Monday 24 February 2014

Orang(s) dan Kenduri Kawin(s)






Semenjak dua menjak ni ramaiiii giler rakan sebaya yang kawin
Google Calendar yang biasa aku update hal ehwal kerja tu pun terpaksa aku utilize update tarikh2 ongkawin ni. Takut luferr. Walaupun aku baru 18 *oh sila la percaya* tapi penyakit lupa tu kemain. 
Aku syak sebab terminum air semut banyak sangat
Semut ni pun satu, tau la slim, semua celah2 bekas air semua dia boleh lepas
Air paip kat jamban tu taknak plak ko hurung
Air yang aku dah penat2 masak tu pandaiii je dia. 
T___T

Anyhow, 
Aku tatau la kalau orang lain, tapi aku kalau dapat tau member kawin (yang rapat ke, yang tak rapat ke), aku punya happy dia lenmacam happy ke gatal -__-
Lagi2 kalau member jemput, lagii happy.
Selagi termampu, Insyaallah aku sampai =)

1) Atiqah dan Fitri (21.12.13)
Dua2 ni dulu kawan sekolah masa Form 1 sampai Form 3. Masa sekolah, diaorang ni memang best friend, at least that what they claimed they were, kalau memang dah berchenta tu, aku tatau la. Sebab dulu aku kan mawas pengawas, tambah plak anak cikgu, so budak2 ni depan aku memang jaga2 sikit. Takut kantoi..

Atas: Dengan Aida Mickey and penantin Bawah: Dengan bestfriend masa Form 1-3, Afizah. Sekarang anak nak masuk 2 ko.  Kanan: Mak aku dengan pengantin. 

Padahal diaorang tatau aku ni sama je nakal nya =P
Nama pun budak kan. 
Antara yang paling aku ingat  - masa form 3, panjat keluar tingkap kelas and kacau  form 4 prep.
Nisa la partner in crime aku. haha. aku tatau la ada orang nampak ke tak ktorg panjat keluar dengan baju kurung. 
Aku rasa tak la kot. sebab takde orang report. hahaha. 
budak yang kena kacau tu pun tak jumpa siapa penjahat tu. hihi
Mak aku kalau tau ni, memang dah kena la....
Mak aku dulu masa muda2 dia, garangg kot. Tapi tu nanti citer lain ;)

2) Husna Atiqah + Azmi (18.01.14)
Husna ni aku kenal masa dekat UiTM Lendu. Sama batch, tapi since dia transfer from Shah Alam, so tak semua kelas kita sama. 
Tapi, dengan orang yang baik ni, memang selesa je berkawan
Boleh study sesama
Pada aku, friendship ktorg ni nak kata bestfriend tu tak, nak kata member biasa pun tak. in the middle. 

Masa dapat jemputan kawin dia, rasa happy. 
Macam aku yang nak kawin =)
Tak tau la macam mana nak describe ;)

3) Farhana Syafawati + Walid (25.01.14)
Nana ni member sekolah rendah aku.
Satu kelas tapi aku lupa darjah berapa. 
From her blog, dia kawin dengan best friend sendiri. 
Alolo sweetnye...

Actually, hari yang sama aku ada 2,3 jemputan lagi. 
So, sampai2 je lokasi kejadiaan, terus terjah bilik pegantin.
laga pipi apa yang patut, makan dan gerak. 
tak sempat nak tengok pengantin sanding sebab aku nak berkejar ke majlis orang lain. 



Sebelum balik tu, terhenti jap kat candy booth sebab eksaited. haha..
mana taknye, meriah uolls. 
Aku ni kan mana boleh tengok makanan, ceklat, jajan2 ni. 
mesti suka je. 
tengok badan tau la kan ^..^



4) Aliff + Farah (25.01.14)
Aliff ni sepupu tiri aku.
Sebelum jadi sepupu, rumah aku dulu sebelah je dengan rumah nenek aliff
aku pernah la terminat dengan beliau sebab dia ni nampak cool je. 
tapi minat2 gitu la, aku mana reti ngorat2 ni. haha..
lagipun aku dulu comot and lasak. panjat pokok rambutan selamba je (tapi lepas tu tak reti turun T_T )

btw, adik2 dia hensem2 and lawa2

Ni masa kenduri belah pompuan kat Putrajaya.
Decoration dewan cantik and simple. 
Sedap je mata memandang. 
Tapi, gambar malas nak transfer. 
So, mana yang ada je la. 
Atas kiri tu adik Aliff- Syazarina. Ktorg panggil adik je. Gambar tengah dengan mak pengantin. Kanan gambar wakil family aku. Dua gambar bawah tu dengan uwan den. Abaikan muka aku besar dulang tu T__T

Yang ni resepsi belah lelaki. 
Sebab aku banyak tempat nak menyinggah, takde la aku datang sekali dengan adik beradik yang lain. 
Aku, mak aku, pengantin and Tok Adam. 

5) Mardhiah + Muadz (25.01.14)
Mardhiah ni sama sekolah menengah rendah. 
Ingat lagi, kemain dulu sopan santun
sampai sekarang pun sopan je. 
aku plak yang segan. hehe...

Masa sampai ni dah kol 2 lebih kot. 
Pengantin pun dah siap2 potong kek bagai. 
Sebelum beliau menghilang nak outdoor ke apa, marilah kita tangkap dia untuk bergambar. huhu..
Alamak awak, jangan tidoo...
Lepas majlis Mardhiah, ktorg ke majlis resepsi anak kawan mak aku masa di Grimsby. 
Ada gambar selfie aku jela dekat pintu gerbang. 
Malas la haih nak transfer. huhu

And ikut planningnya, aku nak ke Melaka untuk majlis member Terendak plak. 
Khairunissa (Ita) + Husnil Khatimi.
Dah dapat kad jemputan pun.
Tapi, sebab kesuntukan masa, tak dapek nak poie.

Kalau aku pergi jugak, dengan jem stoberi gitu gini, ada kemungkinan pengantin pun dah balik mandi T__T
Ingat nak pi belah lelaki kat Kelantan, tapi tarikh yang sama, ada wedding kat Perlis. 
Takpela, walaupun perut aku tak sampai 
 doa aku insyaallah sampai =)


6) Nadia + Mahyuddin (01.02.14)

Nadia roomate aku masa kat uitm segamat. satu batch, satu course and kadang2 satu kelas. 
Seronok duduk sama course ni, ko boleh tukar2 pandangan lecturer ni macam mana, lecturer tu macam mana.  gituh. 

Pagi2 kol 9 gitu dah janji dengan Idaradhiah nak jumpa kat kedai nasi lemak.
Kenduri kat Temerloh, haruslah aku cekalkan hati bangun pagi. huhu...

Happy for her. 
Aku paling suka baju Nad, sweet simple and nice. 
Lepas tu baju boleh ulang2 pakai kenduri orang lain, tak bazir kata ko. hehe
 7) Alyani + Firdaouz (02.02.14)
Yani my babyyyy!! hahaha..
Ni geng UiTM Shah Alam.
Walaupun diploma branch lain2, french class akhirnya menyatukan ktorg. 

Ko jangan tatau, aku ada belajar basic french. sikit2 jela tapi yang ingatnya..
kok suruh gak converse dengan orang french, maunya gigil kepala lutut. 

yani ni sengal ya ampun. haha. 
so, bila sengal kuasa dua (join dengan aku), maka memang tak menahan la wei.

masa hari kejadian, aku gerak dari seremban. 
So, janji dengan sepul mintak dia jemput kat KTM. 
masuk2 kereta, sepul tanya ko tau jalan?
aku dengan eksyen kata, " aku pakai GPS je" 
so, setkan la GPS. 
pastu, on the way, 2 3 kali si sepul ni cakap, 
"aku pernah nampak Club House tu. macam jalan ni. betul la kot"

at the same time, si Raihan and Ain pun dah sampai
pastu ada la 1/2 jam kot ktorg tak sampai2 dari stesyen KTM Kajang. 
sekali bebudak ni wassap, kata club house tu 10 minit je. 

Sekali aku check destination dekat GPS, memang la club house tapi bukan Kajang, dia set ke Cheras. 
Sengal giler.. vudus pun ada gak rasa. haha. sebab aku konfiden dan terlaluu percayakan GPS. 

bila sampai je, rasa nak hantuk kepala sebab memang dekat giler wei dari KTM Kajang. 
Hmm...adalah tu hikmahnya.
Sekarang trademark aku - biar tak reti jalan, jangan tak reti GPS. 
walaupun banyak tempat dah si gps ni tolong aku, tapi eee...tak boleh percaya 100% wei. 

Dengan budak2 kelas F (Accountancy 2009-2012) 
Ramai takde. 
Lepas kenduri, singgah masjid Kajang jap solat and lepak2 minum cendol depan masjid. 
Sorga giler tengah2 panas dapat cendol. 
Tapi sebab sibuk berborak dengan yun, sepul and raihan, sampai terlupa nak gambar cendol. 
Takde pun tak pe kan. Cendol ni makanan yang mana2 boleh jumpa. tak rare sangat. 

So far weekend aku memang terisi je dengan weeding orang. 
Ni actually ada lagi yang aku tak masuk. 
yang time aku jadi gadis dulang, sampai member dah mengandung pun aku tak update lagi.
Biasala, audit bertingkek2. lama2 lupa
takpela, gambar simpan next entry kalau rajin. 

Honestly, aku happy kawan2 aku semua dah melangkah ke alam baru
Bila gi kenduri, kengkadang terlupa yang aku kena diet. 
Itu yang pipi semakin lama semakin mengepau...T__T

Kepada member Terendak yang menjemput tapi aku tak sempat hadir:
1) Khairunissa (Ita); and 
2) Izyan Syahila 

and kepada those yang baru kawin, tahniah banyak2 weih. 
Semoga kekal sampai jannah. 

Ni aku tengok kalendar, bulan March ni meriah kenduri kawin lagi. 
Kok gini, memang bahagia la perut aku~~~

Tuesday 11 February 2014

Never a perfect person

I am imperfect
in so many ways I remember
I am lost in the confusion that I, myself, help to build it inside my head
I over think things...

I am like a bird with broken wings;
while hurt and broken is one thing that I need to endure
flying is another thing that I need to force myself doing
because, without it, it doesnt makes me-myself.


Hiking Fuji 2019 for the first time

Assalamualaikum.... Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part. 31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up be...