Thursday, 13 December 2012

just 2 min to feel grateful.

for the past 5 months aku da pergi like 10 audit kat 10 different place/client. and most of the client adalah kilang. merasa la masuk kilang gula2 la, construction la, kotak la, paper bag la, and most of the employee yang bekerja adalah foreign workers dari bangladesh, vietnam, nepal. regardless whatever normal perception yang aku pernah ada towards them, bila sendiri depan mata tengok, rasa bersyukur yang amat. mereka ni datang jauh- dari family dari kawan2, dari tanah tumpah, untuk bekerja kat suasana yang asing, yang belum tentu untung nasib. datang2 sini bukan boleh demand, 'eh, aku nak kerja kat kedai mamak la. boleh makan free' or 'eh, aku tak nak kerja construction. sakit badan'. tak ok. semua agent yang uruskan. 
kesian aku tengok muka diaorang gila penat. berpanas, berhujan, bersejuk. kerja minimum 9 jam. kengkadang terpaksa OT sampai 12, 16 jam. tapi gaji ciput(ini kes odit HR la boleh tau). boleh la nak kata itu setimpal dengan education la apa la, tapi confirm ke kita diaorang ni takde education? ntah2 lagi bijak dari kita. kita kalau pergi tempat diaorang belum tentu boleh survive. cuma mungkin nasib mereka je kurang baik. negara tak develop sangat, peluang kerja terhad, kos hidup tinggi dsb. 
so despite merungut sana sini, lepas tengok diaorang2 ni, terus rasa insap. rasa bersyukur yang amat. walaupun jeles tengok kawan2 ada yang dah beli kereta besar sana sini, bercuti, shopping bagai, bila fikir balik keadaan aku takde la teruk sangat. hari2 tak pernah nya tak makan, tak pernah nya tak mandi, tak pernahnya tak minum. benda2 basic semua cukup. rasa tak cukup tu sebab selalu rasa nak lebih. nak macam si anu tu, nak macam si sally gi bercuti, nak ada kereta macam si jenny, nak itu, nak ini. 
ni semua kes compare dengan orang yang ado-ado. bukan la tak boleh, bagus compare ni macam orang kata bagi semangat kat diri sendiri tapi bukan la sampai rasa sesuatu. nak explain tak reti tapi korang fahamla kan sesuatu itu sesuatu yang tak elok. 
takpala kan, mereka ni semua hanya tunjuk apa yang diaorang ada. nak share happiness bukan nak eksyen ke apa. aku baru beli buku kat big bad wolf pun nak cerita kat sini, inikan kalau beli gucci. kan...

takpela, walaupun aku masih lagi pakai kereta 2 tayar-takde bumbung, walaupun aku punya hp, stok takde batu, kita boleh baling je hp ni kat anjing (eh, kenapa kalau hp2 legend mesti kita cakap stok baling anjing?? kenapa bukan stok baling pencuri ke. apa anjing tak comel? ada jugak yang comel okeihhh....fluffy je macam kucing jugak. cuma yelah, haraamm nak belai2 macam kucing) tapi still cukup untuk gerak mana2, untuk msg2, calling2. badan aku selain daripada demok, masih lagi sihat. kalau suro jogging seround masih boleh mampu. masih boleh berjalan. boleh melihat. banyak benda yang aku ada, orang takde. bila merasa tak cukup itu sebenarnya, Tuhan tarik nikmat hidup. 

macam bulan lepas, aku rasa macam eh, boleh survive ke bayau itu ini. tapi Alhamdulillah, mampu je survive. cuma kena bersederhana la. bila aku spend kan sesuatu tu, dengan niat betul2 kerana Allah, rasa mudah je. rasa tenang je. cuma aku masih lagi dalam tempoh cobaan untuk terus2 niat kerana Allah T__T
tapik kalau boss kata naik gaji tu Alhamdulillah sangat2. aku tak de la nak reject kan. ngehngeh. 

semoga Allah cukupkan apa yang kurang. dekatkan apa yang jauh, mudahkan apa yang susah. tenang hati yang gundah. semoga aku lebih menjadi orang.eh. menjadi orang yang bersyukurr...

No comments:

Post a Comment

Hiking Fuji 2019 for the first time

Assalamualaikum.... Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part. 31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up be...