Monday 24 June 2013

ABC Syiok @ Seksyen 2 Shah Alam

Masa mula2 study dekat s.alam, antara port makan best 
dan murah is kat bus stand seksyen 2. 
Kat situ macam2 ada. Nasi campur, masakan panas2, satay mcm2 la.
Nama pun food court kan. 
Kalau tak variety adalah sesuatu sangat. Huhu. 
Tapi yang aku rasa terpaling best is ABC =)

Ada banyak kedai jual ABC kat situ.
Tapi pada aku ada satu kedai tu lagi terpaling meriah.
Macam2 dia letak dalam ABC dia. Aiskrim pun ado. Ikutla nak flavour apa. Kalo durian, dia baginya ngko eskrem durian.


Tapi semenjak seksyen 7 dah ada macam2 kdai makan 
and dekat pulak tu (dekat dgn hostel and rumah sewa) 
maka teramaaat jarang gile aku nak pi food court seksyen 2.

So, itu hari puasa teringin nak makan ABC.
Pastu spesifik pulak nak-
Yg meriah dengan macam2 isi
Yg murah dan berbaloi
Dan utama sekali yg ada aiskrim


So, mana lagi kan? Hehe
Kedai yg aku gi nama dia Pegaga ABC
Macam2 flavour ada contohnye jagung, durian, yam, coklat
Aku pilih absolute nut and coklat *nama sebenar aku tak ingat. Hantam jela lebih kurang*


Nak jadikan cerita, akak aku tertinggal wallet kat situ
Kenyang sangat mungkin sampai terlupa wallet sendiri. Huhu

Esoknya terpaksa la aku berbuka puasa kat food court lagi 
demi menanya kan wallet beliau *xde la terpaksa sangat sbb aku boleh makan ABC lagi. Hehe

Sekali ada. Budak2 kedai tu simpan
Diaorg perasan masa kemas2 nak tutup kedai.
Gila iolls terharu ok

Sebab masih ada lagi manusia baik hati mcm ni
Dan2 rasa macam nak beli dgn kedai2 sekali. Haha. Over.

Semenjak tu bertekad nak setia dgn kedai tu.
Dahla ABC sedap, budak2 dia baik pulak tew.


Ini lah ABC nye. eskrem dah runtuh. tak nampak dalam gambar

this gambar lama. nasi campur kat situ. sedap & murah

Friday 21 June 2013

VCOA Testimoni Sendiri *aisegantutupmuka*

Hari tu ada orang tanya
"awak jual VCOA ni, awak sendiri consume tak?"
sebenarnya aku dah consume dulu itu yang berani jual
masa memula sepet announce pasal VCOA ni aku tergerak nak try
saja sebab katanya membantu mengurangkan berat badan.
haha. motip? sebab masa tu aku tak larat weih orang dok keji aku peha besaq

tapi lelama aku dah lali dengan kejian
sekarang motivasi aku is biaq besaq janji sihat....

tapi to be honest tak nampak efek on berat badan pun 

sebab.... 

sebab.... 

mungkin sebab aku ni makan memacam tak kontrol kan
agaknya dia nak kurang je, lepas makan naik balik. nak kurang je naik. 
lepas tu gi gym mengelat. balik rumah tengok runningman aje. huhu. 
lepas tu selalu je lupa nak consume
mana tak senang lelemaks bermaharajalela

tapi efek lain yang aku perasan bila aku consisten telan VCOA ni contohnya:

1) Senang nak membuang
So takde istilah perut senak ke apa. Everyday mesti atleast sekali lawat toilet. Pagi dan malam.

2) Tenaga
Takde la macam kuat gila boleh angkat beras 10kg tu doploh kali. TAK. ai is tetap pompuan. tenaga pompuan yang ayu dan kuyu memang bukan untuk angkat beras 10kg banyak2 kali. 
Tenaga disini maksudnya aku tak mudah lesu. kengkadang duduk ofis pun boleh cepat penat dan ngantok 
tapi aku mampu bertahan sampai loceng habis kerja berbunyi.
Tapi ni tadi tak sahur. tak consume pun VCOA. itu yang lembik *kesianlakita =(

3) Rambut tak macam dawai
Aku pernah terbaca testi orang kata rambut dah kurang gugur. wallahualam. sebab aku tak pasan pun rambut aku gugur ke tak. rambut pen fen dek fek susah nak detect. wakakaka. tapi rambut dah tak kasar macam dulu. dulu mak aii macam dawai kejungnya. sekarang dah kurang kejung.

4) Kulit Muka lechenn??
ekceli buyer yang tegur aku kata lechen la apa la. pada aku sama aje. dulu aku punya muka kuat berminyak. duduk dalam ekon lagi menjejes kuar. tapi since consume VCOA dah kurang berminyak. 

apsal aku konfiden je kata semua ni kesan dari VCOA? sebabnya aku memang consume VCOA sajooo... takde lain sebab tak berani nak try. nak try Ephyra tapi cam mahal plak nak maintain bulan2. 


efek no 1 macam keji je nak bagi bahan bukti. takkan nak buat log book plak aktiviti keluar masuk toilet. kejiiiiii gile....

efek no 2 ni pun takdop bahan bukti hakiki. takkan nak letak CCTV kat cubicle ahkak supaya nak monitor lesu ke idok. tamau ah. mahai nau. lagipun nanti terbongkar rahsia aku main candy crush. eh. haha

efek no 3 ni kenot ok. aku kan bertudung. so, harap faham.


maka, silala tatap muka vain aku ni. pestime nak vain muka sajoo. maluu =P
tapi atleast ada la bahan bukti. dah lama aku consume. dah nak masuk 6 bulan. kemain setia lagi. 

tapi dalam setia tu ada jugak la terlupa la, terskip makan la, kenyang-sangat-sampai-taleh-telan-ubat la. tu semua la tu. ai manusia biasa. huhu. 

sesiapa area Seksyen 7, Shah Alam boleh la roger2 kalau nak try

Harga: RM40 sebotol 
Kekdah Pembelian: COD sahaja
Sms: 0137960028 
Jangan call sebab ai is bizi kat ofis and line tepon kat rumah aku is bengong. so, sebelum kesabaran korang teruji baiklah sms sajoo..




Thursday 20 June 2013

Menduyung di Ulu Bendul

Bersiaran secara tak langsung dari meja opis
Panas nye la cuaca. Walaupun tak keluar lunch sebab puasa, dia punya bahang still terasa
Johor siap jerebu. aku pulak baru je tau
no wonder member aku dari johor kata nak datang KL tapi dok tanya jerebu ke tak
ai is confuse masa tu. sekali tengok orang update kat FB jerebu dah teruk gila
*pitam* nasib baik takpayah outstation sampai ke sana

Kebizian semakin menjadi dengan back to back to back assignment
dekat sebulan tak masuk ofis tau. huhu
rasa cam best je kan gi sana sini tapi penat hoi
assignment last week pun tak settle lagi ni, pastu nak kena standby untuk 3 esaimen in a row
lepas tu dah balik working paper 3 esaimen in a row lagi kena hadap. 

so, aku memang serabut serba serbi
mana tak nya odit plan asyik la bertukar 
sebab ada 2 orang senior nak berhenti 
bagus jugak la berhenti 
kalau ada pun macam tak de kan. huhu. 
ape2 la. malas nak cerita orang yang dah nak takde kan

last week weken aku ter-free pulak and sbb member ajak kuar tapi dia bizi
so, aku pun balik rumah seremban. 
angkut adik2 aku pi Ulu Bendul. 
dulu2 jalan nak ke Ulu Bendul ni punyalah seksa nye. 
berputar-putar. jalan sempit lagi. 
each time pergi pun, baik gi naik kete or bas 
aku confirm mabuk. huhu. mak aku pun sampai dah paham sangat. 
jalan jauh kena standby la plastik ke apa. kot2 la mabuk aku tu menjadi-jadi

so, here i am after dah bertahun kot 
tak ingat last pergi bila. kesian. 
padahal org nisimlan tapi lama tak pergi macam la jauh nau
aku memang takdop ciri2 boleh jadi tourist guide ke apa.

kitaorang keluar rumah kol doblas. hahahaha. 
sebab pagi tu kemain masak nasi lemak la bagai
elok aku dah siap goreng telur and kacang, timun dah potong, sambal dah masak
tetiba nasik boleh pulak mentah
hanginn betul. last2 masak kat dapur gas je nasi nye itu. 

seronok mandi berkelah ni
sejuk je air dia. aku lagi prefer mandi sungai ke air terjun ke daripada pantai
sebab tamau gelap. haha
and aku tak suka tertelan air laut. masin =(

parents kitaorang tak join pun
bapak aku kan sakit, so tinggal dengan abang aku. 
mak aku ada hari kantin. pffftt...hari ahad plak tu. apekah?
siapa kata cikgu boleh rilek je keje 5 hari seminggu?
confirm beliau bukan cikgu
bizi jadi cikgu ni. ada je memacam aktiviti. memacam jenis exam. memacam jenis kertas nak tanda. memacam jenis perangai student. memacam jenis paperwork. eh. tetiba rasa bersyukur dengan kerja sekarang T__T

takde banyak gambar pun
sebab semuaorang sibuk nak mandi
and gambar aku ofkos takdop
horror sangat rupa aku menduyung tu. hewhew

balik tu makan eskrem sorang satu
and sampai rumah pengsan. 
mandi pun penat habaq ang. 





Monday 17 June 2013

kamon la ida!~~~

bersiaran dari meja yang berterabur kertas di sana sini laksana perang
serabut serba serbi
and not to mention motivation level keep getting low
huh!

schedule keep on changing every week 
apa ni? tak suka. pening!! 
hwaaaa.....
well, stress level plak berkadar songsang dengan motivation
macam2 benda rasa nak tulis, nak buat, nak cerita 

but then again, semua nye tersekat di kepala
sesak! 
at one time, i feel like dividing myself into atleast 3 persons
sorang pi kerja hakiki, sorang pi duduk rumah rehatkan diri, sorang pi planning / drafting ke apa yang patut
so, i'll have extra 48hours a day ;P

ni baru menguruskan hal sendiri, makan minum sendiri (plus kakak aku), kain baju sendiri
ni baru melibatkan hal sehari-harian
orang lain gi berperang, berjihad
orang lain anak bini ditinggal-tinggalkan 
engko kena back to back assignment terus rasa nak give up?

kamon ida. 
u're stronger than this
ala, setakat 4,5 nam orang senior berhenti tu apa la sangat 
kalo nak dibandingkan menguruskan anak, suami, rumah tangga kerja semua
ala, setakat back to back esaimen apa la sangat
kalo nak dibandingkan mereka yang kena posting sana sini jauh dari keluarga, merantau berjihad

kamon la ida
jangan jadi lembik macam goreng pisang (eh, alamak dari last week teringin goreng pisang)
u can do it *sambil goyang buntuit*

kamon la ida
great things lies within difficulties.
macam mana nak jadi pandai, hebak, bagus kalo ujian macam ni teruss nak pengsan?

ida fighting!!

Thursday 6 June 2013

Stress >> makan >> demok >> stress. pfffttt

Hai hai
minggu ni agak stress
biasala kerja mana tak stress kan??

lepas tu member baik berita baik pulak
happy for them tapi stress...hahaha
sebab teringat-ingat orang kata aku 'forever alone'
chaiittt!

hmm...
berkahwin ujian, single pun ujianNya jugak kan?
kurus ujian, demok pun ujian
kenyang ujian, lapau pun ujian....
hidup ini memang penuh ujian. bersabarlah wahai hati dan kekal waras =P

disebabkan minggu lepas ujian2 mengidam menyerang
hari2 terjebak tengok makanan
lepas tu sedapkan hati "takpe, seharian puasa. malam makan lebih sikit takpe" sambil usap perut. 

tapi tak gi jauh pun. 
makan area2 seksyen 7 jugak
sebab aku adalah tak kuasa balik penat2 nak gi jauh2 
redah jemm stoberii lagi. eh... kurang pahala puasa weih. 

1) Restoran Haji Sharin Low
kedai dia kereta laju kalu, memang tak nampak. 
sebab dia macam antara kedai2 baju macam tu.

masa ni aku teringin nak makan chinese food
walaupun order nasi goreng je
tapi feeling chinese restoran tu haruss lah ada


aku order nasi goreng thai, lemon ciken and air tembikai

aku makan lemon ciken dia terus rasa macam taknak makan ayam dah.
lemon ciken dia sangat out. tak seperti yang orang dok cerita lemon ciken sedap la apa la. 
ke tekak aku je yang kata tak sodap? entah. sendiri try okeih. 

nasi goreng dia biasa2 je
macam pre-cook pastu panaskan balik je
but then again, selera kita lain2.
pada aku, kalau nasi dia panas2 boleh jadi lagi sodapp

2) Popiah SS Ali
Ini sederet je dengan Gulatis

aku kalau telur mata, telur bistik, telur dadar ke boleh la tahan lagi
tapi kalau telur rebus ada sikit lari. huhu

dijadikan cerita, popiah ni inti dia telur rebus
so, pada aku biasa2 saja....

dekat p.malam pun diaorang ada jual
and aku selalu tengok ramai orang. 
mungkin aku je kot rasa biasa. ntah. haha
tapi sos dia sedap =)


selain popiah, ada jugak rojak dengan mee rebus
aku dengan kakak aku order sorang satu. konon bukak puasa lapau
tapi end up tapau je mee rebus tu sebab kenyang bangatt
serius serving dia besar
so, we all mampu habiskan rojak and popiah je

air asam boi lepas minum macam "amboi amboi amboii sedappnye.." huhu. terbaik

3) Pasar Malam
time puasa, gi pasar malam semuaaa benda rasa sedap. *pitam*


ni aku makan nasi dagang dengan gulai ikan
sodap ya ampunnn....
orang kelantan masak. kuah ada sikit manis
tapi overall sodap..


amboiii....kemain komen orang masak sedap tak sedap
macamkan ko terror sangat masak khenn..haha
tak, aku tak terror masak. terror makan je..*lempangsedas*

ada masa2 malas masak memang makan luar je.
bila semua pun rasa tak kuasa, memang pedulik la bajet ke idok. 







Monday 3 June 2013

Si put la sa nia + Akmal weeding

Jumaat lepas tiba2 teringin nak makan seafood lasagna pizza hut. 
balik kerja terus kensel gym, straighhtt ke pizza hut. haha
sorang je pun sebab akak aku kerja
sementelah aku masih tak segan nak snap gambau pict sebelum menerkam makanan, meh nak share gambau makan. 

seafood lasagne + mango yogurt nyum2 ; garlic bread + soup of the day - a must each time; squid strips yg mcm getah sekerap. sodap lagi sotong goreng tepung sendiri masak 

masa nak makan, kemain lagi bersungguh-sungguh
cuba kalau kesungguhan tu prektikkan masa workout or hiking ke
mesti dah lama kuruuss lentik macam kim k. hahaha
tapi, biasalah manusia punyai banyak kelemahan *tetiba*

lepas dapat idaman perut, kerja malam la pulak kita ye
gigih ni gi kerja eventho hujan sebab hari Sabtu kan Birthday Sultan and triple
sekarang ni kalau nak entitle di bayar triple, kena apit kerja. means if triple hari sabtu, so gigih la kerja jumaat dan ahad yo.

gituh. gigih kerja time triple sajoo... 
Insya Allah hutang settle, aku bersara jela dari kepsi. 
I am counting days =) 
murah rejeki iolls, settle awal, benti la awal. 

Sabtu lepas abis kerja, cleaning semua dah setel, tepat2 12am terus cap alip but
balik mandi and siap2 nak balik Seremban
akak aku kata nak ikot balik, so marilah kita tido dulu sementara tunggu dia balik keje kol 3pagi. huhu
Ahad tu ada kenduri member Terendak kat Seremban
aku tamau la ahad pagi baru nak gerak balik khenn..
kang dengan aku tatau bangun kol bape, dengan jem stoberii lagi 

gigihla ni bersengkang mata drive pagi2 buta tu. huhu
sampai rumah dalam kol 4pagi, tengok mak aku tengah layan tonton.com
amboiiii semenjak dah bijok IT ni, lajuuu je dia 
mak aku ni tido awal, so memang bangun awal
biasaaa la kata chekgu, dengan nak menjadi singa make sure adik2 aku siap gi sekolah lagii
tak bangun awal kalu, memang terbalik la rumah tu nanti 

Alhamdulillah aku terbangun awal sempat gi majlis awal
sampai2 pengantin pun sampai....heee...
cantik gilos pengantin. pink giler. tetiba rasa nak kawin pakai baju pink jugekss.. haha
sempat la beramas mesra dengan bebudak terendak yang datang.
tapi agak sikit awkward sebab ramai sekelas and se-geng

orang tanya awat aku selaluuu je lone ranger gi majlis kengkawan
habisss, siapa je bebudak terendak yang aku kenal kat s.alam (since most of the time aku memang gerak dari s.alam)
kalo ajak pun most of the time memang masing2 ada hal
gi dengan kengkawan pun boleh je kot boleh matching masa dan keadaan la..huhu

tak kisah la forever alone ke apa,
senang nak manage time gi sendiri...
ahad tu pun after majlis aku terus rushing balik s.alam
ate gigih nak entitle dapatkan triple..huhu....

To Akmal and Didi,
Selamat menjalani kehidupan berumah tangga, semoga tabah dan sabar hendaknya membina keluarga sendiri ye, semoga selamat menjadi parents kepada anak2 yang comel lotey *orang tu baru kawin tak sampai seminggu dah kemain kedepan wishnye...hihi



eh, dalam gambau mcm purple. bukan pink eh? ke purple pink? ke aku bu fu ta fa warna?

siapa next? orang single gini la gigih amik berkat. huhu


Hiking Fuji 2019 for the first time

Assalamualaikum.... Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part. 31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up be...