Wednesday, 27 March 2013

The food costing

a simple pasta can cost me from RM7 a plate. 
my favourite bihun / meggi goreng cost me about RM4.50 to RM6.50 depends on the location of the restaurant. Most of the time, it's sedap, while some other time langsung idokk. Ini belum cerita bab kolestrol tinggi, or bab rencah letak taugeh and sawi saje.. Not that i'm complaining about the amount of vege, but it's not worth it la kan. Padahal, sawi tu bape hinggit je.
i remember a simple sandwich yang letak telur and mayo and timun 2 slices nipis cost me around RM2. nak kata roti mahal, roti 2 keping je kot....

i can be very berkira (in english calculative kot?) bila bab makan
and I understand memang most of the time, it's standard price (tengok tempat la. kalau KL, sandwich RM2 tu normal).
tapi with limited resources, yang every month trying to make ends meet, 
standard bagi orang lain, but for me tak worth it.

I've been working for nearly 8 months now, so randomly calculate;
For lunch, i'll spend around RM5.50 to RM12 depends on the menu. ini pun baru beli dekat stall2 je. belum lagi jejak masuk fancy restaurant bagai. 
I work for 5 days a week, 4 weeks a month; so approximately 20 days la.
Let say I took the average RM7 for my lunch, so i'll be spending around RM140 for lunch only.

I've done my calculation on Excel. And here's approximately how much I spend for 20 working days ("WD") if I were to dine out.


Despite the facts that I loved food, my breakfast were actually quite simple je. Whether Cereal or Sandwich. ada la sesekali teringin, beli jugak la ns lemak and kuih2...

Untuk Lunch and Dinner, tak kosser nak detailkan lagi bawang sekilo bape, kentang sekilo bpe...pepandai la korang check sendiri kat Giant and Tesko. Amount tu average expenses seminggu punya terjah supermarket. 

Biasanya, aku or kakak aku akan masak untuk 2 orang and masak terus lunch and dinner. sonang. kalau bawak bekal gi kerja, aku akan masak malam sebelum tu. so, pepagi takyah la aku nak sibuk menumbuk bawang la bagai. just amik lauk, masuk microwave terus panaskan. sambil tu boleh aku bersenang lenang melambat-lambat siapkan diri....hahaha...dassar. 

I dont know others, tapi aku jenis tak kisah nak makan leftover ke lauk semalam ke apa. Dari kecik mak aku memang dah ajor jangan bazirkan makanan. As long as lauk tu simpan elok2, ok la. 

tapi since petiais kat rumah tu rosak, pepandai la bajet lauk tu akan bertahan ke tak. 
kalau tak, masak portion untuk bawak bekal je...

and kakak aku dia ni kerja shift. kalau dia shift petang (balik malam), sebelum gi kerja dia akan masak untuk dinner. so, aku balik kerja sonang terus makan. hahaha

ktorg masak benda simple2 je. 
megi goreng, pasta goreng, bihun goreng, 
kalau rajin buat la makanan berkuah macam sup2 ke, kari ke, tapi not that extreme punya version.  
lepas seminggu, boringgg...hahaha...

tapi itu jugak la yang dimasak sebab masak nasi leceh. haha
kena basuh beras bersih2 3 kali, masak lepas tu nak basuh bekas lagi. aku tak kosser nak menyental kerak2 nasi ni.  tapi kalau orang masakkan, aku ok je.. cuma kalau aku memang idok la. tak berbaloi menempuh kepayahan tu semua untuk 2 orang makan. hehe...kepayahan mengunyah makanan tu sangguupp sangat la tapi =P

so, most of the time, we'll just boil some water, throw either bihun / meggi / mee / macaroni ke yang senang2 and at the same time tumis rencah. 
rencah dia can be as simple as bawang, ikan bilis and cili api. 

and ada masa2 makan lauk je without the main carbs
ada masa just makan canned products like baked beans or sardine...settle =)

ini bukan cara2 nak kurus ye...
ini cara2 orang bujang masak. 
i wonder la nanti dah kawin whether or not my husband boleh terima 'stail masak' i yang sangat sempooii ini (dont say malas. gurau kasau namanye..haha)

roughly kira boleh kata jimat jugak la dalam RM150. best kan?
Sapa nak bagi 150 senang2 macam gitu kan?

i think i like the 'masak sendiri' idea rather than dine out
jimat pun jimat
and tayah susah2 pikir nak makan apa... ( i've syndrome tatau nak makan apa each time nampak menu...) 
apa yang either of us masak, makan je lah dengan redha...heee....

and today, since i baru je beli barang nak buat mee rebus
maka boleh la nak details out the price for mee rebus (serving size of 4)

Keledek (2 biji medium size) = RM0.70
Udang Kering (2 genggam gitu) =RM4.40 *awat la udang mahai benorr?
Daging (180 gm) = RM2.30
Tauhu ban tong (1 pkt) =RM1.70 *ini spesis tauhu goreng yang bulat2 tu. 
Spaghetti (1 pkt)- i used on 1/4 of it =RM5/4 = RM1.25
telur (telur memang sedia ada.tak ingat harga.)

My cost for our dinner and lunch esok were RM10.35

Ni kita ignore all the little thingy macam bawang semua tu ye. 
I was really tempted to buy mee kuning.
but since i baru je read somewhere tak elok makan mee kuning la apa,
terus berubah fikiran dan tukar mee kuning pada spaghetti. rupa pun dah lebih kurang macam mee. rasa pun ok je. cuma, feeling je lah lain =P

Okla RM5.20 sorang dapat banyak tauhu and banyak daging. 

the real recipe takde tauhu ban tong ni. tapi since dah terbeli, maka kita campak jela sekali ye. i dont mind because i loveee tofu so much. 

tatau la because of darah jawa ke apa. 

kalau nampak lauk tauhu or tempe ni, memang i dah happy je
cuma certain people masak agak masin of which i memang tak fancy masin2 ni.

this is my first attempt masak mee rebus.
bukan pakai instant ye. semua ingredient campak sendiri. 
and it satisfied my taste buds. ngeee....

at the end of the day, perut sendiri is all that matter =)









No comments:

Post a Comment

Hiking Fuji 2019 for the first time

Assalamualaikum.... Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part. 31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up be...