Wednesday, 14 November 2012

esok cuti lagi yeay!


aku tatau nak mula dari mana.
ok la
bismillah....

minggu ni best. sebab ada 2 hari cuti. walaupun aku harapkan semoga bos kasi cuti berderet (selasa santak ke khamis sebab bos sambut deepavali), tapi beliau tak kasi cuti pun, aku tetap rasa best. sebab 2 hari aku tayah gi ofis. huhu. terasa macam time study dulu. manjang nak tenung kalendar sebab nak tengok bila cuti. sekarang ni walaupun aku cuti ofis kl, aku still tak cuti ofis shah alam. punya gigih wat part time. yelah, part time kan bayar per hour, maka aku sedor diri sikit nak kerja kuat so dapat byk sikit. walaupun penat. walaupun isnin satu hari tak tido, santak ke selasa kol 6ptg baru jmp katil. tapi aku tetap jugak gi. ini kalo OT, tah bape banyak aku boleh claim. padahal ofis kl kerja dia boleh tahan rilek. contoh terbaik is, aku tengah menaip entri ni dikala waktu kerja. hahaha.

ofismate aku yang aku pernah wat 'open discussion' dengan dia pasal kerja bgtau, kalau u bangun pagi2, and u feel like u dont want to go to work, then it's a sign actually. untuk cari kerja lain.

to be honest, itu yang aku rasa. takde mood. padahal datang ofis aku duduk je pun. tak guna anak tekak, tak guna tenaga sangat. tapi still takde mood. sampaikan hari ahad ritu, boleh pagi2 bangun, aku bangun secara terkejut and terkebil-kebil. ingat balik. eh, hari ni hari ape? ahad? oh.bestnyaaaa...

and bila hari untuk gi kerja, aku takkan nak siap awal2. aku suka nak rushing2 last minute. kalo bangun awal sekalipun, aku boleh melepak buat benda slow2. mcm pagi tadi, aku sempat layankan running man 3 episod.  tapi aku tgk byk skip2 la sbb nak cepat. heh. nak cepat la sangat. still kol 8 jugak aku bersiap. 8.45am baru aku gerak. sampai ofis 9.20am gitu.one of the reason aku serik nk dtg awal is because few time aku experience menunggu di tepian tangga. walaupun tingkat 4, aku tak kosser nak turun lepak kedai mamak. dengan beg laptop bagai. so, aku hny dudukkk je la tunggu dengan ketiak berpeluh. deemmmm betul.
tapi other reason would be aku tak minat. takde feel nak gi keje.

nak kata org2 ofis kat sini jahat ke, buli aku ke, aku rasa tak la. biasa2 je. cuma feeling tu. huh. bab2 feeling ni mmg payah nak cerita. tapi sila la bayangkan sendiri. aku kerja ni separuh hati je rasa. aku datang pun nak completekan attendance. mula2 kerja, aku rasa aku boleh buat since aku akan gain experience. tapi sekarang rasa mcm tak boleh je. bila gi audit, aku lebih byk blurr daripada kerja. bukan la aku tak buat langsung tapi aku tak feel mcm tgh wat audit. aku tatau nak tanya apa. padahal ada je audit steps diaorg bagi untuk each assignment. bila kena wat working paper, lagiiiii aku rasa cam hareem. aku tulis ape yg aku observe masa kejadian, ada je yg tak kena. aku rasa macam "apee lagi yang kau nakkkkk la?"
standard la tu kan kerja kau kena review tapi aku rasa leceh je nak prepare paperwork. semak je kepala nak fikir ayat, nak susun ayat nak express apa yg aku observe . aku nak nombor la woiii. aku kalo jumpa nombor macam stimm sikit. aku bukan la tereer math sangat ke hape, tapi aku prefer lagi mengira dpd ko suruh aku membaca or research. serius aku tak berkenan.

ada hari2 (*mcm hari ni), aku rasa nak berhentiiii je kasi notis 24 jam. tapi cam kejam sangat plak. company aku SME je. staff tak ramai. so, kalo sorang takde, memang kacau la audit planning diaorg.
and nak kata berbaloi ke tak kerja ni, as aku entry level, maka takde la rasa wow sangat. lagi2 bukan la company besar.
so, kesimpulannya aku adalah sedikit confuse and stress disini memikirkan nasib aku. esok da tahun baru islam and lagi 47 hari nak tahun  baru kafir. macam mana ni weih nasib aku?
lagi 47 hari lagi nak deadline aku punya probation. tapi aku still tak rasa cinta dengan kerja aku. aku bukan nak kerja untuk sehari dua, tapi insyaallah umur panjang bertahun2 lagi. ya Allah, permudahkan la urusan aku ini...jika rezeki ku dilangit, turunkanlah. jika di bumi, keluarkan lah. jika jauh, dekatkan lah...

aku tak sukaa feel macam ni. serius tak sukaa. >_<

Wednesday, 7 November 2012

Cerita November.

Am I still living in the past, keep haunted by the past-ghost?
Cant I just wake up in the middle of November, not thinking all those things that makes me regret and sad?
All this while, I've been busy or pretending to be busy. and i thought after a while all the sad things will fade away. 
...............but it didnt........................ 
this memories is not like food that have expiry date. or it's not like motor vehicle that will eventually become obsolete. it keeps running in my head and it feel like as if everything happened yesterday. 
I believe different people would have different way of handling this sort of things
and I wish I have a strong way to overcome this feeling. 
Am already planning my part time schedule for this month. 
Tentatively, i'll be quite busy inclusive public holidays. and also thanks to various wedding invitation. 
so. yeay!! i'm busy and can avoid thinking necessary things. huuu...
..........................
eh, this had randomly came across my mind thou emotionally and physically i'm not ready, at times i feel that maybe i should get married soon. heh. so that i'll have someone to take care of instead of keep reminiscing others random people that will makes me sad. 
tapi acik takoott. takott keciwa. hoho. 
and it's not going to be fair for my husband if i were to marry him to replace my memory. 
i want to sincerely love him before giving my vows of living happily ever after with the man i called husband.
.................................
heh. okla. stop cerita kawin2 ni. ape tah. geli je. haha.
elok la aku fokus pada kerjaya dulu kan......
sorry ye terpoyo sikit tetiba nak cakap omputih kat sini. 
aku kalo tgh emosi memang kengkadang suka taip dlm omputih walaupun aku tau grammar terabur. kalo omputih baca, mesti geleng kepala. tapi ada aku kisah?? 
.....................................
cepat la November habis. even bulan ni bulan birthday aku *eh, terhint plak*
biar la November cepat habis.
takde la aku ni sedih sangat. 
ke...
Should I went for rehab?
ada ke rehab utk org emo??
hmm....ada. 
masa aku tgh sedih menchenta-ik ex aku dulu
kan orang sekeliling macam pulau kan aku. mengeji aku semua kan?
aku lebihkan masa solat dan mengaji
walaupun bertatih jugak. ye, aku ni byk lagi yang kurang. tapi sbb aku rasa Tuhan Maha Mendengar
maka, aku jadi kuat nak tempuh semua ujian masa tu
dan Dia bagi aku petunjuk satu persatu sampai aku celik hati dan cukup kuat nak take action


sekarang ni, solat pun culas. heh. 
korang doakan aku boleh berubah ye. tak semudah berkata-kata ok. 




Tuesday, 6 November 2012

melaka dan saya

This week aku fulltime kat Seremban. heh. takpenahpenah
ada audit kat Beranang, so untuk save masa, energy and monieh,
better stay Seremban. lagi dekat.
kalau aku gerak dari Shah Alam, meeting point dekat Saujana Height ke mana tah. dekat2 dengan Kajang nun. kira the nearest la. tapi not for me. kematu aku nak rempit dalam patpuloh minit gitu
tu belum kira sesat, hujan, jem...
pastu dari meeting point ke tempat client makan lagi patpuloh minit lebih jugak
and back and forth adala dekat 4 jam aku spent atas jalan raya T__T
dengan cuaca sekarang asal petang je hujan. asal hujan je petang. nak kuat semangat redah hujan lagi
pastu sampai s,alam konfirm pitam. badan penat, tido mesti nak awal. bangun pun kena awal.
namau la saya. biar aku penat sekaliii je
dok seremban aku dapat jimat dalam 2 jam gitu. tapi pagi tadi FAIL. banyak kali da outstation. tenung google maps pun tah bape kali tah. tapi manjang jugak sesat.
pagi tadi aku dari seremban, tak nampak la exit beranang. kalo R & R Beranang aku nampak la. last2 teramik exit Semenyih-Bangi.
pastu aku tak konfirm jalan, tanya la orang. sekali akak tu kata kena kuar balik highway, amik exit beranang. yang aku tak tanya habis2 kuar arah seremban or kl. so, meluluuuu je ke arah kl. habis la aku terlepas sampai kajang selatan sana. da konfirm silap, aku pusing exit Semenyih-Rinching ke ape tah. masa tu baru sedor diri tak pakai TnG tapi pakai cash. sebab senang nak tny toll gate boy tuhh. beliau cakap exit Semenyih-Bangi pastu follow signboard Beranang. along the way tu ada jugak la aku berenti tanya auntie ni. alih2 tgh drive, tetiba da nampak je signboard Kawasan Perindustrian Beranang. masuk2 je nampak logo client. aik, magik gila. haha. time lunch, borak2 dgn staff, rupanya exit Mantin lagi senang. haihh...
ampuunnn Geografi failll.....

hurmm... Sabtu ritu aku gi Jasin pun sesat jugak. T___T
padahal elok je pengantin design map bagai. siap aku letak kat sunshade kete konon senang nak refer. heh
sepatutnya aku gerak awai tapi konon nak gi interview la pung pang pung pang last2 kol 1 lebih gerak. konon bajet sampai kol 2 lbh la. hoiihh. sekali kol 3.30 baru jumpa jalan. itu nasib la tanya tiga pat orang. kalo ikutkan hati, aku da patah balik da. wawawa.
aku je la terkedek2 sorang2 sebab budak2 terendak semua da sampai awal dan lepak lama gila dan akhirnya da balik. sedih T__T
da jmp pengantin salam2, elok aku tengah sentap. eh. santap. ada lone ranger dtg. heh. saspen je mcm org nak ngorat kan. hahaha. padahal budak terendak jugak. beliau lagi gigih dari Yong Peng terus ke Jasin semata-mata memenuhi permintaan kawan2.
sembang punya sembang, hujan plak makin lebat. tapi takkan nak stay kan. org pun da start kemas2 meja. takkan ko da poyo je lepak situ. maka bertolak la kamiorg. mula2 ingat nak balik. tetiba ada budak melaka ajak lepak. maka ke McD MiTC la kita....
1st time aku sampai mcD sana. tak sampai setahun bukak. tapi orang kemain nye ramai. dengan student nye lagi... aku member2 melaka boleh tahan jugak ramai tapi tak bercontact jeee... itu yang tiap kali turun melaka rasa forever alone!
dari lepak ber-4 jadi ber-6. pastu up jadi ber-7. mehla aku tepek gambar cilok dari fb. kang bosan plak asyikkk la bebel tapi gambar nan ado. heh. ampuunn aku henpong tak canggih. aku plak bukan stail nak berkepit dengan kamera. so, kalo aku cerita tu, pandai2 la korang guna skill imgainasi masing2. korang kan hebat. hehehe
kamera girl adala gf salah sorang jejaka howt di atas *tangan di bahu* 
tadaaa...gambar kiri bawah sekali tula kamera girl ituu..dgn jejaka tak bpe howt ituu..

*gmbr kat atas aku rasa muka cam kurus je. ni pipi tembun plak. ni smua pasal teknik pembayangan org gemuk di sebelah aku lettew *pandang langit* haha... nama beliau hafiz. masih aktif mencari calon. boleh contact agen- ida 0137*****8


rancak je berbual tak pasan da malam. kol 11.30pm jugak aku gerak balik. huh. masa tu baru kau tau malam. baru tau takut. baru kenal cuak. tadi kemain borak mcm 24jam siang.

dengan hujan gerimis. aku da sejuk gilos dalam kete. kang off ekon rasa lemas plak. pastu mula la rasa syahdu nak tinggalkan melaka. melaka ni tempat aku lepak2 zaman kurus2 dulu. dalam tempoh aku nak kenal dunia, aku rasa melaka la byk ajar aku. kat melaka jugak aku kenal ramai kawan. ditipu ex-boifren pun kat melaka. makan ikan bakar sodap pun kat melaka. makan asam pedas terangkat pun kat melaka. pestime makan coconut shake pun kat melaka. sampai sekarang aku tak penah makan lagi. sebab tadee tukang bawak. heh. experience jual buah kat kolej pun masa aku kat melaka.

sedih la sebab ada kenangan aku rasa aku tak realise how valuable it is until ia hilang...
dan ada kenangan takkan mampu aku ulang. contoh mcm makan coconut shake tuuu...or mcm pulun habis2 utk final yr. or mcm stay up gila2 instead of berangan dan kuat tido masa SPM. banyaakk weihh yg aku rasa aku hilang kat sana. macam separuh diri aku ada kat sana.
tapi kalau diberi peluang untuk ulang balik, thanks but no thanks. emotionally penat dan tak sanggup. dan aku tak rasa aku mampu take risk untuk mengubah jalan cerita aku untuk jadi lebih baik dari sekarang...biarlah aku da lepas. watpe nak seksa diri sendiri dengan perkara2 emotional??
tapi kot ye pun, satu je la aku teringin sangat nak ubah- BERAT BADAN. hahahaha. eh. serius la ok. zaman  kurus menjadi besar aku tu bermula di melaka. sebab malas eksasais dan jaga makan.
mana tau kalo aku maintain je, tah2 boleh jadi model mcm kim kardashian? melentik je badan. haha. okbai

Friday, 2 November 2012

muka kurus?

Hari Ahad lepas
kan ada in-formal gathering family belah mak aku
(in-formal ko pakai baju biasa2. kalo formal, pakai chantek2. lagipun in-formal ni hampir semua tapi tak semua ada)
so, borak2 la dengan cousin aku ni
da lama ktorg tak jumpa
since dia fly gi Edinburgh last year
tetiba boleh plak tercerita

Beliau: Aku ada sorang kawan ni. MACAM KAU jugak la. Muka kecik je bujur2 macam tu. Tapi badan dia besar. Kalau amik gambar, dia lebih suka amik gambar muka....*yada2*

Me: ............*terkedu tapi kepala angguk2

heh. bongok betul aku rasa. nak cakap aku besar la ni? Tskk...*nangis*

panngg!!!!  itula dia. masih menidakkan kenyataan.

Tapi memang betul pun, aku ni kalo tengok muka tak nampak la sangat lelemaks tu macam byk
tapi cuba kau intai tang perut ke, peha ke, peh.... bahagia lelamaks sekalian berumah disitu
aku memang kalau demok  naik berat, mula la seluar jadi ketat dulu. padahal baju ok je
stress je aku. lagi2 kalo beli baju kurung pasang siap.
kalo nak chantek, beli baju size M, kain size L
tapi kalo nak perasan kurus, aku redah jela beli baju size M.
ehem. jangan terpedaya ye kawan2.
size tu ikut cutting jugak. kalo beli kebaya size M, itu adalah seperti mimpi jadi kenyataan
ini aku cerita baju kurung pahang/ biasa.
and biasanya kedai tak standard size M dia.
contoh, kedai A punya size M, standard macam kedai B punya size S.
so, kalo nak beli kat kedai A, terkebil2 jugak la aku kat situ tak reti nak pilih
pastu bila da fitting, mula la tersipu2 plak. heh. sebab malus size guwe besarr..

itu pasal ada orang prefer tempah je teruuss.. konfirm ngam2 chantekk je kat badan
tapi itu kalau nasib kau baik jumpa tailor yang senonoh sikit.
aku ada la few pengalaman tak best yg tailor aku sendiri2 cari punya
first masa aku kerja kat KPJ dulu.
ada sorang akak tu kata dia boleh jahit. siap sekian2 hari
aku ingat makan berminggu2 jugak la tunggu dia punya jahit
padahal tu bukan peak period (read: bukan musim raya/kawin)
last2 dapat kat aku, kain dia haram tak best nak pakai
padahal lipat tepi cam biasa je. lipatan tak sama besar, lengan pendek, baju pun atas paras lutu
so, nampak aku ni selebeett je.
masa aku kat Segamat plak, aku pernah sekali try tempah baju
budus. tah macam mana akak tu ukur aku tatau la.
kemain lagi charge aku mahal sebab kata kain tu susah nak potong la ape.
last2 aku pakai sekali je
sebab dia geleber. tau ape tu geleber? bahu baju tu lebih dari bahu aku
so, nampak la macam aku ni besar semacam. pastu nampak macam baju pinjam
so, aku campak baju tu dalam almari. da bertahun tak nampak. tatau mana pigi.
kat melaka tak pernah tempah sebab tak habis explore. aku dok sana sekejap je
kat Shah Alam pun tak pernah lagi walau da nak masuk 4 tahun aku kat sini
tak sempat satu, tak berani pun satu. sini orang charge kaw2 punye...mencik
lagipun aku bukan slalu nak pakai baju kurung. aku kan gi kelas, gi kerja naik motor
kejadahnye nak pakai baju kurung buat terseksa badan je kan

and my fav ada sorang makcik ni kat Seremban.
mak kepada junior colleague mak aku
jahitan kemas, harga berpatutan dan pakai baju pun sodap


tengok la i punya baju terletak je kan??

few years back aku da takde tempah kat makcik tu  
last time aku ingat aku gi tempah

makcik tu cakap "oh, yang ni macam da pernah tempah dulu kan. makcik ada ukuran kamu yang dulu. tapi badan kamu macam da naik sikit. macam kena amik ukuran baru"

mak aku (*tiap kali pun aku bawak beliau. sebab aku tiap kali pun asyik je lupa rumah makcik ni yang mana satu) " a'ah. dia semenjak kerja KFC ni memang badan naik sikit"

aku: *sengih je la yang mampu*

makcik dengan tali tape dia: hmmm...macam mana la boleh naik ni. badan kamu yg DULU makcik ingat da cantik da. sedap2 je. kena la kurangkan makan nasi ke, jangan makan sangat kfc tu...*yada2*

oihhh..terus sentap. huh...
tapi sentap bukan la reason aku tak tempah dah kat beliau
lebih kepada sebab aku tak lama tak balik
kalau balik pun sekejap sekejap je

.........................................................................................................

hmpphh...mula just nak cerita je pasal cousin aku jee
ini da meleret sampai tempah baju
kot biarkan japgi tercerita plak pasal makcik tu punya anak lelaki hensem. eh
alaaahh...puji pun salah ke?? 

jam da kol 6 lebih ni.
aku kena gerak sekarang! 
kang da gelap lagi bahaya.
aku kan da mula jadi pentakut sekarang T_T





Thursday, 1 November 2012

Jillian dan saya

Tersinggah facebook page Jillian Micheals.
Dulu time aku duduk dengan wan masa cuti sem
Peghak sikit dapat jumpa tv. haha.
Rumah aku dah bertahun tv takde.
Abg aku yang 2nd tu dia consider as OKU.
Macam down syndrome tapi bukan ye kawan2.
Masa kecik2 mak aku kata dia demam panas terlampau
tu yang jadi gitu.
so, dia punya speciality is mengamuk
heh. jangan tatau orang macam ni pun ada hati dan perasaan tau
kalau mak aku nak keluar jenjalan ke, gi tesco ke, pastu tengok adik2 kemain bersiap
dia pun sibukkkk nak ikut sekali
most of the time memang slaluu kena tinggal
almaklum kete kecik,
so, dia bengkekk jela. nanti kalau balik rumah siap sedia la mental dan emosi
kalau termarah dia sikit pun, sebab dia tengah bengkekk, kau boleh tengok la dia bersilat
elok2 tv tu tak kacau dia, dia boleh terbalikkan meja tv tu
itu jela pun paling hebat. bnda lain alhamdulillah dia tak terbalikkan
kalau tak, habis la petiais segalanya
itu yang tiga pat kali jugak la tukar tv
last2 give up!
akak aku pun pernah jugak belikan tv sebab boring
tapi itu pun tak selamat
so, memang da makan bertahun la rumah takde tv
nasib la ada tenet. so, takde la boring sangat
and adik2 aku takde la nak hadaaap je tengok tv tapi tak belajar.

dia punya nak citer kenapa takde tv tu je da makan satu perenggan.
memang tak heran la kalo dulu time BM suro buat rumusan, aku kemain payah lagi nak siap on time and patah perkataan tu memang slaluuu akan terlebih

so, masa kat rumah wan tu, ada tv, astro pun ada
memang rancak la aku layan The Biggest Loser
versi Amerika punya. terkagum2 aku tengok orang sebesar-besarnye
boleh jadi slim melim dalam masa 3 bulan
provided dia workout like hell dan jaga makan
gulp. tertelan air liur aku cakap pasal makan
kalo wan aku da start gaduh nak tengok cite melayu
aku terpaksa la surrender
tapi biasanya ada ulangan. astro kan rajin nak ulang2 ni
so, aku tak bape nak heran sangat kalau nak beralah dengan wan
biasa pagi2 lepas bfast, da mandikan atok, da jemur baju, da sapu sampah sesikit
atok or wan aku konfirm akan tido balik kejap.
wan aku tido siap dengan tasbih nak berzikir
atok aku tido siang pun siap dengan bantal peluk bagai
so, keje aku da ringan la tinggal lagi nak masak tengah hari dan layan astro
itu yang boleh sempat layan ulangan TBL.
dan aku memang kagum tengok perut si jillian tu
padahal da jadi mak2
aiseyyman. aku tengok perut sendiri pun malus

itulah alkisahnye mcm mana aku boleh terminat dengan minah ni
..................................................................................................................................................................

ini aku da lama tak layan TBL sebab tak jumpa tv
tu yang jadi terkedu bila tgk FB page si Jillian
aku kagum dengan beliau sampai la nak jdkan beliau role model
ye, sila gelakkan saya
ada hati nak kurus tapi tgk TBL sambil golek2
kdg2 sambil makan
apekah ertinya semua ni??
ertinya awok memang tak motivate pun nak kurus
T__T
mari nangis kerana kedegilan diri sendiri

Wednesday, 31 October 2012

i want meat =(

raya korban masih terasa
aku teringin nak makan daging
potong kecik2, marinate dengan bahan sesuka hati
rasa pedas tu wajib ada
so, tabur la chilli powder ke, black pepper ke ikut sesedap rasa
lepas tu masuk dalam oven, ko  bakar ke grill ke pun sodap
almaklum dok rumah takde tanah ni, memang takde la kawasan lapang nak ber-BBQ bagai
itupun da buat aku tertelan air liur ni
tapi kalo nak beli daging kat supermarket
aku sedikit la malas
sebab daging mahal (oh, itu time berduit aku ok je) tapi tak berapa fresh
so, tak stim sangat

kalo daging korban, konfirm2 fresh
lepas tu kalo makan memang nikmat
maka teringat-ingat la aku daging yang tinggal di kampung T_T

tapi takde daging, ayam pun sodap je
cuma sebagai tukang jual ayam, aku tengok ayam pun kengkadang tak selera
heh. itu ciri2 takde selera pun, badan semakin tembun. cuba kalo berselera??? huh. JANGAN IMAGINE!!

Alhamdulillah, setiap kali raya korban, rezeki daging tu memang murah
ada je orang yang sedekahkan daging korban kat kamiorang
feveret aku ofkos la sambal daging
dulu aku ape pun masak sambal
sebab itu je yang aku terer. heh
takpun wat kari or sup. tapi tak se-kick sambal
rendang pun sedap. cuma rendang diluar kemampuan aku.
dulu ada sekali rumah ktorg stail kampung ke ape tah
dapur dia nunnnnnn jauh kat belakang (*rumah memanjang)
so, ada sekali tu aku teringin nak try masak rendang. heh
(sila jangan kagum lebih. aku pakai instant punya rendang)
sebab rendang ni kita kena kacau selalu takut hangus
dan kalo nak rendang yg power mcm rendang wan aku
ada makan 3,4 jam nak kacau manjang
tapi semangat aku adala dalam sejam je
lepas tu taleh tahan dah
bila dengar adik beradik kemain gelak2 tengok tivi
aku punya emosi mula la terganggu.
pastu give up
end up ktorg makan rendang janji siap
nasib baik pakai instant. so, rasa dia takde la keji. still boleh terima
lepas2 tu, aku tak kosser nak masak rendang bila ketahui  diri akan sorang diri kacau sampai basah baju berpeluh2

tapi hari ini, waktu ini aku terasa-rasa nak makan daging
weh, kalo dapat rendang wan aku, lawan dengan nasi impit
memang konfirm bertambah
wan aku rendang dia stail rendang tok.
warna hitam dan keringg je tapi aku cukup suka
nanti kang serdak2 tu, aku amik, gaul dengan nasi panas2
pergh. nikmat.
tapi wan makin tak larat. kalo nak rendang, sila la korbankan diri sekali jadi tukang kacau
last year masa aku duduk dengan wan, memang menitis2 peluh masuk dalam rendang
da la tengah puasa, memang menguji keimanan.
aku tala kipas sampai max, bukak tv dan layan kacau rendang. heh

eh, tetiba citer pasal rendang. tadi nak bakor2 je daging tu. ni nak rendang la apela
kalau da dasar kuat makan, bagi je la tajuk makanan ape pun, memang naik selera aku

Monday, 29 October 2012

entri seploh ringgit


bagi aku, dalam hidup ni kita terbahagi kepada dua:
1) Rajin
2) Malas
takde istilah di separuh rajin, separuh malas.

tapi boleh jadi kadang2 rajin atau kadang2 malas.

itu lumrah manusia kan. tipu la kalo kata tiap masa pun kau rajin. heh

ke aku je yang tak pernah jumpa lagi orang yang tiap masa rajin?

kalau ada, jom kita bertentang mata.

aku nak serap sikit aura rajin kau.

dulu kan wan aku selalu pesan " belajar rajin2 yo"
lepas tu hulur seploh ringgit buat duit belanja
itu zaman2 sekolah la
zaman unibesiti, aku da jarang ketemu sama wan
tapi still, bila jumpa itu la pesanan dia.
satu soalan je pada wan
"kalau da belajar tu, rajin la kan?"
sebab kalau malas, tak belajar langsung. heh.
but being a good granddotter,
aku paham la ape yang beliau cuba sampaikan
supaya aku belajar sungguh2...
orang tua2 ni kalau berpesan, mesti ada double meaning

contoh masa hari sabtu, maklong aku call
"eh, ko kat mana ni?"
"kat shah alam lagi. kejap2 lagi baru balik"
"oh, yeke. apsal maklong tepon umi kau tak dapat?"
"ontahla. mungkin dia bizi. tido ke ape."
"tadela, ni ha nak pesan suro amik daging korban ni sikit"
"ok. nanti orang sms kat umi"
.........................................................
tup2 hari ahad aku ketemu wan time small gathering ktorg
tetiba beliau boleh kuar ayat tacing "kau kata nak datang tido rumah wan. orang pun tunggu2 la sampai kol sablas (read:beliau sebut 11 begini) tak jugak datang2" *cebik muka konon sedih
hasil gugelan.


tanjat gegirl. apekah aku berjanji untuk tido sana? bilakah? dengan siapakah beliau bercakap? atau siapakah yang sampai kan berita begitu??

atau maklong aku dengar aku kata balik nanti nak datang singgah?
so, mereka simpulkan singgah memalam itu bererti tido sekali.
padahal aku tak sebut langsung nak singgah. heh. 

ke wan aku saje je nak bagi iolls rasa bersalah? haha..
sorry wan, kalau wan nangis guling2 baru la rasa bersalah. 
ni setakat cebik, orang kental lagi tau...
hohohohoho...

............................................................................
lagi satu pesanan yang sampai hari ni aku ingat
"kalau sambung belajar,jangan nak asyik bercinta yo. nak bercinta bulih. tunggu la da tahun akhir. kang jangan jadi macam tuuuttt(nama adalah secret). umo da lanjut baru kawin"

pandai ye bagi pesanan 2 in 1. suro belajar tapi suro jugak cari calon.
tapi sangkaan wan aku silap. course ktorg tak ramai lelaki
kalau nak buat perbandingan, 7 pompuan, sorang laki. ha, gitu la dia punye dasaat nye.
itu kat segamat. kalo kat melaka,  9 pompuan, 1 laki. 
itu pun belum tolak laki bukan 100%
dan sebab mereka ni tak ramai, meraka nampak hot.
maka, laku la seperti pisang panas
maka, cucunda wan ni sebab pemalus,
maka tadee sape la yang lekat. 
da la malu, garang plak tu. eh, takde sangkut paut.

aku dari sekolah dulu, budak kelas aku memang tak ramai lelaki. betul.
ini nasib, atau memang makapak dulu2 memang tak ramai produce anak laki tahun 1988??
heh.
ini da topik ke laut =P
so, kesimpulannya, gagal la misi yang wan aku serahkan dulu sebab laki tak ramai.
ini pun dia da merasa ada cicit, tadee la beliau nak suro aku kawin cecepat ke ape. 
..........................................................................................
kesimpulan yang boleh dibuat melalui entri ini adalah, ida malas.
sebab instead of buat kerja, dia taip entri. sukati je kan
lepas tu jeling jam desktop da kol 6pm
maksudnye, ida yang malas ini akan pulang. heee. bye




Hiking Fuji 2019 for the first time

Assalamualaikum.... Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part. 31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up be...