Tuesday, 12 March 2013

Tips mendaki untuk first timer

masa mendaki hari tu, ada few tips yang aku sempat dapat from akak abang yang jadi ktorang punya tour guide. 

first, kalau nak mendaki, it's better to have comfortable shoes. 
selain semangat yang jitu, kaki jugak memainkan peranan penting untuk sampai ke atas
so, kaki kita perlu keselesaan yang tinggi untuk menampung berat *cough yang berat *cough

ada yang aku tengok pakai rilek pakai selipar. 
aku yang tengok ni kemain seram lagi. 
kot2 la terpijak kaca ke duri ke, kan ke kesian?

masa ni, kasut licin. =(

macam aku aritu pakai sport shoes biasa je. 
setakat naik broga ok lagi
tapi sebab ritu naik tinggi lagi sampai tok wan,
maka sangattt la tak sesuwaiii

satu, sebab tapak kasut tak grip sangat. 
nak mendaki pun risau je.
dua, sebab tapak dia tak setebal hiking shoes.
so, feeling tak best. 

dah setel kasut, kita standby energy food and drink
energy food boleh je nak bawak sardin ke meggi sampai atas makan
macam hari tu, abang kakak tu bawak meggi and nasi lemak. 
oleh kerana mereka baik, dapat la ktorg nasi lemak 3 bungkus share 5 orang

masa diaorang hulur, kemain lagi segan la apa la
5 minit toleh, zappp
ghaib dalam perut memasing. hahaha...lapor cakap kau
ada je ktorg bawak sardin
tapik, tatau kesilapan teknikal ke apa sardin tu masin.. aku kalau masin sangat tak laluu..

tapi elok la standby energy bar ke coklat ke untuk tenaga masa perjalanan. 
takkan tengah2 jalan tu nak bukak nasi lemak and makan?? 

air pulak, memang kena bawak banyak...
walaupun kau tak minum banyak ke apa, standby je
macam aku, aku memang minum banyak
so aku bawak sekali 2litre punya botol. ngehngeh...
itu pun lepas dikekah kan kepada ramai2, memang tak cukup

lagi bagus bawak air glucose
atau minuman isotonik
bagi tenaga yang cepat

lain2 barang bawak la plaster ke, minyak angin mana tau ada yang terseliuh kat atas
pastu pain killer wajib ada. in case apa2 terjadi.
wet tissue pun bawak. kot2 ada yang nak membuang hajat kat atas, takdo la seksa buntuit memasing nak gosok guna daun-daun...hahaha...
aku hari tu tahannn je sebab segan and takde wet tissue..
nak guna air, kedekut pulak rasa. nak jimat2 kot2 dahaga 

sapa yang sakit lutut, siap2 la makan glucosamine and sarungkan knee cover.
macam orang lutut tak bape nak kecik, ada yang jenis strap punya. 
cari la kat mana2 farmasi. aku jumpa kat watson. almaklum, kalau standed size, takut tercekik plak lutut so ahkak beli la yang strap. tinggal lagi ko rajin ke tak nak pakai...

apa lagi ye?? hmm..bagi yang travel pepagi or petang2, 
sila pastikan bawak torch light. 

and above all, make sure korang letak barang2 dalam back pack.
beg silang ke handbag ke tu semua akan menyusahkan diri sendiri
sebab masa sessi panjat memanjat, sesetengah tempat licin, tak stabil la apa la
so, kalau beg silang ni, dia akan tambahkan berat kau sebelah
tu yang jadi makin tak stabil and mudah jatuh...

tengok kat bawah, botol air 2 liter dah bagus. tapi slek aku berlenggang bawak itu aje
so, imagine camne bahayanya aku panjat broga tu??
dengan orang ramai yang turun lelaju...
rasa cam nak tinggalkan je botol tu..

pandang kamera je senyum. padahalll penat giloss.

view kat broga. ekceli dah gayat, tapi sebab  bergambar punya pasal, ku tahann je


view dari broga. sangat refreshing...

feeling sampai atas tu yang paling berharga
Selamat berhiking =)

No comments:

Post a Comment

Hiking Fuji 2019 for the first time

Assalamualaikum.... Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part. 31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up be...