Monday, 17 December 2012

pagi isnin yang great *tangan didada*


Eh, tatau la nak geram ke nak marah ke. Aku punya henfon ni boleh kira satu hari berapa kali je bunyi. 

Kengkadang memang tak bunyik langsung since aku bila da perasan bizi, malas la nak bersms ke hapa ke. So, kalau masuk ofis or gi tempat client ke, memang aku tak teringat nak silent. Ni hari ni ada kat ofis, hp mcm biasa masuk laci. 
Satgi ada la seseorang ini call. Tak cukup sekali, 3 KALI plak tu. 1st aku tak dengar sebab aku dok melayan bigbang pakai earphone. 2nd aku perasan hp bunyik, bila tengok caller, aku kelamkelibut aku terus cancel. 3rd lepas aku cancel dia call balik. terus aku sms kata tengah kerja. kalau tak sms agaknya, mau gigih lagi call sampai letih.
Faham2 la hari bekerja kalau tak angkat call, mestilah tengah kerja. Sms sudaaaaa. Tak perlu la call banyak2 kali melainkan memang betul2 emergency. Tapi aku sure punya ini bukan emergency tapi sesaja call nak Tanya khabar sebab yang tukang call tu my so called ‘abang angkat’. Macam tak cukup abang kan nak berangkat bagai. Huh. Ekceli yang declare angkatnya parents beliau, so indirectly beliau pun terangkat la sekalii. Eh. Gigih plak explain.

and kebetulan orang ofis ni tatau la tension ke, bizi sangat ke or emosi tak stabil ke tengah review file pastu tengah ‘mengamuk’. Bila dengar hp aku bunyik terus jerit silennnnnt!!! Tak pasal2 aku sekali kena tempias.  Bila kena marah sebabkan perkara2 kecik ni terus mood spoil. Spoil lagi2 Sebab ada orang yang mungkin tak perasan calendar hari ni hari bekerja and main call je sebanyak kali yang mungkin, sampai aku yang tengah kusyuk buat kerja free2 je kena sembur. Tah pape je. 

Malam tadi gi wedding reception classmate Terendak dulu. Habis2 kfc, jumpa si dya dila kejap, balik rumah siap2 and gerak gi kl. sesat barat seperti selalu and sampai pengantin tengah makan. takpela as long as jemputan kengkawan aku cuba penuhi selagi terdaya. so, gitu gini balik kol 12 am. sampai shah alam catching up dengan bebudak ni, dengan ain sekali tau2 da kol 3am. pastu pagi bangun gigih basuh baju manual (tah bila tuan rumah nak repair washing machine pun aku tatau. janji oktober 2011. ni nak masuk 2013 dah makcik...adohaii). dah otw gi kerja, patah balik sebab ic tinggal. pastu dtg ofis plak stress. alahai. cant monday be really nice to me? guess monday blues wasnt exist for no reason kan. grrrr......

Oh, btw aku terasa macam nak belah2 je badan. Seorang ida gi kerja, seorang ida gi study, seorang ida gi tido, seorang ida gi bersosial. Serius aku rasa macam banyak benda aku tertinggal T_T
Bukan mengeluh ke apa tapi tahla, mungkin aku ni tamak kot. Semua benda nak buat. Tak cukup 1, nak buat 2 kerja….ke time management aku yang fail sebenarnye??? agagaga. tak suka perasaan macam ni. Buat aku jadi pening je....

No comments:

Post a Comment

Hiking Fuji 2019 for the first time

Assalamualaikum.... Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part. 31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up be...