Wednesday, 30 May 2018

Japan Day 5- Irozaki Cape @ Irozakiko and Shinjuku

Harini check-out from apartment and heads to Tokyo station.
Kat sini sebenarnya ada poor planning. Sepatutnya confirm dulu iti baru book hotel tapi aku dah book dulu baru confirm.

In the end, diaorang request nak extra 1 day dekat Kanto and apartment yang dah book pulak bukan free cancellation tapi tak boleh add satu malam lagi.

So, in the end, terpaksa la berangkut satu malam tido tempat lain. Pengajaran nya kat sini, jangan cepat buat keputusan especially bila melibatkan ramai orang + book lah accomodation yang free cancellation supaya senang nak alter iti.

Letak kunci dalam peti surat
Amik gambar just in case tuan rumah kata kita hilangkan kunci
One for the album. Ni betul2 depan bangunan apartment kitaorang
Banyaknya basikalll
One last time. Rindu pulak nak berjalan kaki malam2 dari train station Nippori and balik rumah
Anyway, despite all that, hidup perlu diteruskan. haha....
Pagi2 jam 0700 dah gerak pi Tokyo station untuk simpan barang dalam locker.
Masing2 sibuk keluarkan duit kecik
Satu locker asingkan untuk letak sepersalinan untuk bermalam di Fuji...

Oh ya, Day 2, 3 and 4 kitaorang guna 72H Tokyo subway pass. Nak kata berbaloi ke tak, pada aku berbaloi je sebab bila jumpa subway terus naik je takyah fikir.  Cuma, ada masa2 kena beli tiket asing especially bila naik JR Line.

Today, kita activate kan Tokyo Wide Pass. TWP ni aku beli masa dekat Haneda airport. Apa yang buat lama masa beratur beli sebab officer tu nak confirmkan tarikh guna and roughly route kita.
Untuk train ke Kawazu kitaorang kena reserve date, time and seat.

Harga 10,000yen @ RM364 untuk 3 hari unlimited ride on JR Line in town and few other line.
Kalau beli return ticket to Gala Yuzawa je dah 12,000. So, pada aku ni sangat berbaloi sebab 10,000 aku boleh visit 3 tempat yang jauh2...

Inilah dia TWP... 
untuk 1st timer akan nampak berselirat and tak faham tapi percayalah tak susah pun

Excited much
Dari Tokyo Station to Izukyu Shimoda 2.
Dalam train
Toilet kecik tapi ada bidet. Tu yang penting. hehe
Seat selesa
1030 sampai Kawazu station. Sepatutnya train tu boleh direct pergi Shimoda station tapi kitaorang dah silap dengar announcement, so kitaorang exit dekat Kawazu....

So, terpaksa tunggu train lagi dari Kawazu ke Shimoda


Walaupun aku tak suka jacket purple tu sebab buat aku nampak gemok, aku pakai jugak sebab angin kuat and sejuk giler



Yeay train dah sampai
Yeay dah sampai station yang betul~~
Dari Shimoda station to Irozakiko kena naik bas. Tanya kat kaunter and dia akan inform bas nombor berapa...

Cubaan mengtranslate japanese word guna google translate apps
bus stand no. 4 untuk ke Irozakiko
Map Izu
Info 
Tiket Tokai bus dari Shimoda ke Irozaki adalah 890yen @ RM30++

Dari Izukyu-Shimoda station to Irozakiko dalam 40minit sebab ada banyak stop. Duduk je diam2 dalam bas sampai stop terakhir. Dari bus stop ke pelabuhan Irozaki adalah dalam 5-10 minit jalan. Kitaorang slow sebab angin kuat, sejuk and jalan berbukit...  Bestnya bila ingat balik...

Sepanjang perjalanan nyaman je tengok suasana kampung. Kampung dia tak besar pun. Ada la beberapa ketul rumah. Sepanjang jalan tak jemu mata tengok ada bunga, ada pokok mandarin yang besar. 

Sampai.... Inilah stop terakhir kita
Kena lintas jalan
Suasana dekat bus stop Irozakiko
Random bunga jumpa tepi jalan
Random bunga tepi jalan
Tolong lah buah mandarin ni taknak petik ke uncleeee???

Berjalan kaki dari bus stop
Muka selubung sebab angin kuat... Tepi laut kan memang la...
Dah sampai pelabuhan Irozaki. Kecik je untuk bot2 kecik.... Masa kitaorang sampai takde aktiviti pun kat sini
Bot ke kapal layar tah kat belakang kitaorang tu.. hehe
Peta 
Jenis2 aktiviti
Dekat sini ada designated parking area. Kena bayar berapa dah tak ingat lah tapi convenient lah kalau korang datang sini sewa kereta. Dari parking ke Cape Irozaki dalam 20~30 minit jalan kaki. Rasa macam jauh kan? Sebenarnya tak pun tapi sebab cuaca (angin kuat sampai rasa nak terbang) + beg berat (ni aku lah... macam2 nak bawak) + kawasan berbukit sikit. Rasa macam mini hiking + pemandangan cantik and nyaman so sambil berhenti amik nafas, kita amik gambar sekali... hehe
Sakura ke?
Ni kalau fully blooming mesti cantik gila kan?
Start 'hiking'
Dalam gambar ni tak nampak kot. Gunung kat belakang ni cantik seluas mata memandang

Ni Raihan. Tujuan sebenar nak tunjuk pemandangan belakang tu
May peace prevail on earth
Dah jalan dalam 10minit gitu, ada satu area macam kawasan rehat. Kat situ angin kuat gila sampai nak jalan pun dah tak stabil. 

Jalan je ikut path yang dah disediakan until kau nampak bangunan lighthouse warna putih. Nampak ni maksudnya dah dekat lah...

Bangunan putih tu lah Irozaki light house 
Jalan je terus lagi....

View from the stairs... Nun hujung tu lah Cape Irozaki
Start to climb down... Careful sebab tangga ni agak steep

View from stairs

Dah turun tangga ada shrine belah kiri... Aku terus je untuk pergi ke hujung Cape tu
Sikit lagi nak sampai dah...
Batu tepi laut


Syokk nya angin kat sini. Lepastu laut dia tak bau masin pun... Hmmmm...
Angin kuat memang sejukkk.... Tapi best boleh fefeeling Titanic kat sini. hehe

Tak berani Titanic sangat pasal angin kuat... sis gayat weii
Ni information board. Tak tau dia cakap apa.. haha

Penghujung Cape Irozaki

Gambar dari bawah... Terserlah curamnya tangga tu
Tak lama pun dekat sana dalam 5-10minit lepas tu gerak balik. 
Ok jom balik
Nampak tak macam ada bumbung kayu (warna putih) terselit tu? Itulah shrine dia 
On the way balik tu singgah shrine dia nak tengok apa ada. Basically tempat sembahyang diaorang la... Ada jugak jual good luck charm... Masa kitaorang pergi takde orang pun. Maybe diaorang sembahyang hari lain. hehe

Shrine ni nampak dah tua...Masa kitaorang pergi takde orang sembahyang pun...

Haaa.... nah. Nak balik memang kena panjat tangga ni. Sebenarnya kalau stamina korang okay, ni no hal lah.
On the way balik tu sempat lah menyinggah toilet. Bersih je cuma scary sikit la kalau kena pergi sorang2 sebab orang tak ramai... Gambar takde sebab bila transfer, laptop ni jadi gila gambar hilang la apa... Takpelah, korang imagine sendiri lah ya..

Sebab sejuk, masing2 tak sabar nak minum air panas. So, kitaorang crash in satu kedai dekat bawah tu. Tengah pilih2 air sekali Obasan tu bagi tasting seaweed soup dia.... Fuhhhh bestnyaa rasa... Mula-mula dia bagi satu share ramai2... Tapi tak cukup terus dia bagi sorang satu. Apa lagi... memasing terus duduk, bukak menu and order...
Obasan 

Ni la seaweed soup yang sedap makan panas2 tu...
Pastu nampak ice-cream, pun order jugak walaupun tadi kengkonon sejuk sangat kat luar

Matcha ice-cream
Matcha sundae... 
Escargot 
Ni cara makan dia... Taste wise? Rasa laut
Lepas beli seaweed and dah puas makan terus gi bus stop tadi. Di sebabkan bas lambat lagi, so kitaorang decide untuk solat je kat tepi jalan. Tak jumpa toilet tapi kitaorang jumpa paip so belasah je amik wudhu dekat situ... 
Next time dah tau so amiklah wudhu siap2 dekat toilet Cape Irozaki tu and solat siap2 kat atas kan... 

Letak beg untuk sendal dari terbang...
Gilir2 amik wudhu and solat sebab tempat terhad
Kedai belakang tempat kitaorang solat ni tutup. Tapi dari luar nampak diaorang tengah jemur ikan
Tak lama lepas tu bas pun sampai... Kitaorang jumpa sepasang atok and nenek ni yang nak pergi Cape Irozaki... Bagus betul dah tua2 pun kuat beriadah...
Sihat walaupun dah tua
Sampai dekat station Izukyu-Shimoda, terus naik train ke Kawazu. Based on research aku, February ada cherry blossom dekat Kawazu. Ingat nak tengok lah and feeling2 sakura. haha...

Tapi sampai sana dah 4.30pm gitu so kitaorang decide untuk terus gi cari kombini untuk beli makanan berat sikit... Tadi tu minum seaweed je mana cukup. hehe....  
Jom gi cari makan

Excited bila jumpa bunga fresh macam ni. Kat Melaka tak jumpa supermarket yang jual bunga open gini...
Add caption
Cantik :)
Cantikk
My favourite
Perfect
Perfect
Perfect
Macam bunga plastik kan?
Parking lot di Kawazu station
Kawazu Station
Kawazu station
Izu no Odoriko (The Izu Dancer)
The Izu Dancer's story

On the way ke Kombini
Rasa macam marathon pulak sebab terkejar2... Lepas beli makan, cepat2 pergi balik station sebab rushing nak gi Shinjuku. Naik train 4.45pm and 5.05pm train jalan ke Tokyo...
Happy face...
Us
Rindu everything about Japan 
Bila dalam train dah tak risau dah. Long distance train memang siap dengan toilet and boleh makan.. So kitaorang memang chillex habis-habisan...

Dalam kol 8, stop dekat Shinagawa and tukar ke Yamanote line to Shinjuku. Sebab dah penat kitaorang tak spend lama pun kat sini. Just pergi BicQlo kat sana tapi level jual barang2 outdoor tutup pulak...

Lepas tu gi Tokyo station amik barang2 before gi Nippori untuk tido dekat 2nd accommodation.

Beli dinner malam tu dekat Kombini (salmon, nasi, mackerel).

Rumah yang ni lebih jauh dari Nippori station (15mins rasanya) tapi sebab masing2 dah lapar and penat, terasa jauhhh giler. Rumah tu terletak antara lorong2 kecik which kitaorang tak perasan and end up pusing2 dekat situ... Challenging jugak sebab 1 portable wifi dah kaput, so adik aku and Nurul bawak 1 lagi wifi gi pusing cari rumah.

Nasib baik rumah tu terletak dekat level 2 je. Masuk2 rumah terus rasa happy sebab rumah besar and cantik. Toilet pun ada bidet and warmer (rumah before this tak ada)... The downside is rumah ni jauh dari station...

Malam tu masak sup seaweed (guna seaweed yang beli dari Obasan) memang best je tapi rasa dia tak sama macam dekat kedai T_T

Malam tu tido lewat nearly pukul 1 pagi...

Day 0 - Preparation
Day 1 & 2 - Marunochi, Imperial Palace, Akihabara
Day 3 - Nippori, Sensoji temple, Nakamise, Odaiba
Day 4 - Tokyo tower, Shibuya, Takeshita Dori, Ameyoko street 

No comments:

Post a Comment

Hiking Fuji 2019 for the first time

Assalamualaikum.... Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part. 31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up be...