Saturday, 20 October 2018

Day 12 - Kobe and goodbye Japan

Today is the last day dekat Japan.... *insert virtual cry*

Flight balik ke Malaysia kol 9 malam. Original plan adalah jalan2 dekat Osaka City je. Tapi sebab nak maximize penggunaan KTP, overall itinerary dekat Kansai semua kena tukar... 

Ikut revised iti, hari ni jalan2 dekat Kobe. Aku fikir nak letak luggage dekat Osaka je tapi budak2 ni suggest simpan luggage dekat airport terus sebab if kitaorang lambat sebab leka berjalan, boleh terus amik train direct pi airport... 

Macam biasa pagi2 around 5am kitaorang dah bangun and kemas2 barang. Banyak benda kena tinggal (read: buang) untuk ringankan beg. huhu... Antara mangsa adalah winter jacket and winter boot aku. Winter jacket tu tak ralat sangat lah sebab 2nd hand kan... Tapi 2 pasang winter boot aku terpaksa tinggalkan sebab no point pun bawak balik. Kasut tu tak sesuai pun dengan cuaca kita + buatkan kaki aku sakit. 

So, korang yang nak gi kawasan yang takde salji sangat, ok je pakai sport shoes. Lebih selesa kalau jalan jauh. 

Lepas breakfast, around 7ish kitaorang dah keluar rumah and terus ke Kansai airport. Hari ni pakai KTP so FOC je. 

Simpan barang dalam coin locker and terus gerak ke Shin-Kobe station . Initial plan nak pergi Shin-Kobe ropeway tapi dah sampai sana orang tu (tourist office) inform ropeway tutup for maintenance. 
Kitaorang amik map Kobe and start plan mana nak pergi. 

1st destination adalah Kobe Muslim mosque. Dari Shin-Kobe ada 2 pilihan. Sama ada jalan kaki or naik local train diaorang. Ikutkan KTP boleh guna untuk local train tapi sebab kitaorang was2 and taknak banyak cerita, so lets jalan kaki...

Keluar dari train station Shin-Kobe nampak kedai jual cheese tart. Kitaorang semua dah lapar, apa lagi, tunjuk halal card and mintak staff kedai explain which one boleh beli. 
Most of the food boleh di consume kecuali tart coklat sebab coklat tu pakai emulsifier yang tak halal. 

Dapnyaaa
Dah sudah beli, so lets jalan kaki cari Kobe mosque. Penat tu penat tapi kitaorang jalan je sedar tak sedar 30mins jalan baru sampai.

Sekitar kawasan masjid ni banyak halal food tapi kitaorang tak plan pun nak makan area situ. Kalau korang plan nak ke Kobe, boleh la singgah makan sekitar masjid kobe ni. Ada few pilihan.

Masjid Kobe
Dapnyaa cheese tart

Tak tau apa nama. Dalam dia inti cream
Lepas masjid, kitaorang jalan 15mins pergi ke Sannomiya nak cari Luke Lobster. Kedai ni tak jauh pun dari Sannomiya station.

Rachun dari RTJ
Dapnya...
Aku beli sandwich ketam + udang. Taste wise sedap tapi takleh makan banyak2 sebab dia masin sikit (kat tekak aku). 

Pastu layankan si raihan nak cari tumbler kat Starbucks, so terbeli Sakura tea. hehe
Comel je warna pink

Tumble yang dicari2
After dah beli tumbler tu, yang lawaknya bila tengok rupanya Made in Malaysia tapi dekat Malaysia haram kau nak jumpa collection ni so bertabah jelah. Hahaha

So, dah kenyang lets jalan2 lagi. Dari Sannomiya kitaorang jalan kaki pergi Nankinmachi (Kobe chinatown) for last minute shopping. 

Nice jugak shopping kat sini tak mahal sangat. Souvenier tak banyak pilihan tapi tak mahal. Aku beli stokin and coklat. 
Entrance china town. Tak ramai orang pun

Tak banyak gambar kat sini sebab masing2 ralit shopping. So layan jelah gambar yang ada.
Tak ingat amik kat mana. Rasa macam bukan Kobe tapi gambar aku dah bercampur2 tu so layan jelah eh. 

K.Mila  and ain setia dengan sepasang kasut dari pergi sampai balik



Kedai beg murah2...

Kat sini jugaklah beg aku putus. Terpaksa lah beli handbag baru. hahaha...

Dah puas shopping, around 4ish dah gerak pergi Kansai airport sebab takut terlepas flight (flight mahal woii kalau nak beli baru)

Sampai airport nak dekat 7pm, last minute packing balik barang2 yang beli tadi pastu terus check-in

Ramai gila orang beratur nak check in. 

Masa balik, some of the staff very strict. Lepas check-in luggage, dia suruh timbang barang2 nak masuk kabin. Strictly 7kg ya... So, jacket yang berat pakai siap2 and pandai2 la ya minimizekan barang korang.

After check in luggage, kena naik train (internal train) ke Gate kitaorang.

Just nice sebenarnya sampai airport gitu gini tiba2 dah boarding time je.

And tiba2 4am esoknya dah sampai Malaysia T_T

Welcome home :)

Alhamdulillah selamat sampai. Penat nak menghabiskan entry Japan ni. Hahaha...

Nak taknak kena habiskan jugak sebab bukan senang nak pergi banyak kali.

Walaupun sesat, penat jalan kaki, tidur tak selesa sebab sejuk, mandi tak selesa sebab air macam ais etc., tapi tu semua experience yang tak boleh beli dekat mana2.

Japan sangat best tapi take your time and enjoy the moment. Jangan tamak nanti badan penat and  tak enjoy.


Biskut kapal perasa strawberry dekat Osaka. Haha... Next time pergi aku nak beli lagi. Sedapp. Rinduuu coklat ni. 



Day 11 - Universal Studio Japan

No comments:

Post a Comment

Hiking Fuji 2019 for the first time

Assalamualaikum.... Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part. 31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up be...