Macam biasa, pagi2 bangun awal masak untuk breakfast and bekal.
Bekal today simple je untuk senang bawak, senang makan...
Ktorg pergi 2 kereta je sebab bapak Ainul dah balik semenanjung.
Lepas drop family, ktorg cari parking dekat parking area Jesselton Point. Yang lain-lain bergambar sakan dekat sana.
rasa nak picit2 je budak kecik ni |
Disebabkan ktorg ramai, so ktorg rekuest charter boat (boat khas untuk family ktorg je). Harga per pax untuk 3 pulau + 4 life jacket (untuk snorkeling) + charter boat dalam RM35 +/-
Dont worry, dalam bot ada lagi life jacket untuk kegunaan semasa perjalanan dari pulau ke pulau |
Nasib baik aku ada bawak ubat mabuk siap2 sebab ombak haritu sangat kuat and boat pun terhempas-hempas macam apa je. Kalau tak makan maybe aku orang pertama muntah kot. Cukup lah masa dekat Langkawi aku mabuk laut...
Aku tengah distribute ubat mabok. Takde gambar ramai2 dalam boat sebab ombak kuat sangat tak berani nak berdiri. |
budak ni paling steady... |
Dalam 15 ~ 20min, sampai pulau pertama:
Dato Adi. pergi mana2 ada orang pegang |
Wefie untuk memori |
1st pulau aku tak mandi pasal nak jaga barang... So layan jelah gambar yang ada ya
Macam sedap je ni |
Emmm.... dapnye pasir Sabah |
1st pulau cuaca ok lagi. Mandi, makan, mandi pastu makan. Dah settle gerak ke 2nd pulau
Masa ni cuaca dah start mendung. Tapi ktorg belasah je mandi... Seronok lah layan... Dalam sejam kot, ktorg gerak nak pergi 3rd pulau...
Ktorg dah standby siap2 dekat Jeti tapi disebabkan ktorg guna charter boat, so kena tunggu boat sampai. Tunggu punya tunggu diaorang tak datang pasal cuaca kat sana dah hujan.
Dekat jeti pun dah start angin kuat and hujan. Nak patah balik ke receptionist cuaca tak elok + orang sangat ramai stranded dekat situ. Tu yang ktorg tersekat kat situ takleh gerak...
Masing2 membelakangkan angin kuat. Adik aku pegang kain berdiri depan Adi & Umi supaya diaorg tak sejuk |
Nampak tak ada pelancong lain pun buat macam ktorg |
Bila angin makin kuat, apa lagi pasang la benteng macam ni nak melindungi insan-insan yang lemah terutamanya Ainul |
Ni masa sampai. Cuaca elok... Tak leh bayangkan kalau ktorg decide nak patah balik ramai2 dalam cuaca teruk. Ada yang melayang masuk laut nanti |
Apa lagi, terus decide nak cancel 3rd pulau and balik terus... Rugi tapi apa boleh buat kan...
Dah mandikan Adi, settle simpan barang lebih kurang terus balik homestay. Masa tu around 3 lebih... Sampai homestay, mandi and memasing terus hanyut kepenatan.
Plan asal nak shopping dekat Filipin market tapi masing2 tak bangun. Nasib baik mak aku dah borong bilis dekat Kota Belud so tak ralat sangat.
8 lebih adik aku kejutkan aku ajak gi Filipin market sebab dia nak beli amplang... Lagipun aku kan dah janji (dalam itinerary) nak gi Filipin market and mendobi... So, aku, ab & mah angkut segala baju kotor gi mendobi. Sementara baju tu basuh, ktorg singgah Filipin market. Takde apa sangat sebab diaorang dah nak tutup :(
Avocado coklat habis. Tinggal Avocado milo je. Hmmm... boleh la lepas ngidam |
3 mesin ktorg guna |
Nasib baik sempat borong amplang untuk budak2 ofis. |
Esoknya, kakak aku buatkan breakfast nasi goreng... Habiskan bahan2 yang boleh habiskan... Selebihnya bungkus.
Aku paling risau Adi takut dia cirit dalam flight. Tapi mak aku dah bagi minum air arang siap2 so perut dia dah okay sikit.
Alhamdulillah dengan sedikit jeritan dan bebelan, ktorg check out and gerak ke KKIA jam 8.30 pagi...
Dah check-in luggage, ktorg orang 1st sampai dekat gate... Flight masa tu jam 12.45 kalau tak silap. Aku ada beli in-flight meal so memang tak ajak makan dekat airport. haha... sekali bila bukak bekal (balance breakfast) masing2 berebut makan. Lapar rupanya... kahkah...
Budak ni good girl tak banyak ragam |
Kemain happy... Lapar menyusu pastu ngantok tido.. |
Muka budak kenyang makan pasir |
Selamat tinggal Sabah. See you when I see you |
Overall seronok walaupun ada sakit hati, sedih, penat, stress in between... Tak tahu lepas ni bila lagi nak bercuti jauh2 dengan family. 2 orang kahwin tahun ni, 2 orang tahun depan...
Alhamdulillah, terima kasih Allah untuk peluang dan rezeki ni :)
No comments:
Post a Comment