Friday, 2 November 2012

muka kurus?

Hari Ahad lepas
kan ada in-formal gathering family belah mak aku
(in-formal ko pakai baju biasa2. kalo formal, pakai chantek2. lagipun in-formal ni hampir semua tapi tak semua ada)
so, borak2 la dengan cousin aku ni
da lama ktorg tak jumpa
since dia fly gi Edinburgh last year
tetiba boleh plak tercerita

Beliau: Aku ada sorang kawan ni. MACAM KAU jugak la. Muka kecik je bujur2 macam tu. Tapi badan dia besar. Kalau amik gambar, dia lebih suka amik gambar muka....*yada2*

Me: ............*terkedu tapi kepala angguk2

heh. bongok betul aku rasa. nak cakap aku besar la ni? Tskk...*nangis*

panngg!!!!  itula dia. masih menidakkan kenyataan.

Tapi memang betul pun, aku ni kalo tengok muka tak nampak la sangat lelemaks tu macam byk
tapi cuba kau intai tang perut ke, peha ke, peh.... bahagia lelamaks sekalian berumah disitu
aku memang kalau demok  naik berat, mula la seluar jadi ketat dulu. padahal baju ok je
stress je aku. lagi2 kalo beli baju kurung pasang siap.
kalo nak chantek, beli baju size M, kain size L
tapi kalo nak perasan kurus, aku redah jela beli baju size M.
ehem. jangan terpedaya ye kawan2.
size tu ikut cutting jugak. kalo beli kebaya size M, itu adalah seperti mimpi jadi kenyataan
ini aku cerita baju kurung pahang/ biasa.
and biasanya kedai tak standard size M dia.
contoh, kedai A punya size M, standard macam kedai B punya size S.
so, kalo nak beli kat kedai A, terkebil2 jugak la aku kat situ tak reti nak pilih
pastu bila da fitting, mula la tersipu2 plak. heh. sebab malus size guwe besarr..

itu pasal ada orang prefer tempah je teruuss.. konfirm ngam2 chantekk je kat badan
tapi itu kalau nasib kau baik jumpa tailor yang senonoh sikit.
aku ada la few pengalaman tak best yg tailor aku sendiri2 cari punya
first masa aku kerja kat KPJ dulu.
ada sorang akak tu kata dia boleh jahit. siap sekian2 hari
aku ingat makan berminggu2 jugak la tunggu dia punya jahit
padahal tu bukan peak period (read: bukan musim raya/kawin)
last2 dapat kat aku, kain dia haram tak best nak pakai
padahal lipat tepi cam biasa je. lipatan tak sama besar, lengan pendek, baju pun atas paras lutu
so, nampak aku ni selebeett je.
masa aku kat Segamat plak, aku pernah sekali try tempah baju
budus. tah macam mana akak tu ukur aku tatau la.
kemain lagi charge aku mahal sebab kata kain tu susah nak potong la ape.
last2 aku pakai sekali je
sebab dia geleber. tau ape tu geleber? bahu baju tu lebih dari bahu aku
so, nampak la macam aku ni besar semacam. pastu nampak macam baju pinjam
so, aku campak baju tu dalam almari. da bertahun tak nampak. tatau mana pigi.
kat melaka tak pernah tempah sebab tak habis explore. aku dok sana sekejap je
kat Shah Alam pun tak pernah lagi walau da nak masuk 4 tahun aku kat sini
tak sempat satu, tak berani pun satu. sini orang charge kaw2 punye...mencik
lagipun aku bukan slalu nak pakai baju kurung. aku kan gi kelas, gi kerja naik motor
kejadahnye nak pakai baju kurung buat terseksa badan je kan

and my fav ada sorang makcik ni kat Seremban.
mak kepada junior colleague mak aku
jahitan kemas, harga berpatutan dan pakai baju pun sodap


tengok la i punya baju terletak je kan??

few years back aku da takde tempah kat makcik tu  
last time aku ingat aku gi tempah

makcik tu cakap "oh, yang ni macam da pernah tempah dulu kan. makcik ada ukuran kamu yang dulu. tapi badan kamu macam da naik sikit. macam kena amik ukuran baru"

mak aku (*tiap kali pun aku bawak beliau. sebab aku tiap kali pun asyik je lupa rumah makcik ni yang mana satu) " a'ah. dia semenjak kerja KFC ni memang badan naik sikit"

aku: *sengih je la yang mampu*

makcik dengan tali tape dia: hmmm...macam mana la boleh naik ni. badan kamu yg DULU makcik ingat da cantik da. sedap2 je. kena la kurangkan makan nasi ke, jangan makan sangat kfc tu...*yada2*

oihhh..terus sentap. huh...
tapi sentap bukan la reason aku tak tempah dah kat beliau
lebih kepada sebab aku tak lama tak balik
kalau balik pun sekejap sekejap je

.........................................................................................................

hmpphh...mula just nak cerita je pasal cousin aku jee
ini da meleret sampai tempah baju
kot biarkan japgi tercerita plak pasal makcik tu punya anak lelaki hensem. eh
alaaahh...puji pun salah ke?? 

jam da kol 6 lebih ni.
aku kena gerak sekarang! 
kang da gelap lagi bahaya.
aku kan da mula jadi pentakut sekarang T_T





No comments:

Post a Comment

Hiking Fuji 2019 for the first time

Assalamualaikum.... Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part. 31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up be...