Tuesday, 10 September 2019

Sabah 2019: Preparation & Day 1 (25 July 2019)

Assalamualaikum....

Dah lama gila bersawang blog ni. Aku sekarang update ig je tapi tu pun dah kurang. Tapi disebabkan ni 1st getaway yang melibatkan ramai family member dan jauh, jadi aku decide mehlah aku tulis sini sebagai kenang-kenangan...

Semuanya start bila Puan Zaini dok berzikir nak pergi Sabah dengan family dari tahun lepas. Aku cakap tunggu lah tahun 2020 lepas dia bersara tapi beliau nak jugak pergi tahun ni. Main concern aku of course la bajet especially flight ticket. Let say RM300 * 18pax = RM5,400

Tapi of course lah, walaupun concern, aku tetap la on standby mode bila2 AA nak buat promo.

So November 2018, AA buat promo RM99 kot tak ingat dah tapi after include luggage (sharing basis) semua dalam RM260++ seorang. Aku open question pada adik beradik and majoriti setuju. Syarat aku senang je, aku boleh dahulukan duit aku tapi korang kena bayar balik sebab korang yang nak jalan kan. hehehe...

Doakan lah aku murah rezeki dapat sponsor semua adik beradik gi bercuti lagi. So far yang dekat2, sikit2 tu boleh lah aku sponsor. Tapi on large scale belum mampu lagi. huhu...

Dah alang2 nak pergi jauh and kos yang tak berapa nak murah, kita pergi lama sikit baru berbaloi. huhu... So, jadilah percutian kami 6h5m.

Settle booking tiket untuk 12 dewasa + 1 infant, so lets go to planning stage.


Aku bahagikan expenses kepada 3 kategori wajib - transport, accomodation &afood. Maksudnya, kalau takde benda ni memang takleh bercuti. Korang yang dah biasa plan cuti abaikan. Yang 1st time nak plan untuk family, boleh lah amik contoh sikit2...

1. Transport

Main transportation dekat sana of course la kereta. Aku decide amik kereta instead of van sebab nak mudah gerak and mudah parking. Booking korang boleh buat dekat nhelzy car & rental. So far dah 2x aku book dengan diaorang and Alhamdulillah harga berpatutan & trusted. Book lebih dari 2 hari akan dapat diskaun...

Untuk pick-up and return, aku select KKIA je senang. Korang kena letak tarikh and pukul berapa nak collect & return, nanti website tu akan kirakan jumlah hari and harga.

Masa booking, korang kena letak deposit depends on jenis kereta... Nanti website tu akan prompt out payment gateaway. Mudah sangat.

2. Accomodation 

Since 1st day tu kitaorang akan sampai lewat petang, lepas dinner gitu gini dah malam so aku decide better stay 1 malam dekat KK sebelum ke Kundasang.

In total ada 3 homestay --> 1 malam di KK, 2 malam di Kundasang & 2 malam di KK semula

Kalau dah jalan ramai2 ni, tips nak jimat memang kena duduk homestay instead of hotel. Boleh masak dan lebih selesa.


Total budget transport (flight + kereta + minyak) + accomodation = RM650/pax

3. Food

Mula - mula plan makan masing2 punya bajet je. Tapi macam susah pulak nak manage masa etc., so, aku buatkan jadual makan untuk 6 hari. Dari situ dah boleh plan apa nak beli and berapa jumlah dia... Lepas kira2, aku collect RM25 seorang untuk 8x makan. Jimat banyak dah kat situ.


4. Baju

Benda paling stress bila gi bercuti adalah baju. haha... baju apa nak pakai and berapa helai nak bawak etc.,

Since masa hiking aku dah terbiasa plan berapa baju & barang nak bawak untuk ringankan beg. So, aku sediakan jadual baju untuk reference masing2... Since dekat Sabah banyak 24H self-service laundry so lagilah boleh jimat baju...


Dah settle 4 benda ni, apa lagi, plan la itinerary.... Ada orang suka redah je tapi aku suka nampak perjalanan nak gi mana apa semua so takde la terkejar - kejar... Lagipun sambil buat iti boleh plan nak guna route mana yang mudah, jimat masa dan sesambil tu boleh la bakar semangat nak bercuti. Hehe...
 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nak dijadikan cerita, seminggu lebih sebelum gi Sabah, kereta aku masuk bengkel sebab gearbox rosak. Plan nya gi airport 2 kereta (kereta aku 7 seater) tapi last minute tukar plan kita hire private van. One way Senawang - KLIA2 RM200.

On 25th July, van sampai depan rumah around 9.30am. Masa pergi 10 dewasa je ikut. Beg semua memang penuh la van. Baju ringan2 semua hand carry, makanan yang berat2 masuk check - in luggage je.

Penuh luggage 
Kelam kabut sikit bila dah ramai2 dengan sorang OKU

Sampai KLIA2 around 10ish pergi makan early lunch dulu dekat Quiznn by Rasa sementara tunggu kakak aku sampai.

Apa - apa hal lunch dulu

Dah check-in slow2 jalan pergi gate. Sampai gate awal terus lepak surau untuk solat Zuhur. Ngam2 masuk waktu orang dah start ramai.

Group photo sebelum check in luggage.
Si kecik Ainul tengok kawasan gate tu luas memang happy la beliau berjalan.... 
Budak dah dapat kaki memang nak merayau je kerjanya

Sebelum boarding sempat jugak Ab mandikan Adi dekat airport. Walaupun tak proper tapi tak tahan sebab dia dah berpeluh giler.

Dalam pukul 2pm kitaorang  pun board the plane. Aku dok risau Adi & Ainul terkejut / tak biasa naik flight tapi rupanya diaorang okay je.

Sengaja aku pilih seat sekali. Senang nak urus Adi
Budak bertuah ni tidooo sepanjang perjalanan

Kami safely landed dekat KKIA around 5ish.... Rezeki Adi bila staff airport tengok dia jalan with assistance, diaorang terus offer bawak laluan yang ada lif. Kalau tak, kena naik turun tangga jenuh jugak. 

Orang lain kena naik tangga, kami di bawa ke laluan lain yang ada lift
Settle amik luggage & kastam dah pukul 6ish. Kat luar dah gelap.... Nasib baik staff nhelzy sangat sabar menunggu. 

Rezeki Adi & Puan Zaini, booking kami di upgrade dari Saga & Bezza kepada Alza & Camry. 

Memang tak sangka. Alhamdulillah dapat kereta yang lebih selesa....

Malam tu ktorg dinner dekat Suria Mall dan beli barang2 dapur macam beras, kicap, telur dsb. 

By 9.30pm ktorg sampai homestay dekat EcoPark. Masing2 mandi terus pengsan....


No comments:

Post a Comment

Hiking Fuji 2019 for the first time

Assalamualaikum.... Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part. 31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up be...