Saturday 2 November 2019

Sabah 2019 - (Day 4 28 July 2019) Nabalu market, Kota Belud, Filipin market


Harini sama jugak kitaorang bangun awal. Siapkan bekal tengah hari sekali. 

7.30am dah siap2 dekat luar nak amik gambar

ni memasing tengah  busy angkat barang masuk kereta
9 out of 12 adik beradik. Thank you homestay anjung sari jamsari 
Bye2 Gunung Kinabalu. Baju family tajaan Cikgu Zaini

1st destination ktorg haritu adalah strawberry farm. 5min drive je dari homestay. Entrance fees RM5 

Signboard ke Strawberry farm
Wajib bergambar
Lepas bayar dan parking, ktorg dibawa masuk ke "ladang" strawberry and dibenarkan makan sebiji strawberry. Aku kemain selak2 daun dia cari strawberry, sekali ini dapat dia
alahai size dia pun
Bukan musim kot + weekend. Budak yang jaga tu cakap semalamnya dah ramai yang datang and petik. huwaaaa.... Next time aku nak pergi petik strawberry Cameron lah.

Tempat ni kecik je takde apa pun. Lepas "petik" strawberry, ktorg lepak2 minum air strawberry and makan strawberry. Tapi tu semua kena bayar lain la harap maklum. hehehe... Tapi satu benda yang aku suka, sini banyak bunga.... So sudahnya penuh bunga je album gambar aku. Korang layan jelah gambar2 yang ada:








Next destination adalah singgah Pekan Nabalu untuk beli souvenir.  Disebabkan pagi sangat ktorg sampai, hanya few kedai je baru bukak. So, takdelah shopping pun. 

Next, drive ke Polumpung Melangkap. Tengok dekat google cantik kawasan tu ada flying fox bagai. Tapi masa sampai sana, alahai ... Maybe sebab panas (ktorg sampai 10ish) or maybe sebab air dia cetek sangat so tak bernafsu nak mandi. nak main flying fox pun tak buka lagi....

image credit google
So, ktorg terus ke bandar Kota Belud singgah di Pasar Tani Kota Belud beli kuih, belacan, sayur.... Bestnya dekat sini tak ramai pelancong. So, makanan kat sini memang makanan orang local.  Tapi, kuih2 diaorang tak jauh beza pun dengan makanan semenanjung.                                                                      




Tak ingat tajuk kuih ni tapi base dia pulut and kelapa. 

tak ingat nama kuih tapi rasa dia lebih kurang je dengan semenanjung

Tadi Pasar Tani kan? Now kita gi Pasar Besar Kota Belud pulak. Kat sini banyak gila ikan bilis, seafood yang kering2. Tapi harga dia pada boleh tahan jugak (but still murah sikit dari semenanjung). Maybe sebab muka ktorg nampak sangat orang luar tu yang harga pun harga luar. hehe



Mak aku terus borong 4kg ikan bilis dekat sini. Ikan bilis dia still cantik lagi. Tapi korang tak payah la datang Kota Belud semata - mata ikan bilis. Dekat Pasar Filipin pun ada... 

Dah 12ish masing2 perut dah lapar. Tengok google ada pantai tak jauh dari situ. So, ktorg pergi lah sana.... Rupa-rupanya pantai dia bukan macam Port Dickson or Tanjung Bidara yang kau boleh berhenti mana2 and berkelah tepi pantai. In the end ktorg singgah restoran tepi jalan, order air and keluarkan bekal untuk makan. 

Angin kuat sangat time ni. Aku tengah lapar and penat drive memang automatik jadi manusia gorgon

Next, ktorg teruskan perjalanan ke homestay KK. Ktorg stay dekat Nusantara Mattwedian. Walking distance je ke Pasar Filipin. Dekat area situ macam2 restoran ada.... Apartment dia jenis bawah kedai, atas apartment. So,  banyak gila kereta so parking agak limited. Diaorang ada bagi free parking untuk 1 kereta so pandai2 lah... Rezeki ktorg masa tu dapat apartment yang besar (3 bilik, 3 bilik air) complete dengan washing machine. Dapur siap dengan stove and perkakas masak. 

Lepas check-in, mandi and rehat, malam tu ktorg keluar gi makan dekat Pasar Filipin. Since malam tu hujan, terpaksa la drive ke sana. Ktorg tak survey pun kedai mana sebab bawak abg aku (susah nak jalan jauh dalam hujan) so ktorg stop dekat 1st kedai...

Overall, makan dekat sini biasa je. Takde lah sedap gila. Bila pergi ramai2 macam tu lah kita select mana yang paling convenient untuk semua. Harga seafood murah la jugak tapi bila tambah macam2 jenis air, terasa la mahal sikit. huhu...

Nah cuci mata sikit apa yang ktorg makan






ikan 3 rasa dia paling mengecewakan



sotong goreng tepung oklah 








seketul Ainul dan pakciknya
Esok sambung island hopping pulak~~~

No comments:

Post a Comment

Hiking Fuji 2019 for the first time

Assalamualaikum.... Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part. 31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up be...