Tuesday 28 May 2013

May 25- Palong Ompek Boleh (not version Rembau Most Wanted)

The best part duduk dengan kakak aku is boleh pinjam kereta dia 
kira kitaorang exchange la kalau aku nak guna. 
Sabtu lepas ada wedding budak Terendak
tapi aku luferr nak inform akak aku awal2 nak pakai kete

padahal nak gi kenduri boleh tahan jauh jugak ni
tanya orang ramai; masing2 tak boleh pergi la, kereta takde la
so aku pun dah nekad je tamau gi

Sabtu pagi bangun, aku termenung
nak gi ke tak??
dahla aku memang free the whole day
kalau tak pergi tu macam tak best la pulak
so, dalam kol 12 gitu nekad la balik Seremban
dalam panas terik + jem lagi
kalau jadi lilin, konfem dah cair. haha. ok, tak klaka
tapi memang super jem kot. 
aku dah la rempit je, dengan kereta ramai2 tu memang la rasa insecure je

sometimes driver kereta bukan nak perasan motor kan. 
kalau lalu sebelah lori, lagi scary. dah la tayar2 dia besau2.

sampai rumah seremban dalam kol 1 lebih, tengok kete kancil adoo
haa, cun la ni
terus dengan cemas tengok alamat, tengok gugel maps and utube (pengantin ada buat video instruction nak menghala ke rumah beliau) 
walaupun kenduri kat n.sembilan jugak, iolls is tatau jalan. sesat tu dah macam wajib plak tiap kali gi jauh sikit.

dalam kol 2 lebih baru nak gerak. dengan konfiden nye dan berpandukan sekeping kertas sebagai map *nota sendiri conteng2* 
ajak adik aku sekali suruh teman

bila dah gerak jauhhh lepas kuala pilah, terus rasa 'eh, ni MACAM pernah laluu je'
terus rasa konfiden jee
padahal, cuba kalau suruh jadi tour guide konfirm blurr

drive punya drive tak jugak nampak signboard Palong 14
masa tu dah risau. kot2 la sesat kannn...
last2 kol 5 lebih baru sampai rumah pengantin...haha
kematu buntuit iolls =P

khemah tinggal 1,2 je yang  belum cabut. 
orang rewang pun dah cuci2 barang apa yang patut.
pengantin pun dah tukar uniform...haha
tapi aku pedulii apa, buat muka sardin jela..huhu

pengantin perempuan member sekolah aku, so gambar dengan dia is wajib..heee
aku segan nak amik gambar pengantin laki. dahla lambat kan, sekali nak macam2 
nasib tak melayang kuali periuk semua. haha

Ruzanna ni satu sekolah, satu PKBM, satu koop-ers (kot. tak hingat), satu rumah Alaudin
time sekolah jugak yang best nye. 
since kitaorang dok asrama (dalam hutan plak tu), so asyik2 memang nampak muka orang yang sama
so, bertegur sapa la jugak. 

and zana ni dulu pun jenis banyak cakap, so tegur2 je
nak harapkan aku start dulu, errr.....memang tak la. 
entah tatau nape dengan certain orang aku boleh start cakap dulu
tapi dengan certain yang lain, aku jadi kayuu. lagi2 stok yang femes2 tu lagi aku segan nak tegur

sekarang dah kurang keseganan
tapi kot2 faizkhaleed ke tegur mesti terkelu-kelu lidah. haha.
macam tu la kalau dah minat...=P
actually aku rasa aku akan terkelu bukan sebab dia kacak (je), tapi sebab the person himself hebak
awesome people memang boleh buat aku terkeluu

the first thing aku nak cakap kalau jumpa beliau is "cantik gigi" 
hahaha.....veranggaann~~~

eh, dah terpesong cerita pulak =P

dah makan2 apa yang patut, terus mintak diri balik sebab aku nak balik s.alam malam tu jugak
sekali kauuu, jem stoberiii sangat on the way balik.
haihhh....apasal banyak nau kereta aku pun tatau
kol 8 lebih baru sampai Seremban, hantau kereta pastu kol 10 gerak balik...

tobat la weih gi ad-hoc tak plan betul2 
semua benda pun jadi terkejar-kejar 
apa pun tak boleh. 

To Ruzanna and Jazli,
Semoga murah rezeki, semoga tabah hadapi kehidupan berfamily bersama, semoga bahagia till jannah, 
semoga menjadi parent kepada anak2 yang comel, semoga menjadi keluarga yang diredhaiNya, semoga semoga semogaaaa selamat semuanya =)


No comments:

Post a Comment

Hiking Fuji 2019 for the first time

Assalamualaikum.... Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part. 31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up be...