Friday 29 March 2013

Burger Bakar: indah khabar dari rupa

Semalam tetiba tekak teringin makan burger bakar
dari awal minggu ritu dok tengok orang update gambar burger bakar
tertelan- telan ailio menengok
since lunch semalam makan sandwich je, saja menyedapkan hati 'takpe makan beger bakar je'
sanggup balik meredah hujan
demimu beger bakar terchenta....

dalam kepala terbayang-bayang beger patty dibakar dengan asap berkepul-kepul
makan panas2.... mesti adalah sangat nikmat

dekat seksyen 7 tu ada satu beger bakar fofular. 
so aku pun parkingla depan restoran tu dengan nafsu bergelora...haha
kalau bab makan memang la asyik bergelora T__T

aku order Beef Burger with Cheese.
tambah onion ring and air
Total RM12.50

tak sampai 5 minit tunggu, sap sap soiii terus sampai beger di idamkan.
mula2 kagum tapi bila start makan, pergh...terus kuciwa...

onion ring dia berminyak. 
beza tau kalau korang masak dalam minyak betul2 panas or minyak yang suam2 kuku
dalam kes aku ni, onion ring dia minyak suam2 kuku.
lepas tu tak panas langsung (meaning dia dah standby)

lepas tu beger pun tak panas. 
daging tak panas langsung. 
sejuk. memang daging yang standby punya
customer yang kelihatan tak ramai mana pun
aku nampak dia ada patty warmer 
agaknya patty warmer dia rosak kott...
tapi kalau rosak takleh ke kau buat per order?
lambat sikit orang boleh faham kot
tapi kalau makanan sejuk memang takleh paham T__T

takpela, maybe diaorang standby untuk peak hours.
tanak customer complaint kalau lambat. 
tu semua takpe...
tapi kalau nak suruh aku datang lagi makan, lambaaattt lagi la nak repeat order kan...

sudah makan, gi gym dengan perasaan bersalah...hahaha
kemain aku workout dengan harapan lelemaks beger tadi tak jadi nak stay lama
tak sampai setengah jam, terus tak larat T____T

cara2 macam ni, aku tak sure bila nya badan boleh transform jadi macam the Kardashian...haha...berangan...


Wednesday 27 March 2013

cuaca kering

Lately rasa panas sangat tengah hari and malam. 
Jenis kuat peluh cam aku, setakat turun gi makan pun boleh mengundang peluh melampau. 
Lepas tu macam panas kering. Ke aku sorang je yang rasa?
Tangan aku pun jadi kering. Letak losyen pun tak jalan T__T

kat ofis ni aku minum air bergelen-gelen kot
pegi toilet sampai 6,7 kali sebab terkench

tapi still la rasa kering je. 
apsai tatau. 
ikut MET  hari ni cuaca paling tinggi 33'C 
takde la panas sangat tapi still la weih sanggup tak kuar ofis sampai balik nanti. 
sebab malas nak berpeluh. nti tak selesa. 

ni cuaca untuk this few days:


sekarang asal petang je hujan. 
tapi nasib timing cantik je dalam kol 4 or 5 hujan
by the aku nak balik kol 6 dah ok. 
ada pun renyai2 sikit =) 

tapi yang tak best nya, lepas hujan mula la orang berpusu-pusu balik
pastu jalan jemm....hwaa...bercinta dari Sprint nak masuk federal. 
itu cara2 naik motor. kalau kereta aku rasa lagi bercinta. 

April punya time table dah berubah. aku bukan back to back.
ada one week untuk rest in between of odit esaimen.
so, lega sikit. =)


emm, btw cane ni nak lembabkan tangan iolls?
tak selesa tangan rasa kering je. 
sentuh pipi rasa alahaii kasau nye la... T__T


cerita oditor ;P

i had to skip my gym last night because of work
i had to go to MV to meet with one of our director for QA1 (question and answer)
balik dalam kol 7pm. singgah tesko lagi. by the time sampai rumah, gym dah nak tutup pun....T___T

he had to do the one on one coaching since my current seniors baru2;
and he is the one reviewing the my 'fresh from oven' draft report. previously my senior akan review dulu. 
(so obviously akan ada punya comments) 
and also since this report highlight a sensitive issue

the issue was actually highlighted by my previous senior 
but since i was the 'bidan terjun' Lead oditor,
thus the QA session is direct to me
and which I was totally lost when he asked me questions on that finding

i tot that was a very direct finding
little that i know, it's actually a sensitive one
thus, rewording and restructuring the report should be done to strengthen our findings and prove out the case

tang ni la achik PHAIL!!!

I found it very challenging to write a nice report that could express what are we trying to say
because our report will be read by committee namely Audit Committee yang basically from different backgrounds of accounting, auditing, business, management 
so, kalau case were not that strong, for sure kena hantam
kalau case were strong pun kena proof out jugak

there is a lot of reasons for things that should or should not be done by oditor
of which i'm slowly catching up with
oditor shud be extra sensitive to the environment and changing of the industry; shud be very curious (this trait no doubt i memang dah possess) for things done and practiced 

hence my very first report shows how junior nye lah i ni in this field. 

it takes years of experience to pick up 'fishy' things done by oditee...
sometimes it's not actual intentional things 
oditee can be very naive and innocent in deriving to their decision
so, kena la we all the odit team come out with suggestion for improvements
of course my director who has the final say of the report akan contribute their opinion and all
nak harapkan i yang junior ni, memang la memanjangg satisfactory
oditee pun manjang la hepi...hahaha...

hopefully this evening boleh la membakar lemak considering the mee rebus tadi punya la banyak calories. 


The food costing

a simple pasta can cost me from RM7 a plate. 
my favourite bihun / meggi goreng cost me about RM4.50 to RM6.50 depends on the location of the restaurant. Most of the time, it's sedap, while some other time langsung idokk. Ini belum cerita bab kolestrol tinggi, or bab rencah letak taugeh and sawi saje.. Not that i'm complaining about the amount of vege, but it's not worth it la kan. Padahal, sawi tu bape hinggit je.
i remember a simple sandwich yang letak telur and mayo and timun 2 slices nipis cost me around RM2. nak kata roti mahal, roti 2 keping je kot....

i can be very berkira (in english calculative kot?) bila bab makan
and I understand memang most of the time, it's standard price (tengok tempat la. kalau KL, sandwich RM2 tu normal).
tapi with limited resources, yang every month trying to make ends meet, 
standard bagi orang lain, but for me tak worth it.

I've been working for nearly 8 months now, so randomly calculate;
For lunch, i'll spend around RM5.50 to RM12 depends on the menu. ini pun baru beli dekat stall2 je. belum lagi jejak masuk fancy restaurant bagai. 
I work for 5 days a week, 4 weeks a month; so approximately 20 days la.
Let say I took the average RM7 for my lunch, so i'll be spending around RM140 for lunch only.

I've done my calculation on Excel. And here's approximately how much I spend for 20 working days ("WD") if I were to dine out.


Despite the facts that I loved food, my breakfast were actually quite simple je. Whether Cereal or Sandwich. ada la sesekali teringin, beli jugak la ns lemak and kuih2...

Untuk Lunch and Dinner, tak kosser nak detailkan lagi bawang sekilo bape, kentang sekilo bpe...pepandai la korang check sendiri kat Giant and Tesko. Amount tu average expenses seminggu punya terjah supermarket. 

Biasanya, aku or kakak aku akan masak untuk 2 orang and masak terus lunch and dinner. sonang. kalau bawak bekal gi kerja, aku akan masak malam sebelum tu. so, pepagi takyah la aku nak sibuk menumbuk bawang la bagai. just amik lauk, masuk microwave terus panaskan. sambil tu boleh aku bersenang lenang melambat-lambat siapkan diri....hahaha...dassar. 

I dont know others, tapi aku jenis tak kisah nak makan leftover ke lauk semalam ke apa. Dari kecik mak aku memang dah ajor jangan bazirkan makanan. As long as lauk tu simpan elok2, ok la. 

tapi since petiais kat rumah tu rosak, pepandai la bajet lauk tu akan bertahan ke tak. 
kalau tak, masak portion untuk bawak bekal je...

and kakak aku dia ni kerja shift. kalau dia shift petang (balik malam), sebelum gi kerja dia akan masak untuk dinner. so, aku balik kerja sonang terus makan. hahaha

ktorg masak benda simple2 je. 
megi goreng, pasta goreng, bihun goreng, 
kalau rajin buat la makanan berkuah macam sup2 ke, kari ke, tapi not that extreme punya version.  
lepas seminggu, boringgg...hahaha...

tapi itu jugak la yang dimasak sebab masak nasi leceh. haha
kena basuh beras bersih2 3 kali, masak lepas tu nak basuh bekas lagi. aku tak kosser nak menyental kerak2 nasi ni.  tapi kalau orang masakkan, aku ok je.. cuma kalau aku memang idok la. tak berbaloi menempuh kepayahan tu semua untuk 2 orang makan. hehe...kepayahan mengunyah makanan tu sangguupp sangat la tapi =P

so, most of the time, we'll just boil some water, throw either bihun / meggi / mee / macaroni ke yang senang2 and at the same time tumis rencah. 
rencah dia can be as simple as bawang, ikan bilis and cili api. 

and ada masa2 makan lauk je without the main carbs
ada masa just makan canned products like baked beans or sardine...settle =)

ini bukan cara2 nak kurus ye...
ini cara2 orang bujang masak. 
i wonder la nanti dah kawin whether or not my husband boleh terima 'stail masak' i yang sangat sempooii ini (dont say malas. gurau kasau namanye..haha)

roughly kira boleh kata jimat jugak la dalam RM150. best kan?
Sapa nak bagi 150 senang2 macam gitu kan?

i think i like the 'masak sendiri' idea rather than dine out
jimat pun jimat
and tayah susah2 pikir nak makan apa... ( i've syndrome tatau nak makan apa each time nampak menu...) 
apa yang either of us masak, makan je lah dengan redha...heee....

and today, since i baru je beli barang nak buat mee rebus
maka boleh la nak details out the price for mee rebus (serving size of 4)

Keledek (2 biji medium size) = RM0.70
Udang Kering (2 genggam gitu) =RM4.40 *awat la udang mahai benorr?
Daging (180 gm) = RM2.30
Tauhu ban tong (1 pkt) =RM1.70 *ini spesis tauhu goreng yang bulat2 tu. 
Spaghetti (1 pkt)- i used on 1/4 of it =RM5/4 = RM1.25
telur (telur memang sedia ada.tak ingat harga.)

My cost for our dinner and lunch esok were RM10.35

Ni kita ignore all the little thingy macam bawang semua tu ye. 
I was really tempted to buy mee kuning.
but since i baru je read somewhere tak elok makan mee kuning la apa,
terus berubah fikiran dan tukar mee kuning pada spaghetti. rupa pun dah lebih kurang macam mee. rasa pun ok je. cuma, feeling je lah lain =P

Okla RM5.20 sorang dapat banyak tauhu and banyak daging. 

the real recipe takde tauhu ban tong ni. tapi since dah terbeli, maka kita campak jela sekali ye. i dont mind because i loveee tofu so much. 

tatau la because of darah jawa ke apa. 

kalau nampak lauk tauhu or tempe ni, memang i dah happy je
cuma certain people masak agak masin of which i memang tak fancy masin2 ni.

this is my first attempt masak mee rebus.
bukan pakai instant ye. semua ingredient campak sendiri. 
and it satisfied my taste buds. ngeee....

at the end of the day, perut sendiri is all that matter =)









Monday 25 March 2013

KL yang not so jam todayy

i was struck to see less car travelling this morning
compared to the usual forever-jam-packed view i saw every other morning . 
then, i remember. cuti sekolah....=)
that explain a lot. office-working parents, calon pengantin ramai yang suka cuti sekolah
it's convenient to plan your holidays i guess
as for wedding pulak, banyak tenaga boleh dikerahkan untuk majlis =)
of which i clearly remember my uncle and auntie 'hiring' us the nephews  and nieces to help out during the kenduri kendara. a cheap labor for them and an exciting experience for us the kids running busying ourselves. hahaha...

there were time after all uncles and auntie dah married, 
during semester break or school holidays i would still be very busy sebab i joined the caterer
they pay me handsomely; berbaloi la dengan the workload kan ;)
if i joined the cutting and cooking session, dapat lebih lagi =)
most of the time, i would be in-charge of meja pengantin; not the lauk pengantin thou
i dont know what 'disaster' would come if i were to incharge of the lauk pengantin..hahaha

i cant really remember what i did with all the wages received
obviously not menabung =P

and now, after graduate, 
there come the zaman i called 'zaman mengawan' hahahahaa
friends of same age, ramai yang berkahwin. 
guess people nowadays they're more stable at the age of 23, 24,25 gitu
stable here in term of emotional, financial and responsibility 
for me takde istilah kawin muda ke tua
its should be kawin matang ke tidak. 

hence, this is the picture from yesterday's wedding
she's my schoolmate masa kat Terendak dulu =)
not the same class, tapi same batch and same persatuan
if i dont know her, i wouldnt know she's 25 because of her petite body....=)

we had a delicious nasi minyak with rendang daging, ayam masak merah, acar timun, ciken goreng (i love to pronounce it this way); kerepeks and kuihs and favourite of all: ice-cream!!
sangat heaven dapat ice-cream masa cuaca panas. 

the girls- i look super 'scary' from this camera T__T 

the successful attempt to cover my lelemaks.... =)

tak ramai from our batch yang datang. 
but we have a good 'catch-up' time
after the wedding, since i carpool with hidayat, balik pun dengan beliau la
the other girls, they went for sightseeing at the nearest beach- Morib

me and hidayat went sesat barat after that. 
masuk SKVE mana tah. hahaha..... geng tak hingat jalan *gimme 5*
masa pergi, we follow another car. that's why selamat sampai ke destinasi within one hour. 
nothing to proud of. hahaha...lainla explore, sesat and jumpa sendiri jalan kan...

at the same time, my adik angkat's reception on the same day
tapi i didnt go =(
sebab jauh nun kat Perlis and dengan kerja yang melambak, i cant afford to take leave this week (kalau ke Perlis, 2 hari tak cukup. atleast 4 to 5 days. travelling pun dah makan satu hari). 

another wedding in 2 weeks time at Gambang, Kuantan.

Tentatively, April's would be a busy month for me.
with 3 weeks in a row odit's assignments (that mean 3 reports in a row T__T )

dengan plan nak hiking with The Girls lagi. 

banyak plan dah ni. hopefully dengan kebizian, boleh la kurus...sangattt *mata ke atas*


p/s: thanks to afifa and syita for the picture. i rembat baikkk punyaa....hahaha

Sunday 24 March 2013

customer and customer service. the best and tak bestnya.

this is a scheduled post.
saja taknak post malam tadi sebab tanak nampak macam orang yang mabuk taleh tido =)

one thing kerja sebagai customer service ni is tengok gelagat orang.
it can be a veryy good thing
or it can be the other way around. depends.

a very good thing: to observe people, to know people
knowing myself yang bersifat perumah? sikit..
kerja begini baru aku belajar sikit donia ni...

a not so good thing: to face different kind of pe'el of which pe'el yang pemarah, tidak sabar dan kengkadang 'selfish' pe'el

the good experience:-
best tengok family datang ramai2
celebrate things macam birthday la, annivesary la, exam result la
best tengok how a family can be so in harmony

biasanya si ibu akan mewakilkan diri sendiri untuk order
nanti terpusing2 badan 360 darjah cari anak2 and tanya nak makan apa
yang si anak prefer main kejar2 daripada merespon. haha. typical kids. (*i was once like this)
habis order, si bapak akan mewakilkan diri untuk bayar pulak. settle.

best bila kengkadang ada yang bawak baby
at time kalau tak penat, syiok wo tengok baby
sometime we manage to hold and play with them =)
some baby are so adorable and it's so hard to resist from giving a kiss or two
hopefully, mak2 baby tak serik la bila balik rumah, baby dah melekat bau ayam kesan dari gomolan..haha

best bila there's this one time dapat coklat
sebagai tanda terima kasih
alahai banyak nya kasih dapat walhal kami ni penjual =)
ada yang siap bagi kata semangat. pernah tau. memang ada tau orang begitu. alahai..terharuu =))

best jugak bila ada orang datang cakap "kak, boleh tolong simpan kan kek tak? nak sambut besday kawan"
bertuahnya si kawan ni dicelebrate bagai...

lagi best kalau makan ramai2
semuaorang tau nak makan apa
semuorang cepat decide menu alternative bila menu asal habis
so, kerja kamiorang pun senang =)
since ini order over the counter,
lagi cepat keputusan dibuat, lagi bagus
so, takde la fitnah semborono dari orang yang beratur belakang kata kamiorang slow =P
yelah, ada masa memang slooowwnya
biasaa la manusia bukan robot. boleh set2 kadar kelajuan ke hapa.

best bila kata produk habis, orang boleh faham instead of marah2 tak tentu fasal
yelah, logiknya, penjual of course nak untung mesti semua benda nak jual
tapi kalau dah takde, nak buat acaner? kan...

the not so good experience:-
tak best bila ada orang rasa dengan duit dia berkuasa
true enough kami makan gaji.
u tak beli, of course kami takde sale
tapi we're not ur so called kuli

tak best bila ada orang pandang rendah kerja kami
setakat jual ayam?  bukan penatt sangat pun...
well, helloo. nak trade in tempat ke rasa first hand experience??

berdiri lama, mengadap ramai customer
if i were to count, i dont know
it can be hundreds of transaction per day. per day ok! belum kira per transaction tu berapa jenis order plak. kalau ditotalkan satu2, sangat banyak ye
so, please excuse us if we're kind of slow
as at one time, kengkadang seteguk air pun tak sempat minum; to show how bizi nya kami

a few times i met people yang kerja tak sampai seminggu terus resign
ada yang sehari je dah berhenti. reason being sebab tak tahan bizi.

tak best bila ada yang mengagahkan diri beratur lama
bila sampai turn marah kena tunggu lama
oh well, u have all ur time to decide nak tunggu atau tak
kalau cannot go, silakan. we would understand
its not like u berdiri tunggu, kamiorang duduk
samala. selama mana u berdiri tunggu, selama itu jugak la kami berdiri memberi servis.

tak best pernah, bila time puasa, orang marah kena beratur lama
kata lapar la, nak bukak puasa la and all
as if saying that we, tak puasa.
as if saying that we, tak penat berdiri lama
there's this one time, we only manage to break fast at 9pm
selepas selesai customer berbuka, and bergilir-gilir kami makan
ada time yang sempat minum je and properly dapat makan lepas balik kerja kol 12.

regardless,
terima kasih pada kamu yang memahami
terima kasih juga pada yang tidak
kerana dari situ kami belajar bersabar. walaupunn...adala jugak tercarut dalam hati ke apa
tapi as time goes by, personally, dalam field ini saya menjadi lebih dewasa dan belajar terima



random #5

i see faces
and i learnt about people from what's written in their face

i can see they're happy, when they put on smile
i can see they're sad, when their eyes in tears
and that's the most that i can know about someone.

i see faces but never the heart
i see expression but never true emotion

i'm far from a mind reader
and i dont think i'm good at telepathy

i define things from the way i see it
hence i might get confused from the real, actual meaning

u cant expect me to really understand everything
when the last thing u do is saying nothing

this is not a statement of 'sigh'
this is a thankful statement, for allowing me to clarify
and for the time spent explaining everything
thank you again for your understanding.





Friday 22 March 2013

semalam yang menjengkelkan.

and so yesterday i didnt skip my gym. =)
which is thanks to my lappy...
tengah online tetiba dia boleh off...
so, paksa rela la bawak diri gi gym.
but once inside, the vibe is different =)
semuaorang workout, so semangat pun datang..

yesterday jugak agak menjengkelkan menjadi seorang oditor...
bila mana request for something (e.g. documents)
oditee lambat bagi.
u know u're being odited, u shud have prepare urself, ur schedule.
kalau we ask for thousands time, u rasa rimas.
but if u gave us when we asked for it the first time, then takde la 2nd, 3rd time tu =)
we can understand u're busy delivering ur job cause we're actually on the same boat of delivering our jobs!

and tak fun bila oditee tak faham apa yang kita nak.
oh, well. that means i shud improve on my explaining skill.

because of the miscommunication and all,
terpaksa la ktorg back-off dulu.
maka, kepanasan la kebuntuitan saya kerana seat motor; selepas berjemur di panas terik, adalah sanggaatt panas. mencikkk....dahla seluar hitam. jaket gelap...

lepas lunch, datang balik ofis client katanya ada benda nak bagi.
why la tak bagi terusss....
so, lagi sekali sessi memanggang buntuit T____T
nasib la perjalanan pegi balik setengah jam je.
kalau tak. tsk. tsk. jadila buntuit panggang....

so, siapa la yang kata jadi oditor ni senang? cari salah orang je...
mencari salah atau memahami sesuatu proses client tak jadi masalah
tapi bila nak kena hadap pe'el manusia yang bermacam ni la yang masalah.

by the way, semalam kan bebudak SPM 2012 amik result kan?
well, my brother pun amik jugak.
itulah kisahnya adik beradik jarak rapat2...
2 tahun sekali ada yang amik exam besar.

kemain lagi aku berdebor...
sebab aku janji kalau bro no.8 ni dapat 5A's aku akan belikan motor
of which, aku lega sikit la semalam =P

but then, result dia quite ok, 
considering selalu ponteng kelas, suka wat part time daripada belajar etc.

apa ada pada A?? a stepping stone tu betul
tapi, bukan ada satu jalan je kat dunia ni kan?
kalau tak dapek jalan A, kita gi jalan B...

its just because community nowadays are more interested dengan paper result than the practical result
so, jadi la kebanyakkan kita exam-oriented. 
and aku kenal some people yang result SPM gempak tapi in the end tidak bekerja.
ada jugak yang SPM dia pangkat 3 (ni kisah orang dulu2)
tapi berkat Tuhan, jadi manusia berjaya.

bukan nak kata adik2 takyah belajar langsung...
hoihh...jangan cakap aku buat ajaran sesat plak.
belajar tu is one thing
praktikal is one thing
attitude is another thing

apa guna belajar tinggi2 tapi attitude macam longkang?
gitu peribahasa kita hari ini..hehe...

tahniah pada yang straight A's. 
continue dengan cita2 anda. 
yang mana minat doktor, belajar elok2 jadi doktor berjaya. 
haha. tetiba doktor. maybe kebelakangan ni jarang jumpa doktor hensem,
so iolls galakkan la adik2 hensem yang bijok2 ni gi study meds. 
orang sakit mesti suka datang hospital selaluu =P

yang result tak A tu,
Tuhan ada tentukan rezeki awak2 kat tempat lain
mungkin bahagian praktikal? 
siapa tahu?
cuma jangan berhenti berharap dan berdoa. 


Thursday 21 March 2013

Duit Cari punya payah tapi keluar macam air. tsk. tsk.

i've been skipping my gym beberapa hari ni.
menangis sebab gym berbayar kot T__T
let say, RM120 per month tapi boleh datang 4 times a month je,
then, per visit is RM30.

quite expensive thinking that it just another jumping, hopping and cycling around with another few extra steps.

kalau visit one time je, lagi la mahai...
kengkonon bila dah gi gym berbayar ni, semangat tu lain sikit
tapi how la balik kerja kol 6.30pm, kalau tak hujan cepat je zoom sampai rumah 7 something
lepas tu lapar, makan dulu... 
lepas tu rasa penat dan tak larat (bersangka baiklah time baca ni. bukan malas ye..pfffttt...)
last2 tertidur. selalu gitu. tertidur dengan baju kerja. kalau boss tengok, menangis sayu sebab macam "apakah kesiannya staff aku workaholic tertido dengan baju kerja" ...ngahahaha..
apparently, boss bukan serumah... so, kes begini hanya jadi imaginasi..=P

kena balik kerja, direct terus ke gym! baru berkesan!

hoih la ida!! 

and semalam aku gi pasar malam. 
lama tak gi. and i wonder why.
bila dah gi baru tau....
pasar malam ni : sesak ramai orang and banyak benda yang boleh beli =P

jalan2 nampak jagung, terdetik nak makan jagung. keluar RM2
jalan lagi nampak bawang, terus terbayang basket kat rumah macam nak kosong. padahall masak pun boleh tahan malas...heh! pastu kedai bawang ada ikan masin, ada cili giling, ada kentang. cash out RM9
jalan2 lagi nampak kedai jual putu  bambu dengan putu piring. mak aihhh...feverettt. cash out RM2
pastu kedai buah apek boleh tahan buah-buah masak ranum. satu pinggan RM5. amik 2 pinggan, 2 jenis. cash out RM10

orang sesak ramai2 pun boleh tahan tu daya membeli =P
bukan apa. dah alang2 aku bersesak, berpeluh bagai, mestilah perjalanan tu nak rasa berbaloi ;P

ok, sambung. jalan lagi. ada abang jual sayur jerit "tiga 2inggit. mari2. sayur tanam sendiri. tiga 2 inggit. tiga 2 inggit"
ha, gitu. terus teruja. sebab sayur adalah sedap dan sihat. tanam sendiri plak tu. kengkonon habis organik la.... biasalah. pompuan *tangan ke dada
setiap pembelian, mesti ada logik dan sebab musabab. 

kedai sayur ada macam2 termasuk makanan feveret tauhu dan tempe. 
aku kan, kalau nampak makanan raw, kepala terus translate imagine lauk terus. hahaha
contoh macam pandang tauhu dengan tempe, terus rasa  "kalau goreng garing2 dengan bawang dengan cili ni maveless.." time2 tu jugak terbayang. rembat tiap2 satu 2 keping. so, jualan abang sayur pada saya ialah RM6.60

jari2 yang memegang dah sakit. orang bertambah ramai. almaklum, student dah start sem. 
badan dah macam sauna. tapi, perjalanan harus diteruskan.

eh, abang jual ayam senyum pulak...
alahai. sorry la. petiais rumah rosak. so, barang basah takleh beli banyak2.

eh, abang jual daging jerit "kaklong, mai singgah"
aisey...sorry. marketing fail! saya adik2 lagi..hahahahahaha

pastu tetiba, nampak sotong. alamak!! feveret. apahal banyak feveret plak ni??
disebelah kanan adalah sotong goreng ranggup ala2 kfc. sepeket 150gm RM7
disebelah kiri adalah sotong mentah yang nampak fresh sekilo RM17
terus monolog dalaman "150gm banyak mana? segenggam? cukup ke? macam tak berbaloii je...deep fried. berminyak plak tu. no2. tu semua lemak..." 

hakktuii..bersusah payah yakinkan diri jangan beli sebab berlemak. 
padahal, gi kiri, beli sotong mentah 7 ekor, RM5 and balik buat sambal. eh, sambal tak banyak lemak kan?? 

jalan depan sikit lagi, nampak popiah basah.
time bulan puasa, berbuka dengan popiah basah adalah nikmat.
and sebelah popiah basah ada jual apam balik
Malaysia ku memang banyak makanan yang best T______T

hoihh la. banyak gile dugaan setengah jam di pasar malam.
orang berpusu-pusu, bersenggol-senggol
nasib la tak memaki...

tu pasal la aku dah lama tak jejak kaki ke pasar malam. 

belum lagi aku gi section baju-baju. 
kalau bukan untuk diri sendiri, untuk adik2 plak.

lepas pasar malam, balik terus flatt
terus skip gym. mencikk gila. 
tapi suka sebab dapat makan jagung bakar dengan putu. 
kalau ada putu mayam pun sedap ni.

aku bukan la benci pasar malam.
personally, pasar malam ni best.
kalau barang basah, fresh2 jugak berbanding Giant
lepas tu boleh tawar menawar.
tapi satu je. ia laro'
walaupun menyumbang pada ekonomi negara, tapi boleh mengkayapkan ekonomi sendiri. 

ok la. nak chow chin chow.

nak berkejar gi gym. doakan aku berjaya atasi rasa M dan rasa Penat. haha. typical pompuan demok takde azam. beginilah. macam2 alasan. 

hari ni taknak singgah mana2. ayam penyet wong solo ke, kepsi ke, barra ke. tu semua lemak!!

Sunday 17 March 2013

of the sun who rise and the sun who set

let the day begin, with the sun who rise
thou for some of us, it's the sign of demise

let the flower bloom and the birds chirp
let the wind blow at their steadies speed

let the water flow like there's no rush
and just let time tick, there's nothing to dash

i see people of different colours and age
they travel so fast as if everything has its expiry date



and when it's the time for the sun to set
for some of us, it's mean no time to rest

we travel some more and we work for more 
until the body warn, we continue to persist
 
what happened to the world, can we never see?


we're close nearby, but it feel so space out 

if working all out is meant to earn money
than, how do you define money?

arent we just the same??

we fear of losing
losing to the society who keep demanding

let the sun be the signal for us all
that our daily life has its beginning 

and 

ending

ranting orang yang takleh tido

despite my senior is leaving, aku tak dapat pun say goodbye.
Doctor has given me 2 day of medical leave. which aku nak and taknak at the same time
taknak sebab rasa kerja melambak.
nak sebab aku takde lagi official cuti.
yelah, seminggu cuti raya cina hari tu tak rasa pun since iolls kerja kepsi

dah ada petanda2 demam since hari selasa tetapi gagahkan jugak gi ofis
come thursday, aku tak larat and finally surrender myself to the panel clinic. 
and knowing panel clinic can sometime be really strict producing MC
I was really terkejut dapat 2 hari. heee....

it's a good thing for me to rest myself completely.
ini pun dah kebah sikit =)
and this morning sempat la pergi gym...
oh, i didnt tell ye yang i register myself into this one gym?
i've been meaning to register since i stay out of campus
sebab dok luar ni leceh sikit nak masuk keluar gym UiTM.
and since gym uni is free, tahap kemalasan tu kemain la tinggi
plus the ever perasaan busy, so lagi la malas nak workout.
adala few times yang jogging kat tepi tasik
tapi sekejap je sebab segan jogging sensorang. hehe...
ada jugak berzumba kat rumah, tapi kena ada time.
kadang2 time ada, rumah pun elok kosong, cite korea plak yang menghalang. 
haish. dugaan2~~~


tapi lama kelamaan makin menjadi2 pulak badan ni
ingat diri belon ape makin lama makin kembang?? tsk..tskk..
and then, i saw this one big banner 
'gym wanita'
terus fuyohh....cambest...
terus decide gi trial and dapat gaji terus register
sakit jugak la register mula2 tapi insyaAllah rezeki tu ada.
walaupun i rasa i banyak menghabiskan VCOA rather than jual
tapi ada jugak la rezeki yang datang =)

aku ni jenis yang kena paksa sikit. 
macam paku dengan tukul
kena paksa, bagi seksa sikit  baru jalan..hehehe...
same goes with me. 
dah rasa perit jerih bayar gym,
baru seret kaki workout. kalau tak.....
so, takpela berhabis sikit untuk jadi chantikk balik..huhuhu =P

and after session ke-5, 
tadi timbang and check body fat,
uih, ada penurunan..
tak la sampai 5,6 kg turun..kalau gitu  banyaknye, memang berkampung la dekat gym tu ;P

diaorang punya pendekatan is not on quantity of exercise, but on quality of exercise.
macam aku dulu masa diploma (time tengah kurus gile tu...heee) spent masa kat gym sampai 2 jam pun ada
tapi mostly duduk je cycling...
memang la nampak how many calories terbakar segala, tapi lepas berhenti terus plopp (bunyi macam ikan timbul kat air) mendadak naik
and guess what?? kat peha jugak la yang di attact. 
this instructor ni bagitau, the first 45minutes exercise is the so call efficient time la nak bakar lemak.
lepas 45minute, korang just wasting energy and time..

and most of all, kena jugak jaga makan. 
jangan tak makan langsung. bahaya. sebab apa yang 'tinggal' dalam badan kita mostly lelemak
tapi badan kita perlu consume daily vitamins and mineral untuk berfungsi dengan baik
so, makan itu penting... 
and jangan la makan sampai tak beringat kan. 
kita workout ni kekdahnya supaya nak kurangkan lelemaks.. yang kau gi santak makan buat tambah lemak lagi buat apa?? 

and ingat supplement pun kena rajin amik. 
macam aku sekarang telan VCOA untuk tenaga, lawas perut (itu efek kat aku la. orang lain tak sure plak), untuk feeling kulit haluih...
pastu telan jugak glucosamine since aku punya lutut dulu pernah terseliuh. tulang lari. so ada sikit sakit
makan glucosamine ni membantu penghasilan pelincir untuk sendi2..
and vit C. aku punya dah habis sebenarnya. bila lalu farmasi asyik la lupoo...
last2 gigih nak makan oren banyak2 konon nak vit C. pfttt...
tapi betul la, family aku kalau demam ke apa memang mencari scott emulsion (kaler oren) sebab dia ada vit.C
secara saintifiknya aku memang la tak reti explain
tapi secara pengalaman peribadi, memang vit C bantu aku untuk jarang demam. jarang2 gila. ni demam maybe sebab dah lama tak makan vit C. heee...

ada jugak member2 aku yang telan macam2 supplemen. pehhh...itu sudah baguih
tapi aku ni asyik pelupa telan ubat, apatah lagi supplemen. so, tayah bebanyak. membazirr...
and tak kosser nak telan banyak2. penat. hahaha..boleh?? 

Wednesday 13 March 2013

Oih~

kenapa hari ni macam tak betul je? 
hari ni, sana sini buat silap. 
atau mungkin sebab aku terkujat.
bulan April nanti assignment back to back.
oih.................

Tuesday 12 March 2013

Tips mendaki untuk first timer

masa mendaki hari tu, ada few tips yang aku sempat dapat from akak abang yang jadi ktorang punya tour guide. 

first, kalau nak mendaki, it's better to have comfortable shoes. 
selain semangat yang jitu, kaki jugak memainkan peranan penting untuk sampai ke atas
so, kaki kita perlu keselesaan yang tinggi untuk menampung berat *cough yang berat *cough

ada yang aku tengok pakai rilek pakai selipar. 
aku yang tengok ni kemain seram lagi. 
kot2 la terpijak kaca ke duri ke, kan ke kesian?

masa ni, kasut licin. =(

macam aku aritu pakai sport shoes biasa je. 
setakat naik broga ok lagi
tapi sebab ritu naik tinggi lagi sampai tok wan,
maka sangattt la tak sesuwaiii

satu, sebab tapak kasut tak grip sangat. 
nak mendaki pun risau je.
dua, sebab tapak dia tak setebal hiking shoes.
so, feeling tak best. 

dah setel kasut, kita standby energy food and drink
energy food boleh je nak bawak sardin ke meggi sampai atas makan
macam hari tu, abang kakak tu bawak meggi and nasi lemak. 
oleh kerana mereka baik, dapat la ktorg nasi lemak 3 bungkus share 5 orang

masa diaorang hulur, kemain lagi segan la apa la
5 minit toleh, zappp
ghaib dalam perut memasing. hahaha...lapor cakap kau
ada je ktorg bawak sardin
tapik, tatau kesilapan teknikal ke apa sardin tu masin.. aku kalau masin sangat tak laluu..

tapi elok la standby energy bar ke coklat ke untuk tenaga masa perjalanan. 
takkan tengah2 jalan tu nak bukak nasi lemak and makan?? 

air pulak, memang kena bawak banyak...
walaupun kau tak minum banyak ke apa, standby je
macam aku, aku memang minum banyak
so aku bawak sekali 2litre punya botol. ngehngeh...
itu pun lepas dikekah kan kepada ramai2, memang tak cukup

lagi bagus bawak air glucose
atau minuman isotonik
bagi tenaga yang cepat

lain2 barang bawak la plaster ke, minyak angin mana tau ada yang terseliuh kat atas
pastu pain killer wajib ada. in case apa2 terjadi.
wet tissue pun bawak. kot2 ada yang nak membuang hajat kat atas, takdo la seksa buntuit memasing nak gosok guna daun-daun...hahaha...
aku hari tu tahannn je sebab segan and takde wet tissue..
nak guna air, kedekut pulak rasa. nak jimat2 kot2 dahaga 

sapa yang sakit lutut, siap2 la makan glucosamine and sarungkan knee cover.
macam orang lutut tak bape nak kecik, ada yang jenis strap punya. 
cari la kat mana2 farmasi. aku jumpa kat watson. almaklum, kalau standed size, takut tercekik plak lutut so ahkak beli la yang strap. tinggal lagi ko rajin ke tak nak pakai...

apa lagi ye?? hmm..bagi yang travel pepagi or petang2, 
sila pastikan bawak torch light. 

and above all, make sure korang letak barang2 dalam back pack.
beg silang ke handbag ke tu semua akan menyusahkan diri sendiri
sebab masa sessi panjat memanjat, sesetengah tempat licin, tak stabil la apa la
so, kalau beg silang ni, dia akan tambahkan berat kau sebelah
tu yang jadi makin tak stabil and mudah jatuh...

tengok kat bawah, botol air 2 liter dah bagus. tapi slek aku berlenggang bawak itu aje
so, imagine camne bahayanya aku panjat broga tu??
dengan orang ramai yang turun lelaju...
rasa cam nak tinggalkan je botol tu..

pandang kamera je senyum. padahalll penat giloss.

view kat broga. ekceli dah gayat, tapi sebab  bergambar punya pasal, ku tahann je


view dari broga. sangat refreshing...

feeling sampai atas tu yang paling berharga
Selamat berhiking =)

Hiking Fuji 2019 for the first time

Assalamualaikum.... Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part. 31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up be...