Friday, 29 March 2013

Burger Bakar: indah khabar dari rupa

Semalam tetiba tekak teringin makan burger bakar
dari awal minggu ritu dok tengok orang update gambar burger bakar
tertelan- telan ailio menengok
since lunch semalam makan sandwich je, saja menyedapkan hati 'takpe makan beger bakar je'
sanggup balik meredah hujan
demimu beger bakar terchenta....

dalam kepala terbayang-bayang beger patty dibakar dengan asap berkepul-kepul
makan panas2.... mesti adalah sangat nikmat

dekat seksyen 7 tu ada satu beger bakar fofular. 
so aku pun parkingla depan restoran tu dengan nafsu bergelora...haha
kalau bab makan memang la asyik bergelora T__T

aku order Beef Burger with Cheese.
tambah onion ring and air
Total RM12.50

tak sampai 5 minit tunggu, sap sap soiii terus sampai beger di idamkan.
mula2 kagum tapi bila start makan, pergh...terus kuciwa...

onion ring dia berminyak. 
beza tau kalau korang masak dalam minyak betul2 panas or minyak yang suam2 kuku
dalam kes aku ni, onion ring dia minyak suam2 kuku.
lepas tu tak panas langsung (meaning dia dah standby)

lepas tu beger pun tak panas. 
daging tak panas langsung. 
sejuk. memang daging yang standby punya
customer yang kelihatan tak ramai mana pun
aku nampak dia ada patty warmer 
agaknya patty warmer dia rosak kott...
tapi kalau rosak takleh ke kau buat per order?
lambat sikit orang boleh faham kot
tapi kalau makanan sejuk memang takleh paham T__T

takpela, maybe diaorang standby untuk peak hours.
tanak customer complaint kalau lambat. 
tu semua takpe...
tapi kalau nak suruh aku datang lagi makan, lambaaattt lagi la nak repeat order kan...

sudah makan, gi gym dengan perasaan bersalah...hahaha
kemain aku workout dengan harapan lelemaks beger tadi tak jadi nak stay lama
tak sampai setengah jam, terus tak larat T____T

cara2 macam ni, aku tak sure bila nya badan boleh transform jadi macam the Kardashian...haha...berangan...


No comments:

Post a Comment

Hiking Fuji 2019 for the first time

Assalamualaikum.... Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part. 31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up be...