Wednesday, 10 April 2013

Bfast RM2

Hari tu beli telur RM5.99 untuk 12biji
memula rasa mahaii...
tapik kalau kita dividekan 6hengget dengan 12, 50sen je satu
so, ok la teww

cuma, sebab dah lama tak beli barang basah
alih2 masak guna telur
itu yang lajuuu je habis. itu yang hagaknye lagi rasa mahaii...hoho...

tapi telur ni memang dalam senarai 'Must have item' kat dapur

kalau malas banyak, masak megi campak telur sebagai penambah rasa
kalau malas sikit, masak nasi goreng campak telur sebagai rencah

kalau rajin, buat sambal telur ke, sandwich telur letak mayo and pepper ke...huhu
kalau rajin banyak, buat nasi lemak telur mata..fuhhh~~

so, marilah basuh pikiran diri sendiri takpee telur mahai sikit janji sodapp =)

kalau makan kat luar, french toast rege sampai RM3.50 untuk 2 keping je. *je? nampak sangat kuat makan. portion tak cukup =P*  hewhew
itu restoran biasa2 je. belum yang fancy2 lagi ;)

bekal aku yang tertinggal semalam, 3 keping roti telur
roti rm3.20 sebuku pendek tu brand gardenia
telur pakai sebijik je 50sen
so, bekal aku lebih kurang tak sampai pun RM2..Hehe...jimat pun jimat.
sodap pun sodap. eh. terpuji plak..haha
pastu boleh kontrol bpe banyak minyak nak pakai time goreng. 

pecahkan telur, tabur pepper sikit and herbs2 yang ada (dapur aku ada rosemary. so aku tabur) mengikut piawaian tekak masing2.
garam tayah letak. sebab aku kureng masin2 ni. 
and goreng dengan minyak yang panas. 
jangan letak minyak banyak nauu sebab roti kan serap minyak...

japgi elok2 nak masak ala2 french toast
jadi french toast berendam.... 
tak sesuwaii~~

hari ni beli kat kedai mamak bawah ofis je. 
sebab tak sompek memasak.
nasi lemak besau tapak tangan (*mind you, tangan aku tak besau mana. so nak cakap sini nasi lemak dia kecik..hahaa) dengan kuih sebijik dah RM2.30. kuih melampau mahal 80sen sebijik.
nasib la aku tak reti masak kuih (setakat cekodok reti la) kalau tak memang tak beli dah...hewhew

No comments:

Post a Comment

Hiking Fuji 2019 for the first time

Assalamualaikum.... Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part. 31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up be...