Thursday 30 January 2014

mencari

tercari-cari
terawang-awang
tanpa arah tujuan

tak perlu tau
tak perlu bantu
cukup kau dengar, aku rindu


Monday 13 January 2014

Pau Goreng dan Perempuan Pipi Pau

Ini semua salah Kak su. 
Ituari dia update pasal Pau Goreng makcik tepi jalan. 
Konon terpaling sedap sampai berebut2 makan 
Terus aku pun teringat-ingat pau goreng
tapi kat ofis ni, siapa je la yang jual pau goreng? even pau sadin pun tak nampak kelibat T__T

Nak keluar dari kawasan Plaza Damas ni plak rasa macam malas je..
Lagipun, semenjak aku bawak lunch box gi ofis, 
bila sesekali kena keluar bawah terik matahari rasa alahaiii lembiknya
*ini semua poyo, bukan sebab diva, tapi sebab malas nak ketibas* haha

So, Sabtu lepas tak kemana
Nak keluar malas bersiap-siap, pastu bersesak-sesak 
Ingat nak buat kerje ofis sikit2 tapi tu pun malas gak. huahua
tetiba teringat pau goreng *dah malas, asyiikk nak makan plak tu*

terus gugel2 bahan2 
simple je tepung, yis, garam, air settle...
and yes, kita start projek uli-menguli nih =)

Pau je kita gugel, tapi sambal ikan bilis sendiri bikin ^__^

Disebabkan aku takde timun, so aku decide nak masuk je inti dalam pau instead of potong pau separuh..

Adala dapat dalam 15 bijik pau. 5 terus goreng fresh2 and selebihnya masuk peti, buat stok 


Ini lah hasilnya pau gebu gebas nama diberi

Bahagiaa giler rasa dapat makan pau yang gemuk, gebu and penuh inti..hahaha

Semenjak benti kerja part time ni, weekend aku kalau tak berhibernasi, memang tak buat apa2 sangat.
Lepak2 tengok muvee, baca novel, itu jela. 
Nak keluar tu kalau orang ajak, baru keluar. Sebab aku jenis kalau keluar ok je, tak keluar pun ok je. Cuma, lately koleksi muvee semua dah habis aku tengok, so kebosanan tu ada la sikit. tapi, still la malas nak keluar. huahua. Saving beb. ekonomi tengah roller coaster ni. T___T

Ini plak pompuan berpipi pau. Duckface fail -__-"

Kesian cik Monday ^___^"

Monday 6 January 2014

Letting Go

Aku kalau suka satu2 lagu
ada satu penyakit sikit
satu hari sampai seploh kali nak dengar =P

Well, latest hit is---- Passenger- Let Her Go



The catchy part is actually the first part of the song:

Well u only need the lights when it's burning low
U only miss the sun when its start to snow
Only know ur lover when u let her go

Only know u've been high when u feeling low
Only hate the roads when u missing home
Only know ur lover when u let her go
and u let her go~~

Something about the lyric describe how I used to feel
we only appreciate things when it's no longer ours. 

Cheers to Passenger for singing a song so beautifully 
and cheers to the past, for bringing me such a memory

Happy New Year~~

Stronger Heart

I've been feeling down before, like I never would walk again 
like i would never smile again
like everything is going to end. 

but I pray
and request for a stronger heart
then the road become tougher

it's not because of the road that my heart stood still
it's because I believe in my prayer, that there would be answer
hence I couldnt stop praying,
until I couldnt really see, that my feet continue walking

but as human I continue forget,
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jangan meletakkan kebahagian pada sesuatu atau seseorang
Kerana tiada satu pun benda atau orang yang bersifat kekal
letakkan bahagia pada hakNya, 
kerana hanya Dia yang lebih berkuasa
(not the exact words, but the same meaning- 13 Jam A380)

Friday 3 January 2014

He turns Seven


Hari ni budak botak start sekolah

Ya, dia la yang berumur seven itu. 

I was in 1st year of diploma masa dia lahir. 18 tahun. hingusan dan kurus sangat time tu.  :P
And mak aku masa tu umur 47. Beliau yang lahir kan budak botak ni. 
Bukan aku yang lahirkan pastinya -___-"
Aku hanya mampu lahirkan rasa terperanjat dan gumbira saja. 

Aku anak ke-4
dan budak botak anak ke-12
beza sangat sampai kalau jalan bersama, orang selalu ingat beliau anak aku

well, orang tak salah.
tapi aku lagiiii la tak salah. huhu.

dan kalau perlu jugak kita jalan sama, aku selalu tekankan ganti nama KAKTEH masa berborak supaya nampak ciri2 kakak tu. walaupun sebenarnye orang tak heran pun. 
tapi, tetaapp la aku feeling jatuh saham kalau kelihatan seperti ibu muda. hahaha. 
imaginasi aku kuat. kuat sangat sampai rasa nak lempang. 

The first 2 years of budak botak adalah diperlaku seperti pwince.
Dicium-cium, digomol-gomol, Dibelai-belai manja. haha
Tapi, seperti tradisi adik badik yang lain, lepas je 2 tahun
hidup la kau sebagai mangsa buli. hahahahahahahaha...

dan kaki buli non other than yours truly

ala, buli2 manja je
setakat mintak amikkan barang sebab iolls berat punggok
atau terpaling best, hidupkan enjin kereta, suruh mak aku masuk kereta and tutup grill pintu. dan si botak pun bergenang la air mata kerana mak kesayangan tak bawak berjalan. hahahaha...

mak si botak ni selalu je kena marah dengan kakak2 si botak sebab manjakan dia
beli mainan, beli itu ini
tapi, tanpa sedar kakak2 dan abang2 si botak pun boleh tahan teruja kalau nampak mainan
siap belikan lagi -___-"
lepas dah bagi mainan, 2 3 jam lepas tu imej kakak mithali tadi pun berubah menjadi pembuli..haha

no wonder semakin hari beliau semakin mengada
kerana walaupun dibuli, beliau tahu pembuli2 ini hatinya suci murni...*puii..geli*

seben years dah beliau. dah besar.
kakak dia pun boleh tahan gak la membesar dengan jayanya

aku harap beliau tahan la sekolah sampai berjaya, jadi manusia berguna
kalau boleh jadi pak menteri, sebab aku nak mintak subsidi...
aku harap, insiden aku lari dari sekolah masa darjah satu tu tak berjangkit la kat si botak.
setakat ni, adik2 aku semua takde yang berjangkit penyakit malas sekolah ni. 
Alhamdulillah. syukur.

aku harap, besar nanti si botak tak lupa balas jasa ibu bapa dan kakak2 abang semua
ktorg semua pernah merasa mandi, basuh berak dia semua
so, agak2 nak kongajo lelebih, marilah aku tarbiahkan sikit. hahahaha





Hiking Fuji 2019 for the first time

Assalamualaikum.... Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part. 31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up be...