Tuesday, 26 April 2016

e-pengeluaran KWSP untuk mengurangkan pinjaman PTPTN



Siapa kat sini yang ambil pinjaman PTPTN masa belajar dulu??
Aku rasa majority rakyat Malaysia yang sambung belajar ke IPT akan ambil PTPTN
Kita ketepikan isu PTPTN cekik darah or tipu or apa-apa lagi yang korang rasa dulu.


Apa yang aku nak share kat sini adalah cara2 untuk pengeluaran KWSP untuk membayar PTPTN...
Dulu, semua jenis pengeluaran kena datang sendiri ke KWSP untuk memohon & approval.

Sekarang zaman dah berubah, kebanyakkan benda kita boleh dapat dan uruskan dengan hujung jari :)
Untuk e-pengeluaran, boleh refer pada step di bawah

1) Pastikan ada I-akaun

Tak rugi aktifkan I-akaun sebab banyak benda korang boleh buat contohnya - check latest KWSP statement. Daripada situ, boleh check betul tak employee's contribution kita.

Kemudahan I-akaun
Cara2 pendaftaran I-akaun
2) Login ke I-akaun

Login ke I-akaun
 

3) e-pengeluaran

Pergi ke bahagian pengeluaran | kemudian klik pada permohonan baru | pilih jenis pengeluaran. Aku pilih pendidikan | Isi butir2 peribadi, maklumat institusi yang akan KWSP bayar (dalam kes ni, PTPTN) | KWSP akan bagi maksimum amount yang boleh dikeluarkan dari Akaun 2 dan kita boleh decide nak keluarkan berapa as long as tak lebih dari maksimum amount | klik submit | tunggu reply dari KWSP

Ikut langkah2 untuk isi pengeluaran. Pilih PENDIDIKAN untuk PTPTN
Check status e-pengeluaran
4) Menunggu reply dan pengesahan IC
Efisen giler.

Aku submit 9hb April, dalam 5 hari bekerja (15hb) dah dapat SMS suruh datang ke mana2 cawangan KWSP untuk pengesahan cap jari dan bawa dokumen yang berkaitan.

22hb aku datang ke KWSP Alor Gajah, within 15minutes sahkan cap jari dan transkrip, terus siap.

25hb aku check penyata KWSP, dia dah tolak untuk ptptn.

 

5 comments:

  1. Hai awak, maksudnya dlm 2 hari berkerja slps pengesahan cap jari, epf da byr ke ptptn ye?

    ReplyDelete
  2. HaNahaKma - Untuk kes saya ya... Check online statement EPF dengan PTPTN dah clear...

    ReplyDelete
  3. Dokumen berkaitan yg perlu submit di ptptn ape ye.

    ReplyDelete
  4. amp: Depends pada status pendidikan masa tu. Nanti dia akan inform melalui sms / e-mail. Macam saya haritu, just bawak IC dan salinan IC (2 Keping)..

    ReplyDelete
  5. Hi, epf minta document apa ya masa pengesahan? Tq

    ReplyDelete

Hiking Fuji 2019 for the first time

Assalamualaikum.... Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part. 31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up be...