Thursday, 23 August 2012

drama 50%


Tadi aku baru teringat “drama” malam raya.
Baru sekarang nak hapdate
Matiklah entry tunggang langgang tak ikut sequence
Nak wat cane, da teringat aku rasa lawak. Rasa nak share kat sini
Yelah nanti aku nak baca kan kenangan2 aku. Cheh, kenangan sangat

Kuangajo kan aku rasa kelakar
Yelah, tak pernah2…
Tak biasa gelis2 ni

Umi aku boleh plak sms
“Makan nasi goreng telur, anak2 tiada di sisi penghibur hati………………..50% xda”
Yelah, malam raya abang sulung aku, akak aku, aku, adik aku 3 orang lagi tadee… 6 orang out of 12
Yup, family aku ramai cam team bola. Malangnye semua tak minat bola..hahaha…
Abg aku tuh membawa diri beraya sampai ke Perak. Ok fine. Jalan jauh.
Adik aku yang sorang tu dok asrama. Tuh jadi si tenggang la tu tanak balik.
Cheh, pandai cakap orang tenggang la hape. Sendiri pun sebulan sekali payoohh

Kami yang lelain no 3,4,5,6 semua kerja lagi malam raya tu
Adik aku dua orang tu kerja kontrak raya. Sorang kat Melaka, sorang dengan aku kat sini.
Dua2 studentg. Tahun lepas time aku student ajak kontrak tamau. Ni nak pakai duit gamaknye
Lantok la..bagi berdikari sikit. Biar tahu bukan senang nak cari duit. Habihkan tu memang senang.

anak penghibur hati eh? Tak tahan…hahahaha…
Aku ni asyik gadoh aje adalah
Kang tengok ktorang asyik gegaduh kang stress plak…
Tula, susah nak paham jiwa mak2 ni
Esok lusa aku jadi mak tau la kot…
Mungkin mak aku seronott tengok ktorang gaduh..hahaha…
Derhaka sangat statement aku ni.

Akak aku da cakap siang2 dia keje pagi raya. Lepas kerja terus shoot balik seremban.
Aku tadee plan nak balik. Yesza saya pun si tenggang. Yela, aku kan mood raya da ke laut
So, tanak tension2 tu yang asyiikkk pikir nak kerja.

Tetiba masa tengah kerja malam raya tuh adik aku cakap nak balik raya.
Aku cakap ok. Nti gerak pagi2
Tetiba ada orang request suro masak bihun goreng plak
Aku plak tersetuju…
Tak sampai hati la mereka2 ni takkan raya nak hadap ayam jugak kan.
Nasib request bihun. Kot mintak rendang ketupat bagai tak ke fingsan aku nak buat
Habislah bajet cheff……

So, aku pun khabarkan pada adinda aku tuh yang by 12 pm (1st raya) da kena ada kat shah alam nak main masak2
Adik aku pikir pny pikir, dia cakap kang aku ni  bukan betul .awal ke bangun? Siap cepat ke?
So, dia decide nak balik lepas kerja…ohmaigadd
Gilo ape. Lepas kerja tu maksudnye kol 12 malam.
Tapik terkenangkan msg mak aku tuh, terus aku pun ok ajee

Lepas kerja, balik rumah mandi manda wangi2, rembat baju satu dua terus balik
Naik satu motor je. Adik aku bawak. Yes. Boleh rilek
Aku pakai sweater yang tak bape nak tebal sangat
Tak sesuai untuk motorist cam kami
So, kesimpulannye sangat la sejuk.
Aku ni nama je lelemaks banyak tapi tak tahan sejuk
Serius ok. Terus meringkuk
Tapi atas motor bukan boleh feeling2 sejuk nak tido ke hape
Kang buatnye tergolek dok naya je
So, aku tahan jela sejuk sambil tahan mata

Sampai rumah dekat kol 3.  Gilos
Da la adik aku bawak laju. So muka tu rasa cam bulu2 je
Serabai habis. Tapi tu lantokk. Yang penting bed. I want bed…ngantoks
Hahaha…terus aku tido dengan lenanya sampai pagi.

Kitaorang tadee tradisi nak masak2 ke apa sangat sebab pagi raya mesti akan ke rumah wan aku terus
So, pagi raya telan 2,3 biji kuih raya jela before gi rumah wan.
Sampai rumah wan, makcik2 aku tengah masak2 lagi.cheh...
Tapik ada yang perliss kata “aik, baru Nampak muka”
Cam nak kata aku tak datang tolong la.

Pergh, hilang ingatan agaknye dari kecik adik beradik aku macam da jatuh wajib kena datang setiap kenduri.
Pastu stay  back basuh pinggan  bagai sambil anak kau makan main letak je
Pastu bila tak Nampak, mula nak kata kitaorang datang nak makan je. Chehhhh betull

Nasib la aku kenangkan 1st raya pastu da salam cakap maaf zahir batin semua
Kalo tak…ish…
Diaorang ni tak logic betul. Ingat mak aku ni orang ado2 agaknye
Ada maid semua nak kemas rumah, nak kerja, nak tengok 2 orang sakit kat rumah tu
Expect mak aku sempatt je nak gi kesana kemari sambil belah diri.

Kitaorang plak masing2 kerja kot. Bukan orang ado2 mak ayah boleh masuk tigapat ribu bulan2
Takkan nak suruh  kitaorang belah badan jugak?
Ish, ape ni, da melalut. Ni patut entry kelakar pasal msg mak aku..hahaha…

Aku makan setakat nak jamah jela.
Pastu jeling2 jam da kol 12…terus salam2 nak berangkat pulang ke shah alam.
Pastu ada la adegan air mata kejap
Aku ni da la tengah tensi mood raya tadee, pastu balik sekejap je, pastu dengan kata2 beliau di atas, pastu ada lagi adegan air mata… letih sesangat.

Sampai shah alam kol 1 lbh, masak2 campak2 je bahan2
Kol 2 hantar kfc. Pastu balik rumah tido, kol 4 gi keje
Puas hati sebab janji ditepati. Hahaha

2nd raya kan mak aku datang melawat kitaorang
Pastu tah acane tah conversation yang bikin hot
Tau la anak polis, gaya kalo bertanya pun da macam polis
Macam2 tanya. Pastu suka pikir bukan2 plak tu. Imaginasi tinggi T_T

Contoh eh, dulu masa form 3, aku ada kawan dengan sorang ni
Dia bukan budak sekolah aku. Ktorang kenal bodoh2 je kat klinik. Haha
Dulu2 henpon adalah mahal untuk dimiliki, maka contact guna public phone or telepon rumah jela
Satgi mak aku boleh plak terangkat call dia
Macam2 dia Tanya okk….nama sapa, sek mana, kenal katne, ayah kerja apa, duduk mana, mak orang mana, ni da study ke belum…

Aiyooo…aku segan nak matik ok. Ktorang kawan sekejap je sangat pun. Putus kawan camtu je sebab dia pindah sekolah ke ape tah.
Pastu adala macam ape2 tah dapat surat dari ex-gf dia kat Melaka. Ex ok. Kata selamat kenal la apa. Saiko betul. Bunyik macam jeles pun ada budak ni. Tapik aku tak reply. Sebab aku blur2 masa tuh.hahaha

Tapik segan ok mak aku macam inspector masa tu. Adeeyy..
pastu aku da pindah sekolah kat mrsm terendak, mak aku risau bukan2 kalo aku kata nak balik naik bas.
Yelah, ktorang bukan orang senang kalo nak jemput selaluu
Lagipun kalo naik bas, sekolah akan hantar sampai Melaka Sentral. Boleh merayau…hahaha

So,ada sekali tu mak aku tak dapat jemput, nak tak nak dia relakan aku balik naik bas.
Dia punya risau kan….alahaiii…
Aku cakap la don’t worry ramai gila ok naik bas dari Melaka ke Seremban. Ramai kengkawan budak Mrsm. Aku tau budak mrsm pun sebab kain sekolah warna khaki ramai2 dalam bas tu.
Bila aku cakap gitu, bukan mak aku nak lega ke apa. Dia boleh mintak nama, no telepon, alamat budak2 yang naik bas sekali tu….saikooo je…
Matiklah derhaka panggil mak saiko..
Bukan mak aku saiko, tapi keadaan masa tuh..sebab macam tak logic je nak Tanya sensorang details tu
Silap2 orang ingat aku nak ngorat.
Ok, 2 stori ni nak cite how inspector my mom could be.

So, bila beliau start Tanya macam2 ikut imagination
Pastu suka assume
Aku jadik geram la…
“umi ni, suka nak cari gaduh. Tapi nanti kang anak2 tak balik buat drama 50% lagi”
Ye, kitaorang memang gurau kasar…hohoho
Terus mak aku gelak2 je pastu tepuk buntuit aku and tidoo…
Yelah, aku ni tanak la mak aku pikir bukan2 sangat. Risau tu penting tapi jangan sampai  over. Boleh jatuh sakit tahu?
Nasib la mak aku tadee darah tinggi ke sakit jantung ke
Kot risau terlebih kang tah pape jadi…

I bet every mom has their own way of showing they care
And they can be quiet defensive sometimes
I’ve learnt my lesson with my previous so call ex tuh…
Tadee ex lain, beliau sorang je. Ala, yang jahat tu.
Matiklah sukati panggil orang jahat.

So, mommieh, ur raya not 50% kan? 3 out of 12 je yang tadee pagi tu….tu pun my sis da tebus dengan bercuti raya dari isnin sampai khamis. Dasat pompuan ni. Aku kerja hartamas ni belum confirm lagi tadee AL. so, da alang2 tadee AL, plus stress, maka kerja la kita part time di kfc.

Gambar raya ada kat seremban. Adik2 aku tak upload lagi, maka aku pun tadee la. Kata balik raya zupzap je, so tak sempat la nak amik. Takpela, I’m a girl with few photos. Cheh, poyos. Baju raya adalah recycle tahun2 lepas punye. Lantok la. Malas teman nak pikir…

50%
Dasat mak aku ni
Sok lusa kalo 7,8 orang plak tak balik
Tah bape percent punye drama lagi. Siap kira percent kan. Mentang anak ramai
Tapi kalo yang anak sorang dua tu, kalo tak balik mesti parents lagi tacing. Yela, kalo anak tunggal, jadi drama 100%, kalo 2 orang anak, sorang tak balik jadi 50%....high percentage tuhhh…

ok la, terasa derhaka sangat je entri ni. tapi lawaks. macam cecomel je kan. 


update (24/8): 


ni la gambar raya. cilok dari fb adik aku. background adalah sangat horror. macam2 barang ada. so aku suro adik aku update siap2. ni jela gambar raya. yang lain aku tak sempat nak interframe. lepas bergambar terus zass gi rumah wan. family potrait ni tak lengkap sebenarnye. ada 4 orang tadee...maka dari raya 50% jadi la raya 33% je...wahhh...siap kira...ngeee...
tahun ni tadee tema. semua belasah aje. mak oii aku segan tengok gambar ni, muka bulat kemain. lelemaks banyak uolls...hwaaa...
see, ayah aku since stroke last year, makin mengecil. gambar beliau dulu2 tadee plak kat aku sekarang. laptop lama ada kot matiklah baru rosak terus jatuh standard jadi laptop lama.  beliau nak jalan pun macam bertatih sekarang.sebelah beliau adalah abang aku 2nd. Adi nama dia. itu pun tak sihat jugak.
berdiri lelaki 2 orang and adik aku pipah dua dari kiri pun still belajar lagi
termasuk si tanggang yang kerja je jarang balik rumah,
maka kat seremban tinggal la budak kecik2
tabahnye mak aku....tetiba emo....haila~~~~

No comments:

Post a Comment

Hiking Fuji 2019 for the first time

Assalamualaikum.... Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part. 31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up be...