Monday, 11 November 2013

Me and the Mountains of Work

This quarter has been very hectic for me; 
with lots of things happening----
I, sometimes feel like exploding inside
Thank you Allah as I am yet to literally explode

1st of all, 
I've officially resigned from my part time job,
finally!! after 3 years plus
at one point, it does feel hurt and confusing---as this has been part of me since May 2010
but I dont think that I can afford to continue contributing to the team (i quote team specifically because of the close r/ship we had. They were part of the reason why I stayed. Personally, the Company is err... how to say, not the kind that I would stay loyal for this long period of time) 

Ok, enough of that
I just glad to make that decision :)

Hmm...
What happened for the past 2 months?

I was on back to back assignments for 5 weeks
then Raya Haji
then go out again, a week plus of rest before another assignment
and next week I would be in Penang

While, some of the time travelling is fun
but with such a hectic schedule, I feel like vomit blood ady. 
and feel like err... migrating to another job. heh. 

I am not complaining but I dont think that I can handle (it anymore) with limited resources 
there is still lot of things that I need to learn and catch up 
but if this continues, can die wann... T___T

enough about work

lets talk about wedding's invitation and.....food of course!! 

Syikin (Pen @ Penyu) and Sham Solemnization- Sept, 14
She's my classmate back in Terendak
Kepala gila
One of the 'chatters' in class. Kuat cakap budak ni. tapi belajor pun boleh tahan. 
Kawin dengan our one year junior
I was not that 'social' back then so, i dont really up to date with the latest gossip or whatsoever... haha
So, when they'all say "ala, kawin dengan dak sham junior kita dulu"
i was like--- terkebil-kebil je. haha. 

I remembered I arrived late at 2pm 
Masa tu schoolmate semua dah habis kemwhore (so, I kemwhore sensorang jela dengan pengantin. hukhuk)
Majlis tema garden. cantik. siap ada aktiviti melepaskan rama2 (normally kan orang lepas kan burung. tapi ate member keje taman rama-rama, so lepaskan rama2 la)
Food was nice. the Cake was super deli. 

I had a good time chatting and catching up with old friends 

This is norin, one of my best buddy back then
Susah sangat nak jumpa time wedding outside Melaka
Ingat dulu every week mak datang hantar air la, makanan la, macam2
anak manja dia ni. hiks. 


Clockwise- With Raden and Husband; With Penn on her 2nd solemnization ; Raden's guest book

Raden Azwani Solemnization- Sept, 15
She was my schoolmate back in Terendak
Pemalu, peramah, baik, sopan
and she marry her 1st love--- that's so sweet =)
Me, Dr Farhana and Shikin @ Raden's house

Irna Zafirah's Solemnization- Sept, 28
Classmate back in Smad Klana
Sorang2 dah kawin
dah ada anak
rasa....err.. makcik2 dah ni.. hwaaa...


Mastura Solemnization - Oct, 2
Ini Classmate masa kat lendu
Just like Raden, she's married to her 1st love =)
Sweet betul pengantin.


I had a nice time at Melaka dengan Dila and Dya


Ni mix geng lendu, geng KBM and oso Diea (my classmate kat Terendak is Mastura's bff)

Donut Solemnization- Oct, 3
Another classmate from Lendu




Seronok pergi wedding sebab for me, it's the best time to catch up dengan kawan2

Taheera E-day
Dia orang ke-3 bertunang antara sepupu2 yang lahir tahun 88
Tak pernah couple dan Insyaallah would marry her first love =)

Am so happy for her despite all the makcik are begin to ask me "THE QUESTION"
hahaha... 
Mana tak, sepupu sebaya dah sibuk tetapkan tarikh nikah
My other cousin----bakal pengantin no. 2
well, age is just a number
Let me enjoy dulu jadi dulang girl (I'm too old to be flower girl they say. sobs.) 

December also ada few jemputan kahwin
Alhamdulillah, Tuhan permudahkan Jodoh kalian
Semoga bahagia kamu semua sampai syurga =)

Oh, ada lagi---
September I finished my first SCKLM 2013 =)

I manage to finish my 10km finish within 2 hours
No, gambar tak banyak sebab I think my pict sangat horror
even the one taken by their official photographer pun horror
sebab first time kan, and tak berhenti plak tu (tepukbahusendiri)

Insyaallah tahun depan pun nak join lagi
Tapi, ramai plak kengkawan nak kawin tahun depan
so, nak kena adjust time tu yang susah sikit

We (as in me and my geng kfc) akhirnya sampai jugak ke Sg Chilling yang disebut2 selama ni
We had blast time there, thou memula tu jenol konfiden je lalu tah mana
siap kena daki bukit tinggi2
aku memang dah rasa bukan the real track to sg. chilling, tapi layankan ajela sampai lenguh2 lutut..haha
Patah balik and we made a 45minutes trekking before sampai ke air terjun =)
My friend kata ada air terjun lagi atas, takpela lagi atas lagi tak larat rasa..staminatakdop... haha




All and all, this quarter (except for mountain of work) is my favourite quarter of the year =)

Tuesday, 29 October 2013

Redha...

Konsep yang aku kena banyak belajar
Soal kerja, soal hidup, soal diri, soal hati

ikut rasa, banyak lagi cerita 
banyak terkilan sana sini
banyak soalan tak berjawab
banyak rajuk belum terpujuk

tapi dunia bukan ana yang empunya
rasa takboleh sesedapnya
rajuk takboleh sesuka
kata takboleh sewenangnya

ikut redha, 
hidup sehari hari pasti lebih tenang

cuma sejujurnya-----
pada aku,
untuk ikhlas redha tu bukan perkara senang

Allah, kau permudahkanlah
jadikan Aku hamba yang redha dan bersyukur. 

Wednesday, 18 September 2013

5 weeks back to back assignments...

Lama mana tak bersiaran tatau la. 

Depends pada masa dan pada mood

Walaupun takde orang rindu

Tapi i is rindu membebel...

Later~~

Wednesday, 4 September 2013

#sepetkahwin

aku start berblogging ni secara suka2 
back in 2009 kot?
bodo2 buta IT tapi memandai daftar blogspot
sampai sekarang aku tak reti nak buat wallpaper cantik2 ke apa

so, memula ada blog ni kerja aku is bloghop
pastu kalau aku rasa blog orang tu best, memang aku follow
aku rasa aku follow kak jeng dulu kot
pastu kak jeng selaluu je cerita pasal adik beradik dia
and end up aku terfollow la kak ceera and si sepet ni

best baca blog sepet 
sebab aku rasa cara dia tulis sangat comel =)
macam orangnye jugak
maka saya pun menjadila reader tetap

nak kata silent tak la jugak
sebab aku jual VCOA ni pun sebabkan sepet gak (means ktorang bertegur jugak la walaupun urusan biznes)
nak kata die hard fan pun tableyyy (sebab aku die hard fan *lantiksendiri* TOP and drfaiz =P )
dan aku bukan jenis baca and komen entri dia satu2..haha
so, boleh consider as reader yang sedang-sedang =)

aku pun ada add dia fb and #IG
ntah, aku prefer follow #IG blogger dikalangan rakyat marhean daripada retis2 
sebab pada aku, update diaorang lebih real and related dengan life aku and lebih ikhlas =)
tatau la kalau ada yang rasa related dengan mana2 artis---it's up to you

bila #sepetnoh up status jemputan kahwin
terus laju2 mark kalendar and mintak beliau PM alamat
sebab dah lama2 baca rasa macam kita ni goodfriend
walaupun bukan jenis yang laga pipi hari2 tapi kawan la =)
kawan dialam maya or kawan tanpa sempadan

one thing best baca blog orang and berkawan is-
kau kenal dulu perangai orang tu baru kawan
so, kau takde masa nak judge dia or dengar orang kata apa
well, there's an argument ada blogger yang fake la apa la
tapi apa nak risau? 
kalau rasa the blog is disturbing or fake or mengada ke apa ke
just remove jelah dari list. kan? 

so, hari ahad ritu 
lepas kenduri kat seremban dengan mak and adik2 aku
aku terus ke Kg Cheras Baru
giler aku rasa firsttime kot drive kesana
tapi apa ada hal? GPS kan adooo

set address and ikut je la arahan
kalau dia kata turn left, aku turn left
kalau dia kata turn right, aku pun turn right
syukor la aku pakai apps ni tak sesat dan takde dia bawak aku ikut jalan bukan2 
cuma redha je la kalau tetiba dia bawak jalan yang banyak tol..hehe...

sampai rumah #sepetnoh terus cari parking
dah siap parking tetiba segan..haha...
aku hampir2 nak ajak mak aku balik kot
tapi takpe, bila lagi kan nak jumpa...

masa sampai tu dah kol 3 lebih kot? 
tak ingat la tapi orang dah ramai beransur balik
kitaorang disambut oleh kakak2 sepet
yang kelakarnye semuanya aku kenal (tapi opkos diaorang tak kenal aku kannn)
tapi segan sebab kenal kat blog #adikberadiknoh je..haha
salam ape semua terus makan...

angle paling penting. nampak cam makan sikit. padahal.....
mula2 mak aku kata rumah ke-3 ni jamah jela 
amik nasik sikit, sambal belacan sikit
sekali tak lama lepas tu tambah pulak..haha
sebab sambal belacan dia sedap. memang sedap pun. terbaikk...

mata meliar2 pandang sekali nampak a few blogger yang lain
ada k.peej, k.filla (and bff beliau), k.elly, k.moon
semua datang berpasang-pasangan
siap bawak anak2 terus rasa cam eh, ramaiii nye aku kenal kat sini
padahaalll kenal kat screen je khenn..

terus rasa alahaiii segan gilers
k.peej dengan k.filla aku setakat 'haii' je 
sebab blurr tak reti nak cakap apa
Dengan mak buyung yang comell =)

tak lama lepas tu k.peej, k.filla, k.elly balik
aku memberanikan diri tegur k.moon
nasib k.moon pun tak sama blur dengan aku
borak2 sikit baru naik atas jumpa pengantin...
*dah kenyang baru ada keberanian. sangat dot dot*

muka segan takleh kaver T__T
jumpa sepet lagi segan
sebab chantek sangatt
macam tak cayer je kan jumpa depan2 

amik gambar pun sepet yang offer
sebab aku dah terlampau segan..haha

tema baby blue + gold
cantik okeihhh...terus rasa nak kawin jugak..haha

anyway,

to sepet---
time kasih untuk jemputan T__T
Tahniah untuk sekian kalinye 
semoga menjadi isteri yang solehah
semoga dimurahkan rezeki dan bahagia hingga ke syurga... =)


pintu gerbang cantikk

Lepas amik gambar, terus larii pecut..nampak langit tu gelap? hujan okieh..syukur sempat jumpa.

Friday, 30 August 2013

Baby and me

Siapa yang suka baby? angkat ketiakkk...
Aku walaupun ciri2 ibu2 tu takde, tapi aku suka je baby...
sebab comel, gebu, wangi...

and pengalaman jadi kakak selama 8 kali
aku perasaan yang baby kesukaan aku adalah yang dibawah setahun
yang tak pandai melawan dan redhaaa je kena buli..hahaha

tapi, kesukaan tu bukan doplohpat jam....
ada masa2 baby tak berapa nak jadi kesukaan sebab:-
1) dia berry
2) dia crancky tengah2 malam buta aku ngantokk nak tido
3) semua diatas

*that's why aku kata ciri ibu2 tu takde...ciri kakak2 tu adala..that explains bila ada budak datang kaunter kepsi mintak plastik pastu jerit kat aku "acik!! acik!! nak plastik!!" terus aku sentap..haha

aku asyikk up entri orang kawin
kalau orang dah kawin, lepas tu insyaAllah mesti dapat baby kan?
bagai tersentak2 hati aku tengok rakan sebaya kendong anak gi mall..
sebab tabley terima kenyataan yang ai is old. 

mak aku umo doplohpat gini anak dah masuk 3...
anak dia je yang ngengada takleh terima kenyataan...haha...

balik pada baby tadi
bila dah besar sikit, dah boleh jalan
dah boleh paham apa itu bulian
dah reti sombong dengan orang-dewasa-yang-garang *in this case, aku lettew
perasaan suka aku tadi pun semakin berkurang..haha...amboii memilih sangat

aku tabley bayangkan nanti dah kawin, dah ada anak macam mana aku nanti
setakat tukar pampers, buat susu, aku ada 6 kali praktikal (2 orang adik tak kira sebab aku pun masih diconsider 'baby' masa tu..beza ktorg 2 dgn 4 tahun je...heee)
tapi kalau bab2 bangun tengah malam tu...aaaa....tak reti
dulu kalau adik2 aku nangis malam2, aku kejutkan mak aku je...sap sap soiii

ah...cukup la tu cerita pasal ketidakreti-an aku..haha
aku rasa benda yang paling aku reti sekali is makan...dan buli budak..haha


ini anak kawan aku...
nama belum rasmi lagi....
baby girl...haluuss je 2.44kg
kepala dia besar tapak tangan aku je...
so, bayangkanla kaki, tangan, jari dia besar mana pulak kan...
aku sampai tak berani nak dukung
giler ngko...kang terpeleot anak orang, susah pulak

so, amik gambar je la yang mampu...

best cium baby...wangiii...
dia ada satu bau yang aku rasa standed baby baru lahir mesti ada...

semoga jadi anak yang solehah ye baby kepada siti khadijah ...




Thursday, 29 August 2013

Barra, Seksyen 7 Shah Alam

Walaupun aku dah pindah area setia jaya
Tapi still every now and then aku akan balik ke s.alam
Bukan la mengenang cinta lama ke apa
tapi sebab ramai member kat sana and gym aku dah bayar full
So nak taknak kena gigih la...
Nanti duit habis, lemak tak kurang2 plak...

Bulan Puasa haritu membership aku freezekan sampai hari raya...
untung kan bayar full? 
So, aku takde la senak2 perut lepas berbuka nak berkejar angkat berat pulak kan.

And last week Khamis kot,
Aku turun s.alam. Niat asal nak gi gym la sebab lemak den dah bertingkek-tingkek
Tapi memandangkan aku puasa ganti masa tu, so lets la berbuka makan ringan dulu

Sampai je Restoran Barra, tengok menu terus aim pada Double Cheese Naan...


Tengok gambar pun dah rasa stim je. rasa cam nak lagi nak lagi...
dahla murah je RM3.50, sedap lemak berkrim.....
lepas tu hairan nape tak kurus2..hahaha

Aku suka Barra sebab dia bukan 100% Mamak... ada jugak masakan thai..
so, kalau keluar dengan member yang tekak asyiikkk nak mamak, datang sini la sebab aku akan order masakan thai dia..
Tapi Thai dia ni start from 5pm-2am camtu. 
Barra bukak 24jam, so the rest of the day menu dia masakan mamak. lunch hour ada nasi campur.

Cuma yang aku rasa tak bestnye, crowded ramai giler nak mamp
biasalerr area student ni, mana2 kedai ko gi memang manjanngg penuh
banyak duit diaorang ni kan asyikk la makan luor

Masa aku gi ni, student tak ramai...Maybe tengah cuti sem kot. 
so, aman la aku makan naan dia sampai ke cebisan terakhir
lepas bayar tengok jam dah lambat...gym dah nak tutup
giler tak pandai bajet masa aku ni.

journey to the gym pun postpone ke minggu ni...
tolak dua hari demam and semalam menduyung
weekend tableyy sebab iolls bizi
esok taktau la bley ke tidak sebab omma nak datang rumah
jadinye tinggal hari ni je...

janganla napsu mengada sangat nak makan itu ini
balik straighhtt ke gym and bakar lemak rendang, ketupat, lemang semua...
amboii impian nak jadi hot cam kim k, tapi malas

Wednesday, 28 August 2013

KA.YA-----Kahwin Raya

Bulan Raya ni, cotii sekolah pun panjang
ramai yang amik kesempatan buat kenduri
mungkin senang sikit sedaramara cikgucikgi boleh tolong
or mungkin senang buat kerahan tenaga sepupusepapat yang masih sekolah lagi...

aku rasa trend gini memang dah lama pun orang kita buat
since jaman makcik pakcik aku kawin
hatta nak buat kenduri cukur jambul pun amik waktu cuti sekolah...
sobab anak sedara yang tengah cuti sekolah tu, biasanye mereka banyak tenaga boleh diharapkan--- contohnye, basuh pinggan mangkuk, susun2, sapu2, jadi flower girl ke...haha..
semua tu aku pernah experience. kecuali flower girl la. nak kata tak comel time kecik, macam tipuu je...
or maybe tenaga aku lebih diharapkan untuk cuci pinggan, kemas2...
kecik2 lagi ciri2 perempuan rajin  dah terserlah...agagaga*tangan kedada* 

biasa kalau kenduri kat rumah atok, mesti ramai2 sepupu sepapat tidor rumah atok. walaupun rumah aku dekat je tak sampai 10km...
tiap kali kenduri nanti konfirm kepoh riuh rumah atok..
banyaknye cucu2 dok main
kengkadang hati ni memberontak nak join sepupu yang lebih kecil main..
tapi, sebab aku antara cucu generasi pertama maka ke dapur la kita kupas bawang...
dulu kekok tak reti kupas bawang guna pisau. so, end up kuku itam2 kupas bawang guna jarii..haha...comot giler perangai

amboi, mukadimah up diri kemain lagi..haha
ekceli nak cerita pasal minggu2 lepas punya cerita


Diaorang kecik or aku yang besau?? Biru putih...cantik sangat =)


Wedding Abul---one of a few kumbang dalam taman bunga
kelas kitaorang ada 30 something kot, tapi cuma ada 3 orang je jejakas..
aku salah amik course or memang batch aku lelaki semakin pupus? 
Abul sempat 2 sem je kot dengan kitaorang before dia transfer kelas lain sebab jadual clash...
that's when dia jumpa wife dia..
comel je diaorang. dua2 keding. harapnye bertambah bahagia ni, tambah la sekali lemakk yer...
Dila Ghani, pengantin, zati and tuan blog

makanan walaupun kitorang sampai dalam kol 2 gitu, tetap ada 
nasib baikkk *usap perut*
lauk ala2 nasi campur pun ada...tak ingat...tapi sodaappp..haha..

after wedding, gi kajang plak...beropen house
since aku kenal tuan rumah, every year memang wajib dia buat and wajib ajak kawan2 datang...
aku kalau orang ajak, makan pulak tu, memang on je...takde aral memang lajuu je kaki ni melangkah. 
Tuan Rumah. See, kitaorang selamba je bersimpuh bawah meja buffet. kot2 nak tambah, tak segan sangat..haha
menu wajib is--satay gemuk2...
aku cerita korang bayangkan jela yer
sebab terlampau pemalu, takde amik gambar makanan
even chocolate chips dia yang ranggup dan berlemak tu pun takde bukti 
menu lain: mee kari, rendang, ketupat, lemang...
Fav spot untuk bergambar---Depan pagar rumah jiran
Gambar tengah (except for dua dan tiga dari kanan) adalah budak kelas. tak ramai pun. tapi kecoh dia kemainn...kalau ramai?? 
macam biasa, kalau dah nama pun dengan kengkawan
so, borakk jela apa lagi..
dah clear section kuih raya, ktorang berhijrah plak lepak depan kuih raya..
dari kol 4 lebih sampai 7....
lepas aku, aku lagi yang dok amik air
mana taknye, tekak kering asyiikk berborakk


Kak senior, ohemji kenapa i gemuks sangat ni, mother and brother and pengantin... pink purple...nice =)
dan ini last weekk
wedding schoolmate...
dulu kitaorang budak asrama time form3 suka compete with each other perihal study. ada la jugak bincang pasal lelaki. tapi semua tu sampingan je (ecehh)  sebab aim ktorang nak gi sekolah asrama...
yang aku, walaupun tak berapa bijok sains, tapi aim tetap nak masuk MRSM...
ada 5,6 orang kot kitaorang kalau time exam je tido dengan buku. 
giler semangat time tu. 
walaupun banyak tido daripada baca, Alhamdulillah masing2 dapat SBP. 
aku sorang dapat terendak, yang lain gi sains selaru...
so, wedding dia ni jadi wajib pergi sebab giler kenangan dulu2 
dulu hingusan je...selalu ngantok time prep..selalu berangan...eh, itu aku..haha..
farah ni baik budaknye...jumpa jodoh dengan budak sains selaru jugak. 

Aku doakan yang baik2 untuk korang menempuh alam perkahwinan
InsyaAllah semoga kekal hingga ke syurga =)

Lepas kenduri gi Rumah Arwah Neklang aku kat Ghombau
Mak aku ade hal sikit kat sana...
tak makan ape punn. hanya kuih raya...
dan end dengan aku vain sensorang tepi tangga
ada gambar duduk atas tangga, tapi adik aku kata nampak besar...

walaupun realiti memang besar, gambar tu biarla kaver sikit
sok dah tua after few years baca balik entry takde la sentap sangat...haha..




Hiking Fuji 2019 for the first time

Assalamualaikum.... Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part. 31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up be...