Saturday, 20 October 2018

Day 12 - Kobe and goodbye Japan

Today is the last day dekat Japan.... *insert virtual cry*

Flight balik ke Malaysia kol 9 malam. Original plan adalah jalan2 dekat Osaka City je. Tapi sebab nak maximize penggunaan KTP, overall itinerary dekat Kansai semua kena tukar... 

Ikut revised iti, hari ni jalan2 dekat Kobe. Aku fikir nak letak luggage dekat Osaka je tapi budak2 ni suggest simpan luggage dekat airport terus sebab if kitaorang lambat sebab leka berjalan, boleh terus amik train direct pi airport... 

Macam biasa pagi2 around 5am kitaorang dah bangun and kemas2 barang. Banyak benda kena tinggal (read: buang) untuk ringankan beg. huhu... Antara mangsa adalah winter jacket and winter boot aku. Winter jacket tu tak ralat sangat lah sebab 2nd hand kan... Tapi 2 pasang winter boot aku terpaksa tinggalkan sebab no point pun bawak balik. Kasut tu tak sesuai pun dengan cuaca kita + buatkan kaki aku sakit. 

So, korang yang nak gi kawasan yang takde salji sangat, ok je pakai sport shoes. Lebih selesa kalau jalan jauh. 

Lepas breakfast, around 7ish kitaorang dah keluar rumah and terus ke Kansai airport. Hari ni pakai KTP so FOC je. 

Simpan barang dalam coin locker and terus gerak ke Shin-Kobe station . Initial plan nak pergi Shin-Kobe ropeway tapi dah sampai sana orang tu (tourist office) inform ropeway tutup for maintenance. 
Kitaorang amik map Kobe and start plan mana nak pergi. 

1st destination adalah Kobe Muslim mosque. Dari Shin-Kobe ada 2 pilihan. Sama ada jalan kaki or naik local train diaorang. Ikutkan KTP boleh guna untuk local train tapi sebab kitaorang was2 and taknak banyak cerita, so lets jalan kaki...

Keluar dari train station Shin-Kobe nampak kedai jual cheese tart. Kitaorang semua dah lapar, apa lagi, tunjuk halal card and mintak staff kedai explain which one boleh beli. 
Most of the food boleh di consume kecuali tart coklat sebab coklat tu pakai emulsifier yang tak halal. 

Dapnyaaa
Dah sudah beli, so lets jalan kaki cari Kobe mosque. Penat tu penat tapi kitaorang jalan je sedar tak sedar 30mins jalan baru sampai.

Sekitar kawasan masjid ni banyak halal food tapi kitaorang tak plan pun nak makan area situ. Kalau korang plan nak ke Kobe, boleh la singgah makan sekitar masjid kobe ni. Ada few pilihan.

Masjid Kobe
Dapnyaa cheese tart

Tak tau apa nama. Dalam dia inti cream
Lepas masjid, kitaorang jalan 15mins pergi ke Sannomiya nak cari Luke Lobster. Kedai ni tak jauh pun dari Sannomiya station.

Rachun dari RTJ
Dapnya...
Aku beli sandwich ketam + udang. Taste wise sedap tapi takleh makan banyak2 sebab dia masin sikit (kat tekak aku). 

Pastu layankan si raihan nak cari tumbler kat Starbucks, so terbeli Sakura tea. hehe
Comel je warna pink

Tumble yang dicari2
After dah beli tumbler tu, yang lawaknya bila tengok rupanya Made in Malaysia tapi dekat Malaysia haram kau nak jumpa collection ni so bertabah jelah. Hahaha

So, dah kenyang lets jalan2 lagi. Dari Sannomiya kitaorang jalan kaki pergi Nankinmachi (Kobe chinatown) for last minute shopping. 

Nice jugak shopping kat sini tak mahal sangat. Souvenier tak banyak pilihan tapi tak mahal. Aku beli stokin and coklat. 
Entrance china town. Tak ramai orang pun

Tak banyak gambar kat sini sebab masing2 ralit shopping. So layan jelah gambar yang ada.
Tak ingat amik kat mana. Rasa macam bukan Kobe tapi gambar aku dah bercampur2 tu so layan jelah eh. 

K.Mila  and ain setia dengan sepasang kasut dari pergi sampai balik



Kedai beg murah2...

Kat sini jugaklah beg aku putus. Terpaksa lah beli handbag baru. hahaha...

Dah puas shopping, around 4ish dah gerak pergi Kansai airport sebab takut terlepas flight (flight mahal woii kalau nak beli baru)

Sampai airport nak dekat 7pm, last minute packing balik barang2 yang beli tadi pastu terus check-in

Ramai gila orang beratur nak check in. 

Masa balik, some of the staff very strict. Lepas check-in luggage, dia suruh timbang barang2 nak masuk kabin. Strictly 7kg ya... So, jacket yang berat pakai siap2 and pandai2 la ya minimizekan barang korang.

After check in luggage, kena naik train (internal train) ke Gate kitaorang.

Just nice sebenarnya sampai airport gitu gini tiba2 dah boarding time je.

And tiba2 4am esoknya dah sampai Malaysia T_T

Welcome home :)

Alhamdulillah selamat sampai. Penat nak menghabiskan entry Japan ni. Hahaha...

Nak taknak kena habiskan jugak sebab bukan senang nak pergi banyak kali.

Walaupun sesat, penat jalan kaki, tidur tak selesa sebab sejuk, mandi tak selesa sebab air macam ais etc., tapi tu semua experience yang tak boleh beli dekat mana2.

Japan sangat best tapi take your time and enjoy the moment. Jangan tamak nanti badan penat and  tak enjoy.


Biskut kapal perasa strawberry dekat Osaka. Haha... Next time pergi aku nak beli lagi. Sedapp. Rinduuu coklat ni. 



Day 11 - Universal Studio Japan

Tuesday, 2 October 2018

Japan Day 11 - Universal Studio Japan


Today hari ke-11 kitaorang di Japan. Penat tu tak dinafikan sebab berjalan tak henti for more than 10hours. Tapi, Alhamdulillah tak pernah tak excited untuk hari esoknya. Dan Alhamdulillah cuaca baik, kesihatan kitaorang semua pun baik so boleh enjoy trip. Ni semua rezeki bukan setakat mampu beli tiket flight and bawak duit belanja je, tapi kesihatan and cuaca pun rezeki....

Hari ni kitaorang berpecah 3 group. Aku, Nurul and Ain nak gi USJ / Adik aku and Siti nak continue jalan2 dekat Osaka / K.mila and raihan nak rehat and keluar lambat sikit jalan2 nearby....

Tiket USJ aku dah beli siap2 from Klook. Dalam RM250/pax. Depends on exchange rate Singapore Dollar sebab Klook akan charge kita in SGD. After few days, dapat email from supplier. Dia bagi QR Code untuk masuk USJ. 

Dari rumah kitaorang dalam 7.30am gitu, dari Ebisucho (subway station) kitaorang jalan dalam 10min lebih ke Shin-Imamiya station. Reason - nak jimat train fare dari Ebisucho ke Shin-imamiya. hehe...

Dekat Shin-imamiya ni ada JR line. So, beli tiket 180yen direct ke Universal-City station.  

Sampai Universal-City station dalam 8ish. Nak masuk USJ terus scan QR Code from phone. Senang kan takyah beratur? hehe....

On the way to USJ

Hotel depan USJ


Pintu gerbang USJ
Nawaitu aku gi USJ ni sebab aku nak tengok Harry Porter je. Dedulu minat gila Harry Porter. Nak gi UK belum tau lagi rezeki bila, so memang excited la kan bila dah sampai USJ. hehe
Map USJ
So, first destination is Harry Porter :)

Nampak macam tak ramai orang kan... Hmmm... 

Weasley's car... Comel je

HP castle dari jauh. Masa ni dah start excited

First destination kitaorang pergi show 'magic wand'. Show dia simple je... 
Before gelap
Sekejap je dalam bilik 'magic wand' tu. Dalam 10minit kot.

Lepas tu kitaorang beratur untuk masuk castle pulak.

'dream' come true...


Dalam 1/2jam ~ 40mins beratur, Nurul kata dia nak pi main tempat lain dulu and since aku tak look forward untuk main benda lain, aku takde la ikut. So, tinggal la aku beratur dekat 3 jam kot kat situ. Pisang wei!! Tak tau mana datang ketabahan seorang Ida masa tu. hahaha

Dah dekat tapi still beratur.. Haihhh... Panjang betul line

Dalam castle ni tak de apa pun. Just ada 3D ride je. Personally, aku rasa mehhh sangat. Hahaha... Maybe "Harry Porter fan girl" phase dah lama ended or sebab aku tak suka naik ride sebab pening, that's why aku tak excited sangat. haha

Tapi atleast aku dah jejak and feel sendiri... So ok la..

Dah settle melayan 3D ride yang pening tu, aku jenjalan balik. Masa ni dah kol 12 lebih kot tapi cuaca masih sejuk. Sana sini orang makan turkey drumstick lagi la perut aku rasa seksa. haha
Merata tempat area Harry Porter castle ni ada orang jual butterbeer. Based on reading aku, air ni non-alcoholic. Rasa macam rootbeer tapi kurang gas. Ada few pakej - pakej dengan cawan besi, cawan plastik or air je kot. Aku beli cool butterbeer dengan cawan plastik...

Butterbeer

Ramai betul orang 
Lepas tu jalan2 area harry porter. Takde apa sangat pun. Nak beli souvenier ya ampun mahal gila so end up aku just jalan2 tengok orang je...window




Keluar dari kawasan Harry Porter, aku terus jenjalan lagi... Nasib baik pocket wifi dengan aku, so takde la bosan sensorang... hahaha... Aku lagi rela sorang2 daripada kau suruh naik ride2 yang boleh buat kepala aku pening tu...

Ada la aku masuk tengok show tapi semua pun dalam bahasa Jepun... adoiii la. Ada satu show tu sampai tertido aku dibuatnya.. haha...






Tak banyak aktiviti yang aku buat kat dalam USJ tu sebab dah nama pun tak suka ride, memang krik2 la bila masuk theme park. haha...

Popcorn je aku berani beli kat USJ



Budak 2 orang lagi tu takde internet so aku memang tak tahu nak cari macam mana. Kitaorang ada la janji pukul 5pm jumpa dekat entrance tapi dalam pukul 4pm dapat whatsapp dari random number. Rupanya Nurul... Kitaorang berkumpul dulu and by that time diaorang dah main almost every ride. 

Tinggal Harry Porter je lagi belum main. Aku memang malas la nak repeat lagi. So, kita berpecah balik...

Rupanya que petang tak ramai... cepat je Nurul and ain settle... 

By 8pm kitaorang jumpa balik dekat entrance. 

Kaki memang dah sakit gila time ni ingat nak balik je. haha.. So, lets call it a day. 



Masa ni ramai orang nak balik... Train full and terpisah lagi dengan Nurul.. So, kitaorang janji terus jumpa dekat station pagi tadi aje.

Macam sardin
View Tsutenkaku dari dalam train



View Tsutenkaku masa otw jalan balik rumah
Masa balik tu realise ada satu attraction (Tsutenkaku tower) yang dekat je dengan rumah tapi tak sempat pergi pun... Raihan sempat pergi sebab ada one day tu dia tak ikut kitaorang... Entrance fee dia FOC je bila kau tunjuk Osaka Amazing Pass... Pass tu laku masa on the day je... Let say kau aktifkan penggunaan 1 day OAP tu on 22/2/18, tapi 23/2/18 aku naik train bayar sendiri tapi nak masuk Tsutenkaku free so aku tunjuk la OAP aku. Jawapannya --- tak lakuu...

Sebab diaorang ada system yang boleh detect tarikh dan juga whether kau dah pernah guna untuk masuk certain place or not. So, jangan berangan la nak naik Ferris Wheel percuma 2kali... gituu

Dah sampai rumah tu kitaorang masak dinner habiskan apa2 makanan yang ada sebab esok nak balik dahh :(

Kemas2 luggage and macam biasa beg mesti beranak. haha... Siap2 timbang luggage so boleh estimate esok boleh shopping lagi ke tak. lol...

Less than 24hours je lagi dekat Japan... sedihnyaa




Tuesday, 7 August 2018

Japan Day 10 (Part 2) - Osaka Museum House of Living, Tenpozan Ferris Wheel, Umeda Sky building

Seksanyaa nak habiskan entry Japan ni. Busy memanjang dengan dunia. huhu...

So, lets sambung~~~

After lunch and solat, kitaorang plan journey petang.
Aku nak pergi OMHOL sebab nak try kimono kat sana.
Yang lain nak naik Santa Maria Cruise...

So, our first destination - OMHOL
Dari Ebisucho station to Tenjibashisuji dalam 13mins. Lepas tu jalan kaki sekejap je dah sampai

OMHOL terletak dekat Level 8 dalam building (tak ingat nama building tapi kalau korang guna google maps for sure sampai. Bila dah nampak bangunan, masuk dalam and terus gi Level 8)

Sebelah building tu ada Tenjibashisuji shopping street. Kitaraong tak singgah sana pun.

Dah naik Level 8, diaorang pusing museum tu satu round and gerak terus ke Santa Maria Cruise. Ain je stay sebab dia nak teman aku try kimono....


Untuk kimono rental, korang select timing (ada screen tunjuk slot pukul berapa ada berapa kosong) - bayar dekat mesin - tunggu turn.

Aku kena tunggu turn dalam 1/2jam. Lepas tu dia suruh tanggal kasut, pakai stokin and terompah. Pastu tunggu lagi turn untuk dipakaikan kimono...

Tengah que untuk pakai kimono
Laju je diaorang pakaikan kimono...
Tadaa
Tq ain teman :)







Dalam museum ni ada waktu siang and malam. Tu yang ada gambar ok ada yang gelap. Tak kosser nak tunggu gambar cantik sebab kitaorang nak bergegas gi next destination! OHML ni tak besar mana pun. Paling maximum sejam kau spend kat sini... Tapi kitaorang lama sikit sebab nak try kimono punya pasal. hehe...

So, next amik train dari Tenjinbashuji naik Sakaisuji Line and tukar ke Chuo Line dekat Sakaisuji Hommachi station. Kitaorang pakai google maps aje. Senang... 

Berhenti dekat Osakako station and jalan dalam 5-10mins ke Tenpozan Ferris Wheel. 

Dekat area sini sebenarnya ada few tourist attraction yang korang boleh gi sekaligus contoh - Santa Maria Cruise, Tenpozan Ferris wheel and Kaiyukan Aquarium. 

Last naik cruise 5pm and masa kitaorang sampai tu dalam 4.30 kot tapi tak sempat nak kejar. Takpelah, takde rezeki. So, kitaorang terus beratur naik ferris wheel. 

Kos naik: FOC dengan Osaka Amazing Pass... 


Attraction dekat sini. 
Amik gambar dulu
Jom layan view dari dalam ferris wheel tu. Masa ni belum sunset lagi. Kalau time sunset mesti romantik...




Comel tak beli dekat Nara :)
Dah sudah ferris wheel, kitaorang jalan dalam Tenpozan market (mall diaorang) and shopping fridge magnet... Ada few souvenir shop. Best...

Tak masuk amik gambar pun jadi lah
Ni dekat luar... Comel je
Lepas tu beli makanan untuk alas perut before gerak nak gi tengok sunset dekat Umeda Sky Building. 

Dari Osakako station tukar Midosuji line dekat Hommachi station and stop dekat Umeda station. Still free wei guna OAP. 

Dah start nak gelap
Ingatkan sempat lah tengok sunset, sekali sunset masa otw da... Nak buat macam mana, jalan slow pastu asyik stop amik gambar je...hehe...
Otw ke Umeda Sky building. Orang baru nak balik kerja
Entrance ke observatory deck Umeda Sky Building ni FOC je bila tunjuk OAP. Bagus betul kerajaan Jepun betul2 promote diaorang punya tourism...
View Osaka city from Umeda Sky building
View sebenar memang lagi cantikkk



Love bench. Siang2 nampak lah





Ni replika Umeda Sky Building
Dekat sini ain shopping sakan dekat pharmacy dia... Mana2 pharmacy dekat sana memang memanggil2 je untuk masuk. hehe...

Dalam kol 8 gitu adik aku text nak makan yakiniku tak. Ada satu suggested by Halal Navi. Kitaorang apa lagi on aje... hehe....

Tapi sorry la aku tak ingat exact location dekat mana. Yang pasti, kitaorang nampak dekat halal navi pastu ikut je google maps..

Jumpa ni otw. Musti amik gambar...

Ni kedainay ada halal certificate
Sejujurnya, makan dekat sini adalah paling mahal sekali antara bajet makan kitaorang dalam 4,300/pax (takyah convert lah nanti rasa lagiii mahal. hahaha...)free flow food. Tapi kena bagitau baru dia bagi sebab dia nak jaga quality makanan jugak. 

So, kitaorang memang makan sepuas hati walaupun badan rasa penat tapi gigih jugak makan. 

Daging slice tu paling nikmat. cair di mulut... berebut makan. 



Bibimbap pun ada. Sedappp tapi jenuh nak habiskan nasi... 
So, lepas makan kitaorang terus balik apartment. Sampai rumah around 11pm rasanya and we call it a day. Malam lepas mandi tampal koyok kaki and tido...

Puas hati sebab dapat makan yakiniku and berkimono... Day 11 kitaorang berpecah and aku, ain and nurul pergi masuk USJ...




Day 12 - Kobe and goodbye Japan

Today is the last day dekat Japan.... *insert virtual cry* Flight balik ke Malaysia kol 9 malam. Original plan adalah jalan2 dekat Osa...