Tuesday, 10 July 2018

Japan Day 9 - Osaka Castle, naik Gozabune and jalan2 Dotonbori

Aku beli Osaka Amazing Pass dari Klook, so kena tukar proof of purchase dengan actual pass dekat office di Namba station. 

So, aku, Siti and Ab keluar awal dalam 7ish dulu untuk collect. 

Dari Ebisucho ke Nipponbashi station. Lepas tu kitaorang jalan kaki ke JR Namba station sebab bajet tak jauh plus nak tengok keadaan kat sana.... 

Naik train yang handle dia warna pink. Comel gila rasa >.<
Adalah dalam 15mins jalan kaki... Tadi kan bajet macam tak jauh sekali penat weiii... Dahla 8 hari punya berjalan belum habis recover...  Tapi takpelah, new experience for us. 

Just ikut je signboard ada tulis OCAT office kalau tak silap. 

Dari subway nak naik atas towards Namba walk kot. Tak ingat dah

Parking for bicycle di Namba Station yang sangat systematic. 
Gambar dulu apa2 hal walaupun kaki sakit and perut lapar..hehe
Masa collect, tak ramai orang so settle semua less than 10minutes. Lepas tu jalan2 cari breakfast. 

Most of kedai kat Namba walk tu belum bukak and tak jumpa convenience store so kitaorang masuk je satu cafe yang ada set breakfast - coffee, egg and roti. Dalam kepala sedapnyaa makan telur separuh masak dengan roti... Sekaliiii rupanya diaorang hard-boiled egg daa.... 

 Dah kenyang, roger yang lain diaorang pun dah ready, so kitaorang patah balik Ebisucho and pass dekat diaorang OAP masing2...

First destination is Osaka Castle. Kitaorang guna google maps aje so google maps suggest turun dekat Osaka Business Park Station.

Dari Ebisucho tukar line di Nagahoribashi station. Naik line Nagahoritsurumiryokuchi Line ke Osaka Business Park Station. No additional fees. Just guna OAP je senang...

Dari OBP Station, kena jalan dalam 1.5km lebih kurang 15mins je dia kata.... Hahaha... bertabah jelah.


Kena mendaki tangga dulu

Just follow signboard...

Dari jauh dah nampak... Dah excited sebab masa di Tokyo kitaorang tak nampak pun castle nya. So ni kira 1st castle visit la ni...

Dari jauh tersergam indah...

Getting nearer....


Walaupun rasa jauh and penat (orang takde stamina gini lah wei), tetap seronok sebab suasana dia sangat nyaman. Pagi2 kau nampak orang gi kerja, orang jogging, budak nak gi sekolah etc.,
And cuaca pun nice je sejuk so ketiak tak lecak.

Ada sungai apa tah on the way... 

Brother ni jogging sensorang je

Mana2 orang naik basikal

Jalan2 akhirnya sampai di entrance. Baru entrance ya belum sampai castle lagi...

One of the attraction di sekitar on the way to Osak Castle
Dekat di mata jauh di kaki...

Sekeliling Osaka Castle ada 2 kali sungai... Zaman dulu2 sungai ni kira benteng dari musuh. Sekarang je dia buat jambatan elok2 untuk ke Osaka Castle

Sebelum kitaorang masuk castle, kitaorang gi booking slot naik Gozabune boat. Free je guna OAP (np: 1,500yen)

Masa tu dah 10ish gitu, and boat pukul 12pm jadi cepat2 masuk castle.
Cantiknyaa... 
Masuk castle pun FOC guna OAP (np: 600yen).

Harga 2 days OAP: 3,300yen. So far dah jimat 2,100 untuk entrance fees. hehe..

Setiap pass sekali masuk aje. Diaorang akan scan pass korang and beratur...

Tour akan start dari tingkat atas sekali and boleh pilih nak naik tangga ke or naik lift. Line untuk naik lift agak panjang tapi tak lama pun dalam 15mins kot tunggu...

Few times dia remind tak boleh amik gambar dekat level sekian2 ... Just hormat jelah peraturan dekat negara orang...
Depan entrance
Dari level atas sekali, kita kena turun by tangga. Hanya orang yang wheelchair bounded je yang boleh turun guna lift. Tapi takpelah kan sebab menurun tak penat....
View dari atas... Jaring2 ni sebagai safety measure. Kang ada yang bergayut nak amik gambar, naya je...
Kecik je orang2 kat bawah ni
Orang sangat ramai... Kitaorang pusing one round lepas tu turun
Setiap level ada cerita tersendiri... Tapi disebabkan kitaorang dah set nak gi Gozabune tu, so terpaksalah Touch n Go je setiap level... Korang kalau minat cerita2 perang ni, atleast kena spend masa 3 jam kat sini. Ada video, boleh try (sewa) baju perang, boleh baca slow2 sejarah Osaka Castle.

So, layan je gambar yang aku sempat amik dekat sana...
Ni dekat level mana tah cerita pasal perang...

Tentera Japan


Topi perang... Boleh rent 500yen/trial... Kitaorang tengok je sebab tak sempat~~


Dah sudah, laju2 turun sebab kejarkan Gozabune. Sekali kau terlepas, nak naik lagi kena bayar tak boleh OAP... 

Tiket Gozabune
View Osaka Castle dari waiting area Gozabune
Close up. Bunga ke apa tak tau... Tapi aku boleh imagine if pokok ni penuh bunga mesti cantik... Takleh jadi ni kena repeat time spring. hehe
Tu Gozabune dah sampai and tunggu orang keluar baru boleh masuk
Ni gambar tetiba clear semacam ofkos dari kamera adik aku. Haha... Ni dalam Gozabune
Naik Gozabune ni sekejap je tak lebih setengah jam. Ada la orang tu borak2 cerita pasal history tapi aku tak berapa paham. Huhu... So enjoy the view je lah. 
Osaka Castle dari dalm Gozabune
Dah sudah, kitaorang jalan dekat garden sekitar Osaka Castle. Tak habis cover pun sebab malas nak jalan and dah lapar... So tengok lah gambar apa yang ada.




Rezeki kitaorang Sakura dah acah2 nak blooming... Time spring nanti mesti lagi cantik sebab penuh pokok dengan bunga sakura.. Korang layan jelah gambar yang ada










Plan nya nak gi lunch dekat Yakiniku. So, based on Halal Navi and Google maps, kitaorang pun dengan konfidennya pergi....
Otw ke train station tetiba jumpa ni. Cantik kan?

Demi makanan sedap, jalan lagi...
Sekali bila sampai, kedai tutup.... huaaaa.... 

In the end, masuk convenience store, and cari instant ramen... Ada orang suggest ramen ni dekat group facebook Road To Japan, so ini lah ramen pertama kitaorang di Japan...

Sedapnya makan panas2...

After makan, balik apartment untuk solat Jama' takhir... Disebabkan OAP ni unlimited ride and rumah pun dekat dengan train station, solat di rumah tak jadi masalah...'

On the way balik, budak2 ni singgah main benda alah ni... Yang masuk coin pastu pusing dapat bola yang dalam tu ada barang...
Aduiii... Nampak macam murah kan 300yen aje. Tapi kalau convert, sebiji ni dekat RM12 tau. So, jangan sesekali ajar anak2 korang main sebab kitaorang sendiri pun rambang mata nak main semua... Boleh bangkrap yen macam ni. huhu. Tengok lah sebahagian mesin bola yang aku kitaorang jumpa~~~

Hello kitty comel

Star wars pun ada
Gundam
Game tangkap2 pun ada...
Jangan jadikan benda ni sebab korang bankrap yen. hahaha
Solat siap2 Jama' takdim untuk Maghrib and Isyak before keluar semula...

Lepas solat, kitaorang gerak ke Dotonbori... Start from station Osaka-Namba (subway) jalan kaki ke Dotonbori...

Dotonbori ni basically shopping heaven and ada banyak kedai makan. Tapi, kitaorang tak makan pun kat sana sebab time is gold! Dari makan baik gi shopping. Hehe...

Dekat sini lah akhirnya aku decide beli sepasang Skechers. Bukan sebab dia skechers tapi sebab kaki aku sakit wei jalan jauh2 pakai winter boot yang keras and kebetulan dia ada diskaun...





Comelll

Lantak la muka gelap janji Glico man ada...hehe...

Oh ya, jangan lupa cari biskut kapal... Dekat Tokyo dah beli tapi rasa macam tak cukup so alang2 jumpa packaging gini, terus rembat. Senang nak bagi souvenier...

Assorted flavor
Strawberry terpaling sedap selepas dark choc

Biskut kapal termurah jumpa dekat Tokyo 64yen je. Mostly harga lebih kurang gini aje...

Sampai rumah dalam 10 lebih kot. Dinner tah ke mana... Aku tak ingat kitaorang makan apa. Makan on the go je kot...

So, dah habis Day 9, tinggal 3 hari je lagi dekat Japan. Sobsob


No comments:

Post a Comment

Hiking Fuji 2019 for the first time

Assalamualaikum.... Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part. 31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up be...