Jumaat lepas tiba2 teringin nak makan seafood lasagna pizza hut.
To Akmal and Didi,
balik kerja terus kensel gym, straighhtt ke pizza hut. haha
sorang je pun sebab akak aku kerja
sementelah aku masih tak segan nak snap gambau pict sebelum menerkam makanan, meh nak share gambau makan.
seafood lasagne + mango yogurt nyum2 ; garlic bread + soup of the day - a must each time; squid strips yg mcm getah sekerap. sodap lagi sotong goreng tepung sendiri masak |
masa nak makan, kemain lagi bersungguh-sungguh
cuba kalau kesungguhan tu prektikkan masa workout or hiking ke
mesti dah lama kuruuss lentik macam kim k. hahaha
tapi, biasalah manusia punyai banyak kelemahan *tetiba*
lepas dapat idaman perut, kerja malam la pulak kita ye
gigih ni gi kerja eventho hujan sebab hari Sabtu kan Birthday Sultan and triple
sekarang ni kalau nak entitle di bayar triple, kena apit kerja. means if triple hari sabtu, so gigih la kerja jumaat dan ahad yo.
gituh. gigih kerja time triple sajoo...
Insya Allah hutang settle, aku bersara jela dari kepsi.
I am counting days =)
murah rejeki iolls, settle awal, benti la awal.
Sabtu lepas abis kerja, cleaning semua dah setel, tepat2 12am terus cap alip but
balik mandi and siap2 nak balik Seremban
akak aku kata nak ikot balik, so marilah kita tido dulu sementara tunggu dia balik keje kol 3pagi. huhu
Ahad tu ada kenduri member Terendak kat Seremban
aku tamau la ahad pagi baru nak gerak balik khenn..
kang dengan aku tatau bangun kol bape, dengan jem stoberii lagi
gigihla ni bersengkang mata drive pagi2 buta tu. huhu
sampai rumah dalam kol 4pagi, tengok mak aku tengah layan tonton.com
amboiiii semenjak dah bijok IT ni, lajuuu je dia
mak aku ni tido awal, so memang bangun awal
biasaaa la kata chekgu, dengan nak menjadi singa make sure adik2 aku siap gi sekolah lagii
tak bangun awal kalu, memang terbalik la rumah tu nanti
Alhamdulillah aku terbangun awal sempat gi majlis awal
sampai2 pengantin pun sampai....heee...
cantik gilos pengantin. pink giler. tetiba rasa nak kawin pakai baju pink jugekss.. haha
sempat la beramas mesra dengan bebudak terendak yang datang.
tapi agak sikit awkward sebab ramai sekelas and se-geng
orang tanya awat aku selaluuu je lone ranger gi majlis kengkawan
habisss, siapa je bebudak terendak yang aku kenal kat s.alam (since most of the time aku memang gerak dari s.alam)
kalo ajak pun most of the time memang masing2 ada hal
gi dengan kengkawan pun boleh je kot boleh matching masa dan keadaan la..huhu
tak kisah la forever alone ke apa,
senang nak manage time gi sendiri...
ahad tu pun after majlis aku terus rushing balik s.alam
ate gigih nak entitle dapatkan triple..huhu....
To Akmal and Didi,
Selamat menjalani kehidupan berumah tangga, semoga tabah dan sabar hendaknya membina keluarga sendiri ye, semoga selamat menjadi parents kepada anak2 yang comel lotey *orang tu baru kawin tak sampai seminggu dah kemain kedepan wishnye...hihi
eh, dalam gambau mcm purple. bukan pink eh? ke purple pink? ke aku bu fu ta fa warna? |
siapa next? orang single gini la gigih amik berkat. huhu
No comments:
Post a Comment