Wednesday 27 April 2016

MELBOURNE DAY 3- First experience fruit picking

Sambung from entry Day 2 hari ni first day aku kerja :)

Excited giler sebab first time kan. Dalam kepala aku dah bayangkan ladang yang luas and 'permai'... Ladang yang cantik2 dengan buah masak ranum.. huhu...

Kol 4am aku dengan kakak aku bangun untuk siapkan bekal. Walaupun summer, malam tersangatttt la sejukk. So boleh bayangkan tak macam mana susah nak bangun lepas dapat tido nikmat2?

Panaskan nasi and lauk, siapkan bekal, cuci muka (memang tak mandi sebab sejuk giler) and breakfast...

Feeling breakfast dia macam bersahur pepagi sesejuk tu. hehe...

Kol 5am dah keluar dari rumah ke transit. Since kitaorang trip pertama ke farm, so 5.30am dah gerak ke farm. 6am macam tu dah menunggu dekat farm dalam keadaan sejuk2.
Early morning dari dalam kereta nak ke farm


The walk to starting point

Start picking lepas matahari naik kol 7am and since farm yang kitaorang pergi dah nak habis buah, so kitaorang habis around 10am.


Dapat pokok rendan2 macam ni senangla

3jam je tapi dia punya tak larat Tuhan je yang tahu. Walaupun kau buat stretching tapi kalau stamina takde memang mendapatla...


Hari2 seterusnya rutin 5am-4pm.... Actually picking tu takde la lama sangat. 7am to 2 or 3pm je sebab packing factory nak tutup. Yang Nampak lama sebab preparation time, menunggu transport etc....


Untuk yang berhajat nak kerja ladang kat Aussie or NZ ke, kena ingat perkara2 ni:

1. Stamina kena kuat der. No work No pay konsepnya


Lecak sikit sebab hujan. Balik tu kasut berlumpur...haha


2. Memang boleh buat duit banyakkkk if korang convert AUD to MYR. Tapi dekat sana kena bayar sewa, transport dan makan. Belum kira lagi bila tiba2 korang teringin nak jenjalan or makan sedap kat luar.


Dah penuh 6 barrel boleh hantar ke collection point. Imagine macam mana nak penuhkan ni dengan kudrat wanita lemau macam aku ni. hahaha 

3. Duit memang banyak tapi korang kena kerja kuat. Macam aku, average satu hari yang aku larat buat adalah 2 barrel. Sikit sangat sebab aku tak biasa, stamina takde and tak tahan cuaca panas. If satu barrel dapat AUD30, satu hari adalah 60. Seminggu dapat 360. Belum tolak sewa, makan and transport lagi...

Tapi, tak dinafikan ada je orang yang power2 boleh buat sehari 4 barrel. Korang darab la sendiri seminggu berapa.

Tak dinafikan jugak ada kerja yang bayar per hour 14aud. Tapi opportunity macam tu bukan banyak. Depends pada ladang dan nasib.

Kat sana tak boleh memilih kerja. Kerja yang akan pilih kau. Contractor yang uruskan korang yang akan decide kau kerja ladang mana, bahagian mana.


View from atas tangga. Ini dapat pokok tak rendang tak tinggi sangat




Overview ladang. Tengok langit cerah sangat kan? memang la sebab matahari tengah atas kepala...huhu
4. Hati kena kental. Kena marah tu biasa, berdiri lama bawah panas, angkat berat2, sakit pinggang sakit belakang tu semua norma2 kat sana.


5. Masa yang sesuai untuk kesana adalah summer. Sebab memang tengah musim. Kerja ladang banyak. Kalau pergi time lain susah nak survive.


Pear kat sana besar2 and manis2. Kuning2 tu pear yang dah sunburn..

6. Kerja ni kalau dapat visa bermusim adalah bertuah (New Zealand ada tapi Aussie aku tak sure. Google lah sendiri ya). Kalau tak dapat, kauorang faham2 la ya. So kena pandai2 susun. buat research, and kalau ada contact kat sana lagi senang.

7. Hati2 dengan agent. Ada yang menipu dan cuba nak raih keuntungan.

8. Kalau ada sakit semput, lelah, jantung ke apa aku nasihatkan jangan mengada nak pergi. Kat sana kalau sakit bayar sendiri. Fasiliti kesihatan kat sana walaupun baik tapi MAHAL. Takde orang yang akan bayarkan kau kalau sakit. Dahla kena tanggung sendiri, gaji plak tak jalan.


Too many pear in a day!!

9. Kena berjimat! Apa la ertinya niat murni ke sana nak kumpul duit untuk ada better life kat Malaysia tapi kau berbelanja tak ingat dunia. Banyak yang senang terpesong adalah shopping makanan. huhu.. 

 
The journey to Collection point. Nampak beg tu? Ni terus balik lepas tu

 
Seriously cantik sangat view awan kat sana. Ni random picture otw balik 
 
Kalau kau jenis nekad, nak pengalaman, nak kumpul duit, sihat, kuat stamina sila la pergi. Memang boleh buat duit...

dah banyak duit nanti boleh belanja aku...hahaha

Continue Day7- The big Day

 

Tuesday 26 April 2016

MELBOURNE DAY 2 - Jalan2 cari barang

Assalammualaikum....

Sambungan daripada Day 1

Macam yang aku pernah cerita sebelum ni, trip ke Melbourne memang tak termasuk dalam bajet aku. So, untuk mengurangkan impak bajet deficit, aku decided untuk kerja part time dekat sana.

Ya.... untuk 12 hari kat sana, kerja part time yang terlintas dekat kepala aku hanyalah fruit picking....

Mujur adik aku dekat sana ada contact.
So, dapat la aku merasa part time kat sana.

Paginya, adik aku jam 5am dah gerak pergi kerja.
Aku memang tak sedarkan diri langsung T_____T
Walaupun dalam flight tido, takkan sama dengan nikmat tido baring~~
Nasib baik belum start kerja lagi. Jadi boleh la aku rehat lama sikit.

First thing yang kitaorang buat - pergi kedai bundle diaorang kat sana.
Macam2 kelengkapan diri dengan rumah kau boleh jumpa.
Harga pun murah2. Iron $12 je, tshirt or seluar $5 boleh jumpa....

Again aku nak ingatkan, walaupun harganya 'murah' tapi berpada-pada la berbelanja sebab duit yang kau bawak adalah MYR (converted to AUD).

Biasa yang kerja seasonal ni diaorang memang datang berlenggang sebab taknak kantoi dengan Immi. So, kedai 2nd hand memang jadi tumpuan untuk beli baju2 kerja yang boleh dibuang lepas dah habis guna.

Banyak la kedai yang kitaorang singgah on that day.
Tempat kitaorang stay ni kan town kecik, so takde satu supermarket yang ada semua benda macam AEON or Tesco kat sini.

Antara barang yang kitaorang beli (budak2 farm wajib ada benda2 ni):

1. Tupperware



harap maklum dekat farm kau tak jumpa der warung nasi campur kak senah or mamak alifmaju ke apa...

kalau tak bawak bekal, makan buah jelaa nak ilangkan lapar.
tapi nasib tak baik dapat ladang cili, takkan nak makan cili? hehehe...

masa first week, semangat aku dengan akak masak nasi bawak bekal
bangun kol 4am panaskan lauk, cuci muka semua kol 5am dah gerak pi transit T__T
masuk second week, tak kosser..haha.. sanggup bawak bekal roti je sebab nak tido lebih :P
ada sorang abang ni, nak jimat punya pasal (plus aku syak dia tak reti masak lauk2 kot) hanya makan nasi, lauk telur goreng dengan sos.

kat sana macam tu la.
memang la indah bila dengar gaji sehari minimum 100AUD lepas convert RM300
tapi kena ambil kira jugak kos hidup kat sana. sewa, transport, makan, saving lagi... paling senang nak overspent adalah makanan. lagi banyak kau belanja, lagi lambat saving nak penuh...

Tupperware ni dalam AUD5 dah boleh dapat.

2. Ice Pack
 
 
Untuk yang belum tahu, musim buah (summer) di Australia bila cuaca 34 celcius sangattt panas. Walaupun langit nampak mendung, still panas. Bayangkan kalau dekat tengah2 ladang macam mana T__T
 
So, salah satu nikmat panas2 mcm tu adalah minum air sejuk.
kitaorang bekukan air, bila nak gi kerja, letak sekali dengan ice pack.
Ice pack ni letak celah2 air and melambatkan proses cair. Petang dlm kol 3 lebih baru air cair betul2...
 
Dekat sana satu ice pack dalam AUD4. Boleh ulang2 pakai banyak kali. kalau sakit kaki ke apa dekat ladang, amik ice pack and tuam untuk kurangkan sakit.
 
3. Cooler bag
 
Ni lagi satu penting nak isi segala tok nenek bekal especially yang sejuk. 
 
Beli dekat ALDI dalam AUD12  
 
 


 
4. Barang2 makanan
 
Ini tak perlu list pun semua mesti tau kan....
Ayam, daging dengan kambing beli dekat kedai Afghan
yang lain2 tu beli dekat supermarket pun ada...
 
Ada je ayam/daging yang halal dekat supermarket tapi harga slightly mahal sikit dari Afghan. So, Afghan it is.
 
Barang makan diaorang takde la mahal. AUD24 aku boleh dapat sepapan telur, ayam dalam 3kilo kot. tak ingat sangat sebab aku beli mix ada peha, thigh, dada dengan rib.
 
Syarat beli makanan kat Negara orang adalah JANGAN CONVERT. hahahahaha....
sebab aku saiko convert sepapan telur AUD 8=RM24 and aku rasa mahal. hahaha
kalau convert jugak, memang serba serbi kau rasa mahal.
lepas tu berlaporrr laaa~~
 
 

Tomato dekat sana.... geramm je tengok
menggila aku tengok buah2 kat sana.

one of the best thing bila beli barang dekat sana,
masa nak bayar cashier dia mesti greet.
biasa dia akan Tanya "hai, how are you today?"
and greet dia sangat ikhlas sampai kau rasa "eh, kita dah kenal lama ke?"



suka giler aku tengok bangunan2 kat sana....

Tips: Untuk yang datang sana kerja fruit picking, pack light and bawak extra money.
Banyak jugak barang2 keperluan nak beli masa sampai sana... Kalau takde duit, aktifkan credit card. Kalau itu pun takde jugak, pinjam orang or bertahan la atleast after seminggu kerja, dapat gaji (gaji bayar mingguan) baru menyopping...

Next entry - experience 'part time' di Melbourne

 

e-pengeluaran KWSP untuk mengurangkan pinjaman PTPTN



Siapa kat sini yang ambil pinjaman PTPTN masa belajar dulu??
Aku rasa majority rakyat Malaysia yang sambung belajar ke IPT akan ambil PTPTN
Kita ketepikan isu PTPTN cekik darah or tipu or apa-apa lagi yang korang rasa dulu.


Apa yang aku nak share kat sini adalah cara2 untuk pengeluaran KWSP untuk membayar PTPTN...
Dulu, semua jenis pengeluaran kena datang sendiri ke KWSP untuk memohon & approval.

Sekarang zaman dah berubah, kebanyakkan benda kita boleh dapat dan uruskan dengan hujung jari :)
Untuk e-pengeluaran, boleh refer pada step di bawah

1) Pastikan ada I-akaun

Tak rugi aktifkan I-akaun sebab banyak benda korang boleh buat contohnya - check latest KWSP statement. Daripada situ, boleh check betul tak employee's contribution kita.

Kemudahan I-akaun
Cara2 pendaftaran I-akaun
2) Login ke I-akaun

Login ke I-akaun
 

3) e-pengeluaran

Pergi ke bahagian pengeluaran | kemudian klik pada permohonan baru | pilih jenis pengeluaran. Aku pilih pendidikan | Isi butir2 peribadi, maklumat institusi yang akan KWSP bayar (dalam kes ni, PTPTN) | KWSP akan bagi maksimum amount yang boleh dikeluarkan dari Akaun 2 dan kita boleh decide nak keluarkan berapa as long as tak lebih dari maksimum amount | klik submit | tunggu reply dari KWSP

Ikut langkah2 untuk isi pengeluaran. Pilih PENDIDIKAN untuk PTPTN
Check status e-pengeluaran
4) Menunggu reply dan pengesahan IC
Efisen giler.

Aku submit 9hb April, dalam 5 hari bekerja (15hb) dah dapat SMS suruh datang ke mana2 cawangan KWSP untuk pengesahan cap jari dan bawa dokumen yang berkaitan.

22hb aku datang ke KWSP Alor Gajah, within 15minutes sahkan cap jari dan transkrip, terus siap.

25hb aku check penyata KWSP, dia dah tolak untuk ptptn.

 

Hiking Fuji 2019 for the first time

Assalamualaikum.... Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part. 31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up be...