Monday, 23 July 2018

Hiking Melati Hill for the first time

Dah lama tak buat entry untuk hiking.
Some aku dah pernah cerita kat sini, so takde apa nak cerita sebab gunung / bukit yang sama... Beza nya pewai dengan tak jelah. hehe....
Kalau update bergambar, biasa aku share dekat instagram je.

Sebab ni first time hiking Melati Hill, so kita borak2 sikit lah ya...
Based on reading dekat encik google, Melati Hill ni bukit yang di buka oleh sorang doktor untuk patient dia....
Basically, ada 6 'puncak' - Centipede, Mosquito, Cobra, Monkey, Rope and Eagle.
Walaupun dekat tempat yang sama (Melati Hill), tapi tahap kesusahan dia berbeza dari satu 'puncak' ke satu 'puncak'....

Melati Hill ni takde lah besar sangat and route dia kebanyakkan nya pusing2 akan jumpa tempat yang sama je.

Kitaorang gerak dari Simpang Ampat jam 6 pagi and terus subuh di RnR Seremban.... Jannah bawak laju gila so sampai sana dalam 30~40minit gitu... Kalau korang bawak kereta lambat, gerak la awal sikit. huhu...

Lepas solat, beli roti sikit dekat Shell, terus ke Melati Hill. 10 ~ 15 minit drive je dari exit PLUS Nilai.

Landmark dia adalah Tokong Na Du Gong... Masa tu dalam 7.30am.
Dekat sini kitaorang jumpa Abang Rahim (guide kitaorang sebab dia dah pernah naik sini banyak kali) and kawan Abang Rahim.

So, 6 orang la semuanya....

Landmark dia ni. Tak jumpa means korang dah salah...lalalala


Kitaorang tak naik dari tokong tapi decide untuk start dari Eagle Hill....
Memasing bawak load. Nak training kata dia....

First view. Jauh aku kena tinggal. Sobs

View lepas dari Eagle Hill

Selesa pulak hiking pakai sandal. Cuma size kecik sikit kena pakai stokin kalau tak melecet



Masa ni boleh ok lagi nak bergambar... Pastu kita teruskan perjalanan...

Turun naik bukit yang berbatu. Basically jalan kat sini mix batu and tanah. Pokok jarang2 so ada kawasan panas, ada tak. Mujur cuaca pagi tu tak panas sangat....

Lalu sawit ntah siapa...

Turun hutan mana tah...

Starting rope hill. Sini sebenarnya laluan dia panjang

Laluan Rope hill ni boleh dalam 45-60 degree curam. Sometimes kena berpegang pada tali jugak. So, please standby gloves ya kalau sayang tangan...
Jalan2 lagi jumpa Cobra Hill.

Dari Cobra ke Mosquito ada persimpangan ke Monkey Hill. Kitaorang gi Monkey Hill dulu untuk rest sekejap. Abang Rahim belanja dragon fruit. Dia beli dekat starting point ada uncle jual 3biji RM15. Warna merah, besar and manis... Puas makan sorang setengah biji...


Monkey Hill


View dari Monkey Hill. 
Lepas je makan, hujan start turun....So, kitaorang pakai raincoat siap2
Dari Monkey ke Mosquito




Dah macam teletubbies..
Dari Mosquito tu ikut je Exit untuk sampai ke tokong.
Dah nampak jalan besar ni dah betul la tu..

Bagus sandal ni. So far aku pakai memang tak licin. Korang kalau gi Indonesia, beli la brand Eiger. Harga less than RM100 
Dah turun tu, before sampai ke tokong, Abang Rahim kata kalau nak gi ke Centipede kena naik semula (if korang start from tangga dekat tokong tu, korang akan jumpa Centipede dulu tau). Tapi masa tu dah dekat kol 12pm. Kitaorang nak menyinggah few tempat lagi so decide takpelah, balik je terus...

Dekat bawah, jumpa ada orang jual bundle - Moru Niaga. Diaorang ada butik tak jauh dari situ. Aku beli t-shirt lengan panjang and continue shopping dekat butik pulak beli seluar and t-shirt lagi.

Kasut hiking RM60 je sepasang. Macam baru sebab dia basuh bersih semua...
If korang cari t-shirt hiking buat basahan, beli je dari bundle. Sometimes kalau bertuah, dapat la yang branded2 punya tapi harga dalam RM10 ke atas. Ok la tu kan. Dekat Melaka ada 7five Outdoor gear. Itu selalu gak buat sales RM5...

So, kesimpulannya Melati Hill ni best jugak. Before hiking boleh cari buah naga. Lepas hiking boleh shopping... Time taken untuk complete 5 out of 6 ni dalam 4 jam gitu. Start 7.45 and turun bawah dalam kol 12...

Level of hiking - moderate. Tak susah tapi jangan kau pandang sebelah mata. gituhh...
Kalau boleh jangan hiking sorang2 sebab jalan dia confusing (ada few persimpangan) and baca doa banyak2 semoga Tuhan lindungi kau. Mana2 trip pun, baca doa banyak2. Dalam hutan tu, niat yang baik2 and serah 100% pada Allah, insyaallah kau selamat pergi dan balik.

No comments:

Post a Comment

Hiking Fuji 2019 for the first time

Assalamualaikum.... Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part. 31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up be...