Tuesday, 22 January 2013

benda kecik je baii


Masa aku kecik2, aku jenis kalau apa2 pun, mesti pendam dalam hati
Oih. Besau nau hati ni kan semua benda nak pendam. And as a kid, I have a really strong memory. So bayangkan la aku punya tantrum bila emo kan. Pastu kalau mak aku malas nak layan, aku masuk bilik nangis2 sampai tertido. Bangun2 ok balik.

Aku bukan nak cerita perihal “rumah tangga” kea pa
Cuma aku rasa aku dah di tahap buntu.

Kalau aku start bercakap kang, ada yang sentap menyentap
Tapi kalau tak cakap, aku pulak yang pendam perasaan.

Malas sebenarnya nak cakap lebih2 sebab masing2 dah besar.
Kalau nak orang layan kau cara orang besar, kau pun kenala act like adult.

Benda ni dah lama makan bertahun jugak aku perhati. So, takde istilah serkap jarang ke hapa.
Isu dia kalau korang baca pun mesti macam “ekeleh ida ni….”

Pasal toilet. Kebersihan toilet. Rumah aku tu ada 2 toilet. Satu dalam master bedroom, satu lagi kat luar. Semenjak duduk rumah tu, tak pernah langsung ktorg mengaplikasikan jadual cleaning. Masa tu masing2 paham sendiri yang bila duduk bersama, kita ada mutual understanding yakni masing2 sapa rasa nak bersihkan, dia bersihkan. So, bila jadi macam ni and tetiba nak buat jadual cleaning, agak canggung jugakla rasa dia.

Since belajar lagi aku perhati je. toilet tu pernah aku tahan tak cuci sampai la aku punya tahap geli dah maximum. Still, takde yang nak bersihkan. Padahal masing2 kalau mandi boleh tahan lamanya. Kalau keluar rumah dating keapa, boleh tahan wanginya. Bila bercerita, kemain lagi tak tahan geli nak guna jamban duduk kat public toilet. Tapiii…….sendiri punya tak pulak geli… aku bukan la expect toilet bersinar2 tiap kali mandi kena cuci ke hapa. Boleh je take turn seminggu sekali. Ini tak, sampai heihh…aku pun segan nak tulis!!

Bila dah start kerja ni, memasing sibuk. So, lagi la aku rajin nak buat observation.  Mcm hari tu 2 minggu setengah aku outstation, bila last aku balik tu, toilet nye macam gitu jugak. Nak kata berus takde, ada… nak kata sabun pencuci takde, ada…habis je aku beli. Tak pernah nak claim ke hapa. So, kalau korang nak  berkira nak bersihkan rumah, aku pun boleh listkan aku punya kira. Seperti kata pepatah “akauntan memang kuat berkira” >_<

Ruang tamu tak pakai?? Baju kau jemur, beg keroje, iron baju, barang2 kotak2 semua kat hall.

Dapur tak pakai?? Kau memasak (walaupun sekali  sekala), kau punya bawang, kau punya sampah makanan, kau punya beras etc. etc. tu bukan letak kat dapur??

Bilik air jarang pakai sebab jarang ada kat rumah?? Habis aku pun boleh kira aku outstation lagi, mandi sekali sehari? Eh.

So, jangan la nak cakap “I don’t ultimately used this area, so kenapa nak kena bersihkan” sebab indirectly kau memang guna pun. Cuma kau je tak nak mengaku. Ikutkan, orang lain pun jarang guna.

Kalau kau bizi, orang lain pun bizi. Jangan jadikan alasan. Aku malas nak cakap lebih2. Aku perhatikan aja. Tapi Nampak gaya macam kau ni jenis wat dunno je.

Satu je, kalau kau takleh commit nak tolong buat “spring cleaning” sekali sekala, tapayah susah2 nak guna area yang lain selain bilik ituu… baru terbukti yang kau tak ultimately use other area.

………the end……
Mesti korang rasa macam “ekeleh, benda kecik bai”
Memang la kecik, tapi kalau dah selaluuu sangat, makan hati weyh. 

No comments:

Post a Comment

Hiking Fuji 2019 for the first time

Assalamualaikum.... Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part. 31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up be...