aku suka makan. kalau tak caya, tengokla size
hensem sedap mata memandang
setakat ni, ape jenis makanan memang aku tak tolak
ko bagi aiskrim, aku memang suka
ko bagi coklat, terus aku cair
ko bagi aku masak lemak cili api + sambal belacan, terus aku kensel diet untuk hari ni
tak penah aku nak tolak
melainkann....................................
kalau aku ternampak cara2 masak yang tak berkenan kat mata aku
termakan sekali takpe lagi. untuk aku order lagi, thanks but no thanks..
kat ofis aku biasa makan kat satu tempat ni,
aku suka mee rebus dia. sedaapp
until one day ni, aku order. pastu lambat.
pastu hujaan, meja makan dah basah.
so, ktorg decide nak bungkus
aku pun berdiri la depan kedai makcik mee rebus ni nak tunggu makanan
sambil tunggu, sempat la aku tengok cara2 dia siapkan mee rebus ktorg
peh. selamba pakai tangan nok. sikit tak pakai glove.
bare hand okeih
amik mee pakai tangan itu, letak cili, potong telur, letak bawang goreng semua pakai tangan ituu
pastu nak bayar, dia lap2 je tangan kat apron pastu amik duit. haiihh
da la aku baru je lepas audit scope food safety kan >_<
tapi makan jugak la kan da sampai ofis. sambil kepala cuba fikir hal2 lain
syukur jugak la dia tak pakai tangan kiri buat cebuk tu.
kalau tak, hazab jugak aku nak makan.
yelaah aku tau aku bukan super clean punya orang
tapi jangan kasi aku nampak la kan
atleast kalo pakai glove sedap sikit mata aku tengok
ini sesedap anak tekak je pakai bare hand.
dan kedai mee rebus tu kecik je macam stall gitu
so, takde sinki. eh. sinki adalah tapi jauhh
aku rasa macam mustahil aje makcik tu seminit sekali nak gi basuh tangan
tapi, aku cuba bersangka baik. mungkin tangan makcik tu da celup dettol, so bebas kuman
*mata juling keatas*
makanan, kalau sedap macam mana pun,
tapi depan2 mata aku kau buat tak senonoh, memang lepas tu aku tak makan dah
itu hari, sebab da order, da bayar. maka aku try set kat otak ni makcik tu pakai dettol
tapi hari2 nak suro set kepala macam tu, kirim salamm jela ye
lepas2 tu, aku redho jela pandang menu mee rebus dia. nama aku nak order, tunggu la sikit hari lagi aku hilang ingatan ye.
iye, aku tau kalau makan kat kedai yang ala-ala stall ni, bukan le bersih manapun
tapi as long as aku tak nampak, dan persekitaran stall tu senonoh je, maka aku bersangka baik jela yang diaorang ni sediakan makanan dalam suasana yang bersih...
bukan ape, kalau makanan yang tak bape nak bersih penyediaannye
silap hari bulan, makan diri weyyy...
sakit perut, cirit birit. sape yang tanggung?? ahkakk jugak.
and makanan tu bukan percuma. ahkakk jugak yang bayarnye
setiap penyedia makanan, memang tak boleh direct contact dengan makanan ok
lantak la kau nak kata air tangan kau delicious ke ape
tapi tangan tu kau pegang duit, kau terpegang bontot, kau buat garuk2 badan bila gatal
kalau mandi ok lagi. kalau tak mandi, dah satuu hal lagi plak.
tangan kita ni walaupun kecik, macam2 benda lekat bukan la kita perasan
kalau makan kat luar, biarla aku duduk jauuhh sikit dari dapur dia daripada selera aku matik kejung T_T
macam member aku, dia punya detail sampai satu tahap, makan kat kedai mamak,
air dia order air tin je. reason being that dia ternampak mamak tukang buat air tu tangan berdakiii
phewwww.....aku pun tertengok. dan terus minum 100plus je.
sekarang ni pesen aku kalau order air kat luar, limau suam tu aku akan cakap siang2 tanak bijik
sebab ape? sebab limau tu dia perah pakai tangan...dia da pegang pastu sesedap rasa campak limau tu dalam air. pastu tangan tu jugak la kau buat lap meja, lap muka...
begitu ye peniaga makanan sekalian.
walaupun tangan kau dimata kau adalah bersih
tetapi bila nak sediakan makan, janganla direct contact dengan makanan
buat naya orang je. dah la orang tu bayar. buatnye dia balik, sakit perut ke ape, macam mana?
oh, btw ni antara video TOP.
lame. i know. orang lain berzaman korean fever
aku ni baru terhegeh2 nak suka. tapi bukan semua lagu dia aku layan. lagu yang suara ala2 macho je aku layan. wakaka. nak tinggi, putih, suara macho macam la kau kurus kennn?
btw, ciri2 lelaki idaman aku tu bukan semua la budak ni ada. telinga tindik, rambut kaler2 bukan ciri idaman ok.
tinggi
putih
pandai rapping (aku kalau dengar dia rapping, melopong teruss walaupun kejadah satu pun tak paham..haha)
tapi aku tau ciri2 aku ni si TOP jeling pun idok. matiklah sempat tu nak letak harapan. haha.
p/s: sorry aku tatau nak bagi tajuk ape. kang letak tajuk food hygiene macam geli je. tak sesuai
p/s: sorry aku tatau nak bagi tajuk ape. kang letak tajuk food hygiene macam geli je. tak sesuai
No comments:
Post a Comment