Wednesday, 7 March 2018

Japan Day 1 & 2: Travelling day, Marunochi building, Imperial Palace east garden and Akihabara

Japan's countdown finally stop on 13th February. hehe....

Kami pergi Jepun bertujuh. Sorang lelaki, 6 perempuan. Yang lelaki tu adik aku, yang lain kawan2 aku. hehe...

So, flight kami on 13th February @ 2pm. Gerak dari Melaka 9am, amik K.Mila dekat Senawang and shoot ke KLIA2. Sampai around 11am, wrap luggage sendiri and terus check-in luggage. Dah selamat semua, baru pergi bertenang-tenang makan and solat Jama' takdim siap2 dekat airport. Sempat lagi shopping roti untuk bekal kat Jepun.

Masa nak masuk gate International, staff AA akan mintak kita timbang cabin luggage. Ada yang kena korbankan barang sebab overweight...

Flight 2.40pm and sampai Haneda around 10.30pm terus cari toilet membuang kecik dan besar siap2 sebab kalau nak tunggu lepas Immigration, lama giler. Maybe peak time kot masa tu. Dekat sejam jugaklah beratur. Settle immi, amik beg and terus cari port untuk lepak.

Dinner bekal meal beli dalam flight, solat kemudian tidur...

'Accommodation' kami of the day. 

Malam tu kami tidur dekat airport je. Pandai2 la cari port yang selesa. Ok je tak kena halau. Cuma esoknya pagi2 jam 5am dah bangun sebab orang dah start ramai. Aku, Siti and adik aku decide nak mandi dekat airport sebab walaupun tak berbau, tapi tak tahan badan melekit teruk.

Shower room 1,030 yen untuk 30minutes. Ada hair dryer, shampoo, sabun and complimentary drinks (mineral or green tea amik dekat mesin).

Private shower room is limited. Kalau lambat, kena tunggu lah...

Kecik je shower room tapi selesa la untuk seorang. 
Entrance ke shower area

Memang semata-mata shower aje. If nak shishi, ada toilet disediakan kat luar
Vending machine untuk complimentary drinks. Boleh pilih nak mineral or green tea. 

Ni masa nak keluar. Orang dah start ramai. Masa datang tu aku sorang je register. Dah keluar ramai giler ada yang tengah menunggu. Nasib baik aku awal sikit...

Settle mandi, pi beratur nak beli Tokyo Wide Pass dalam 7am. Orang menggila ramai. Silap pertama, TWP ni bukan nak terus pakai so boleh je nak beli dekat Tokyo JR Station tapi sebab aku malas nak fikir + nak tunggu office subway pass redemption bukak jam 8.30am, jadi aku beratur jelah...

Tokyo subway pass tu kalau korang macam kitaorang yang dah ada kat airport pagi2, takyah beli online from Malaysia sebab kena tebus (exchange) dekat sana which office dia bukak lambat. Ada je office yang jual subway pass and bukak jam 6am. 

Timing wise, dah lari sikit. 
Penuh tangan pegang 7 orang punya passport. 
Dekat tapi jauh... 
Masa ni bergilir-gilir beratur dengan adik aku sebab nak tengok suasana airport macam mana. Kedai2 souvenier banyak yang tutup lagi. So, takde apa sangat yang menarik melainkan interior design dia :)
Haneda airport


Kedai yang berkonsepkan rumah lama Japan. Cantikkk betul

Ni dekat observation deck Haneda airport. Tak lama pun kat luar sebab sejukkk
Dah settle TWP and subway pass, breakfast kejap. Sempat la aku buat air panas... Untuk pengetahuan, ada air panas minum disediakan near toilet Haneda. Siapa yang bawak botol boleh refill siap2 takyah membazir.
Dah kenyang, kitaorang gerak ke Tokyo station. Kena tukar train from Tokyo Monorail to JR line bound for Tokyo station. Private line and JR line tu kena bayar 650 yen. If using TWP, FOC je tapi kitaorang nak guna TWP hari lain. So bertabah jela bayar. 

Dont worry, machine ni ada English button. So, senang je. 


Muka masih ada senyum sebab awal lagi. 
 Sampai je Tokyo JR station, terus simpan beg dekat coin locker and terus ke Marunochi exit. Coin locker kat sini ada 2 jenis - medium (300yen) and large (600yen). Yang medium tu untuk beg 22" or beg kecik2 sesuai la. Aku punya beg 26" tinggi sikit kena masuk dalam locker besar.

2 beg sederhana boleh baringkan dalam Large locker


Marunochi exit
 Dari Marunochi exit jalan kaki ke Imperial Palace garden East Garden. Tak jauh tapi jadi lama sebab banyak stop amik gambar.

Tak tau apa nama ni. Kobis ke bunga... Cantik nau tanam tepi jalan je. 
From Marunochi exit akan nampak Nijubishi bridge. Kitaorang tersilap pergi ke Kikyoumon Gate. Kena patah balik untuk masuk ke East Garden
Kawasan sekitar Imperial Palace
Comel je ada itik berenang-renang

Free entrance
Spring nanti mesti lagi cantik ada macam-macam bunga
Dah start Plum blossom 

Amik gambar dengan dinding

Putih

Pink

Cantik pulak dinding ni. hehe

Kawasan ni besar giler. If nak puas berjalan kena allocate 2jam lebih kat sini. Tapi kitaorang dah penat and lapar, so head to Akihabara. Dekat dengan Akihabara station ada Coco Ichibanya - halal curry

Harga dari 700++ yen. If kurangkan nasi, ada diskaun. Boleh jugak minta extra pedas kena tambah sikit...
 Kemudian pergi ke Laox untuk solat... Sesambil tu usha beg Nobita.
10,000 @ RM370. Cantikkk beg dan harga...

Singgah BIC Camera untuk usha G-shock. Around 4pm gerak balik ke Tokyo station. Masa tu baru tau actually coin locker kitaorang dalam kawasan JR.... So nak pi amik kena beli tiket. Bila tengok balik map, kawasan kitaorang stay (Nippori) memang JR Line. So dah alang2 tu terus beli tiket ke Nippori station.

Apartment kitaorang 5mins walking distance from Nippori station. Memang sangat convenient. Sepanjang perjalanan ke apartment, ada 3 family mart kitaorang jumpa. Senang nak cari makan...

Balik letak barang, aku, adik aku and Siti keluar balik beli nasi untuk dinner. Dinner malam tu - Nasi 100yen, sambal bilis and telur goreng.


Simple dinner tapi yummyyy

Air yang famous sangat dekat group fb Road to Japan. Pada aku oklah dia tak manis giler macam milo kotak. 

Rasa teh susu. Sedap tapi aku tak rasa nak minum banyak kali
Cost for basic items:
Tokyo Wide Pass - 10,000 (budget ni dah asingkan as per entry Day 0)
Shower - 1,030
Locker  -    600
Makan  - 1,000 +/- (ini tak fix. Lain orang, lain appetite so bajet pun akan lain)

Bersambung Day 3

Day 0 - Preparation for Japan 12 days winter trip
Day 1 & 2 - Travelling day, Marunochi building, Imperial Palace east garden & Akihabara

No comments:

Post a Comment

Hiking Fuji 2019 for the first time

Assalamualaikum.... Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part. 31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up be...