bagi aku, dalam hidup ni kita terbahagi kepada dua:
1) Rajin
2) Malas
takde istilah di separuh rajin, separuh malas.
tapi boleh jadi kadang2 rajin atau kadang2 malas.
itu lumrah manusia kan. tipu la kalo kata tiap masa pun kau rajin. heh
ke aku je yang tak pernah jumpa lagi orang yang tiap masa rajin?
kalau ada, jom kita bertentang mata.
aku nak serap sikit aura rajin kau.
dulu kan wan aku selalu pesan " belajar rajin2 yo"
lepas tu hulur seploh ringgit buat duit belanja
itu zaman2 sekolah la
zaman unibesiti, aku da jarang ketemu sama wan
tapi still, bila jumpa itu la pesanan dia.
satu soalan je pada wan
"kalau da belajar tu, rajin la kan?"
sebab kalau malas, tak belajar langsung. heh.
but being a good granddotter,
aku paham la ape yang beliau cuba sampaikan
supaya aku belajar sungguh2...
orang tua2 ni kalau berpesan, mesti ada double meaning
contoh masa hari sabtu, maklong aku call
"eh, ko kat mana ni?"
"kat shah alam lagi. kejap2 lagi baru balik"
"oh, yeke. apsal maklong tepon umi kau tak dapat?"
"ontahla. mungkin dia bizi. tido ke ape."
"tadela, ni ha nak pesan suro amik daging korban ni sikit"
"ok. nanti orang sms kat umi"
.........................................................
tup2 hari ahad aku ketemu wan time small gathering ktorg
tetiba beliau boleh kuar ayat tacing "kau kata nak datang tido rumah wan. orang pun tunggu2 la sampai kol sablas (read:beliau sebut 11 begini) tak jugak datang2" *cebik muka konon sedih
hasil gugelan. |
tanjat gegirl. apekah aku berjanji untuk tido sana? bilakah? dengan siapakah beliau bercakap? atau siapakah yang sampai kan berita begitu??
atau maklong aku dengar aku kata balik nanti nak datang singgah?
so, mereka simpulkan singgah memalam itu bererti tido sekali.
padahal aku tak sebut langsung nak singgah. heh.
ke wan aku saje je nak bagi iolls rasa bersalah? haha..
sorry wan, kalau wan nangis guling2 baru la rasa bersalah.
ni setakat cebik, orang kental lagi tau...
hohohohoho...
............................................................................
lagi satu pesanan yang sampai hari ni aku ingat
"kalau sambung belajar,jangan nak asyik bercinta yo. nak bercinta bulih. tunggu la da tahun akhir. kang jangan jadi macam tuuuttt(nama adalah secret). umo da lanjut baru kawin"
pandai ye bagi pesanan 2 in 1. suro belajar tapi suro jugak cari calon.
tapi sangkaan wan aku silap. course ktorg tak ramai lelaki
kalau nak buat perbandingan, 7 pompuan, sorang laki. ha, gitu la dia punye dasaat nye.
itu kat segamat. kalo kat melaka, 9 pompuan, 1 laki.
itu pun belum tolak laki bukan 100%
dan sebab mereka ni tak ramai, meraka nampak hot.
maka, laku la seperti pisang panas
maka, cucunda wan ni sebab pemalus,
maka tadee sape la yang lekat.
da la malu, garang plak tu. eh, takde sangkut paut.
aku dari sekolah dulu, budak kelas aku memang tak ramai lelaki. betul.
ini nasib, atau memang makapak dulu2 memang tak ramai produce anak laki tahun 1988??
heh.
ini da topik ke laut =P
so, kesimpulannya, gagal la misi yang wan aku serahkan dulu sebab laki tak ramai.
ini pun dia da merasa ada cicit, tadee la beliau nak suro aku kawin cecepat ke ape.
..........................................................................................
kesimpulan yang boleh dibuat melalui entri ini adalah, ida malas.
sebab instead of buat kerja, dia taip entri. sukati je kan
lepas tu jeling jam desktop da kol 6pm
maksudnye, ida yang malas ini akan pulang. heee. bye
No comments:
Post a Comment