Thursday, 23 May 2013

Ayam Penyet dan blackout

Semalam aku puasa.
so, tekak ni teringin makan ayam penyet
padahal plan pagi semalam is nak direct ke gym lepas balik kerja. 
nampaknya plan gagal...
perasaan mengidam aku lebih membuak-buak. hahaha...

so, semalam aku gi berbuka kat Ayam Percik Nusantara (deret dengan Subway Seksyen 7, Shah Alam)
kalau dari federal highway, exit padang jawa. trafik light amik kanan. nampak Jakel tu dah betul sangat la tu. 
lepas tu sila la pusing2 mencari kedainye yee...
tak susah mana pun. kedai dia mengadap jalan raya.

Makan kitaorang order sotong penyet, lele penyet, soto babat (perut campur ekor).
pada aku ok la boleh tahan. tapi sambal tak sepower sambal Ayam Penyet AP. huhuu..tapi dalam tak power tu, tengok gambar still aku tertelan-telan ailio ni...heee...
So, pada yang tak suka pedas sangat boleh je try. 

nasi kitaorang order sorang satu tapi dua-dua pun tak habis sebab nasi dia banyaakkkk
so, kalau jenis suka nasi memang berbaloi-baloi la makan.

Air aku order mango shake and kakak aku order cappucino shake.
air dia sodaaap je sebab diaorang pakai serbuk instant tinggal nak bancuh je tu
so, ofcourse la sodaapp kan
cuma bubble dia tak berapa nak masak (keras kat tengah2)
tak berapa nak feeling la nak gigit2 bubble..huhu

aku rasa kalau kedai-kedai yang tak reti nak masak bubble ni toksah la susah2 nak pi campur bubble dalam air korang. potong stimm je.

nway gambar kat bawah sebab acik update pakai phone je. so, takleh nak arrange sesuka hati kat mana~~

hmmm....seminggu ni lampu dapur rosak la apa la
so end up aku asyikkk la makan luar
tak feeling la nak masak2 dalam gelap =(
semalam lampu dapur rosak balik. habis trip rumah. 
rumah ni macam2 la weakness dia. 
petiais rosak, mesin basuh rosak, wiring fail tapi sewa rumah tetap maintain

aku takde la nak salahkan landlord 100% .barang2 letrik tu rosak sebab ada tangan 'ajaib' ex-housemate aku dia buat macam mana tatau la kan. lepas tu keluar dari rumah tergesa-gesa gituuu aje. siapa la tak geram??

tapi landlord pun takde nak turun padang tengok ke apa yang patut. dah setahun lebih rumah gitu...
mesin tu dah dekat 2 tahun rosak kot.

aku tatau la orang lain menyewa macam mana. landlord turun padang ke tak. 
tapi yang pastinya tak best dah duduk sini..huhu. 

pasai wiring itu hari adala dia hantar budak repair tapi  dah rosak balik plak
aku boleh je nak panggil orang repair tapi kalau boleh claim cost dia takpe la jugak khennn....

No comments:

Post a Comment

Hiking Fuji 2019 for the first time

Assalamualaikum.... Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part. 31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up be...