Malam tadi aku gi keje
kfc.
Balik kol 1, pastu dok
catch up dengan member, kol 2 lebih jugak balik.
Sampai rumah, gitu
gini, kol 3 lebih jugak tidooo..
Tapi before tu da niat
nak sahur…
Aku dah siap masak
air, nak wat milo, cicah biskut…tapik da tertido…huuu…sedar2 da kol 6.10 am…
Cehh…da hari ke berapa
tah aku tak sahur. Minum air masak pun tak sempat. Pergh, bagus ida. Sok kawin,
sian laki tak sahur T__T
Hari ni, Dah cukup
seminggu aku accident.
Yup, last week
accident on the way balik kerja kat Hartamas.
Berlanggar dengan
kereta.
Pedal gear
patah/tercabut. Gear shaft (tah, betul ke tak aku eja ni…) plak bengkok. Bengkok
okieh!
Handle da bengkok,
siap dengan break tangan pun bengkok..owh, rim pun sama.
Aku repair semua kena
dekat 2rat. Tu pun tak buat habis. Aku cakap dengan tokey tu tayah la tukar rim
dulu, nanti ada yang I kena kerja part time repair motor kat workshop dia
sebagai repayment scheme…aiyookk matikla aku motor ni mane reti..hewhew..
Dari tadi dok sibuk
motor teruk, aku ni tukang bawak, yang jatuh bergolek cam tenggiling ni tak pikir
plak teruk ke dokk..
Alhamdullillah la
tadee patah riuk…
Cuma bruises sana sini
kat kaki, dengan jari kelingking kaki kiri aku bengkak. Attiitt talehh pakai
kasut yang keras2…(kalo gi opis pakai selipar kang, tak senonoh plak. So,
mencari la aku kasut yang cover tak keras. Yang lembut. Yang even rasa sakit pun still boleh
blah lagi…)
Plus, dengan trauma
nye lagi…takut nak jalan bila Nampak banyak kete. Tapik kalo tak jalan kang, kol
bape plak nak sampai rumah, nak masak, nak mandi semua? Bila Nampak jalan ada
simpang, mula lah aku rasa cam nak selit je mana2 yang jauh dari simpang. Trauma
kott…
Masa jumpa pak polisi
hari Sabtu ritu, da la kan penat baru balik kerja kfc, dengan balai kat kl
nun.. Bila duduk je depan sarjan yang handle kes aku,
terus sarjan tu terangkan yang aku salah. Pergghhh, yelah kita ni yang bawak
motor tu mesti la rasa tak salah sebab kereta tu tetap belok kanan thou ada
kenderaan dari arah bertentangan. Itu yang boleh terlanggar. Aku plak tak
sempat nak brek ke hape. Tau2 da tergolek2 je atas jalan raya. Masa polis tu
baca akta pengangkutan la depan aku, dah start rasa sebak. Bila dia kata nak
saman, terus meleleh je air mata ni. Lepas satu2 dugaan. Dengan aku yang belum
recover lagi. Kaki still rasa sakit lagi. ya Allah, masa tu tatau nak cakap
macam mana…. Prima facie nye, lokasi kemalangan adalah simpang. Whatever
scenario that happened or could happened that day, I cant overtook the car from right. So,
secara undang2 saya adalah salah… sarjan tu nasihatkan aku pun, aku angguk and
diam je. Terima jelah kan nak wat macam mana lagi Cuma amik pengajaran jela. Itu
bila Nampak simpang, aku rasa cam fobia jeee…hewhew…
Seronot tengok orang
ramai update status berhari raya. Ada yang da otw balik coti, ada yang menghitung hari je..me? hitung hari yang kena
kerja kat kfc. Ya Allah, ikhlaskan hati ku ini untuk kerja part time raya ni.
Secara
tak rasminya, tahun ni masuk 3 kali aku tak balik beraya. Bukan jauh mana pun,
eleh…setakat shah alam-seremban, naik motor paling2 pun sejam. Kalo tengah jem
ni, paling2 pun sejam setengah. Kalo nek kete, kalo jem, 3 jam kot..tah, aku
pun tak pernah balik raya nek kete and tempuh jem.
Beza dengan 2 tahun sebelum
ni, raya kat shah alam adalah pilihan. Volunteer sebab nak dapat extra income
sebab masa tuh still belajar lagi.
Tapi tahun ni, paksa rela. Yela, aku kan da
ada kerja full time, suppose tayah la nak kejar sangat extra income ni. Ntahla…maybe
saja nak bizikan diri…supaya tak teringat sangat benda bukan2. Aku punye bajet
kan da buat marathon ritu, dengan eksiden lagi… so, kalo aku balik jugak, segan
la…tak dapat nak hulur duit raya kat mak aku. Adik2 aku pun mesti berharap
jugak sesikit. Yelah, aku dulu pun kecik2 sama perangai. Pagi raya=duit raya =P
Kalo jenjalan raya,
takkan tak kuar duit jugak kan? Serius dilemma siot…maka, biarlah aku
membizikan diri dengan beraya bersama-sama ayam kfc. Kerja tu sebahagian
daripada ibadat. Semoga ibadat aku yang kali ni, walaupun banyak kekurangan,
diterimaNya.
2,3 menjak ni, tengok
orang upload gambar Masjidil Haram, terasa la sangat nak pergi =)
Semoga Allah
permudahkan niatku. Mungkin tahun depan ke? Takpun rezeki lebih dapat gi tahun
ni ke =D =D =D
Lepas satu2 dugaan
yang datang Ramadhan kali ni, aku teringat aku sering je berdoa semoga Allah
kuatkan hatiku untuk hadapi segala dugaan. Mungkin, ini caranya Dia kuatkan
hatiku dengan menghantar dugaan demi dugaan.
Ada member ajak kuar
Rabu depan, fuhhh aku da eksaited sekali ingat2 balik, orang baru balik cuti,
tade maknanya gaji akan masuk awal…T___T
Terpaksa la
mengkenselkan. Dan opkosla aku end up jadi orang jahat disini. Takpela, nak
mengeluh untuk apa? Bukannya tak pernah jumpa….
So, demi hari raya
yang dijangka jatuh hari Ahad ni, saya (cheh,terus tukar ganti nama) harap akan
ada keberkatan atas pengorbanan kali ni. Serius rasa sedih. Yelah, dari awal
tahun kot da plan nak balik raya..hwaaaaT___T
Dengan time aku type
ni, hujan lebat gila kat luar. Lagi rasa syahdu…
takpela, mungkin ada hikmah nya kali ni. mungkin rezeki aku akan bertambah murah lepas ni. siapa tau kan perjalanan yang ditetapkanNya. cuma, aku memang teringin sangat nak jejak kan kaki sebagai tetamu Allah. tapi, layak ke? dosa tak terhitung banyak, dengan suka mengeluh, solat pun still lompong2...ya Allah.......
No comments:
Post a Comment