Friday 23 November 2012

durian


semalam rejeki duriann..
aku takdela gila durian. ada aku makan, takde aku ok je.
cuma bila da ada depan mata, memang aku makan betul2.
atok aku cukup gila kan durian. walaupun mata tak berapa nak nampak, hidung tu tajam je bau. dan2 time tu jugak dia suro kau bukak derian. kengkadang dia request nak bubur kacang itam + durian. eh. betul ke tajuk dia?? hehe. wan aku ni selalu tak sampai hati. mulut kemain bebel2. tapi tangan sibuk hidangkan durian kat atuk. kemain lagi selera. nasik memang tak sentuh dah. tak padan dengan kencing manis. pastu minum air masak sikit punya payah. 
lepas tu, wan aku plak hobi dia, kopek durian, masuk tuppuware, simpan peti sampai lupa nak makan.
bila dah takde feel nak makan derian, dia start buat tempoyak plak. 2,3 balang jugak dalam peti dia. 
nak nampak aku beli tempoyak, setahun sekali pun belum tentu. selalu aku poww je wan. hahaha. tempoyak mantah tu kau gaul dengan cili api tumbuk, makan dengan nasi memang terangkat
kalau sambal tempoyak pun pehhh...konfirm pemusnah diet!!
eh panjang plak mukadimah.hoho

semalam lepas dinner terus ain ajak gi makan derian. 
macam tau2 je kan masa odw balik aku laluu  depan orang jual derian. masa tu terus datang teringin, mengidam segala. 
nak beli, tak kosser nak angkut naik motor. pastu satu hal plak kalo rumah berbau. 
nak makan kat kedai, sensorang plak. nanti syahduu je rasa
so, orang dah ajak memang aku on je la. walaupun memula sedikit segan sebab yang ajak ktorg tu bakal adik ipar beliau. kira aku tak bpe kenal la.
tapi dah dihidangkan derian depan mata, segan semua tu aku postpone kejap.
dengan subway yang belum sempat hadam, pastu sumbat derian, memang sengkak perutt
hari ni terasa penangan macam nak demam je. T_T
tapi kalau dapat durian seulas dua lagi, aku ok jeeee. dasaar!
anyhow, lately sana sini orang update pasal durian crepe. sedapp gila ke? feeling sejibik macam derian betul ke? tapi awat macam mahal? seketui tu tiga RM. padahal derian longgok 4 bijik seploh ringgit. maafkan saya. darah akauntan tu lajuu memang sejati dalam diri. semua benda pun kira...heee....


p/s: member gi langkawi, sudah ku order coklat. lama tak menyopping coklat. since kerja sini, ada je yang bawak coklat. so aku tak sempat nak rindu or craving coklat. ni dah alang2 orang gi langkawi, aku terus paksa beliau jadi volunteer untuk bawakkan coklat. hehehe

No comments:

Post a Comment

Hiking Fuji 2019 for the first time

Assalamualaikum.... Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part. 31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up be...