Thursday 21 June 2018

Japan Day 7 - Kawaguchiko, Ikebukuro and overnight bus to Osaka


So today kitaorang bangun awal.... Ingat nak pi cari breakfast sekitar hotel. So, 6.30am aku, adik aku and Siti decide nak keluar jalan dulu...

Ni la cottage kitaorang

Laluan dari Cottage nak ke hotel area. Salji penuhhh
Masa jalan tu aku dah start excited sebab Mt Fuji depan mata weiii...
Nampak clear dari hotel kitaorang
Seberang jalan tu lah Kawaguchiko hotel.... Kat belakang tu Mt Fuji sangat clear

Our hotel for the night. Cottage tu separate building, belakang hotel je...
So jalan2 sekitar Kawaguchiko lake...

Nampak tak ice tu? Itu petanda sejuk giler kat sana!!


Nyaman je rasa jalan2 kat sini. Bangunan diaorang cantik2 and oldskool sikit. Aku suka :)

Masa tu terlalu awal so tak boleh nak enter mana2 pun...

So korang layan jelah gambar morning walk aku ni ya..

p/s: Gambar yang gelap2 ni dari kamera adik aku. Dia salah setting... Gambar2 terang ni dari phone camera aku Sony Z5











Fuji dari Oike Park





Lenggang takde orang




Ada itik berenang2 pagi2 :)

Ni adalah penutup lubang tapi setiap negeri ada design berbeza yang melambangkan mercu tanda diaorang... Aku suka :)
Dah jauh jalan tapi tak jumpa pulak kombini... Ada mesin air gedegang je. So we decide untuk balik je rumah.. eh. hotel :P

Random building
Our hotel + Fuji san from my lense



Our cottage versi terang :P

Belakang cottage ni ada taman boleh lepak2 kalau gi selain musim winter. Kalau tak keras korang duduk luar lama2.. hehe

Masa sampai nak mandi Raihan kata heater tak function. Aduiiii..... Kau bayangkan mandi ais waktu winter? Ha, macam tu lah feeling dia...

So adik aku panggil receptionist untuk diaorang check.

Rupanya heather memang rosak and nak repair lambat. So, diaorang suruh mandi dekat onsen.
Tapiiii.... kalau nak mandi onsen kena pakai birthday suit. huhu...

Kitaorang keep saying no we cant bathe like that. And finally receptionist tu bagi exception kat kitaorang and boleh mandi pakai baju.
Luar onsen

Separate female and male onsen... 
Letak barang2 kat sini...
Kolam tu air panas tau. Belah kiri shower duduk
Sauna pun ada
Gambar from the other side

View Fuji dari dalam kolam...

Fuji view berdiri
Dah sudah mandi semua, balik cottage and bersiap nak check-out... Masa ni baru lah nampak hall decoration dekat hotel ni. Antik...
Heater old skool. Macam ni la dalam cottage kitaorang. 





ol skool punya fireplace

Dah sudah check-out kitaorang terus gerak gi Kawaguchiko station... Hotel ada free transfer so takyah susah2 jalan kaki lagi...

Pict in front of Kawaguchiko Hotel
Dah sampai Kawaguchiko station. Fujisan jelas sangat pagi tu...
Bergambar dengan driver hotel kami...
Cantik kan?
Kitaorang letak beg dalam locker and gi cari breakfast dekat convenience store. 

Boleh suruh staff konbini tu panaskan makanan korang. Menu: Nasi and salmon. 
Kawan gaduh
Dah settle makan, cari kedai untuk sewa basikal. Dont worry, locker, convenience store and kedai sewa basikal semua nearby je. Walking distance from Kawaguchiko station. 

Sewa electric bicycle 500yen/hour. Sebab takde planning nak gi mana and masa pun singkat, kitaorang jalan2 area situ. Aku pun tak tau mana tempat yang sempat kitaorang merayap tapi pastinya sempat bergambar depan Fuji-Q. 

Nak main2 apa dekat sana tak sempat sebab takut nanti terkejar pulak nanti.... Korang layan jelah ya gambar apa yang ada... 












Fuji Q from afar... Ni dekat parking lot mana tah aku pun tak sure 


Depan Fuji Q. Tak main pun sebab takde masa... Next time kena stay sini atleast 2 malam baru puas jalan2

Fujisan dah malu2


Masa ni actually kitaorang terpisah 3 group tapi wifi ada 2 je... Nurul dah amik map dekat tourist information so dia depends yang itu je...

Kitaorang ni nama je ada wifi tapi still sesat jugak. hahaha... Just pusing2 pastu terserempak dengan Nurul and K.Mila... Bila tengok masa dah tak banyak, patah balik ke Kawaguchiko station.

Best berbasikal sejuk2 ni. Tak keluar peluh pun. 
Laju betul Nurul kat depan...
Dah pulangkan basikal, collect luggage and naik train ke Tokyo station.

Kawaguchiko station

Ni lah train yang kitaorang naik. Setiap daerah ada design train yang berbeza... Mana2 pun aku suka sebab fasiliti diaorang sama je. The best. 


Ruang kaki selesa 
Ada toilet
Dari Tokyo station, move to Ikebukuro station untuk cari the famous Ikebukuro cheese tart. 

System toilet dekat Ikebukuro station kalau tak silap. Yang menyala tu kosong boleh masuk...
Kitaorang round pusing dekat 10-15minit kot tak jumpa. Masa tak jumpa tu, kitaorang decide nak dinner je terus sebab memasing dah nak bertukar jadi singa. Haha....

So, gi dinner dekat Laozhan Lamen. Mee tarik Chinese muslim... Harga dalam 1,500yen untuk satu hidangan. Sedapp makan panas2... hehe

Tak ingat apa tajuk dia. Mee ni makan dengan kuah merah tu. Macam sup tapi pedas... Edamame pun ada :)
Dah settle makan, gerak cari cheese tart balik. Google maps cakap kat luar building. Rupanya dalam building and signboard kedai pun tak clear... 

Panjang betul line dia... Tengok cheese tart dia panas2... Dapnyaa
Ni lah nama kedai tu. Sorang boleh beli 2 box aje. Aku beli 2 biji share2 dengan diaorang
The famous Ikebukuro
Amik luggage dekat Ikebukuro station and gerak gi Ikebukuro Sunshine bus terminal.

Masa ni rasa penatnyaa bawak barang banyak. Bila kau pergi 12hari, barang of course banyak and berat. Pastu tukar2 tempat tido. So, memang lahh leceh. Walaupun merasa tido dekat tempat lain2 and seronok jugak tapi aku tak advice korang ikut trip aku sebab leceh weiii kejap2 cari coin locker. Kalau korang jenis backpackers yang memang pack light, boleh la pindah randah tido... huhu...
Kitaorang ni dengan cotton lah, souvenier Tokyo la.. macam2. Tu yang berat beg. hehe...


Nasib baik boleh seret beg... 

Ni lah bus terminal dia. Tak nampak busy macam TBS. Maybe sebab dah malam kot. 
Dah sampai terminal bus, pergi beli air and gi kat ruang menunggu. Sempat lah gi toilet cuci muka and tanggal lens.
Ada information board dekat waiting area... So dont worry okay...

Toilet ada bidet tau

Ruang menunggu...
Bas sampai 10-15mins before schedule. Aku punya lah risau takleh ada restriction takleh bawak beg besar, sekali ok je nak sumbat... 

Aku beli tiket bus dekat willerbus. Dalam 4,800 yen (RM178++) dari Tokyo ke Osaka. Ini yang terpaling murah ya. Ada tiket harga 6,000 ~ 8,000 yen... Depends pada route and jenis seat.

Canggih betul sistem diaorang. Tunjuk tiket and diaorang check dekat iPad. Driver bas tu strict betul. If seat tu beli untuk male, tak boleh exchange dengan female. Kena ikut betul2. 

Masuk dalam bas rasa macam wow... 

Ada 2 jenis seating. Single or double. Yang single tu takde orang sebelah and ruang kaki dia macam besar sikit + ada langsir antara seat so lebih privacy. 

Yang double macam kitaorang, ruang kaki dia ngam2 je. Tak tau la sebab orang Jepun kecik and aku besar or apa.. To think positive, aku rasa sebab orang Jepun ni kecik2... Thats why seat diaorang ngam2 je... Selesa lagi seat bas transnasional. hahaha...

Tapi yang bestnya disediakan selimut and penutup muka (macam stroller baby). Nyenyak tido sampai ke pagi. hehe...

Ruang dalam bas
5 more days to go~~

No comments:

Post a Comment

Hiking Fuji 2019 for the first time

Assalamualaikum.... Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part. 31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up be...