Friday, 31 March 2017

My 104 days journey to Viper Challenge April 30th, 2017

Assalammualaikum,

This year dengan beraninya aku register untuk Viper Challenge di Medini, Nusajaya pada 30 April 2017.

Aku dah berazam nak turunkan berat badan since forever kot. Tapi dengan jadual kerja yang tak menentu, diet yoyo and ikutkan hawa nafsu sangat (haha) so, azam aku ditunda ke tahun tahun berikutnya.... And tetiba je dah 2017 0_0

Aku pernah bayar gym fees untuk setahun kengkonon aku akan termotivated untuk kurus tapi disebabkan kerja, end up aku hanya pergi less than 15 kali T____T
Since that aku memang akan pikir banyak kali untuk invest dalam benda2 gini sebab aku takut aku tak boleh commit.

Di tempat kerja sekarang pulak, lebih kurang sama aje balik tak menentu. Selalu balik lewat 7,8 malam. By the time aku sampai parking kereta, perut dah lapar and badan dah penat nak rehat T_T

Tapii......... sampai bila nak bagi kerja menghalang usaha suci murni aku ni? hahahhahaha
So, last year bila Nurul ajak aku masuk Viper, aku malas nak fikir and teruskan aje.

Kemudian bila dah semakin dekat baru cuak. hahahaha...

Kenapa yang aku boleh cuak? Korang tengok la gambar ni


Aku bukan apa, kesian kat member yang nak kena sambut aku nanti. lol

So 104 days lagi nak ke April 30th, so bear with me, this entry is going to be a super looongg entry sebab aku akan tulis journey ni as and when aku rasa ada milestone or bila aku rasa nak menulis. hehe...

............................................................................................
So, harini 16 January 2017 bermula la journey aku untuk fit. We see how. Hopefully tak sia2 segala investment aku... haha...

Berat official: 84.1kg



Gambar sebelum Hitfat on January17
 
Gambar sebelum Hitfat January 2017

Day 1 to Day 7
Aku try untuk masak sendiri untuk ikut clean diet strictly tapi on 2nd day dinner dah terkandas beli jugak makanan  kat cafe atas sebab aku nak direct Maghrib and terus ke badminton...

Konsep makanan aku - less oil and more veggie as long as kenyang. We see how...

Berat official ni maksudnya berat dekat penimbang coach. Aku join program fitness - HITFAT dengan harapan untuk increase stamina and bonus kalau dapat kurangkan berat badan (bonus sangat padahal hati mengharap. hahahha)
.................................................................................................
Aku survived the first week. Tapi masa dinner company, aku cheat dengan bahagianya T__T. Hasilnya, ikut penimbang official, aku hanya turun 300gram...
Tapi ikut penimbang kat rumah, ada penurunan boleh tahan jugak. 

So today 27 January 2017, dah masuk 2nd week. Kesilapan aku masa 1st week adalah makan 'makanan sihat' tapi tak tengok portion. Contoh, roasted ciken aku makan 1/4. Ikut teori atkins makan ayam sekor pun boleh as long as tak amik carbs. Tapi, coach aku recommend untuk makan dalam small portion and monitor kalori intake. 

Bukan senang weiii.... bila kau makan sikit, rasa tak puas and tak kenyang. so, mula la rasa nak makan benda macam2. Emosi aku turun naik especially bila buat exercise. hahaha...

Pagi tadi timbang dekat rumah berat aku 81kg ~_
Masih berat, tapi ada penurunan so mestilah aku happy.... Yang best tu aku boleh pakai tshirt yang dulu agak fit untuk aku tapi sekarang just nice. hehehe....

.................................................................................................
Masa cuti CNY, terbabas jugak la aku dengan godaan makanan kat kenduri kawin T__T. Pastu balik seremban pun makan nasi jugak. Oiii susahnya journey nak kurus ni. 
Lepas tu ada pergi jalan raya rumah kawan2 Chinese kat ofis punnn makan tak ingat. Pizza, speghetti u named it. Berapa kg naik masa ni takyah citer la ye. hahaha.
.....................................................................................................
Masuk ofis balik, terus diet semula and jengjengjeng.... the day before aku fly ke Jakarta/Bandung, berat aku 79.6kg... woiii lompat bintang hakak kejap bila dah masuk 70an. 

Tapi langit tak selalunya cerah. dekat bandung 3 hari minum kurang, makan tak jaga (nasi padang sedappp oii) so merasa la naik balik ke 83. Manala keadilan kat dunia ni? 

So today (11 Feb) aku struggle untuk get back on track...

Aktiviti badminton

..................................................................................................  
Rabu, 16 Feb
Lepas puas asyik makan sayurrr je, pagi tadi timbang dapat balik masuk group 70an. Hahaha....

Jumaat nanti ada sesi weigh in, hopefully nampak cantik la on official paper :P

Hiking bear hill. Muka comot giler~~

.................................................................................................
Selasa, 28 Feb

Ahad lepas ada sesi final weigh in. Hari sebelumnya (sabtu), ada family gathering yang ada ayam bakar, kambing bakar, satay dan macam2 lagi...
Malam tu aku hanya makan satay 8 cucuk, sedikit kambing and 2 jenis kuih. Itu sahaja. Biasanya aku akan makan lebih lagi tapi sebab kenyang air, itu yang makan sikit je...hehe...

Aku dah tak nervous nak timbang sebab tau perangai sendiri yang selalu cheat. hahhaha. Biasalah tak tahan tengok godaan depan mata. Ada dua craving yang belum aku penuhi - ketam masak lemak cili api and nasi lemak ayam goreng berempah. Ayam tu kena betul2 rasa perapan rempah ratus and sambal dia mesti kaw2 punya pedas baru puas...hahaha

Tapi so far aku berjaya tahan diri dari membeli nasi lemak kat pasar malam tu (walaupun 3 kali jugak la tawaf depan kedai nasi lemak T_T ). Takpela, next cheat day aku nak makan nasi lemak. tak kiraaa!!

Ok, btw, result timbang alhamdullilah tak mengecewakan. Official berat lepas 6 weeks: 80.6kg

Overall turun 3.5kg or 4.2%
% lemak dari 52%++ dah 47% +/-  
Nampak tak banyak tapi considering aku yang banyak cheat in between, ini dah cukup bagus. 
Next Sunday (5th March) aku akan start 2nd attachment dengan coach yang sama tapi under program berbeza (Fitzone). So far tengok schedule sama je aktiviti tak berubah.

Target aku nak turun lagi 5 or 6kg sebab aku ada bet dengan nurul. hahaha...
Btw, nak beritahu yang aku dah tukar one size smaller untuk uniform kerja..hehe

Graduate from HitFat9 :)

..............................................................................................  
Today 7th March, 2 hari lepas official attachment dengan program Fitzone

Makan belum 100% clean. 2-3 hari ni nafsu nak makan tu bukan main lagi. 
Craving aku pada masak lemak ketam dah settle sebab last week Ira bawak bekal :)

Yang belum settle is nasi lemak ayam goreng berempah T__T
Haritu check dengan myfitness pal, 1 portion (pinggan) nasi lemak ayam goreng berempah = 1,900 calories. Target calories sehari aku hanya 1,200 je... If makan jugak, memang ternak lemak la jawabnya. 

So, kena tunggu habis Viper Challenge baru makan balik which is dalam 53 hari lagi... hahahaha...

Btw, aku tak sure la orang lain tapi aku, bila that time of the month, dia punya perasaan nak makan and makan tu macam tak boleh bendung dah. Nasib baik perasaan pada nasi lemak tu boleh tahan lagi T__T

Dengan progress yang slow gini, aku tak letak harapan untuk turun banyak this week...hmmm....

Rabu ni 1st day buat exercise (lepas break seminggu lebih) and hopefully stamina aku masih ada
.................................................................................................   
Today is 14th March 2017. Seminggu after 2nd attachment dengan fitness program. 
Alhamdullilah aku perasan walaupun aktiviti Fitzone ni sama dengan Hitfat, tapi stamina aku dah improved. 
Bukan tak penat langsung, tapi aku boleh bertahan lama sikit during exercise :)

Berat official (5th March): 81.9kg --> naik sikit from HitFat sebab 1week cheat. hehe
2nd weigh in (12th March): 81.9kg hahaha... menten pasal makan kenduri tak ingat T_T

Diet during weekdays alhamdulillah tak tersasar jauh sebab aku bawak bekal and usually aku makan yang simple2 je macam chicken wrap, salmon wrap... Cuma, time weekend especially bila ada kenduri, tersasar jauh kemain. hahaha...

Hopefully dapat turun sampai 75kg before Viper sebab aku nak tuntut hadiah dari Nurul ni. hahaha

Beach camp!!

...................................................................................................
Today 21st March 2017. Ahad lepas coach tegur diet aku yang samaaaa je since HitFat. Yang paling obvious adalah breakfast...
Pagi adalah waktu yang sangat rushing. Mana nak masak untuk lunch, nak mandi bersiap gi kerja etc. That's why breakfast aku memang terpaling simple -- choc milkshake (blend susu putih dengan milo)

Coach kata that's why aku plateau (berat badan statik). Sebab badan dah terbiasa bakar makanan yang sama T_T

Ok. so lets tukar diet and see how it goes~

......................................................................................................
Today 31st March 2017. Dah ramai yang tegur kata nampak kurus :) Alhamdulillah....


Walaupun tak banyak turun and jauh lagi perjalanan, every minor improvement is  still an achievement :)

Masa sambutan bday coach
 30 days more to viper!! Yosh~~

   

No comments:

Post a Comment

Hiking Fuji 2019 for the first time

Assalamualaikum.... Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part. 31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up be...