Thursday 13 December 2012

12.12.12

Orang lain buat entry nombor best, kau pun nakkk...
tapi orang lain ada idea nak tulis ape, kau nan adooo..
ape tah yang special tarikh ni aku pun tatau. yelah. nombor cantik. so?
ingat lagi tahun lepas 11.11.11 berebut orang nak kawin la, nak tunang la on that day.
tapi aku tetap tak rasa apa. kali ni pun tetap tak rasa apa.
been bizi (*mata keatas) this week. sekarang aku tengah menaip kat Chemor, Perak.
di hari yang cantik tarikhnya, aku tengah mengodit orang, buat paper work mana yang patut
cuma still rasa gatal tangan nak buat entri kengkonon nak up to date dengan orang lain. heh.

next month aku punya odit schedule pun pack. mintak nyawa weihh.. aku rasa company ni macam bagi terlalu banyak kepercayaan kepada saya yang masih merangkak-rangkak ini.
tapi this is part of learning. u would always starts from zero. takde nye kau lahir2 dah tau pegang kalkulator. tau prosedur itu ini. takkkk....kalau lahir2 dah reti, memang la sesuatu.

anyhow, last weekend sangat tidak membazir waktu. sesuatu yang mem-vanggakan untuk homie person macam aku. fuh. fuh . *kembangkan idong
pagi saturday, lepas hantar akak aku gi flora damansara, terus aku heading to seremban.
tidak sesat sanggat. wahh. lagi vangga...takde guna talian hayat. wahh...lagi idung kembang rasa nak lempang.
on the way tu aku singgah bangi. makan2, lepas tu gi beli barang2 nak buat cookies kat kedai yang aku cakap itu hari. takk. aku tak hingat resipi. googleee pun idoook. ape yang aku beli is benda basic yang aku rasa mcm boleh buat campak2 dalam cookies nanti. tepung, 1 kg of coklat compound, cocoa powder, marjerin, almond (ni beli sebab aku suka.), brown sugar, milk powder, pastu ada la 2,3 benda lagi. aku dah lupa tajuk dia. ok la ngam2 rm60 aku boleh dapat banyak barang. gambar is takde sebab i is cameraless.

dari situ, terus menghala ke the mines untuk big bad wolf book fair...dari bangi aku tau pun sebab memang on the way balik dari odit ritu memang lalu. nama nak suro aku tau sendiri jalan tu memang tak la...dalam 3.30 macam tu sampai la MIECC. punya la banyak kereta, banyak rakyat, banyakkkkk peluh menitik, semuanya banyak la. luckily this time punya fair parking berbumbung. kalau dekat MAEPS tu lagi berpeluh ketiak nak menapak dari parking ke hall.
buku memang banyak gila. perasaan masa tu rasa macam nak lompat2 aje tengok buku banyak. tapi kalau nak compare to last year, this year aku rasa sangat macam serabut sikit susunan dia. dengan buku berterabur atas lantai, bawah meja, pastu meja macam nak roboh. huh. memang scary. padahal masa tu baru 2nd day. aku rasa maybe because of the 'mission 63' thingy. orang tak putus2 keluar masuk then diaorg cant really kemas elok2. and...buku nora roberts tak banyak =( or aku tak jumpa tatau la...semangat okeih aku pusing2 from one section to another. ada yang tersepak buku atas lantai, ada yang nak tersepak orang yang melepak2 tengah2 alam...very the mencabar. pastu ada plak tetiba sorang budak 5,6 years kot tetiba je nangis. kuat gila plak tu. tapik bapak (*aku saspek bapak jalan dengan anak la kan. kalau anda adalah abang, maka maafkan la saya....) budak tu rilek je belek buku. tahpape je. aku rasa budak2 yang kecik2 sangat ni tak sesuai nak bawak tempat crowded macam ni. lepas tu mesti nak spend masa lama2 belek buku. budak2 lama sikit, bosan kang mula la cranky. lepas tu meragam, merengek pastu melalaakkk. (oh. aku bercakap berdasarkan pengalaman menjadi kakak kepada 8 orang hadek2.) tapi kalau budak jenis well-behave tu cite lain.
oh, anyway, tunggu mak aku datang from seremban, pusing2, belek2 gitu gini, kol 8.30 baru keluar dari exhibition hall. hasil rembatan 10 novel, 1 comic book and 1 cupcakes book= RM97. wah... pengsan sebab murah gila. untuk really enjoy book fair macam ni, memang kena spend 1 whole day untuk really puas hati. ni pun ada sikit tak puas hati sebab rasa macam ada yang tak habis cover. tapi that day aku spend setengah jam nak keluar dari basement parking ke ground floor. setengah jam ok! belum lagi from ground floor nak ke jalan besar. kematu buntooot. kereta ramai gila pastu drive manual plak, rasa macam nak tercabut kaki. so, dengan kerja gitu gini, untuk pergi lagi memang acik tak sanggup T_T. penatt..
sampai seremban 11.30 gituu.
esok (ahad) pagi2 gigih bangun. sebab aku kan da beli barang2 baking. (*tetiba mata juling keatas) ada input haruusslah ada output. ingatkan nak mintak tolong askar2 (read: adik2) aje yang buat cookies sambil aku jadi superbiser. tapi pepagi tu memasing nak gi kelas hafazan la, nak tidoo lagi la apa la. terpaksa la sendiri buat, sendiri uli, sendiri bakar, sendiri simpan dalam perut... lepas tu mak aku  balik, gi kenduri kawin senior sekolah aku- Raja Hazwani. lepas tu hujan plakk..gitu gini, sesat sekejap baru sampai Seremban 2. member sekolah tawinn....4 beradik serentak. pengantin perempuan memang superr comel and cantik. tapi dah nama pun datang lambat, kengkawan maktab dah balik. nasib ada ikin, S.I dgn Dr. Ann teman makan..gambar ofkos nan ado. takpela, janji sempat ziarah.
macam biasa, gambar curik from ikin punya fesbuk. masa ni aku belum sampai lagi. takpe. orang tak hot, tak de kamera, memang macam ni nasib dia. asyik kena curik gambau orang. tsk. tsk
to hazwan aziz and pasangan yang gojes itu, selamat pengantin baru,semoga perkahwinan korang dilimpahi rahmat, bahagia hingga ke syurga..amin...

wah. tetiba rasa macam nak kawin..ngeh3. 
eh, da kol 12.05 am. dayymm..ni layan tibi punya pasal la tak da masuk hari baru. tapi aci la kan tajuk tayah tukar sebab aku start menaip petang tadi (rabu 12 dec) kol 4 lebih. ngeh2....
makan bertahun siapkan satu entri. mana nak curik masa, mana nak curik gambau lagi kan. eh.
untuk 2013, kena masukkan kamera as wishlist. another 18hari plus minus tido makan semua, tah bape hari je lagi untuk tahun baru....sudah ada azam???
saya tiada -_-" 
okla nighty nite. esok kena bangun awal~~~~

No comments:

Post a Comment

Hiking Fuji 2019 for the first time

Assalamualaikum.... Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part. 31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up be...