Tuesday, 4 December 2012

entri petang sambung ke malam, bawak ke pagi. lama2 pikir, tajukk je tak reti

Minggu ni aku dekat Bangi doing audit. Tahniah (*clap2) untuk diri sendiri sebab berjaya tidak menyesatkan diri pergi ke meeting point at Endah Parade. Ye, kita kena bersikap positif ye tuan puan. Jika orang lain taknak puji, marilah puji diri sendiri......This time around aku ikut Jalan Klang Lama. Ini bukan cobaan tapi rasanya aku dah pernah ikut jalan ni on previous audit field. Senang je, amik arah ke Kompleks Sukan lepas tu direct ke Endah Parade. Maap jangan ditanya lebih2 direction kalau taknak menyesal kemudian hari kerana sesat. hewhewhew...

Alhamdulillah hari ni takde pening sakit kepala mabuk2 dah. Insyaallah kalau diberi rejeki durian lagi, aku tak tolak. Tak baik tolak rezeki (*alasan lain untuk kuat makan). Itu hari sebelum peristiwa muntah2, aku ingatkan pening sebab tak makan. So, aku pun join la kyroll and raja makan.

Diaorang makan nasi campur and kyroll punya lauk memang la all time feveret- keli masak lemak cili api. Beliau offer aku knowing that itu memang feveret and suro aku amik pinggan. Aku cakap takpe. Aku dah kenyang lagipun kepala aku tengah pening. Beliau dengan raja boleh gelakk kata "Eh, macam tak percaya je Ida tolak. Ida yang aku kenal 2 tahun ni mana pernah tolak rezeki"....pastu gelakk lagi terkekeh-kekeh. Lawak sangat la tu?? Sekali aku sekeh kepala sorang2 baru tau. Memang susah nak nampak aku tolak orang pelawa, paling busuk pun aku jamah sikit. Entah. Memang tak reti. Kalau makan, banyak mana aku amik, banyak tu jugakla aku habiskan. Susah nak tengok aku buang sebab memang dari kecik mak aku cukup pantang orang tak habis makan. Sebab tu aku kena cop kuat makan. hohoho. macamlah aku kisah kan. tapi bila demok, kena ejek baru la ada kisah...T_____T

itu hari kan masa reception si farhana kan, walaupun aku sampai dekat2 kol 4, still ada budak2 pompuan terendak yang melepak. peh. pompuan melepak macam ganas je bunyi. takdela, diaorang memang bestpren farhana, haruslah stay lama sikit, catch up dengan sesiapa yang patut. macam biasa confirm soalan cepumas naik : lepas ni sapa pulak? kau dengan si anu tu bila pulak? dan dot dot dot yang sewaktu dengannya.
aku punya standard jawapan bila member tanya: takpe, rilek dulu. aku kasi member2 lepasss...lepas tu gelak2 tanya tukang tanya plak. kalau kuangajo sikit, ko jawab dengan soalan

Q: kau bila lagi?
A: eh, tanya aku, kau tuu bila. aku tengok dekat fb kemain lagi jiwang sana sini. sapa nama boipren kau tu, Dollah ke Kasim? dah lama bercinta, bila lagi nak rasa nasik minyak..

peh...itu kalau kena dengan orang yang tengah 'terlebih hormon' silap haribulan terus sentapp..tapi nak gurau kasar biar kena pada orang...jangan orang tak kenal pun kau bantai macam tu. ada yang periuk kawah naik atas kepala.

antara jawapan2 lain yang bernas dan aku rasa jika diotter sikit, memang aku boleh gilir2 guna. mana tau member lain yang rasa forever alone itu fun,  da terguna standard jawapan kau tu kan. hewhew

1) Jika nak buat saspen "eh, aku insyaallah minggu depan" kalau member kata tatau pun "takde, aku saje nak bagi sepriass" kalau penanya adalah lurus, beliau akan akan terkejut tapi percaya. jika penanya itu bijak dan nak kantoikan bahawa kau adalah forever alone, kau pegang perut, pegi masuk jamban...5 ke 10 minit lepas tu, insyaallah kau keluar topik da tukar

2) Jika nak buat orang terkedu, "hmmm...insyaallah dalam masa terdekat ni. tapi bajet takde, so aku tengah carik sponsor. kau taknak sponsor aku ke" kalau member kata "aku pun kering dowhh" kau jawab "ha, tau punn...lagi mau tanya gua bila. lek la. kita sebaya kot. kerja pun baru setahun jagung. mana nak balas budi mak apak, mana nak capai impian yada yada yada" kau cakap je sampai penat. goreng je apa yang patut. masa2 macam ni la kita nak praktikkan ilmu bahasa malaysia masa sekolah dulu...cikgu BM kau kalau ada sekali masa tu, konfirm bangga =P

3) Jika nak buat ayat sadis "aku ni sapa la yang nak, masak tatau, menjahit tatau, muka tak cantik, badan dahla demokk. tunggu aku kurus baru kawin" konfirm orang jadi speechless kerana umum mengetahui, setelah sekian lama, kau hanya kurus di bibir je. badan  tetapp maintainn...uhukk...eh,macam jawapan sesuai digunapakai aku sorangg je.

4) Jika nak bajet2 orang bekerjaya "aku bizi la weih. tak sempat nak carik calon. kau takde ke sape2 yang boleh kenalkan kat aku. adik kau tu boleh tahan hensem. kau sudi jadi akak ipar aku?" haha. ini tak pernah try sebab kengkawan aku adik2 diaorang semua stok2 ikan bilis. kecik2 lagi...

5) agak2 nak buat drama sebabak dua, kau pusing badan, titis eyemo terus purak2 nangis "aku...aku...aku baru je lepas putus cinta" orang konfirm tak akan syak yang kau rupanya kategori forever alone. jangankan cinta, main video game dengan komputer pun kalah...eh. tercakap diri sendiri plak

6) ayat2 cliche "aku belum bersediaa lagi" yang tu, kalau masak malas, laundry sendiri malas, menjahit tak reti, apa pun tak boleh, sampai bila2 pun tak redi.

7) eh. dah la. aku da menguap2 ni. tetiba ngantukk. dah taleh pikir. jawapan2 ni suggestion je untuk orang2 single yang selalu di asak dengan soalan yang sama di setiap kenduri. pada yang dah ada calon tu, bawak2 la insap. tapayah tebiat nak pikir jawapan sebab kau dah redi. kalau tak redi, kau takde sesibuk nak kapel, nak carik calon kan? bila dah redi, tinggal set time and date je. lepas tu akad. itu yang paling basic dan simple. tapi kalau nak jugak asah bakat pikir jawapan, silaaa kan..

cuma nanti bila dah konfirm date, jangan sensegan jemput aku. insyaallah aku datang. kalau tak bawak kerabat, geng2, sorangg pun jadiii jugak. cuma antara lambat dengan cepatt je. yelah, almaklum, hal ehwal geografi ni aku lambat sikit nak register dalam kepala. memanjangg sesat. nasib baik jalan balik rumah tau. kalau idok, memang layak dibuang negeri.

oh, btw, masa lunch tadi terjumpa kedai barang2  bakeri. so, tereksaited la saya. maka terbeli la chocolate chips dia yang murah itu. bersama dengan white and strawberry choc chip. and tepung muffin instant (shortcut je. mudah ringkas dan padat. amat sesuai untuk si 'rajin') dan bread crumbs. itu cara2 ter. esok aku dah plan dengan opismate. lepas lunch nak singgah lagi. ni aku tengah google resipi. saja nak cari alasan nak beli. kalau takde alasan, aku akan rasa ini semua pembazirannnn..hahahaha...jangan risau, aku akan kerah tenaga adik2 yang ramai itu dalam production cookies...

tapikk...aku suka beli je. diaorang yang suka buat. takpe, sebagai tanda turut serta, aku dah lantik diri sendiri jadi supervisor @ manduurrr....bab2 quality control, rasa dan tesktur ni kepakarann sangat. sambil layan utube, tengok TOP oppa saya atau sambil layan runningman. memang nikmat.

No comments:

Post a Comment

Hiking Fuji 2019 for the first time

Assalamualaikum.... Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part. 31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up be...