Tuesday 31 December 2013

Betul ke ASB Loan ni untung?

Dah hujung tahun, 
excited sebab sesiapa yang menyimpan kat ASB tu, dapat dividen.

Aku dah jadi ahli since zaman diploma lagi.
Then masa degree, dah start kerja part time aku amik plak Loan ASB

Well, banyak lagi channel yang kita boleh nak invest in macam Fixed Deposit ke, Saham ke and what not. 

Tapi, at the moment masa aku decide invest, aku mampu untuk leburkan laburkan duit ke ASB je dulu sebab:

1) Murah. RM 1 per share dan tidak berubah
2) Low risk
3) Trend pulangan (dividen) yang tak lari jauh for the past 10 years (7% +/-)

Semalam masa aku dok mengugel info dividen 2013, tersinggah few website yang membahaskan pasal keburukan loan ASB. 

Deng!!!


Tanjat gak la sebab selama ni AKU RASA decision aku dah cukup best dah. itu la kalau syok sendiri, tanpa ilmu memang la kau rasa kau punya decision je la yang terpaling best. haha *gelak awkward*

So, being obsessed with Ms Excel Spreadsheet 
(oh, ya aku siap ada personal income statement, ledger ok. 
for the sake of tracing mana duit aku pergi =P )

aku pun buat simple calculation untuk tengok actual value of money yang aku dapat kalau:
1) 100% loan tapi yearly dividen bawak keluar=P
2) 100% loan and yearly dividen perap dalam ASB
3) 100% loan. First year dividen roll back dalam ASB
4) simpan sendiri

So, untuk no. 1,2 and 3, case study dia gini (amboi siap case lagi. lecturer Finance aku menangis tengok student dia yang lem boleh buat case study. haha)

a) RM45,000 loan untuk 25 tahun (atau 300 bulan) dengan interest rate 4.95%  (BLR-1.65%) 
b) Term of loan dari Jan 2014 sampai Dec 2036
c) Untuk loan from MBB, aku kena bayar RM260 per month. So, cumulative loan repayment adalah (260*berapa bulan dah aku bayar)
d) Loan amortization is the expected principal paid for the year. Aku guna online calculator kat sini
e) ROI adalah assumption return for that year jika aku decide nak terminate loan aku for that particular year. So, formula dia gini:
      Income:- (NCI + Loan Amortization)
Modal:- Cumulative Loan Repayment

f) Calculation di bawah tak ambil kira bonus ASB (sbb dia punya calculation payoh sikit. haha). So, the actual cumulative income can be slightly higher. 

Table 1) 100% loan and yearly dividen taken out (ni yang aku buat sekarang)

Bila dividen aku keluarkan setiap tahun, maka dividen aku adalah tetap (45000*7%) 
Walaupun dividen dikeluarkan, ianya tetap dikira sebagai pendapatan aku. Maka column 'Cumulative Income' ni ambil kira total pendapatan aku. 

Lepas 25 tahun, pendapatan (dividen) aku berjumlah RM 78,750
(Tolak) bayaran pinjaman                                     (RM 78,000)
Pendapatan bersih                                                       RM750
(Tambah) nilai pinjaman                                           RM45,000
Duit terima                                                            RM45,750*

*Tapi since aku dah keluarkan dividen setiap tahun, duit yang aku dapat pada tahun ke-26 ialah RM45,000 sahaja


Table 2) 100% Loan and Yearly dividen tak berusik 




Dalam kes ni, untuk tahun ke-2 sampai ke-25, dividen aku jadi (RM45,000+dividen terkumpul)*0.07

Di akhir tahun yang ke-25, dividen terkumpul       RM199,234
(Tolak) bayaran pinjaman                                   (RM78,000)
Pendapatan bersih                                             RM121,234
(Tambah) nilai pinjaman                                       RM45,000
Duit terima                                                        RM166,234

Masa tahun ke-26, aku dapat in total RM166,234. Untung kan kalau dividen tak berusik. 
Tapi, sebelum buat keputusan, jom tengok table seterusnya:


Table 3) 100% Loan. Modal keluar only on first year; and dividend received use back to pay loan and balance dividend simpan dalam ASB

Since this is an edited version from the original posting, plus aku terlebih rajin ini hari (02.01.14), ada additional table untuk profit for every year u invest in. So note down yang hanya pada tahun ke-4 baru korang dapat Positive Profit.  

Untuk summarise: 

Di akhir tahun yang ke-25, dividen terkumpul       RM5,017.47
(Tolak) bayaran pinjaman (1st year)                    (RM3,120.00)
Pendapatan bersih                                           RM1,897.47
(Tambah) nilai pinjaman                                        RM45,000
Pulangan bersih daripada investment                RM46,897.47


Table 4) Simpanan sendiri RM 3,120 setahun (atau RM260 sebulan) dan dividen tak keluarkan


Dalam kes ni, let assume yang aku simpan RM3,120 ni pada setiap awal tahun (January), so dividen kira setahun terus tak perlu nak pro-rate ikut bulan. 

Since RM3,120 ni duit aku sendiri, maka tak perlu tolak apa2 expenses. 
So, pulangan bersih dari investment (pada tahun ke-26) ialah RM195,324.80

Kalau perasan, dalam table 4 ni takde ROI (Return on investment)
sebab takde modal pun dikeluarkan sebab pada tahun ke-26, duit RM3,120 aku masuk tahun2 tu memang duit aku. 

Tapi, kot korang nak sangat ROI, mehla den kiro kan:
RM195,324.80  X100
(RM3,120*25)          
= 250%

Conclusion: Semua jenis investment kat atas pun memang untung. Tapi, yang mana terpaling untung untuk jangka masa panjang? Of course Table 4- simpan sendiri.
Provided that berdisplin, bertekad, berwawasan la untuk simpan sendiri. 

----------------------------------------------------------------------------------

Jika kira dari segi mana lebih banyak memberi keuntungan (income tolak modal), table 4 paling untung....

tapi, kalau kira dari segi JUMLAH DUIT paling banyak dapat at the end of year 25---------jawapan nya table 2.

sama jugak kalau ko bandingkan pada tahun 2018

here's the tricky part. 

untuk tengok jumlah duit ko dapat is tengok pada CUMULATIVE COLUMN

sebab Table 2, ko ada extra modal add in every year (accumulated dividend)

So, actually benda ni terpulang pada macam mana kita nilai ASB. 
Kalau dari segi ROI, ASB loan memang tak untung banyak
tapi dari RM yang ko dapat at the end of year of investment, ASB loan (Table 2) lagi banyak. Provided that, ko displin la tak keluarkan dividend sampai la loan tu matured. 

Macam aku pun, sampai konfius2 dengan calculation sendiri.haha...
walaupun calculation aku bukan 100% tepat sebab aku amik kira average dividend, tapi, generally dah boleh bagi gambaran la kan. 

Kalau ada yang nak amik calculation aku yang tak seberapa ni sebagai rujukan, sila kan. 
tapi, kalo amount yang ko dapat tu tak sama, ko jangan datang kat aku marah2 kata aku tipu.hewhew. sebab calculation aku ni adalah basic anggaran je. 

how exactly bank amortize ASB loan within 25 years tu, aku pun sure sebab aku pakai online calculator. 

Selamat membuat keputusan yang bijok. ngehngeh

Tuesday 24 December 2013

New Year Resolution

Macam biasa
kita re-new balik tahun sudah
yakni
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

untuk kurus dan sihat....

hahaha.

cis kek betul la.
aku rasa aku makin melebar.
bukan melebarkan sayapnya tu
lebih pada melebarkan buntut nya...

kerja oh kerja.
balik lewat tiap hari
hujung minggu pulak makan kenduri

cer citer bila nak senam?? *ini semua alasan!!

Kisah aku

Tsk...tsk...
Apa la nasibku
Boyfriend lari tinggalkan aku untuk betina lain
Tak guna lagi aku hidup tanpa dia disisi...
*a few minutes later
Untung badanku kecil
Menyelit dicelah mana pun mampu
Selamat tinggal dunia
Biarlah aku pergi membawa duka di hati
Aaaaaaaaaaaaa~~
Jeritanku semakin sayu
Sayup2 kedengaran

































"ish, tak guna punya semut. Habis air aku tercemar"
..............................the end.............
Semut, if u want to die, dont die inside my drinking water. Penat bak ang asyik nak masak ayaq.

Thursday 19 December 2013

Sakit Mata dan MC 3 hari

Ituari kan menghantar cousin aku ke Batu Gajah untuk wedding dia?
Sabtu lepas reception belah kitaorang kat Putrajaya
Biasa kalau gi wedding or buat aktiviti lasak, aku prefer pakai lens 
sebab takde la rimas hidung ni peluh2 semua. lagipun aku rasa gambar dengan spec menampakkan aku nerd dan tua 10 tahun. choiii...

Lepas wedding ktorg the cousins plan nak naik Broga
Sesaja je la buang peluh and lemak2 yang ada
Sekali on the way, hujan. so patah balik la ke Putrajaya
In between tu nampak Sports Centre nyinggah dulu main bowling

After that baru aku sedor wallet tinggal dalam kereta kakak aku
So dipendekkan cerita, malam kol 8 baru Nisa dapat anta aku balik rumah
Sedar tak sedar dah dekat 12 jam aku pakai c.lens

Actually aku dah mula rasa tak selesa and penglihatan tak de la terang bebenor
Tapi sebab malas, aku biorkan sampai balik

Elok je balik tu, tanggal and cuci lens macam biasa
sekali mata kiri start rasa pedih and panas 
Aku ingatkan normal la (pernah kena few times before), so takde la nak risau sangat walaupun SAKIT.

Sekali esok nye aku bangun pagi, mata dah berair je and sakit toksah cakap la plus susah nak bukak mata
So, cecepat aku call kakak aku suruh balik PJ pagi Ahad tu jugak. Giler ko seram kot....huhu
Aku cuci muka, gosok gigi dalam keadaan teraba-raba tu and bersiap-siap
Dalam kol 9 lebih ke kol 10 baru kakak and mak aku sampai
Merasa la tangan berpimpin masuk kereta sebab aku totally tak boleh bukak mata

Sampai hospital Klang, nasib baik la orang tak ramai sangat sebab aku tunggu tak sampai sejam pun
Jumpa doktor dan kena bebel sebab dia ingat aku main hantam je pakai brand cap ayam
As a result, aku kena pi buat dressing (cuci mata) 
and inject 2 kali (satu kat tangan, satu kat bahu)- which dua2 pun lebam giler. Choii

Mintak MC, doktor bagi 3 hari starting from Monday. Alhamdulillah, syukur sangat
sebab aku rasa memang dah patut pun aku kena rest. 
Semenjak dua ni asyik mengadap laptop (ofkos buat report semua ngadap laptop khen) 
so, mata and mental pun dah terbengong sikit. 

Anyway, apa yang aku nak share bukan pasal MC 3 hari tapi tak buat video pipi bulat2 tu. hahaha
Tapi sebab dah terkena ni khen, aku pun rajinkan diri mengugel sebab musabab kenapa aku boleh kena infection. 

At first, aku syak sebab masa kenduri aku dok usha orang yang buat persembahan masa kenduri Izz tu. hahaha... Aku dengan Nisa la yang dok ralit usha sebab ktorg dah sampai awal kol 11am, and sementara nak tunggu majlis selesai (and nak pi Broga), itu ajela keje ktorg. hahaha... 
Ok fine, memang nampak gatai di situ, tapi usha sampai situ jela. sebab suka tengok. bukan sebab nak buat calon suami *walaupun makcik2 sibuk tanya aku THE QUESTION* 

Kendian aku rasa maybe sebab aku pakai lama sangat

Pastu pikir balik, mungkin cara aku simpan c.lens tu yang tak betul (maybe suhu panas masa balik dari Gopeng ituari)..

Banyakk la sebenarnye kemungkinan dia. So, tadi aku ada la buat gugel sesikit pasal Infection / Mata Merah ni.

And from my reading from here and here, dan additional reading from Q&A,  ada beberapa sebab kenapa mata aku boleh merah and sakit giler:

1) Solution yang tak sesuai
Biasanya aku memang stick to RENU je tapi masa nak replenish stock, aku tak jumpa RENU kat Tesco, so aku pun beli la brand PharmaSafe. 
Ada kemungkinan aku alergik dengan solution PharmaSafe ni, which orang lain maybe tak rasa apa. Tapi, ia boleh bagi effect pada aku. But, yet ini adalah kemungkinan sahaja. untuk result alergik, aku kena refer pada Specialist - which aku tak sempat lagi nak pergi. 

2) Casing Lens yang lama  
Ok, ini tebiat yang susah nak prevent. Bukan apa, sebab casing dah ada, so walaupun aku tukar lens, tetappp la re-use casing yang lama. Of which, TAK ELOK sebenarnya. Seeloknya, tukar casing selang 3 bulan sekali (if necessary, tulis Date Used dekat luar casing tu sebagai reference). 
Logiknya sebab, lagi lama kita (read: aku lettew) pakai casing yang sama, lagi banyak mikroorganisma yang terkumpul yang tak nampak dek mata kasar yang sah2 la rabun. hewhew...

3) Lens bercampur dengan Air
Ini pun ada kemungkinan jugak sebab last aku pakai c.lens ni masa pi Gopeng ituari la...
Dari apa yang aku baca, lens dengan air is a big NO NO. PH mata kita dengan PH air adalah lain. Plus dalam air, tatau berapa banyak mikroorganisma dalam tu yang boleh terlekat dekat lens yang akhirnya akan direct ke mata. 
So, recommended kalau nak jugak pakai lens masa beraktiviti dalam air (berenang, scuba, water rafting) pakai lens yang disposable and pakai goggle supaya chances untuk air tu terkena mata kurang la. 

4) Cara penyimpanan yang salah
Sebelum sentuh c.lens, tangan mesti bersih (no chemical, no lotion, no sambal belacan or whatsoever); and sebelum simpan, kena rub gently lens tu untuk membuang anasir2 jahat yang maybe terlekat sepanjang hari. So, maybe masa aku bukak c.lens tu tangan tak berapa nak bersih, boleh jadi c.lens pun infected. Actually, benda ni berkait rapat dengan No. 1 and No.2 kat atas jugak. 

From gugel2 ni, banyak jugak la yang aku jumpa the do's and the dont's of wearing contact lenses, and other reason yang boleh menyebabkan mata merah / infected tapi kita maybe tak perasan / amik mudah (aku lettew, bukan orang lain), contohnye:  

- Pakai lens terlalu lama melebihi the recommended time (always refer to your brand). Untuk pemakaian c.lens yang terlalu lama, c.lens akan menghalang oxygen untuk sampai ke kornea mata kita. and it can stimulate new blood vessel (dalam darah ada Oxygen) untuk 'timbul' di tempat yang tak sepatutnya di mata. in long term, ia adalah sesuatuyg tidak bagus...

- Terlalu kerap menggaru mata and menyebabkan anak mata tercalar; 

- Pakai waterproof make-up (especially mascara / eyeliner). Bahayanya bila pakai make-up tebal seinci ni (especially yang waterproof), maybe ada partikel2 halus make up kita yang terlekat kat lens; and being waterproof, partikel halus tu hanya boleh dicuci menggunakan minyak or make-up remover. Since solution kita is not oil based, so that partikel halus tu akan accumulate dekat lens sampai la tatau bila;

- Tido dengan c.lens. Actually, pakai lens konsep dia lebih kurang macam ko pakai plastik atas kepala. Mula2 ok, lama2 kalau dah tertidur dengan 'plastik' sekali, kita mesti rasa lemas kan? Ha, macam tu la mata kita. Every now and then mata kita akan bernafas dan memerlukan oxygen. So, bila tido (tutup mata), oxygen susah nak sampai ke mata. lama2 dia boleh menyebabkan tak selesa dan gatal..

-Pakai c.lens melebihi the validity period. Contohnya, korang beli disposable lens tapi pakai untuk seminggu. Secara kasarnya, kita rasa takde pape. Tapi actually, that particular lens is made with specific ingredients specially for one validity period. Bila kita memandai extend validity period dia, secara tak sengaja, partikel2 or mikroorganisma akan happily melekat dekat lens and infect mata kita...


Actually, banyak lagi benda menarik pasal soft lens ni tapi aku penat nak taip bebanyak. hahaha
So, marilah kita rajinkan diri research sendiri untuk kesejahteraan mata kita sendiri ok. 
Jangan nanti dah terlambat baru nak terngadah. amboi, terus kuar peribahasa..haha...

Wednesday 18 December 2013

To Ida from Ida

Dear the future Ida,

You might be reading this 5 months later since I write it
or u might not. but i bet u will...hahaha
u are the kind who take the past so seriously 
u are the kind who do first and regret later. heh. 
u are the kind who eat first, diet later. regret BIG time. yeah!

I dont know why I'm writing to you now
like pffttt...
but yeah, I would like to inform you that at this point of time
you were freezing like ice at kfc so just to finish the audit plan (at 2 o'clock in the morning!!)
yeah, I know. we hate audit so much but I guess He have better plan for us?
nope. not the audit entirely. just hate the working paper. hahaha. same ol same ol

at this point of time, please be informed that i am at the verge of giving up
i dont know what the future holds and i'm tired
i'm tired of doing two works 
i'm tired of having limited choices and afraid to choose 
i'm tired of feeling like i'm not moving on. 
nah. i dont think it's hormone. baru je bersih ni =/

i hope that somehow in between the time i write and u read this
we are making the right choice 
and i hope for whatever reason or things that hold u in future,
u're going to stay strong
like u used to, like u always be

thou most of the time we did meroyan bagai kalah orang preknen je
tapi, yes meroyan la selagi waras. selagi tidak menjejaskan orang lain

it's like kalau boleh i want to wake up as someone else
like kim k yang hot ittew ke?? eh, takleh. sexy sangat bahaya...

entahla apa yang aku merepek ni?
macamkan orang baru  mabuk overdose ubat  batok

No, this has nothing to do with any motivational talk or whatsoever
let just safe it another day
when i'm sane enough to remember and write (hehehe)

this is just to inform u that there's still hope deep inside 
that things will get better
and i will we will be getting better
life is all about moving on and be strong

Regards,
Ida
180613
330 am @ KFC

Wednesday 11 December 2013

Finally- White Water Rafting @ Gopeng Perak

After Wet Caving
Main2 air dulu baru keluar dari gua
ktorg kat dalam gua adalah dua jam.
Tapi tak rasa lama pun. 

Then, bertolak balik and sampai resort around 1pm

Group lain dah makan lunch buffet
Aku rasa since ktorg je group yang tinggal, 
So, pihak resort siap hidangkan makan
Special giler rasa. 

Lauk terpaling sedap is Sambal Belacan. 
Yang lain pun sedap gak, 
tapi aku tak makan banyak *sila la percaya* sebab Mr Lee dah pesan siap2 nak rafting nanti jangan makan banyak, takut mabuk and muntah.
Ada lebih lauk, ktorg siap tapau. huahua

yang ktorg terharu siap ada nangka 
actually, masa briefing dengan Mr Lee, ktorg dok tanya boleh tak nak amik nangka dengan cempedak
(banyak kot pokok buah kat situ. teruja giler)
sekali, dia siap hidangkan. 
pompuan, biasalah. benda kecik macam ni pun terharu..hahaha

Lepas makan and bersihkan diri apa yang patut
gerak untuk water rafting plak

untuk water rafting, another guide Andri yang attend to us

Sebab sungai tak berapa nak jauh, guest kena angkat sendiri bot? (bot tanpa enjin) ke sungai
ktorg berlima + andri angkat sesama
tapi, still berat gile habaq ang
rasa nak tercabut tangan. 
biasalah, pompuan melayu terakhir katakan..hahaha.. masa ni la rasa macam bestnye kalau group ktorg ada lelaki...


tengah tekun mendengar briefing. 
sampai kat sungai kampar, andri bagi briefing and coding yang digunakan
Syukur sangat nasib ktorg baik
Cuaca haritu cantik sangat... tak panas dan tak hujan
andri kata nasib ktorg lagi baik sebab semalamnya (Sabtu) dah hujan lebat
so, air sungai memang deras dan terbaik untuk rafting. huuu...

aku tatau la nak cakap macam mana rafting ni
seronok tak hingat
masa dekat air, macam2 boleh jadi
so, kena trust team, tour guide and nature

contoh macam ada rapid (air terjun kecik)
kalau team gelabah, boat boleh capsize.

ada masa2 tak payah paddling pun sebab air sungai akan bawak kita with the flow

seronok giler. 
walaupun banyak kali jugak ktorg tersekat dekat batu. hahaha
tatau la faktor muatan ke apa. 
tapi, tak tension pun sebab andri pandai nak kawal keadaan...

in between tu dia ada bagi masa rehat and main2 air
ktorg apa lagi, gunakan kesempatan yang ada untuk mandi sepuas-puasnya

korang tengok je la gambar2 yang ada ye
ada beratus gambar, tapi aku tak larat la nak watermark semua








muka cuak tak boleh blah



Masa ni kena boom2.. maksudnya, masuk dalam boat dan pegang tali...
masa ni la yang paling cuak sekali. tapi Alhamdulillah, semua selamat. boat ktorg tak capsize pun. Andri tolong capsize kan adalah.... haha. tapi tu dah dekat kawasan tenang sikit. best for experience =)
Ini stop kejap ber-high five
balik tu ada lori yang jemput ktorg. 
and kemho apa yang patut, kita gerak balik resort
sesampai je, tengok dah siap berhidang minum petang
tak ke happy jadi seorang pemakan mcm aku ni? hahaha
ape-ape hal kemho dulu
lepas mandi tengok atas meja ada CEMPEDAK GORENG + kek pisang 
wahhh, best giler


Sambal belacan, NANGKA, kopok, sosej,  ayam, tauhu jepun, sayur kacang, CEMPEDAK, kek pisang--- cis, berbunyik perut aku tengok gambar ni
overall memang best
walaupun tangan aku sakit2 sebab gigih paddling punya pasal

gerak dari resort dalam kol 6 lebih
sampai rumah shakiera around 1030pm kot. 
standard la tu bila banyak menyinggah dengan jem stoberi lagi

Summary:
Total berhabis kat sini: RM205 (dua aktiviti + lunch and tea) + RM50 sorang untuk gambar 

sila visit website My Gopeng Resort untuk pakej2 lain yang ditawarkan





Mee Rebus Ramli and Wet Caving @ Gua Tempurung

Balik from Kellie's Castle
kita check-in dulu hotel Happy Owl. 
hotel budget je uolls kat Simpang Pulai
Satu bilik ada 4 katil single, malam nak tidur kita rapatkan katil memasing
Okla untuk buat tido satu malam. 

Kalo nak hunimun, hotel gini memang tak sesuwai la
and toilet agak scary. scary bukan apa, hotel tu kat deret rumah kedai, 
memalam boleh dengar orang sebelah mandi. 
seraaammm mak. haha.. #dasarpentakut

kita leklu mandi rehat2
lepas maghrib keluar jenjalan Ipoh
memang bajet pelancong betul siap dengan kamera beso nye
Kitaorang gi area KTM tu, mak ai ramainye kereta
ingatkan ada aktiviti ape, rupanya orang dok lepak je dekat air pancut situ

cheh. *matikla orang perak marah aku*

sekejap je situ sebab motif sebenar nak berkemho depan majlis bandaran Ipoh
tapi memalam gambar tak bape nak lawa
nampak lampu je lebih
ktorg yang chantek2 ni tak bape nak nampak.. huhu
so, marilah kita gi dinner terus...

Actually, Ipoh ape je best selain dari Nasi Vanggay?
Memasing blur tatau nak makan apa
aku lagi la blur. aku paling lemah bab nak pilih tempat makan. tapi tang makan tak lemah. eh. 

Nisa contact abang ipar dia, orang Ipoh
Diaorang kata kat stesyen keretapi ada Kuetiow goreng and mee rebus ramli
masa kat stesyen tu tak nampak plak stall ke apa yang jual kuetiow
so we settle for mee rebus je
bape kali tah benti tanya orang. walaupun GPS ada, tak semua cawangan mee rebus ramli bukak sampai malam...

Kuah mee rebus dia pekat likat sodapp

Kitaorang order 5 mee rebus, satay and 1 cham sup (mihun campur mee)
Satay dia mahai 90sen secucuk. Tapi, isi gebu2 and sedap, so berbaloi la..
mee rebus dia memang terbaik. lagi sedap dari warung Aji Don dekat ofis aku ni and ofkos lagi terbaik dari mee rebus yang aku masak. hahaa.. 
tapi cham sup dia total out. tak berapa nak rasa sup. orang kata takde 'kick'. huhu
hmm..nama kedai pun 'Mee Rebus Ramli' so itu agaknya diaorang fokus on mee rebus
ada jugak menu lain macam nasi lemak tapi tak try plak...



----------------------------------


Esok pagi2 bangun, lulur tembakau satu badan (petua tamau pacat lekat) and tukar baju siap2;
checkout and breakfast before heading to My Gopeng Resort

Nak masuk sana jalan kecik, nasib baik la ktorg punya kete memasing comel2
takdela gayat sangat sebab jalan dia stok2 yang ko tinjau luar tingkap, nampak gaung. haha
mau nye tak gayat??

Kitaorang pilih pakej Wet Caving dan White Water Rafting
so, lepas briefing dengan Mr Lee, kita start dengan Wet Caving untuk Gua Tempurung
Guide ktorg Mr Asri @ John (nama dalam gua John, nama luar gua Asri. #akupuntakpahamkenapa)

View sangat cantik walaupun dari atas lori. mihmihmih

Dari resort ke Gua Tempurung dalam 10 minit je
Diaorang bawak ktorg naik lori
Memasing eksaited gile naik lori. lori je pun tapi bila pakej dengan great view, memang puas hati.

Sesampai je, amik gambar dulu
Tapayah nak beratur register ke apa sebab semua resort dah buatkan





So, dalam gua tu John cerita serba sikit sejarah gua tempurung
aku bab2 sejarah ni lemah sikit, tapi bila nampak depan mata memang rasa kagum giler. 
Ya Allah, tatau la cane nak habaq mai lagi. Memang cantik betul dalam gua tu..

Disebabkan Wet Caving, ktorg kena naik tangga sampaaaiii la bumbung gua and turun balik guna exit satu lagi
orang lain yang tak amik pakej wet caving ni kena exit guna jalan yang sama diaorang masuk..

Actually, aku rasa dikalangan kengkawan aku, aku ni dah cukup berani, dah cukup adventure tau... haha
sekalik bila dah nak turun je, menggigil lutut habaq ang. 
haha.. masa tu baru la aku tau, out of 10, aku ni pengayat tahap 8. 
jalan turun tak cukup dengan slow, siap macam nak peluk je handle dia. hahahaah

tapi, rugi la kan aku dah bayar mahal2 sekali nak patah balik
oh, no no. 
perjalanan tetap diteruskan walaupun aku rasa compare dengan siput, aku ni sama lembs je..haha

Dalam gua ni ada je lampu tapi makin atas, makin gelap
so, pepandai la standby torchlight ke, headlight ke apa
aku bawak headlight tapi sebab tak charge, so tak bape nak terang la.
nasib baik la diaorang sanggup menyuluh aku dari belakang

Disebabkan gayat and jap2 lagi nak masuk air, aku dah simpan hp siap2 dalam waterproof bag
so, kalau korang nak tau cantik ke tak cantik Gua Tempurung ni, sila la pergi sendiri.. hewhew
Iolls punya gambar limited je...


Ok, kat mana tadi? 
ha, lepas dah turun tangga, dekat satu point tu kita kena slide turun
ya, slide as in main gelungsur.
tapi, ni ko slide atas batu, dalam gelap, and tinggi. 
ada budak pompuan dari group lain phobia punya pasal, siap patah balik.
ni ktorg before sliding. kat sini la sessi pandang2, genggam tangan dengan nisa. hewhew... actually, disebabkan kamera si John tu canggih, tapayah torchlight pun xpe masa bergambar. 
aku dengan nisa dah pandang2, genggam tanggan. 
cheh. konon boleh kurangkan seram la. takde nyee..

tapi nak patah balik tu aku tak sanggup naik tangga bertingkek-tingkek 

memang tak menyesal la facing my gayat..haha
masa nak turun je ko rasa takut
tapi kalo kena dengan teknik, dia punya feeling bila dah sampai bawah tu Tuhan saja yang tau. 
Nervous + HAPPY!!

jangan risau ok. akan ada guide / orang yang sambut kat bawah
Ni time kena merangkak, berenang dalam gua. see, mana tak tegang pipi. asyikk tersenyum pueh hati. 
kalau tak join wet caving, tak dapek view cantik mcm ni.. huhu...

lepas tu, kena merangkak, berenang dalam gua sebab jalan kecik
kat sini dah tak takut sangat cuma memang lencun habis la

all in all memang puas hati
aku balik tu senyum sampai telinga.
sampai kejang2 pipi sebab senyuuumm je

Next: White Water Rafting








Tuesday 10 December 2013

Menjejak Cinta Kellie's

Aku lebih rapat dengan family belah mak aku
Thou we did have our cats and dogs moment 
I think, that's what define a family... 

From 40+ cousins, 4 of us born in the same year
So, last Saturday Izzudin get married to a Perakian in Batu Gajah

Aku, 2 orang sepupu and Nisa (Taheera's bff) gerak together from Nilai  approx around 9am
Sampai sana around 12 kot. Cantik sangat la tu sebab pengantin pun dah nak berarak and aku pun dah lapar. hahaha. 
bizi2 macam mana pun, kebajikan perut jangan dilupa. mihmihmih #dasarkuatmakan

Sesampai je, salam2 makcik pakcik borak lebih kurang and pastu berkemho. haha
Geng88 dengan mak pengantin. mak pengantin ni kakak kepada mak aku. from left- Shakiera, me, Mak Long and Tera

tengah2 kemho makcik pengantin pompuan panggil kata dah boleh berarak. 
yang anak2 dara ni ditugaskan mengangkat barang hantaran.

ok, no problemo... janji lepas tu dapat makan. perut aku dah nyanyi2 dah tu
Rombongan pengantin lelaki. Semua adik beradik mak aku hantar wakil. tak campur lagi belah family ayah pengantin... huii...ramai

Sama cantik, sama padan..
dah settle berarak, serahkan dulang hantaran and zaaass ke meja VIP. 

lauk hari tu super sedap. 
Penang mari katanya...

ni dua lauk yang terpaling sedap... 
Ayam goreng tepung light2 (dia bukan ayam goreng tepung mcm kfc tu) dengan bawang and cili kering 

Daging masak kicap. Sedap gilos ada rasa pedas2 sikit

perut dah kenyang, hati dah girang so marilah kita berkemho dengan pengantin. 
My family, pengantins and I... aku nak gerak, diaorang baru je sampai lepas jenjalan Cameron. Sabar jela...
Plannye, after majlis nak terus check-in hotel (sebab esoknya kitaorang nak gi gopeng )

Tetiba Tera boleh sajes nak gi Kellie's Castle.
Dah alang2 kat Perak kan, ape lagi...
Selama ni tengok dari luar je, kali ni mohle kita 

Ni dekat first floor. This walkaway is said to be one of the many favorite place untuk hantu Mr Kellies. 
Us on 1st floor. Cantik giler  background kan...

Kellie's Castle ni kisah dia lebih kurang Taj Mahal la jugak
Hubby sayang sangat wife and bina mahligai indah...
Seronok tapi spooky la...nasib la gi petang2, kalau malam, memang aku tak masuk...

Aku suka dia punya design -  simple tapi unik
Kawasan sekitar walaupun spooky tapi cantik untuk berphotoshoot (bahasa pasar nye- kemho) 

Hari tu je ada 2 pasangan pengantin buat photo shoot. 
sekarang ni memang musim kan orang kawin. 
aku ni yang asyik2 gi kenduri orang terus rasa nak kawin jugak. hahahaha...
Ini dekat 2nd floor.
Castle ni ada dua tingkat bilik and hall,
actually masa ni aku tengah tahan nebes. nampak tak tali yang aku pegang tu? tu kalau putus memang wassalam  la... laluan dia ni memang muat2 untuk sorang je lalu. tak silap ni laluan rahsia ke apa. too gayat to remember..hehehe

Tapi korang boleh naik tangga lagi ke rooftop 1 and 2. 

us on the first rooftop. dekat sini tak nebes sangat. 
the girls went wild!! tak kisah la ketibas ke, badan bau kambing ke, kemho tetap kemho. masa ni tak ramai orang kat rooftop 1, so itu yang galak ktorg bergambar..huhu

masa naik rooftop 1, aku dah stat nebes
yelah, sebab tangga dia kecik and takde pemegang
tapi gatai je jugak naik khen..haha.. yelah, nti menyesal plak

pastu, si kak cik terus naik rooftop 2. 
orang kata curiosity kills the cat
gayat giler kot kat atas tu. 

ni nebes tahap 3 kot (aku tatau aku segayat tu..haha.. maybe sebab ni first time naik sampai bumbung. )
baru je ingat nak reverse turun, sekali ada orang nak naik
terpaksa la aku gigil2 naik betul2 untuk bagi laluan..

Subahanallah.. cantik giler pemandangan kat sini... 
but tell u, mmg tak rugi la naik sampai atas..
sebab view super cantik. 
agaknye matsaleh ni bina macam ni supaya memalam boleh merendek lakibini.. haha. 

lepas dah puas bergambar, continue lagi bergambar kat luar kellie's castle... 

Antara pose yang sopan. Yang lain tah hape gaya jee...
Great Place indeed...
To be continue dengan white water rafting....

Hiking Fuji 2019 for the first time

Assalamualaikum.... Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part. 31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up be...