Monday 24 June 2013

ABC Syiok @ Seksyen 2 Shah Alam

Masa mula2 study dekat s.alam, antara port makan best 
dan murah is kat bus stand seksyen 2. 
Kat situ macam2 ada. Nasi campur, masakan panas2, satay mcm2 la.
Nama pun food court kan. 
Kalau tak variety adalah sesuatu sangat. Huhu. 
Tapi yang aku rasa terpaling best is ABC =)

Ada banyak kedai jual ABC kat situ.
Tapi pada aku ada satu kedai tu lagi terpaling meriah.
Macam2 dia letak dalam ABC dia. Aiskrim pun ado. Ikutla nak flavour apa. Kalo durian, dia baginya ngko eskrem durian.


Tapi semenjak seksyen 7 dah ada macam2 kdai makan 
and dekat pulak tu (dekat dgn hostel and rumah sewa) 
maka teramaaat jarang gile aku nak pi food court seksyen 2.

So, itu hari puasa teringin nak makan ABC.
Pastu spesifik pulak nak-
Yg meriah dengan macam2 isi
Yg murah dan berbaloi
Dan utama sekali yg ada aiskrim


So, mana lagi kan? Hehe
Kedai yg aku gi nama dia Pegaga ABC
Macam2 flavour ada contohnye jagung, durian, yam, coklat
Aku pilih absolute nut and coklat *nama sebenar aku tak ingat. Hantam jela lebih kurang*


Nak jadikan cerita, akak aku tertinggal wallet kat situ
Kenyang sangat mungkin sampai terlupa wallet sendiri. Huhu

Esoknya terpaksa la aku berbuka puasa kat food court lagi 
demi menanya kan wallet beliau *xde la terpaksa sangat sbb aku boleh makan ABC lagi. Hehe

Sekali ada. Budak2 kedai tu simpan
Diaorg perasan masa kemas2 nak tutup kedai.
Gila iolls terharu ok

Sebab masih ada lagi manusia baik hati mcm ni
Dan2 rasa macam nak beli dgn kedai2 sekali. Haha. Over.

Semenjak tu bertekad nak setia dgn kedai tu.
Dahla ABC sedap, budak2 dia baik pulak tew.


Ini lah ABC nye. eskrem dah runtuh. tak nampak dalam gambar

this gambar lama. nasi campur kat situ. sedap & murah

No comments:

Post a Comment

Hiking Fuji 2019 for the first time

Assalamualaikum.... Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part. 31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up be...