Tuesday 6 August 2013

permasalahan doniaa.....

hari ni bersiaran dari ofis
suasana sepi, jalan raya tak berapa nak bizi
mungkin ramai yang dah pulang ke kampung halaman
aku je kerja di saat-saat gini
sampai cik boss tanya tamau cuti ka..huhu
yelah, beliau tau aku memang bizi lately
so, di galakkan bercuti...

apekan daya cik boss
ai ni workaholic kedekut cuti
kalau boleh carry forward 14 hari cuti yang u bagi tu ke tahun depan
ai sanggup...
melainkan u naikkan gaji ai, masa tu baru ai cuti2 malaysia

ni pun raya ni plan nak amik kerja triple kat tempat lagi satu
eh, alamak..ini rahsiaa...u tabley tau

cik boss, 
selama sebulan lebih yang lepas
stress ai ni lain macam je rasa
rasa macam rambut semua cacak2 naik
tapi ai kan pakai tudung, so maybe u tak nampak

ai punya stress lebih kurang gini la....

so, sila la guna imaginasi sendiri bayangkan cane

cik boss,
cik boss tau tak yang harga rumah di klang valley ni kemain mencanak-canak naik?
ada sampai juta2 cik boss oi....
tapi kan allowance saya tak sampai pun 1% dari rmh rm100k (ada ke klang valley rumah 100k ??)
apetah lagi rumah juta2 itu. sob. sob

ni ai nak beli kereta pun 20,30 kali jugak kena congak....
takkan allowance ai dok bayar kereta je??
habis bila lapar nak kunyah apa? side mirror?

itu hari ai gi supermarket, 
harga ayam pun dah naikk wahai cik boss...
7inggit sekilo cik boss...
takkan cik boss pun nak sajes supaya tapayah makan ayam??
ikan pun mahal. ikan bilis pun mahal. yang murah telur je cik boss..
tapi hari2 makan telur, lama2 badan ai pun bulat cam telur siapa nak jawab??
sayur pun sekarang ni mahal jugak. nak cucuk tanam, rumah sewa ai takde tanah cik boss
rumah sendiri belum beli----sebab ai nak tunggu u luluskan ai punya allowance supaya atleast 1% daripada rm100k....haha..vley???

ai hairan orang kata graduan demand, memilih dan sebagainya
nak je ai tanya adakah orang ini bukan duduk di Malaysia??
tak tau ke cost of living dah mencanak2 naik?

ni nak raya ni...lagi la...

mana ai tak stress cik boss,
masalah dunia, masalah kerja semua tu la bersangkut paut

ai tak mintak u settlekan masalah negara cik boss
ramai2 pemimpin kita, depa tu lagi berkelayakan dan berkuasa untuk menangani masalah harga rumah, harga kete, harga ayam, harga ikan bilis, harga kasut tinggi. eh. 
ai yakin dengan depa...walaupun mungkin terpaksa tunggu lagi 5 tahun...ai relaa~~~

ai cuma mintak u settlekan kita-kita aja...
naikkan gaji ai cik boss
walaupun tak naik sampai 1% dari harga rumah
biarlah atleast boleh kaver ayam, ikan, sayur hari-harian ai
kita kena ada back-up plan boss...
mana tau pemimpin kita perlu masa lebihhh dari 5 tahun lagi untuk settlekan masalah harga barang naik
takkan u nak suruhh ai makan telurr je sampai masalah selesai?? 
kenot boss....kenot.....
nanti ai lembik tak larat buat kerja sapa jugak yang susah?? kita jugak...

u kata ai demand? 
cuba pikir dalam2...
rumah nak bayar sewa, api air bukan free, motor jalan nak guna minyak, kain baju nak jugak berganti, makayah adik di kampung, simpanan kawin, simpanan haji....semua tu la...

u tak caya, u tekan kalkulator u kira la....
ai tak tipu bos.

boss...
di bulan mulia ni tak baik nak marah-marah...
ai harap Tuhan buka kan pintu hati u untuk naikkan ai gaji lagi supaya ai tak perlu lagi karang report yang macam ni... kesian nanti u nak baca panjang lebau...

boss... ai lebiu boss....

No comments:

Post a Comment

Hiking Fuji 2019 for the first time

Assalamualaikum.... Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part. 31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up be...