh
memang bajet pelancong betul siap dengan kamera beso nye
Kitaorang gi area KTM tu, mak ai ramainye kereta
ingatkan ada aktiviti ape, rupanya orang dok lepak je dekat air pancut situ

cheh. *matikla orang perak marah aku*

sekejap je situ sebab motif sebenar nak berkemho depan majlis bandaran Ipoh
tapi memalam gambar tak bape nak lawa
nampak lampu je lebih
ktorg yang chantek2 ni tak bape nak nampak.. huhu
so, marilah kita gi dinner terus...

Actually, Ipoh ape je best selain dari Nasi Vanggay?
Memasing blur tatau nak makan apa
aku lagi la blur. aku paling lemah bab nak pilih tempat makan. tapi tang makan tak lemah. eh. 

Nisa contact abang ipar dia, orang Ipoh
Diaorang kata kat stesyen keretapi ada Kuetiow goreng and mee rebus ramli
masa kat stesyen tu tak nampak plak stall ke apa yang jual kuetiow
so we settle for mee rebus je
bape kali tah benti tanya orang. walaupun GPS ada, tak semua cawangan mee rebus ramli bukak sampai malam...

Kuah mee rebus dia pekat likat sodapp

Kitaorang order 5 mee rebus, satay and 1 cham sup (mihun campur mee)
Satay dia mahai 90sen secucuk. Tapi, isi gebu2 and sedap, so berbaloi la..
mee rebus dia memang terbaik. lagi sedap dari warung Aji Don dekat ofis aku ni and ofkos lagi terbaik dari mee rebus yang aku masak. hahaa.. 
tapi cham sup dia total out. tak berapa nak rasa sup. orang kata takde 'kick'. huhu
hmm..nama kedai pun 'Mee Rebus Ramli' so itu agaknya diaorang fokus on mee rebus
ada jugak menu lain macam nasi lemak tapi tak try plak...



----------------------------------


Esok pagi2 bangun, lulur tembakau satu badan (petua tamau pacat lekat) and tukar baju siap2;
checkout and breakfast before heading to My Gopeng Resort

Nak masuk sana jalan kecik, nasib baik la ktorg punya kete memasing comel2
takdela gayat sangat sebab jalan dia stok2 yang ko tinjau luar tingkap, nampak gaung. haha
mau nye tak gayat??

Kitaorang pilih pakej Wet Caving dan White Water Rafting
so, lepas briefing dengan Mr Lee, kita start dengan Wet Caving untuk Gua Tempurung
Guide ktorg Mr Asri @ John (nama dalam gua John, nama luar gua Asri. #akupuntakpahamkenapa)

View sangat cantik walaupun dari atas lori. mihmihmih

Dari resort ke Gua Tempurung dalam 10 minit je
Diaorang bawak ktorg naik lori
Memasing eksaited gile naik lori. lori je pun tapi bila pakej dengan great view, memang puas hati.

Sesampai je, amik gambar dulu
Tapayah nak beratur register ke apa sebab semua resort dah buatkan





So, dalam gua tu John cerita serba sikit sejarah gua tempurung
aku bab2 sejarah ni lemah sikit, tapi bila nampak depan mata memang rasa kagum giler. 
Ya Allah, tatau la cane nak habaq mai lagi. Memang cantik betul dalam gua tu..

Disebabkan Wet Caving, ktorg kena naik tangga sampaaaiii la bumbung gua and turun balik guna exit satu lagi
orang lain yang tak amik pakej wet caving ni kena exit guna jalan yang sama diaorang masuk..

Actually, aku rasa dikalangan kengkawan aku, aku ni dah cukup berani, dah cukup adventure tau... haha
sekalik bila dah nak turun je, menggigil lutut habaq ang. 
haha.. masa tu baru la aku tau, out of 10, aku ni pengayat tahap 8. 
jalan turun tak cukup dengan slow, siap macam nak peluk je handle dia. hahahaah

tapi, rugi la kan aku dah bayar mahal2 sekali nak patah balik
oh, no no. 
perjalanan tetap diteruskan walaupun aku rasa compare dengan siput, aku ni sama lembs je..haha

Dalam gua ni ada je lampu tapi makin atas, makin gelap
so, pepandai la standby torchlight ke, headlight ke apa
aku bawak headlight tapi sebab tak charge, so tak bape nak terang la.
nasib baik la diaorang sanggup menyuluh aku dari belakang

Disebabkan gayat and jap2 lagi nak masuk air, aku dah simpan hp siap2 dalam waterproof bag
so, kalau korang nak tau cantik ke tak cantik Gua Tempurung ni, sila la pergi sendiri.. hewhew
Iolls punya gambar limited je...


Ok, kat mana tadi? 
ha, lepas dah turun tangga, dekat satu point tu kita kena slide turun
ya, slide as in main gelungsur.
tapi, ni ko slide atas batu, dalam gelap, and tinggi. 
ada budak pompuan dari group lain phobia punya pasal, siap patah balik.
ni ktorg before sliding. kat sini la sessi pandang2, genggam tangan dengan nisa. hewhew... actually, disebabkan kamera si John tu canggih, tapayah torchlight pun xpe masa bergambar. 
aku dengan nisa dah pandang2, genggam tanggan. 
cheh. konon boleh kurangkan seram la. takde nyee..

tapi nak patah balik tu aku tak sanggup naik tangga bertingkek-tingkek 

memang tak menyesal la facing my gayat..haha
masa nak turun je ko rasa takut
tapi kalo kena dengan teknik, dia punya feeling bila dah sampai bawah tu Tuhan saja yang tau. 
Nervous + HAPPY!!

jangan risau ok. akan ada guide / orang yang sambut kat bawah
Ni time kena merangkak, berenang dalam gua. see, mana tak tegang pipi. asyikk tersenyum pueh hati. 
kalau tak join wet caving, tak dapek view cantik mcm ni.. huhu...

lepas tu, kena merangkak, berenang dalam gua sebab jalan kecik
kat sini dah tak takut sangat cuma memang lencun habis la

all in all memang puas hati
aku balik tu senyum sampai telinga.
sampai kejang2 pipi sebab senyuuumm je

Next: White Water Rafting








No comments:

Post a Comment

Hiking Fuji 2019 for the first time

Assalamualaikum.... Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part. 31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up be...