Monday, 19 November 2012

mekdi, makan dan TOP

sana sini orang cerita pasal boikot.
paling ketara boikot McD
honestly speaking, oleh kerana rumah aku adalah rumah kampung yang tv takde, apetah lagi Astro
maka aku memang tak tahu menahu pasal Israel serang Gaza
thanks to Yahudi-claim channel- facebook, kerana aku dapat update pun kerana orang lain update

i was amaze on how aggressive some people could be in showing off their emotion
sampai ada yang tak logik
contohnye " 1 like= sebiji batu dibaling kepad Rejim zionis"
oh, tapayah la kot nak print screen bagai untuk proof kan sebab konfirm korang pun da jumpa benda ni kan
usaha bukan setakat klik je beb
tapi usaha kena la doa, hulurkan bantuan
ko klik like pun ko klik via fb.
pelik betul aku boikot separuh2
lain la ko up kan, ini adalah update terakhir saya di fb kerana saya hendak memboikot mekdi, fb dan sekutu-sekutu amerika yg sewaktu dengannya. jom la ramai2 follow saya dan kita masuk frenster. haha. baru logik sikit.

tapi masing2 pun ada pandangan tersendiri kan
itu aku tak nafikan

cuma bagi aku,
kalau betul nak boikot, biarlah perangi habis-habisan
sebab isu boikot mekdi, barang2 amerika ni semua bukan isu baru
takkan nak tunggu Palestin kena serang baru nak boikot???
lepas perang habis, kau pun isi perut kau balik dengan spicy mcChicken.
yang itu memang sedap. taleh dinafikan.
tapi aku lebih gila dengan aiskrim dia. eh.

aku punya point is, kita ni hangat2 chicken shit je
hari ni kau marah, kau geram, kau share la segala jenis boikot
esok2 kau dah reda, kau pun tak segan silu beratur beli
tak semua la tapi kebanyakkan kita memang gini.

sebelum kau nak boikot, kau kena fikir jugak
apekah nasib bangsa2 Islam kita yang kerja mekdi ni?
(aku amik contoh mekdi sbb ini boikot yang paling ekstrem kat fb)
da alang2 ajak boikot, kau bagi sekali la cadangan peluang pekerjaan untuk staff2 yang terlibat ni.
ini idookk. kau tau nak kondem je. cuba kau yang jadi staff mekdi. apekah perasaang dan planning masa depan. janganlah senang berkata banyak lagi peluang kerjaya. memang betul. tapi ada staff yang da bertahun2 berbakti, tiba2 kena cari kerja lain. tak ke menganiaya namanya??
kalau kau rasa tak sanggup nak makan, jangan makan.
dan sambil2 tu bagi la sekali cadangan untuk improve masa depan diaorang.
dan untuk orang yang suka share2 tak tentu hala, tapayah la nak eksyen sangat.
kau ada ke menderma hulur bantuan??

aku pernah terbaca kat mana tak ingat
pasal boikot2 ni,
beliau cakap, daripada boikot beria-ia dan jejaskan ekonomi orang yang tak bersalah,
lebih baik kita menderma hulur bantuan.
duit tu boleh terus guna direct bantu rakyat Palestin beli makanan, ubat-ubatan
tapi kalau kau setakat boikot saje, kesan tu hanya si Israel ni rasa after few years. ape dia kisah kau boikot sekarang kan? dia da ada peluru, da ada meriam, da memang redi je bila2 masa nak serang.

point aku is, kalau nak boikot, biarlah berterusan
tahun ni kau jihad tanak makan mekdi, tanak pakai da seluar levi's, tanak stabak,tanak apa2 yang ada2 unsur amerika semua kau tanak. tahun depan pun biarlah sama. tahun lagi satu pun sama. dan seterusnya.
4,5 tahun lepas kemain lagi korang boikot. lepas Israel da berhenti bedil, kau kemain bedal consume balik. itu pasal, after 4,5 years kita boleh tengok kampeni2 macam ni still wujud lagi and semakin berkembang kat Malaysia.

jangan la jadi seperti aku, cakap tak serupa bikin
tahun lepas kata nak kurus, tahun ni pun azam nak kurus
tapi kalau dapat makanan, bersinar-sinar mata

bila tengok gambar2 aku yang full, segan dengan diri sendiri.
lemak nak kumpul, bukan main lagi senang.
tapi kalau kau tanak, nak buang dia sikit punya hazab.

eh. cakap pasal makan,  aku nak cite pasal food hygiene. tp itu nanti la.
sekarang ni aku tengah nak siapkan kerja sambil dgr utube-bigbang somebody to love.
sori aku bukan k-pop fanatik fan. aku cuma minat si TOP since dia muncul kat Family Outing
da la tinggi, putih, sore sedapp macho plak.

No comments:

Post a Comment

Hiking Fuji 2019 for the first time

Assalamualaikum.... Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part. 31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up be...