Tuesday, 5 June 2018

Japan Day 6 - Gala Yuzawa and travel to Kawaguchiko


Harini bangun awal lagi. Kol 5.20am dah bangun walaupun baru je tido dekat kol 2am...
Dekat Japan memang automatik boleh bangun awal maybe sebab taknak rugi masa kat sana and maybe sebab excited main snow pun ya.. hehe...

Siap2, breakfast seadanya and check-out kitaorang keluar rumah jam 8am.

Sampai Tokyo station, simpan barang dalam locker and bawak apa yang patut je for Gala Yuzawa...

Masa dekat sana kitaorang siap2 tanya nak beratur kat platform berapa and gerabak no berapa...
Sebab kitaorang tak reserved seat, so kena duduk dekat non-reserved coach. Nasib lah dapat seat ke tak. 

Untuk ke Gala Yuzawa kena naik shinkansen (JR Joetsu line) which is covered under Tokyo Wide Pass. Just tunjuk pass aje pastu diaorang bagi masuk. 

Specialnya Gala Yuzawa ni sebab resort dia connected dengan train station. Meaning takyah susah2 amik transfer ke apa sebab keluar2 je dari train memang dah sampai resort. Cuma, resort ni memang ramaiii... 


Joetsu Shinkansen....

Excited walaupun tak cukup tido

Muka2 excited. Hehe
Kalau lapar or haus boleh lah order. Kitaorang tak order sebab dah bawak bekal siap2
Macam2 jenis air ada
Souvenir pun ada :)
View dari dalam shinkansen
Masa ni masing2 dah celik mata nampak snow
tebalnya snow... Cantik sangat
Random picture masa baru sampai. Tak ingat apa yang diaorang bincangkan yang pasti orang dah start ramai~~
Sampai Gala Yuzawa dalam 10ish. Ramai chuzai (non-japanese) yang kerja sana part time. Aku syak diaorang ni student kot. One of the staff explain kat kitaorang pakej apa yang sesuai dengan timing kitaorang kat sana. So, in the end kitaorang decide nak amik pakej return gondola + winter boot + sledge 2,500yen...

Price untuk separate rental...
Price for gloves and cap
For reference

Baju terpulang boleh pakai baju sendiri tapi kitaorang takut bila salji tu mencair habis basah baju... So, amiklah rental sepasang baju and seluar waterproof 3,000yen.
Glove takde rental tapi kena beli 1,000yen.
Pastu winter goggle 800 yen. Aku just pakai sunglasses je kat atas tu. hehe..
Kaunter bayar untuk semua... Nanti dia akan bagi ticket untuk kita guna for collection
Sebelum beratur nak collect boots and beli gloves, korang boleh test dulu size apa sesuai. So bila dah sampai kaunter just sebut je nak size apa... Untuk baju diaorang yang akan bagi size yang sesuai based on badan kita... 

Dah dapat baju, masuk dalam locker room and tukar... 

Beg2 kitaorang sumbat satu locker dekat family area. 1,000yen / locker 

Ready to go... 

Masa naik dalam kol 11 lebih dah
Beratur nak naik gondola
Muka2 excited


Dah amik sledge tak sabar nak main snowww.... 
Sampai atas around 12ish..

Kat atas ni ada locker kecik. Muat lah nak letak barang2 kecik macam kunci, handbag etc.,

Tak silap aku 200yen / locker. Masa ni angin kuat and snow pun masuk mata... Tu yang ber-sunglass bagai. hehe
Baru nak warm up. 
Us
Alhamdulillah. Kiri kanan atas bawah semua ada snow. Walaupun sejuk ya amat tapi the experience is priceless. Kat atas tu ada area for budak, ada for belajar, ada untuk main ski... Pandai2 lah bawak diri. Kitaorang tengok ada satu kawasan berbukit sikit macam syok je main sledge, kitaorang follow je lah. hehe

Aku ada amik video main2 tapi tak reti nak upload kat sini. Gambar pun tak banyak amik sebab leceh pakai gloves (walaupun aku ada bawak gloves touch screen tapi hmmm.... sama je).

So layan jelah gambar yang ada ya






Comel gila anak jepun ni...


That feeling... rinduuuu 

Before balik bergambar dengan japanese yang main ski kat san




Tak lama pun kitaorang main kat sini sebab terlalu sejuk + angin kuat. Ingat nak beli makanan kat cafe tapi too many people + tak sure halal ke tidak. So in the end, tak beli apa pun...

Kol 2.15pm kitaorang decide nak turun --> tukar baju and solat dalam locker room. Locker room terhad so harap bersabar ya.

3.15pm dah naik shinkansen balik ke Tokyo station.

Kagum tengok cleaner2 ni yang dah ready nak clean within few minutes je
Dalam train si ain dah tertido keletihan. Aku ingat nak menikmati pemandangan tapi lama2 berlayar jugak. Sementara tunggu makan berat, kitaorang makan je bekal apa yang ada - roti, onigiri etc.,

Kol 5ish sampai Tokyo station, amik beg for Kawaguchiko. Before tu sempat la kitaorang beli Tokyo halal bento. Harga 1,100 yen je...
Tak perasan kalau dah ramai2 gini
Ada 2 jenis je halal bento. Aku amik yang belah kiri...
Sampai Kawaguchiko station 8ish. Suhu masa tu 1 celcius... Walaupun tak sesejuk Gala Yuzawa (-3) tapi bila dia pakej dengan angin memang tak tahannn....

Tah mana gambar depan station. huhu..

Tonight kitaorang stay dekat Kawaguchiko Hotel. Betul2 depan Kawaguchiko Lake... Dari station jalan kaki ke sana dalam 15 minit.

Tak ada orang pun

Just guna google maps je pastu dia bawak jalan belakang rumah orang etc.,
Takde aktiviti / orang walaupun malam masih muda...

Bila sampai je reception, diaorang terus tanya "Cottage?"
Agaknya sebab kitaorang je yang belum check in kot... Terus dia bawak pergi cottage..

Dah settle down, terus makan bento tadi... Laparnyaa
Sedapnyaa


Cottage ni besar 2 tingkat siap dapur semua sesuai untuk 11 orang macam tu.
1st floor ada 2 bilik (4 katil super single) and 2nd floor 2 bilik (2 katil super single). Comforter ada 5,6 set kot untuk tido dekat hall...

bath tub
Aku suka betul kalau dapt toilet with bidet and seat warmer 
Tah mana la gambar dalam rumah semua dah hilang... Tapi kalau korang jumpa hotel ni dekat agoda or booking.com, dont worry... Gambar diaorang memang sama macam dalam website tu..

4 orang girls dah amik bilih bawah, adik aku tido hall so Siti and aku tido atas.
Ni super single

12ish gitu lepas mandi semua naik atas tido... Tapi 2am aku terbangun sebab sejuk sangat.... Heater ada dekat bawah je. Nak mintak tolong receptionist dah lewat sangat so in the end aku ajak Siti tido berhimpit dekat bawah....

Malam yang super penat...

No comments:

Post a Comment

Hiking Fuji 2019 for the first time

Assalamualaikum.... Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part. 31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up be...